Artikel "Utama" Terkini
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
04 Jul 24
187
Imam Ketiga di Terengganu Terima Insentif Khas RM194,400
Seramai 324 orang imam ketiga di Terengganu menerima bantuan khas secara 'one-off' daripada kerajaan negeri dengan peruntukan keseluruhan RM194,400.
04 Jul 24
228
Burhan Juara Pidato Piala SUK Terengganu 2024
Penolong Pegawai Undang-Undang Majlis Daerah Besut, Ahmad Burhan Sadqi A Rahim, 40, muncul sebagai juara dalam pertandingan pidato sektor awam Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman.
03 Jul 24
302
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Kekecewaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Persekutuan muktakhir ini berlaku secara organik akibat tekanan berterusan dalam pelbagai sektor terutamanya kos sara hidup.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai isu dibicarakan rakyat Malaysia tanpa terpengaruh dengan mana-mana parti politik.
"Saya lihat secara umumnya isu yang ada dalam negara banyak dan bukan parti politik sahaja yang memainkan isu yang ada ini.
"Bahkan kita lihat di media sosial ia berlaku secara organik di kalangan rakyat, pengusaha, peniaga kecil dan sebagainya yang merasa telah berlaku tekanan kehidupan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bayaran Bantuan Khas 'One off' tahun 2023 kepada imam ketiga Masjid Mukim Negeri Terengganu, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai usaha menolak kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim, katanya perkara itu bukan diatur oleh parti tetapi merupakan gerakan massa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Jadi terpulang kepada tafsiran mana-mana pihak apa yang sedang berlaku ini, tapi pokok pangkalnya isu di kalangan rakyat ini telah berlaku secara organik bukan diapi-apikan oleh mana-mana pihak," ujarnya.
03 Jul 24
166
Majlis Perbandaran Kemaman PBT Pertama Laksana Pasport Keselamatan
KEMAMAN, 3 Julai - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Semenanjung Malaysia yang melaksanakan sistem pasport keselamatan untuk memastikan keselamatan para pekerjanya serta mereka yang bekerja untuk kontraktor dan vendor MPK.
Yang Dipertua MPK, Fadli Yusof Zakaria berkata, Pasport Keselamatan MPK (MPK Safety Passport - MPKSP) merupakan kad keselamatan yang dikeluarkan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) setelah para pekerja menjalani kursus induksi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
Beliau memaklumkan, antara manfaat yang diperolehi oleh pemegang pasport keselamatan ini adalah pampasan sebanyak RM15,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya akibat kemalangan.
“Dengan adanya kad keselamatan ini, kebajikan kakitangan MPK dan pekerja kontraktor lebih terjamin.
“Sebagai sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan awam kepada masyarakat, MPK sentiasa menitikberatkan aspek KKP dalam setiap aktiviti pembersihan awam, pengurusan sisa pepejal, pengindahan bandar, kawalan lalulintas dan sebagainya,” katanya ketika melancarkan MPKSP di ibu pejabat MPK, hari ini.
Fadli berkata, kualiti dan perkhidmatan warga kerja MPK akan lebih berkesan apabila sentiasa mengutamakan aspek KKP manakala gabungan pematuhan amalan kerja yang standard, selamat dan sihat akan menjadikan kerja harian lebih selamat, jimat kos, produktif selain mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Mengulas lanjut katanya, MPK juga berjaya melahirkan seramai 10 orang tenaga pengajar dalaman untuk memberikan latihan berkaitan MPKSP.
“Fokus utama MPK adalah untuk memastikan kakitangan yang terdedah dengan risiko bahaya di tempat kerja dilindungi dan mendapat manfaat apabila berlaku kemalangan sama ada di tempat kerja atau ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja,” ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif NIOSH Mejar (B) Hanif Madin berkata, pelaksanaan MPKSP merupakan pencapaian yang amat penting dan seharusnya menjadi kebanggaan warga MPK serta mendorong PBT-PBT lain untuk melaksanakannya.
“NIOSH berharap kesemua PBT di Negeri Terengganu akan melaksanakan sistem pasport keselamatan agar negeri ini menjadi negeri pertama di Semenanjung di mana kesemua PBT melaksanakan inisiatif tersebut,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau menyeru majikan dan pihak industri yang masih belum melaksanakan program pasport keselamatan untuk berusaha ke arah pelaksanaannya sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
“Walaupun penggunaan pasport keselamatan tidak diwajibkan oleh Kerajaan, namun ia amat digalakkan bagi membantu mengurangkan kemalangan dan penyakit pekerjaan sebagaimana yang digariskan di bawan Pelan Induk KKP 2021-2025 (OSHMP25),” katanya.
