lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Program ADUN Belia Lahirkan Generasi Pemimpin
Program ADUN Belia Lahirkan Generasi Pemimpin
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober- Program Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu yang telah melalui beberapa siri persidangan dilihat mampu melahirkan belia yang proaktif bagi mempersiapkan mereka sebagai pemimpin negeri mahupun negara pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, berdasarkan bakat yang agak menyerlah di kalangan ADUN Belia, beliau yakin mereka berpotensi untuk bergerak lebih ke hadapan. “Sebahagian di kalangan mereka cukup kompeten untuk menjadi pelapis kita, jadi saya menaruh harapan dan keyakinan semua di kalangan mereka ini proaktif dimana pun posisi yang mereka ada. “Jadi hasrat kami di peringkat kerajaan negeri, pelapis-pelapis ini akan memiliki satu pengalaman istimewa yang sukar untuk diperolehi di tempat lain. “Paling tidak, kalau mereka berpeluang untuk menjadi kepimpinan pada masa akan datang, samada bergelar wakil rakyat, senator dan seumpamanya mereka sudah memiliki satu ‘confident level’ yang cukup baik untuk melibatkan diri didalam setiap perbahasan mana-mana peringkat dan mereka menjadi generasi yang kompeten sebagai seorang ahli dewan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Persidangan Kedua Penggal kedua, ADUN Belia Terengganu Siri II 2021-2023 di Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, persidangan ini juga memberikan pendedahan serta pengalaman kepada ADUN Belia terpilih mengenai bagaimana peranan badan legislatif. “Selari dengan objektif mewujudkan ADUN Belia itu sendiri iaitu untuk melahirkan generasi pelapis dan melahirkan bakal pemimpin yang mahir dalam berhujah dan mengutarakan pandangan.  “Apa yang mereka bahaskan dan hujah di dalam dewan ini akan dibuat rumusan oleh pihak TSIS sebelum dipanjangkan kepada saya (Exco yang bertanggungjawab untuk persidangan ADUN Belia Terengganu), kemudian kita akan bawa kepada pihak yang berwajib dibawah kelolaan kerajaan negeri untuk tindakan sewajarnya,” ujar beliau.  
30 Oct 23
230
EPIC Terus Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
EPIC Terus Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
KEMAMAN, 29 Oktober - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad atau Kumpulan EPIC) menerusi anak syarikatnya, Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) meneruskan sokongan kempen penanaman 100 juta pokok peringkat negeri. Semalam anak syarikat EPIC itu telah menganjurkan program 'KPK Grow Grenn 2023- Tree Planting at East Whart' yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan melalui program berkenaan sebanyak 300 anak pokok spesies 'Kelat Paya' tetah ditanam di lokasi yang ditetapkan dengan bantuan 100 sukarelawan syarikat. Pengurus Besar KPKSB, Ashari Mohamad berkata program berkenaan juga diadakan bagi meningkatkan kawasan liputan hijau di sekiutar Dermaga Timur kelolaan anak syarikat tersebut. "Ia mencerminkan komitmen yang digalas bersama bagi merealisasikan aspirasi EPIC Berhad untuk mentransformasi pengoperasian dan pembangunan Pelabuhan Kemaman ke arah menjadikannya sebuah pelabuhan hijau," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di program berkenaan yang diadakan di Dermaga Timur Pelabuhan Kemaman, semalam. Turut hadir, Pengerusi KPKSB, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim. Dalam pada itu, Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata pihaknya menyambut baik usaha yang dijalankan syarikat bagi mewujudkan lebih banyak kawasan liputan hijau sekali gus memupuk kesedaran akan tanggungjawab memelihara alam sekitar yang perlu digalas semua pihak. "Dalam menjalankan perniagaan secara lestari dan mampan, kita bukanlah sekadar mencari keuntungan semata-mata, tetapi juga menyumbang tenaga dan usaha demi menjaga khazanah alam yang tidak ternilai harganya," ujar Amzad.
30 Oct 23
171
Terengganu Sokong Belia Pacu Langkah Memajukan Negeri
Terengganu Sokong Belia Pacu Langkah Memajukan Negeri
Kerajaan Terengganu berharap persatuan-persatuan belia di Terengganu terus memacu langkah mrmajukan anak-anak muda tempatan. 
