Artikel "Utama" Terkini
'Pemain Perlu Fokus Mental dan Fizikal'
Pemain-pemain pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC) harus menyediakan fizikal dan mental yang ampuh dalam usaha menyaingi pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 nanti.
07 Dec 23
64
Taska Permata WDI Kekal Operasi Di Premis Sama
KUALA TERENGGANU, 6 November- Kerajaan negeri menjelaskan bahawa Taska Permata Keluarga Wisma Darul Iman (WDI) kekal beroperasi di premis sama pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, langkah itu sebagai penyelesaian kepada isu sebilangan ibu bapa yang didakwa tidak menerima tawaran bagi penempatan anak masing-masing untuk kemasukan tahun 2024 di taska terbabit.
“Operasi taska ini akan diteruskan macam biasa pada tahun hadapan di premis sedia ada, jadi bagi ibu bapa yang telah menghantar anak di sini dan mengisi borang permohonan pada Oktober lalu boleh menghantar anak mereka macam biasa.
“Walaupun bangunan baru dalam proses pembinaan tetapi tahun depan memang kita tidak pindah lagi, diharap penjelasan ini melegakan ibu bapa yang selama ini ada tanda tanya berkenaan penempatan anak mereka dan operasi taska,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Taska Permata Keluarga WDI, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai pemindahan taska ke premis baru memandangkan premis yang masih dalam pembinaan itu saiznya lebih kecil berbanding premis sedia ada.
“Tempat baru (taska) bulan 5 atau 6 tahun hadapan baru siap fizikal. Jadi kemungkinan tahun 2025 baru boleh operasi.
“Jumlah kanak-kanak di taska ini kini seramai 120 orang manakala premis baharu nanti hanya dapat menampung 70 orang kanak-kanak sahaja, jadi kita akan ambil perjalanan untuk selesaikan isu ini,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya, ibu bapa diharap dapat memberikan kerjasama kepada pihak taska bagi memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang sempurna.
“Pastikan anak-anak dihantar dalam keadaan yang bersih kerana ianya turut mempengaruhi emosi dan psikologi mereka, selain dapat ringankan tugas pengasuh.
“Selain itu, luangkanlah masa untuk turut serta dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan taska,” ujarnya.
Katanya, taska ini diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk mempermudahkan kakaitangan kerajaan yang bertugas di Wisma Darul Iman.
06 Dec 23
353
Jalan Tidak Rata Perlu Pembaikan Segera
MARANG, 5 Disember - Kerosakan jalan di Kampung Sungai Serai di sini, yang mengganggu dan menjejaskan keselamatan pengguna memerlukan pembaikan segera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, beliau bimbang keadaan jalan dan pembentung yang tertimbus boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk.
"Struktur jalan sekarang ini memang membahayakan orang ramai. Tindakan segera perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengguna dan warga setempat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai JKR di lokasi tersebut hari ini untuk mencari penyelesaian segera hari ini.
Sementara, Pengerusi JPKK Sungai Serai, Othman Said mengharapkan agar tindakan pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
"Keadaan jalan yang senget dan terjejas memerlukan perhatian serius untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini," jelasnya.
Mengulas mengenai jalan itu, Jurutera Awam JKR Marang, TS. Muhammad Nazrin Ruslan, memaklumkan bahawa surat berkait isu itu telah disampaikan kepada pihak swasta kira-kira sebulan yang lalu.
Saat ini katanya, pihak JKR sedang menanti tindakan lanjut dari pihak berkenaan.
"Pihak berkuasa setempat menjamin bahawa mereka akan memantau perkembangan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut demi kebaikan bersama.
"Lokasi jalan yang merbahaya itu diberi perhatian ekstra yang rosak kerana faktor cuaca dan penambunan tanah oleh pihak swasta yang berhampiran," katanya.
TS. Muhammad Nazrin Ruslan Juruter Awam Jalan JKR Marang
05 Dec 23
278
Polis Terengganu Tumpas Sindiket Dadah, Rampas Pil Yaba
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berjaya menumpaskan sindiket dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut.