Program Pasport Keselamatan NIOSH mula diperkenalkan pada tahun 2000 sebagai usaha Kerajaan untuk meningkatkan tahap kesedaran pekerja terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Pasport keselamatan NIOSH diwajibkan oleh sesetengah industri termasuk minyak dan gas, telekomunikasi dan pengendali lebuhraya. Setiap tahun, lebih 100,000 peserta dilatih di bawah program pasport keselamatan NIOSH di seluruh negara.
Pada majlis tersebut, pihak MPK dan NIOSH turut menandatangani dan betukar-tukar memorandum persefahaman untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang KKP. MPK diwakili Fadli manakala Hanif mewakili NIOSH.
Hanif turut menyarankan PBT untuk mendapatkan pensijilan pengurusan KKP melalui anak syarikat NIOSH iaitu NIOSH Certification Sdn Bhd.
Beliau berkata, Sistem Pengurusan KKP atau ISO 45001:2018boleh diintegrasikan dengan proses pengurusan organisasi sedia ada dan mengikuti struktur standard sistem pengurusan ISO yang lain, seperti ISO 9001 (pengurusan kualiti) dan ISO 14001 (pengurusan alam sekitar).
03 Jul 24
254
Imam Ketiga di Terengganu Terima Insentif Khas RM194,400
KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Seramai 324 orang imam ketiga di Terengganu menerima bantuan khas secara 'one-off' daripada kerajaan negeri dengan peruntukan keseluruhan RM194,400.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini imam ketiga di masjid mukim negeri itu tidak menerima bayaran oleh mana-mana entiti yang lain.
"Jadi kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membayar kepada imam ketiga, pembayaran hari ini adalah untuk tahun 2023.
"Agak terlewat sebenarnya kerana kita bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Bayaran Bantuan Khas ' One Off' tahun 2023 kepada imam ketiga Masjid Mukim Negeri Terengganu, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri turut berhasrat bagi meneruskan bayaran bantuan khas kepada imam bagi tahun 2024.
"Insya-Allah sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan kita akan cuba selesai secepat mungkin sebelum berakhir tahun ini," ujarnya.
03 Jul 24
5262
Kurangkan Kebergantungan Royalti Minyak, Sumber Baharu Jana Ekonomi Terengganu
Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengubah landskap pendapatan negeri dengan mengurangkan kebergantungan kepada royalti petroleum yang sebelum ini meliputi hampir 90 peratus perbelanjaan negeri kepada pendapatan yang lebih pelbagai.
03 Jul 24
557
Gajah Ceroboh Kampung Pak Sik Berjaya Ditangkap
KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor gajah yang menganggu ketenteraman dan merosakkan kebun penduduk di Kampung Pak Sik, Hulu Besut.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, gajah jantan seberat dua tan itu ditangkap pihak Perhilitan di kawasan kebun kelapa sawit kampung itu kira-kira jam 9 pagi, semalam.
“Tahniah dan terima kasih pihak Perhilitan yang bekerja keras menyelesaikan aduan penduduk,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, semalam.
Mamalia yang berusia sekitar 10 hingga 12 tahun itu berjaya ‘dipujuk’ oleh tujuh anggota perhilitan yang terlibat dengan operasi terbabit.
Azman berkata, proses pemindahan mamalia berkenaan ke habitat asal akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Proses pemindahan ke lokasi yang jauh dari konflik dengan manusia akan dilakukan sehari dua ini,” katanya.
02 Jul 24
199
Pusat Maklumat Pelancongan Terengganu Dalam Proses Pemulihan
Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan langkah-langkah proaktif untuk memulihkan Pusat Maklumat Pelancongan (TIC) di seluruh negeri.
02 Jul 24
87
Kerajaan Negeri Peruntuk RM10,000 Naik Taraf Surau di Pulau Perhentian
Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM10,000 untuk kerja menaik taraf Surau Awam Long Beach di Pulau Perhentian yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan orang awam secara bergotong-royong.
01 Jul 24
190