29 Oct 23
115
Kerajaan Siap Siaga Jika Berlaku Banjir Ketika SPM
Kerajaan Siap Siaga Jika Berlaku Banjir Ketika SPM
KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Kerajaan negeri bersiap siaga dengan membuat pelbagai persediaan berkaitan banjir bagi memastikan kelancaran pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahari Mamat berkata SPM pada tahun ini dijangka pada bulan Januari 2024. Katanya, terdapat jangkaan beberapa buah sekolah yang mungkin terjejas banjir. "Namun, kita mendoakan supaya banjir tidak berlaku pada hari berkenaan kerana sangat mengganggu persiapan terutama para pelajar. "Apapun kita akan buat persiapan yang sebaik mungkin bagi menghadapi banjir di negeri ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Sidang Media selepas Menyempurnakan Perasmian Pesta Buku @PPAT 2023 bertempat di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Ridzuan Hashim dan Pengarah PPAT, Norliza Ismail. Turut berlangsung pada majlis berkenaan pelancaran Buku Ulama Terengganu Suatu Sorotan Edisi Baharu. Tambah Satiful, berdasarkan pengalaman lepas, kerajaan negeri akan melaksanakan persiapan dengan lebih terperinci lagi. Untuk rekod pada tahun 2022, seramai 319 calon SPM yang terjejas banjir di Terengganu dipindahkan ke sekolah lain yang sesuai untuk memastikan mereka dapat mengambil peperiksaan itu dengan lancar. Sebanyak dua daerah terlibat iaitu tiga Sekolah di daerah Hulu Terengganu dan sebuah lagi di Kemaman.  
29 Oct 23
253
Sasar 100,000 Pengunjung ke Pesta Buku Terengganu
Sasar 100,000 Pengunjung ke Pesta Buku Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Kerajaan negeri bersama pihak penganjur meletakkan sasaran seramai 100,000 orang pengunjung ke Pesta Buku Terengganu yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Dato’ Satiful Bahari Mamat berkata program tersebut berlangsung selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 4 November 2023. Katanya, pelbagai inisiatif yang disediakan oleh pihak penganjur yang melibatkan banyak aktiviti dan juga kehadiran figura terkenal tanah air. “Antara figura terkenal tersebut iaitu Amin Idris, Sukor Ibrahim, Ain Maisarah Impiana dan ramai lagi yang masing-masing mempunyai slot khas. “Turut mencuri tumpuan kunjungan pemain Terengganu Football Club (TFC) bertemu peminat pada hari ketiga karnival berlangsung,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Sidang Media selepas Menyempurnakan Perasmian Pesta Buku @PPAT 2023 bertempat di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Ridzuan Hashim dan Pengarah PPAT, Norliza Ismail. Tambah Satiful, sejumlah 91 penerbit yang terdiri daripada 72 penerbit buku tempatan dan 19 penerbit luar, alat bantuan mengajar dan juga jualan alat tulis akan turut serta pada Pesta Buku ini.  “Pelbagai genre bahan bacaan yang dijual seperti novel, komik, buku pelajaran dan bahan bacaan umum dengan harga promosi yang berpatutan. "Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah pertandingan mewarna bagi pelbagai kategori, pertandingan Jigsaw Puzzle (pada waktu malam), pertandingan pakaian beragam dan banyak lagi," ujarnya. Selain itu katanya, persembahan busking, jualan makanan daripada peniaga-peniaga food truck dan Bazar PPAT turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Beliau berharap, agar segalanya berjalan dengan lancar serta mencapai sasaran yang diinginkan oleh pihak penganjur.    
29 Oct 23
1156
Wanita Jangan Malu Buat Pemeriksaan Kesihatan
Wanita Jangan Malu Buat Pemeriksaan Kesihatan
KUALA NERUS, 28 Oktober - Golongan wanita mesti berani menangkis perasaan malu membuat pemeriksaan kanser payudara kerana diagnosis awal boleh mengurangkan risiko kematian. Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata ia sangat penting untuk kaum wanita mengetahui risiko serta tanda awal mengenai kanser sekaligus mendapatkan rawatan segera. Katanya, peratusan kanser payudara yang dikesan berada di peringkat tiga dan empat semakin meningkat, ia menunjukkan semakin ramai yang lewat membuat pemeriksaan awal. "Oleh kerana itu, amat penting untuk para wanita mempunyai kesedaran yang lebih awal dengan membuat pemeriksaan dan saringan mamogram. "Lebih-lebih lagi, seorang daripada 27 wanita berisiko untuk mengidap penyakit kanser ini," ujarnya.  Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Khairunnisa' bersama Breast Cancer Support Group (SAMO), Institusi Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin Universiti Malaysia Terengganu( UMT) serta Pusat Kesihatan UMT di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT di sini hari ini. Tambahnya, kanser diperingkat awal juga kebiasaan lebih kecil dan boleh dirawat dengan mudah. "Namun sekiranya dibiarkan kanser yang ada semakin membarah dan boleh membahayakan nyawa serta kos rawatan dan penjagaan juga meningkat," jelas beliau.  
