lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Kesedaran Masyarakat Kepentingan Pengosongan Tangki Septik Dipertingkat
Kesedaran Masyarakat Kepentingan Pengosongan Tangki Septik Dipertingkat
Kesedaran dalam kalangan masyarakat di negeri ini mengenai kepentingan pengosongan tangki septik secara berjadual akan dipertingkat bagi menjamin kelestarian alam sekitar.
01 Jul 24
57
Terengganu Kaji Semula Larangan Jual Hasil Padi
Terengganu Kaji Semula Larangan Jual Hasil Padi
KUALA TERENGGANU, 1 Julai - Terengganu akan mengkaji semula larangan penjualan hasil padi dari negeri ini ke kilang padi negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia dalam rangka mewujudkan persaingan yang lebih sihat di kalangan pengusaha kilang padi di Terengganu. “Secara amnya, harga belian padi di Terengganu agak rendah berbanding di negeri lain. Banyak kilang padi di Terengganu membeli padi dengan harga lantai RM1300/mt dalam masa yang sama harga padi di negeri lain sudah mencecah RM1800/mt. “Kementerian Pertanian hanya menetapkan harga lantai padi RM1300/mt tanpa penetapan harga siling. Terpulang kepada pihak kilang untuk penetapan harga asalkan jangan lebih rendah dari harga lantai,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini. Mengulas lanjut katanya, selaras dengan kenaikan pelbagai kos mengusahakan sawah yang dipikul oleh pesawah, mereka berhak mendapat harga yang lebih tinggi.  “Peraturan yang melarang penjualan padi ke negeri lain memberikan status ‘quo’ kepada pengilang padi Terengganu untuk kekal dengan harga yang relatif rendah berbanding negeri lain. “Kerajaan perlu memberikan ruang yang lebih baik kepada pesawah kita,” ujarnya. Katanya, persaingan sihat perlu dibuka di kalangan pengusaha kilang padi untuk mereka menawarkan tawaran yang terbaik dalam rangka menarik pesawah supaya menjual padi ke kilang mereka.  
01 Jul 24
616
Tanpa Subsidi Diesel, Pengusaha Pelancongan Terbeban Kos Tinggi
Tanpa Subsidi Diesel, Pengusaha Pelancongan Terbeban Kos Tinggi
Kenaikan harga diesel memberi kesan langsung kepada kos operasi resort-resort di pulau menyebabkan pengusaha pelancongan Terengganu semakin terbeban. 
01 Jul 24
113
Lulus RM23 Ribu Naik Taraf Surau, Hentian Rehat Pulau Redang
Lulus RM23 Ribu Naik Taraf Surau, Hentian Rehat Pulau Redang
Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM23,000 untuk menaik taraf masjid lama yang terbiar dan hentian rehat di Pulau Redang.
30 Jun 24
134
Terengganu Fokus Tiga Jenis Sisa Buangan
Terengganu Fokus Tiga Jenis Sisa Buangan
Terengganu memberi fokus kepada tiga jenis buangan iaitu minyak masak terpakai, plastik dan tekstil. 
30 Jun 24
80
Terengganu Sebelah Kaki ke Separuh Akhir Piala FA
Terengganu Sebelah Kaki ke Separuh Akhir Piala FA
Terengganu sebelah kaki ke separuh akhir Piala FA selepas mengaibkan Sabah dengan jaringan 4-0 pada saingan suku akhir 1 Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
30 Jun 24
165
Pelancong 'Makin Laju' Ke Terengganu
Pelancong 'Makin Laju' Ke Terengganu
Suku pertama tahun 2024 merekodkan lebih 1.5 juta pengunjung dan pelancong bertandang ke negeri Terengganu, melebihi sasaran awal ditetapkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT).
30 Jun 24
3143
Terengganu Terima Peruntukan RM1 Juta Bagi Projek Bandar Selamat
Terengganu Terima Peruntukan RM1 Juta Bagi Projek Bandar Selamat
Sebanyak RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek bandar selamat di Terengganu tahun ini.
30 Jun 24
55
Penyelam Skuba Kutip Sampah Dalam Dasar Laut Pulau Perhentian
Penyelam Skuba Kutip Sampah Dalam Dasar Laut Pulau Perhentian
Sebanyak 215.85 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip dari dasar laut dan tepi pantai oleh sukarelawan, termasuk penyelam skuba, melalui 'Program Sukarelawan Antarabangsa Fasa Kedua Dive Against Debris (DAD)' di kawasan Pulau Perhentian Kecil, Long Beach, Besut.
30 Jun 24
117
Kesedaran Masyarakat Kepentingan Pengosongan Tangki Septik Dipertingkat
Kesedaran Masyarakat Kepentingan Pengosongan Tangki Septik Dipertingkat
KUALA TERENGGANU, 30 Jun- Kesedaran dalam kalangan masyarakat di negeri ini mengenai kepentingan pengosongan tangki septik secara berjadual akan dipertingkat bagi menjamin kelestarian alam sekitar. Pengerusi Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Hanafiah Mat berkata, susulan itu kerajaan negeri menjadi pemudah cara kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dalam memupuk kesedaran pengguna. “Contohnya hari ini, kita mengadakan sesi taklimat kepada penghulu-penghulu mukim untuk mereka panjangkan mengenai kepentingan pengosongan tangki septik kepada penduduk kampung dan juga taman perumahan. “ini kerana pengosongan tangki septik secara berkala amat penting dalam memastikan enap cemar yang terkumpul dibawa ke pusat rawatan kumbahan untuk dirawat sebelum dilupuskan ke tapak pelupusan yang dibenarkan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sesi Libat Urus Dan Taklimat Kesedaran Pengosongan Tangki Septik Kepada Penghulu Mukim dan Wakil Pihak Berkuasa Tempatan Seluruh Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Pengarah SPAN Wilayah Timur, Azamy Abdul Aziz Abdul Aziz dan Ketua Jabatan Perniagaan Nyah Enapcemar IWK, Pauzi Mohamed. Katanya, sisa kumbahan perlu dilupuskan dengan cara yang betul dan selamat supaya dapat mengelak berlakunya penyebaran penyakit bawaan air yang berbahaya kepada masyarakat. “Kita harap pengguna sedar akan hal ini kerana risiko pencemaran sumber air berpunca daripada tangki septik bukan sahaja menyusahkan mereka tetapi juga komuniti terdekat,” ujarnya. Sementara itu, Pauzi memaklumkan, kesedaran mengosongkan tangki septik di kediaman secara berjadual masih rendah dalam kalangan masyarakat di Terengganu dengan kurang dari 10 peratus daripada kira-kira 90,000 tangki septik di negeri ini.  “Boleh dikatakan hampir semua negeri lebih kurang sama iaitu dibawah 10 peratus yang tangki septik telah dikosongkan secara berjadual.  “Justeru, kita terus berusaha untuk sedarkan masyarakat melalui penghantaran notis, pertingkatkan kempen dan pelbagai cara lagi,” katanya. Tamabh beliau, masyarakat dan pengguna diharapkan akan bertanggungjawab untuk bersama-sama mengosongkan tangki septik memandangkan kos yang dikenakan agak berpatutan. “Berdasarkan soal selidik yang dilakukan pihak kami, hampir 95 peratus  pengguna faham tentang kepentingan pengosongan tangki septik tetapi mereka tidak meletakkan ia sebagai keutamaan dalam pengurusan kewangan keluarga masing-masing,” ujarnya.
30 Jun 24
348