lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
"Setakat ini, Jabatan Kerja Raya mengambil maklum berkenaan perancangan untuk pembinaan LPT3 dan menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya, " ujar Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat.
25 Apr 24
187
Lebih 24,000 Mohon Bantuan Tabung Darul Iman
Lebih 24,000 Mohon Bantuan Tabung Darul Iman
  Tabung Darul Iman menerima lebih 24,000 permohonan dalam tempoh empat tahun bermula 2020 hingga 2023 bagi membantu rakyat yang ditimpa musibah, menghidap penyakit kronik dan bantuan perubatan.
25 Apr 24
285
Lapan Strategi Bantu Penanam Sayur
Lapan Strategi Bantu Penanam Sayur
Kerajaan negeri melaksanakan lapan langkah dalam usaha menjaga hasil penanaman sayur di negeri ini sekali gus menangani masalah orang tengah meraih keuntungan hingga menyebabkan pekebun menanggung rugi.
25 Apr 24
76
Kerajaan Persekutuan Digesa Matang Dalam Mentadbir
Kerajaan Persekutuan Digesa Matang Dalam Mentadbir
Kerajaan Persekutuan digesa agar menunjukkan kematangan yang lebih tinggi dalam mentadbir negara, dengan mengutamakan kepentingan rakyat melebihi pertikaian politik tidak berfaedah.
25 Apr 24
87
Zuraida Gesa Pembaikan Cerun Flat Bukit Kecil Disegerakan
Zuraida Gesa Pembaikan Cerun Flat Bukit Kecil Disegerakan
KUALA TERENGGANU, 25 Mac - Pembaikan runtuhan cerun berhampiran Flat Bukit Kecil perlu diambil langkah yang segera oleh pihak kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor memohon pembaikan cerun dilaksanakan secepatnya oleh pihak berwajib, bukan sekadar siri lawatan dan tinjauan sahaja. "Beberapa siri lawatan yang lain juga telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah lawatan dari pihak universiti awam untuk melakukan kajian berkaitan pembaikan cerun atau ‘slope repair research’," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Menurut Zuraida lagi, satu insiden runtuhan cerun telah berlaku pada malam 15 Disember 2022 di sekitar BLOK A, B dan E Flat Bukit Kecil. "Kejadian yang telah berlaku hampir dua tahun lalu ini melibatkan 87 unit rumah kediaman dengan anggaran jumlah penduduk seramai 348 orang. "Pada 16 Disember 2022 runtuhan kedua telah berlaku di lokasi yang sama. Runtuhan cerun ini berlaku adalah lanjutan daripada jumlah taburan hujan yang agak tinggi pada masa tersebut. "Pelbagai agensi telah melawat tempat kejadian bermula pada tarikh 16 Disember 2022 iaitu Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Bomba dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)," ulasnya lagi.  
25 Apr 24
213
Pemutihan Jeti Haram Langkah Pendek Majukan Pelancongan Setiu
Pemutihan Jeti Haram Langkah Pendek Majukan Pelancongan Setiu
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri kini dalam proses pemutihan jeti-jeti yang beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terutamanya dari aspek keselamatan.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, berkata ia merupakan antara rancangan jangka pendek Kerajaan Negeri untuk memajukan industri pelancongan di kawasan pantai dan pulau khususnya di daerah Setiu yang berdepan dengan masalah jeti bot untuk pelancong. "Manakala rancangan jangka masa panjang adalah termasuk meneroka potensi bagi pengurusan jeti secara bersepadu untuk ke pulau- pulau peranginan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Yusop Majid (BERSATU-Permaisuri) yang ingin tahu apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri untuk memajukan industri pelancongan di kawasan pantai dan pulau khususnya di daerah Setiu yang berdepan dengan masalah jeti bot untuk pelancong-pelancong dalam sesi soal lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Sementara itu, mengenai isu muara cetek, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) telah melantik perunding dari ZNK Consult Sdn.Bhd bagi menjalankan Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Merang, Daerah Setiu.  "Pihak JPS juga telah memohon kelulusan projek dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pemuliharaan Muara Sungai Merang ini . "Status terkini permohonan tersebut dalam tempoh pendekatan pengurusan nilai, peringkat kejuruteraan nilai dan peringkat semakan nilai yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian," tambah beliau.
25 Apr 24
217
PITIH Akan Jadikan Terengganu Hab Pelaburan Hijau
PITIH Akan Jadikan Terengganu Hab Pelaburan Hijau
KUALA TERENGGANU, 25 April- Kerajaan negeri merangka Pelan Induk Teknologi Hijau (PITIH) Negeri Terengganu 2024-2030 yang akan menjadikan Terengganu sebagai hab pelaburan hijau. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pelan tersebut dirangka bagi mencapai kelestarian alam sekitar Terengganu melalui kecekapan tenaga dan pengurusan air.  "Selain itu, PITIH juga dapat menjana pendapatan berskala industri kepada rakyat dan negeri menggunakan sumber hijau dan akan eksplorasi sumber hijau baharu Negeri Terengganu. "Industri tenaga Terengganu juga akan memfokuskan kecekapan tenaga dan pengurusan air, penjanaan hidrogen hijau, pengkormesialan tenaga boleh baharu (TBB), pengurusan & pengkormesialan sisa hijau dan pengurusan karbon (karbon biru)," ujarnya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhamad Fakhruddin Tengku Md Fauzi yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai hab pelaburan hijau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Katanya, Pelan Induk Teknologi Hijau (PITIH) Negeri Terengganu 2024-2030 akan dilancarkan bersama Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu pada Mei 2024 akan datang. "Terdapat enam fokus utama dalam PITIH iaitu tenaga, perindustrian, pengangkutan, bangunan, sisa buangan dan air, " ujarnya.