28 Oct 23
186
139 Peserta Boling Padang Berentap
139 Peserta Boling Padang Berentap
KUALA NERUS, 28 Oktober - Seramai 139 peserta berentap dalam Kejohanan Boling Padang Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Gong Badak di sini. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kejohanan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu individu (single) dan berempat (fours). “Mereka terdiri daripada 64 peserta bagi acara individu lelaki dan 44 peserta bagi individu wanita. “Manakala, 18 pasukan bagi acara berempat lelaki dan 13 pasukan berempat wanita. “Saya juga difahamkan kejohanan ini turut disertai mereka daripada kalangan pemain kebangsaan,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini semalam. Turut hadir Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz dan Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut  mengucapkan tahniah kepada PLBM kerana berjaya memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsa di Kejohanan ‘World Bowls Championship’ 2023 baru-baru ini di Gold Coast, Australia. “Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang telah berjaya merangkul kejuaraan.  “Sudah pasti kemenangan ini datang bersama dengan ketekunan dan usaha yang keras sebelum daripada ini.  “Sudah menjadi adat pertandingan, ada yang menang dan ada juga yang kalah. “Yang belum menang jangan pernah berputus asa, jadikan ia sebagai motivasi yang terbaik untuk kita perbaiki dimana kesilapan serta kelemahan pada kali ini untuk berjaya dengan cemerlang pada kejohanan yang mendatang,” ujarnya. Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, kejohanan boling padang itu bukan sekadar mengenai kemenangan semata-mata, tetapi untuk menyemai sikap semangat persaudaraan yang tinggi sesama peserta. "Malah, menjadi pangkalan semangat serta kecemerlangan bakat bagi sukan boling padang ini, Insya-Allah," katanya.    
28 Oct 23
202
Sasar Kutip RM1 Juta Tabung #Aid4Palestine 2.0
Sasar Kutip RM1 Juta Tabung #Aid4Palestine 2.0
Kerajaan Terengganu melancarkan Tabung Sumbangan Terengganu Buat Palestin #Aid4Palestine 2.0: Taufan Al Aqsa, untuk rakyat negeri ini menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.
26 Oct 23
158
'Jangan Kibar Bendera Israel'
'Jangan Kibar Bendera Israel'
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober- Orang ramai di negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengibar bendera Israel yang boleh mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mana-mana pihak yang dikesan melakukan kesalahan atau memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan undang-undang. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu tular di media sosial berkenaan gambar bendera Israel yang dikibarkan di sebuah premis perniagaan di Terengganu sejak Khamis lalu. Berhubung kes pengibaran bendera Israel oleh seorang peniaga di Bukit Payong, Marang itu Mazli berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan yang akan diserahkan ke Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) Terengganu untuk tindakan lanjut. "Kes disiasat mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963; Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana melakukan perbuatan dengan niat mengganggu keamanan serta Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya. "Siasatan juga mendapati suspek memiliki lima rekod lampau bersabit dadah dan jenayah kekerasan," katanya.   
25 Oct 23
391
Polis Tahan Wanita Rohingya, Dua Anak Aktif Pecah Rumah
Polis Tahan Wanita Rohingya, Dua Anak Aktif Pecah Rumah
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober- Polis Terengganu menahan seorang wanita warga Rohingya dan dua anaknya yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Kemaman, sejak awal tahun lalu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, penahanan wanita berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berumur 13 serta 14 tahun kira-kira jam 7 petang kelmarin, adalah susulan laporan polis daripada seorang wanita yang memaklumkan rumahnya di Kampung Pengkalan Sir, Kemaman, dipecah masuk kira-kira jam 1 tengahari pada hari yang sama. Katanya, perbuatan tiga beranak itu berjaya dirakam kamera papan kemuka (dashcam) milik jiran mangsa yang membolehkan pihak polis mengesan dan mengekori suspek yang menaiki kereta jenis Volkswagen sehingga ke kawasan Kampung Binjai, Kemaman. “Kereta Volkswagen itu kemudian ditinggalkan di kawasan kampung dan hasil intipan selama tiga jam mendapati sebuah Perodua Kelisa berhenti berdekatan kenderaan pertama itu. “Selepas berlaku kejar mengejar menyebabkan kenderaan kelisa yang dipandu suspek terbabas dan melanggar sebatang pokok. “Hasil daripada operasi itu, kita telah merampas dua buah kenderaan iaitu kelisa dan Volkswagen, pelbagai barang kemas, wang tunai, dua utas jam tangan, 10 beg pelbagai jenis serta dua bilah senjata tajam dengan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM100,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam. Mazli berkata, wanita terbabit yang positif dadah jenis methamphetamine turut memiliki tiga rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis bagi kes pecah rumah di Johor. Katanya, penahanan tiga beranak itu berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah di Kemaman dan satu kes di Johor selepas suspek mengaku melakukan jenayah itu sejak Januari lalu. "Kita percaya ada lagi dalang lain bersama tiga suspek ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung perkara itu,” ujarnya. Katanya, modus operandi mereka ialah memecah masuk pada waktu siang ketika pemilik rumah keluar bekerja, selain menggunakan nombor plat kenderaan palsu dan menukar nombor itu setiap kali melakukan jenayah. "Suspek juga menyasarkan warga emas yang tinggal bersendirian. Suspek bawah umur akan mengumpan mangsa untuk keluar berbual-bual manakala rakan jenayahnya akan masuk ke rumah untuk menggeledah serta mencuri barangan berharga," katanya.  
25 Oct 23
376