05 Dec 23
223
Kejutan Menanti Qabil Irfan
Kerajaan negeri bakal memberikan insentif khas buat Qabil Irfan Azlan, 11 yang dinobatkan sebagai juara dunia FIM MiniGP World Series 160cc 2023, baru-baru ini.
05 Dec 23
135
Terengganu Berjaya Kumpul RM771 Ribu Bantu Rakyat Palestin
Terengganu berjaya mengumpulkan kutipan derma melalui ‘Tabung Terengganu Aid4 Palestine 2.0’ sebanyak RM771,000.
04 Dec 23
1075
Tangguh Bayar Royalti Susahkan Rakyat
Tindakan Kerajaan Persekutuan yang belum menjelaskan baki bayaran royalti petroleum kepada Terengganu dilihat seolah-olah seperti mahu menyusahkan rakyat.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri
04 Dec 23
205
Dr Sam Singkir Calon BN Dengan Majoriti 37,220
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kemenangan PAS di Kemaman dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 37,220.
04 Dec 23
71
Terengganu Kekal Tak Kutip Cukai Pintu Rumah Kediaman
KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Pengecualian cukai pintu rumah kediaman di Terengganu tetap diteruskan walaupun negeri kehilangan hasil sebanyak RM82.5 juta daripada kutipannya bagi tempoh 2018 hingga 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pengecualian itu adalah antara manifesto PAS yang ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.
Justeru itu katanya, sebaik PAS memenangi Terengganu pada PRU14, pihaknya telah menghapuskan cukai pintu rumah kediaman bagi melaksanakan janji berkenaan.
“Kita perlu mengambil kira pelbagai faktor yang memberikan ‘win-win situation’ untuk kebaikan rakyat dan juga negeri.
“Walau kelihatan seperti kehilangan pendapatan buat negeri, namun langkah itu juga antara usaha kerajaan negeri meringankan beban hidup rakyat,”katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Kerajaan Terengganu sedang mempertimbangkan cadangan untuk kembali melaksanakan kutipan cukai pintu kediaman secara bersasar yang tular di media sosial.
Jelasnya, isu tersebut timbul ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bajet baru-baru ini apabila terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri yang mencadangkan perkara itu bagi mengatasi masalah kekurangan hasil yang agak besar.
“Ia disebabkan tindakan Kerajaan Persekutuan yang belum menjelaskan baki pembayaran royalti hak rakyat kepada negeri.
“Setiap cadangan yang diterima, pihak kami akan kaji dan pertimbang dengan teliti sebelum mengambil keputusan muktamad,” ujarnya lagi.
Mengikut data, pada tahun 2018, kutipan cukai pintu rumah kediaman yang sepatutnya dikutip ialah RM9.7 juta, tahun 2019 (RM12.73 juta), 2020 (RM13.87 juta) dan tahun 2021 (RM14.56 juta).
Pada tahun 2022 pula, hasil yang sepatutnya dikutip meningkat kepada RM15.27 juta dan tahun 2023 sebanyak RM16.38 juta.
04 Dec 23
2168
Kebajikan Imam Dan Bilal Terus Dijaga
KUALA TERENGGANU, 30 November - Kerajaan negeri akan terus memastikan kebajikan imam dan bilal di negeri ini terjaga.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri juga dalam usaha bagi memberikan peruntukan 'one off' kepada imam ke-3 memandangkan peruntukan daripada JAKIM hanyalah kepada imam 1 dan imam 2 sahaja.
"Kita juga sedang mengkaji untuk memberikan kenaikan imbuhan dan elaun imam bilal yang tiada pendapatan tetap dan juga kemudahan-kemudahan lain yang boleh dipertimbangkan.
"Di samping itu, turut dilaksanakan juga program Tahsin Pegawai Masjid bagi memastikan imam dan bilal dapat menambahbaik mutu bacaan dan tugas masing-masing, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan Belanjawan Terengganu 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan meneruskan kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf masjid-masjid sedia ada di seluruh negeri.
"Pembinaan masjid negeri yang baharu berkonsepkan 'smart township mosque' juga akan dilaksanakan kerja-kerja awal pembinaan dan bakal menjadi pusat bagi Bandar Baru Bukit Besar," ujarnya.
04 Dec 23
811