25 Apr 24
1503
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Terima 270 Pelatih
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Terima 270 Pelatih
KUALA TERENGGANU, 25 April - Pusat pemulihan dadah secara holistik di Perkampungan Darul Barakah (PDB), Marang telah menerima kemasukan pelatih seramai 270 pelatih mengikut fasa pengambilan bermula Jun 2021 sehingga sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, daripada jumlah tersebut seramai 48 orang pelatih telah berjaya mengikuti sehingga ke akhir program pemulihan yang telah dilaksanakan. "Kesemuanya meneruskan program 'aftercare', iaitu telah bekerja dengan masyarakat sekeliling untuk pembentukan ekonomi saradiri dan keluarga.  "Antara pekerjaan yang diteruskan oleh pelatih yang berjaya ialah berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka, dalam bidang pertukangan rumah, perladangan ,pertanian dan pengimpalan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ghazali Sulaiman(PAS-Bukit Besi) yang ingin tahu berkenaan pusat pemulihan dadah secara holistik di bawah Kerajaan Negeri Terengganu dan berapakah bilangan peserta yang telah berjaya dipulihkan di Perkampungan Darul Barakah dan adakah terdapat cadangan penambahan tempat baharu bagi membina perkampungan’ oleh Kerajaan Negeri seperti Perkampungan Darul Barakah dalam sesi soal lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Menjawab tentang penambahan pusat baharu, Dr Muhammad Khalil berkata sehingga kini belum ada cadangan tempat baharu bagi perkampungan oleh Kerajaan Negeri. "Untuk makluman, tanah PDB masih dalam proses penukaran pemilikan dan dalam proses pembayaran daripada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) kepada Syankat Sri Miah," ujarnya.  
25 Apr 24
280
LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
KUALA TERENGGANU, 25 April - "Setakat ini, Jabatan Kerja Raya mengambil maklum berkenaan perancangan untuk pembinaan LPT3 dan menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya, " ujar Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat. Beliau memaklumkan demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Riduan Mohamad Nor yang ingin tahu apakah usaha Kerajaan Negeri untuk lanjutan pembinaan LPT3 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan kerja awalan bagi lebuh raya pantai timur (LPT3) dengan kos RM35 juta. "Skop kerja awalan yang terlibat adalah light detection and ranging (lidar survey), ground survey, soil investigation, environmental impact assessment (EIA) study, social impact assessment dan traffic study. "Kerja awalan ini telah siap pada Disember 2021," ujarnya. Katanya, pembentangan penuh laporan kerja awalan termasuk penentuan jajaran jalan yang muktamad dan anggaran kos projek kepada agensi pusat telah dibentangkan pada pertengahan 2022 untuk mendapatkan hala tuju dan seterusnya kelulusan pelaksanaan projek. Hanafiah berkata, pembinaan LPT3 melibatkan anggaran jarak laluan sejauh 122 kilometer (km) bermula di Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu dan tamat di Tunjong, Kota Baharu.
25 Apr 24
4939
Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Pembayar Zakat Bulanan
Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Pembayar Zakat Bulanan
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pembayar zakat secara bulanan dalam kalangan rakyat negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata insentif yang menarik itu merupakan usaha kerajaan negeri bagi menggalakkan rakyat melakukan pembayaran zakat. "Selain itu, pemberian wakalah juga akan diberikan kepada pembayar zakat individu, perniagaan dan majikan untuk pengagihan sendiri kepada asnaf yang dikenalpasti (layak menerima bantuan). "Antara kemudahan lain yang disediakan oleh MAIDAM ialah mewujudkan Skim Khairat Kematian (Skim Al Hanan) kepada waris pembayar zakat yang telah meninggal dunia," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Ke Atas Usul Menjujung Kasih dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke -15 bagi tahun 2024, di Wisma Darul Iman, pada semalam. Dalam pada itu, Khalil berkata bagi zakat galian, MAIDAM menerima bayaran melibatkan pembayar inidividu dalam skala kecil sahaja. "Berkait isu zakat petroleum, zakat galian ke atas minyak tidak dikenakan zakat kerana ia merupakan hasil kerajaan," ujarnya. Tegasnya, selama ini pihak MAIDAM sentiasa memperhebatkan usaha dakwah dalam mengalakkan orang Islam membayar zakat dengan mempergiatkan aktiviti dakwah secara bersemuka dan melalui platform media sosial. "Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti taklimat, lawatan ke premis-premis perniagaan serta mengadakan perjumpaan secara individu dengan peniaga dan usahawan selain memberi peringatan melalui teks khutbah," ujarnya.
25 Apr 24
215