lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Polis Terengganu Tumpas Sindiket Dadah, Rampas Pil Yaba
Polis Terengganu Tumpas Sindiket Dadah, Rampas Pil Yaba
KUALA TERENGGANU, 4 Disember- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berjaya menumpaskan sindiket dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, Rabu lalu. Ketua Polis Terengganu, Dato’ Mazli Mazlan berkata, ia susulan penahanan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 31 tahun oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Terengganu. “Pihak polis telah melancarkan dua serbuan di lokasi sama iaitu di tepi jalan Kampung Kubang Depu, Jerteh. "Pada serbuan pertama, sebanyak 1,760 gram pil yaba bernilai RM93,500 berjaya dirampas, manakala pada serbuan kedua sebanyak 5,335 gram pil sama dirampas berjumlah RM291,500. "Sebuah kenderaan jenis Honda City turut dirampas dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR berjaya disita dari salah seorang suspek," katanya pada sidang media di sini, semalam. Mazli berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 30 November lalu bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. “Dipercayai dadah yang dirampas ini adalah untuk kegunaan sehingga 58,000 individu tempatan yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang itu,” ujarnya. Menurut beliau, polis Terengganu berjaya melumpuhkan tujuh sindiket pengedaran dadah di seluruh Terengganu dan telah menangkap 18 ahli sindiket termasuk dengan tangkapan terbaru itu bermula Januari hingga November tahun ini.  
04 Dec 23
771
181 Graduan Tamatkan Pengajian SPAIT
181 Graduan Tamatkan Pengajian SPAIT
Seramai 181 graduan berjaya menamatkan pengajian dan menerima sijil bersempena Majlis Graduasi Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Pelajar Batch Kedua Tahun 2023.
04 Dec 23
86
Terengganu Tawar Pelabur Bangun Pulau Bayas
Terengganu Tawar Pelabur Bangun Pulau Bayas
 Kerajaan Terengganu menawarkan peluang kepada mana-mana pelabur yang berhasrat untuk membangunkan Pulau Bayas bagi merancakkan pembangunan industri pelancongan di Tasik Kenyir Hulu Terengganu.
03 Dec 23
143
Terengganu Kawal Padi Dijual Keluar
Terengganu Kawal Padi Dijual Keluar
Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dengan kerjasama Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
03 Dec 23
77
Tanggungjawab Besar Menanti Dr Sam
Tanggungjawab Besar Menanti Dr Sam
KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyampaikan mesej kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa ada tanggungjawab lebih besar sedang menanti. Perkara itu disampaikan beliau susulan kemenangan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan kemenangan besar 37,220 majoriti undi. Ujarnya, peningkatan majoriti berbanding Pilihan Raya Umum (PRU)Ke-15 jelas menunjukkan rakyat menyenangi Menteri Besar Terengganu dan menolak kerajaan Perpaduan. "Alhamdulillah, terima kasih kepada pengundi atas kemenangan yang besae dalam PRK Kemaman," ujarnya melalui hantara di facebook, semalam. Dalam pada itu , Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada jentera yang telah bersungguh-sungguh melakukan gerak kerja dalam mengekalkan kemenangan PAS di Kemaman. "Tahniah kepada jentera yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus kepada PAS dan Perikatan Nasional,"katanya.
03 Dec 23
291
Paip Air Lama di Setiu Perlu Ditukar
Paip Air Lama di Setiu Perlu Ditukar
 Paip air sedia ada yang lama di daerah Setiu perlu ditukar bagi mengelakkan kebocoran berulang dan menyebabkan kerugian air.
03 Dec 23
80
Lebih RM1.3 Juta Diperuntuk Baikpulih Kawasan Pelancongan Hulu Besut
Lebih RM1.3 Juta Diperuntuk Baikpulih Kawasan Pelancongan Hulu Besut
 Kerajaan negeri memperuntuk lebih RM1.3 juta bagi menambah baik dan menaiktaraf infrastruktur pelancongan di kawasan Hulu Besut.
