lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
KUALA TERENGGANU, 25 April - Terengganu berhasrat untuk mula membuka Industri Hidrogen Hijau pada tahun ini dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) bernilai RM1.75 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Khuzaini Ab Rahman berkata, melalui projek tersebut ia akan menjana nilai ekonomi RM2.8 bilion untuk tempoh 10 tahun. Katanya, industri itu juga bakal memberi peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk tempatan dan impak rantaian bekalan. "Terengganu akan menjadi pendahulu dalam teknologi tenaga bersih selaras dengan 'Perjanjian Paris' mengenai perubahan iklim. "Inisiatif  ke hadapan, perjumpaan dan mesyuarat bersama tiga syarikat gergasi Korea untuk kerjasama pengeluaran hidrogen hijau di Terengganu dan pengeksportannya ke Korea Selatan, Perjanjian Persefahaman (MOU) akan ditandatangani dalam masa terdekat. "Jangkaan projek mula adalah seawal suku keempat 2024 (dengan) kapasiti penuh hidrogen hijau (minima 10,000 tan setahun) menerusi kaedah mini hidro. Kapasiti akan ditingkatkan melalui fasa-fasa terkemudian melalui kaedah solar dan lain-lain tenaga hijau yang berpotensi," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Ke Atas Usul Menjujung Kasih dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke -15 bagi tahun 2024, di Wisma Darul Iman, semalam. Mengulas lebih lanjut Khuzaini berkata hidrogen hijau pada waktu ini digunakan di Korea Selatan untuk menjana elektrik dan tenaga untuk bandar pintar dengan reka bentuk dan jaringan paip gas hidrogen serta sistem elektrolizer yang modular. "Aspirasi Kerajaan Negeri dalam menangani isu global dan merealisasikan teknologi hijau ini akan dapat dijelmakan dalam waktu terdekat," ujarnya. Sebelum ini katanya, Kerajaan Negeri diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah ke Korea Selatan pada Mac lalu untuk meneroka potensi kerjasama dengan syarikat gergasi di Korea Selatan dalam Industri Hidrogen Hijau. "Menteri Besar (pada waktu itu) telah menandatangani MOU bersama dengan beberapa pemain industri utama hidrogen hijau di Korea Selatan yang menjadi pereka dan pengeluar sistem elektrolizer hidrogen dengan prestasi kecekapan penukaran air ke gas hidrogen antara yang terbaik di dunia. "Iaitu menghampiri 90 peratus kecekapan. MOU tersebut adalah untuk membentuk pakatan strategik dan kerjasama bagi projek hidrogen hijau yang berpotensi di Terengganu. "Kerjasama ini turut menggariskan keutamaan bagi membuka peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi buat anak-anak Terengganu," ujarnya.
25 Apr 24
508
Zuraida Usul Tiga Langkah Elak Tragedi Lemas Berulang
Zuraida Usul Tiga Langkah Elak Tragedi Lemas Berulang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor mengusulkan tiga langkah bagi mengelakkan tragedi lemas di pantai berulang kembali di negeri ini.