03 Dec 23
107
Kesal Tindakan Menteri Kesihatan Khianati Janji Hapuskan Tabiat Merokok
Kesal Tindakan Menteri Kesihatan Khianati Janji Hapuskan Tabiat Merokok
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Rata-rata Ahli Parlimen menzahirkan perasaan kesal dan kecewa atas tindakan Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa yang tidak menunaikan janji bagi menghapuskakan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, ia jelas menunjukkan tiada kesungguhan daripada pihak Kerajaan Madani ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (RUU KPDMKA) baru-baru ini hanya mengawal produk merokok. Ujarnya, Generasi Penamat Rokok (GEG) tidak lagi diperuntukkan dalam RUU tersebut yang telah pun pernah dibahaskan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. "Malah RUU yang hampir sama telah pun dibentangkan oleh Menteri Kesihatan pada 12 Jun 2023 yang lalu, GEG adalah satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan tabiat merokok dan penggunaan Produk Merokok dalam kalangan generasi musa secara beransur-ansur sehingga tahun 2045. "Lebih mendukacitakan saya dan persatuan-persatuan berkepentingan jelas melihat Menteri Kesihatan tidak jujur apabila membuat kenyataan menangguhkan bacaan kedua yang sepatutnya dibacakan pada hari kedua dalam sidang Dewan Rakyat pada kali ini. "Dengan alasan memberikan laluan aturan mesyuarat lain di dalam senarai aturan mesyuarat, walhal memang sudah ada perancangan untuk menggugurkan GEG daripada RUU KPMDKA ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, di sini, semalam. Tegas Dr Alias, sikap ditunjukkan Menteri Kesihatan itu jelas tidak konsisten serta tidak bertanggungjawab. "Saya mengecam tindakan ini kerana telah mengkhianati janji dan komitmen beliau untuk melaksanakan GEG dalam RUU KPTM (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok) yang telah pun dibentangkan dalam parlimen pada 6 Oktober yang lalu. "Dengan pengguguran GEG ini maka sasaran untuk mengurangkan jumlah perokok sehingga kurang daripada lima peratus menjelang tahun 2045, pada pendapat saya adalah sukar untuk dicapai," katanya. Tambah beliau, GEG adalah wajar untuk diteruskan kerana ia lebih berhemah, berkesan dan mendasari kesihatan rakyat berbanding KPMDKA yang tidak meletakkan had generasi umur bagi individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2027. "Kerana ia menekankan pendidikan, kesedaran, sokongan dan pencegahan bagi mengurangkan permintaan dan penawaran Produk Merokok dalam kalangan generasi muda. 'Pada pendapat saya GEG tidak menjejaskan hak dan kebebasan individu untuk membuat pilihan sendiri berkenaan dengan penggunaan produk tembakau," tegas beliau.  
01 Dec 23
176
Atlet Terengganu Ikuti Pengajian Agama
Atlet Terengganu Ikuti Pengajian Agama
KUALA TERENGGANU, 30 November - Bagi memastikan atlet Terengganu berkualiti tinggi serta tidak hanya cemerlang dalam lapangan sukan kerajaan negeri turut menekankan pendidikan agama. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas melalui unit bimbingan di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang bertanggungjawab memastikan perkara itu terlaksana. "Antara program yang dilaksanakan oleh MSNT ialah Kelas Fardu Ain secara berkala bagi atlet yang menginap di asranama, Solat Zohor dan Asar secara berjemaah setiap hari bekerja di dalam dewan arena MSNT dan program motivasi kerohanian secara berasingan untuk setiap sukan. "(Selain itu) kelas pengajian al-Quran setiap Isnin dan Rabu, Solat Duha dan Solat Hajat setiap Khamis, pengajian berkitab setiap pagi Khamis. "Melaksanakan qiamulali setiap kali kem diadakan, amalan doa dan zikir harian, program 'Ihya Ramadan', Solat Tasbih dan seumpamanya, inilah di antara beberapa program yang dikelolakan untuk membentuk atlet yang berkualiti," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, kesungguhan melahirkan para atlet adalah mengikut bimbingan Rasulullah SAW. "Semangat kesukanan ini sudah tentu kita mengambil bimbingan daripada Nabi Muhammad SAW yang telah memberi ajaran ajarkan anak melalui aktiviti memanah, menunggang kuda ini dari sudut fizikal. "Dari sudut kerohanian Nabi SAW ada menyebut bukan dikatakan seseorang itu hebat kerana pandai bergusti tetapi dikatakan kuat apabila dia mampu mengawal dirinya ketika marah. "Ini yang diterapkan dalam memastikan kecemerlangan sukan di negeri Terengganu, dengan menekankan semua aspek latihan (mencakupi) fizikal, kekuatan mental dan juga pemantapan rohani," katanya.  
30 Nov 23
610
Terengganu Kawal Padi Dijual Keluar
Terengganu Kawal Padi Dijual Keluar
KUALA TERENGGANU, 30 November - Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dengan kerjasama Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, tindakan tersebut diambil adalah disebabkan hasil padi tidak mencukupi dalam kalangan pengilang tempatan dalam negeri. Ujarnya, tindakan tersebut adalah melalui Jawatankuasa Padi Negeri Terengganu yang dipengerusikan beliau melibatkan semua jabatan, agensi dan badan berkaitan dalam kluster padi di negeri ini. "Berdasarkan justifikasi ini, kerajaan negeri melalui bahagian Kawalselia Padi Beras negeri melaksankan beberapa langkah kawalan (antaranya) arahan pembekuan semua permit pemindahan padi keluar dari Terengganu. "Sebaran pemindahan padi tanpa permit adalah merupakan satu kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. "Bernas tidak akan membayar subsidi harga padi kepada petani yang menghantar hasil padinya ke kilang padi di negeri lain," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini. Tambah Dr Azman, selain itu bahagian Kawalselia Padi dan Beras turut menjalankan rondaan dan pemeriksaan berkala di sempadan. "Bagi memastikan tiada pelanggaran arahan dan kesalahan dilakukan dan membuat pemeriksaan bagi memastikan harga lantai belian padi RM1,300 per tan di kilang-kilang dalam negeri mengikut ketetapan harga kawalan yang ditetapkan," ujarnya.
30 Nov 23
759