24 Apr 24
106
Munajat Rakyat Kembalikan Royalti Akan Diteruskan
Munajat Rakyat Kembalikan Royalti Akan Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri akan meneruskan kembali program 'Munajat Rakyat Terengganu Kembalikan Royalti' setelah ia ditangguhkan pada Ramadan yang lalu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, munajat itu merupakan usaha daripada pihak kerajaan yang tidak pernah berputus asa melakukan pelbagai cara bagi memastikan hak rakyat itu dikembalikan semula. Tegasnya, semua pihak perlu menyedari bahawa doa orang zalim tiada hijab (penghalang) antaranya dengan Allah SWT. "Insya-Allah, bila tiba masanya kita akan buat. Status kita pada ketika ini seumpama kereta yang duduk (berhenti) di lampu isyarat merah sebab tidak diberi laluan untuk berjalan. "Tetapi enjin tidak mati, insya-Allah bila tiba masa kita akan buat solat hajat bersama-sama," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkenaan program solat hajat secara berjemaah itu setelah ia ditangguhkan sebelum ini pada sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini. Sementara menunggu tarikh baru pelaksanaan munajat perdana itu, Khalil berkata setiap rakyat Terengganu pada ketika ini bolehlah melazimi solat hajat secara bersendirian di atas kesedaran dalam diri masing-masing bahawa itu merupakan hak rakyat yang telah dinafikan secara zalim. "Menafikan hak petroleum Terengganu merupakan perkara yang paling zalim dan melanggar demokrasi, pelanggaran ini sangat serius jika tidak dibendung dan diperbetulkan kelak akan menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai demokrasi dalam negara. "Dalam konteks ini ialah konsep federalisme dalam hubungan (Kerajaan Perseketuan) dengan negeri, zalim bukan sahaja disandarkan (dikaitkan) dengan pemerintahan 'dictatorship' bahkan pemerintahan demokrasi juga dikira zalim sekiraya meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. "Mereka beralasan mahu beri (royalti minyak) secara 'direct' kepada rakyat, jika begitu kenapa perlu diadakan pilihanraya? bukankah rakyat Terengganu telah memberi menberi mandat kepada (PAS) Perikatan Nasional untuk mentadbir negeri Terengganu, jelas ini satu pengkhianatan ke atas mandat rakyat," ujarnya.
24 Apr 24
119
Wujudkan Majlis Tindakan OKU, Bukti Kerajaan Negeri Cakna
Wujudkan Majlis Tindakan OKU, Bukti Kerajaan Negeri Cakna
Kerajaan negeri mewujudkan Majlis Tindakan Orang kurang Upaya (OKU) Negeri Terengganu (MTOT) pada 6 Mac 2024 selaras dengan Dasar Orang Kurang Upaya dan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022.
24 Apr 24
135
Terengganu Cipta 5,000 Peluang Pekerjaan Melalui Pelaburan
Terengganu Cipta 5,000 Peluang Pekerjaan Melalui Pelaburan
Terengganu berjaya menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan melalui hasil pelaburan.
24 Apr 24
102
Terengganu Catat Gred Purata STAM Lebih Tinggi daripada Gred Nasional
Terengganu Catat Gred Purata STAM Lebih Tinggi daripada Gred Nasional
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 Negeri Terengganu mencatatkan Gred Purata Negeri 2.79 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 3.09.
24 Apr 24
209
Empty Image
Promosi Nilai Syariah Dalam 'Islamic Tourism'
 Kerajaan negeri disaran untuk terus mempromosikan nilai-nilai syariah dalam usaha membangun industri pelancongan Islam.
24 Apr 24
73
Pembangunan Insan Perlu Jadi Keutamaan Terengganu
Pembangunan Insan Perlu Jadi Keutamaan Terengganu
Pembangunan Modal Insan perlu menjadi agenda utama kerajaan negeri dan boleh mengambil contoh dari Korea Selatan dan Jepun yang telah berjaya membuktikan bahawa usaha itu dapat memajukan negara.
24 Apr 24
68
JHEAT Sentiasa Pantau Kewujudan Ajaran Sesat di Terengganu
JHEAT Sentiasa Pantau Kewujudan Ajaran Sesat di Terengganu
Ajaran sesat seperti Ajaran Mohib Khouli, Ajaran Kanzun Makhfiyyan dan ajaran-ajaran lain yang telah diwartakan kerajaan negeri Terengganu melalui Jabatan Mufti Terengganu sentiasa dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) bagi memastikan ia tidak diamalkan oleh masyarakat negeri itu. 
24 Apr 24
129
Gerakkan Kempen Indahnya Hidup Bersyariat Hingga ke Kampung
Gerakkan Kempen Indahnya Hidup Bersyariat Hingga ke Kampung
Kerajaan Negeri diseru memberikan penekanan yang lebih besar kepada agenda 'Indahnya Hidup Bersyariat' dengan menggerakkan program berkaitan ke setiap daerah, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kampung.
24 Apr 24
70