lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

RM1 Juta Peruntukan Segera Baik Pulih Kuarters IPD Marang
RM1 Juta Peruntukan Segera Baik Pulih Kuarters IPD Marang
MARANG, 10 Julai - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membaiki 20 daripada 166 kuarters di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu telah diumumkan dalam kunjungan dan ramah mesra Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian  Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri Terengganu. Ujarnya, 20 unit kediaman anggota polis itu telah mengalami kerosakan sehingga tidak dapat didiami. "Apa yang kita kenal pasti adalah bumbung yang bocor itu membawa kepada syiling, cat pudar dan juga mengalami kerosakan lantai. "Sebab itu saya minta disegerakan sejumlah peruntukan dan Perdana Menteri telah mengumumkan satu juta, tekad kita dengan satu juta ini kita boleh segerakan pembinaanya dalam hujung September atau Oktober," ujarnya ketika ditemui pihak media, di sini, hari ini. Dalam perkembangan yang lain, Saifuddin menafikan telah mengeluarkan arahan penutupan balai polis selepas 10 malam. Katanya, penutupan hanya membabitkan pintu pagar dan bukannya balai polis. "kita ada sebanyak 810 balai polis dan 127 IPD di seluruh negara, penutupan pintu pagar ini hanya membabitkan kawasan berisiko tinggi," ujarnya.  
10 Jul 24
526
Exco Cadang Asing Lelaki, Perempuan di Kolam Air Panas
Exco Cadang Asing Lelaki, Perempuan di Kolam Air Panas
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris, telah mengumumkan cadangan untuk mengasingkan lelaki dan perempuan di kolam air panas La Hot Spring, Hulu Besut.
10 Jul 24
162
RM16.5 Juta Dirampas, 123 Ditahan
RM16.5 Juta Dirampas, 123 Ditahan
Hasil laut dan bot bernilai RM16.5 juta dirampas serta 123 nelayan asing telah ditahan sepanjang tahun ini oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu.
10 Jul 24
52
Penjawat Awam Perlu Jaga Kerahsiaan Maklumat
Penjawat Awam Perlu Jaga Kerahsiaan Maklumat
Penjawat awam di negeri ini dinasihatkan menjaga intergriti dan memelihara kerahsiaan supaya tidak membocorkan maklumat kepada pihak ketiga khususnya melalui aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.
10 Jul 24
127
Mantan Johan Qariah Antarabangsa Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Mantan Johan Qariah Antarabangsa Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 1420H/1999, Masnah Awang, 73 tahun dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu bagi tahun ini.
10 Jul 24
182
Hijrah : Perjalanan 460 Kilometer Penuh Hikmah, Ibrah
Hijrah : Perjalanan 460 Kilometer Penuh Hikmah, Ibrah
Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sebuah perjalanan fizikal sejauh 460 kilometer dari Makkah ke Madinah, tetapi juga sebuah perjalanan yang penuh dengan hikmah dan ibrah.
10 Jul 24
89
Candat Sotong : 500 Bot Turun ke Laut Setiap Hari
Candat Sotong : 500 Bot Turun ke Laut Setiap Hari
Dianggarkan hampir 500 bot turun ke laut setiap hari dengan lebih 5,000 pencandat yang mengambil bahagian dalam aktiviti mencandat sotong di sekitar Pulau Kapas dan lokasi-lokasi pilihan lain di Terengganu pada tahun ini.
08 Jul 24
86
46 Menara Telekomunikasi Baharu Di Terengganu
46 Menara Telekomunikasi Baharu Di Terengganu
Anak syarikat Theta Edge Berhad iaitu Theta Telecoms Sdn Bhd telah berjaya membina sebanyak 46 menara telekomunikasi baharu di Negeri Terengganu melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1.
08 Jul 24
634
Tambah Menara Telekomunikasi Baharu di Kawasan LPT2- Hanafiah
Tambah Menara Telekomunikasi Baharu di Kawasan LPT2- Hanafiah
KUALA TERENGGANU, 8 Julai- Kerajaan negeri memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menambah projek pembinaan menara telekomunikasi khususnya di kawasan jajaran lebuh raya LPT2 bagi memperluas rangkaian internet di negeri ini. Pengerusi Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia susulan kejayaan anak syarikat Theta Edge Berhad iaitu Theta Telecoms Sdn Bhd yang telah berjaya membina sebanyak 46 menara telekomunikasi baharu di Negeri Terengganu melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1. Katanya, kerajaan negeri amat berharap usaha sebegini dapat diteruskan dan ditambah lagi memandangkan masih banyak kawasan lain yang memerlukan perhatian dari segi liputan telekomunikasi khususnya kawasan jajaran lebuh raya LPT2 selain kawasan-kawasan tumpuan pelancongan, dan juga kawasan luar bandar yang masih belum mempunyai liputan yang memadai. "Kerajaan negeri melalui Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM) akan sentiasa memantau dan membantu pelaksanaan berkenaan telekomunikasi bagi memastikan ia berjalan lancar.  "Pihak negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak yang terlibat bagi mencapai matlamat ini, " ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemuktamadan Penyerahan 46 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jendela Fasa 1 di Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini, baru-baru ini. Sementara itu Hanafiah yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam projek pembinaan 46 menara telekomunikasi baharu itu. "Kami sangat menghargai usaha yang dilakukan terutamanya oleh MCMC dalam melaksanakan projek Universal Service Provision (USP) yang merangkumi inisiatif JENDELA, Major Contributor (MC), dan juga Clawback (CB).  "Projek-projek sebegini amat penting bagi  memastikan liputan telekomunikasi di kawasan ‘non-commercial’ dan jajaran lebuh raya dapat dipertingkatkan. "Projek ini banyak memberi makna kepada Negeri Terengganu. Ia bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan mereka mendapat akses kepada perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui peningkatan infrastruktur," ujarnya.
08 Jul 24
340
46 Menara Telekomunikasi Baharu Di Terengganu
46 Menara Telekomunikasi Baharu Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Julai- Anak syarikat Theta Edge Berhad iaitu Theta Telecoms Sdn Bhd telah berjaya membina sebanyak 46 menara telekomunikasi baharu di Negeri Terengganu melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Theta, Datuk Nuraslina Zainal Abidin berkata, syarikat sangat memahami kepentingan projek tersebut dan teruja dapat menyiapkan pembinaan menara baharu itu mengikut jadual yang ditetapkan pada tahun 2023. Menurutnya, usaha dan komitmen syarikat sepanjang proses pembinaan menara baharu itu diharap dapat membantu operator rangkaian mudah alih memperluaskan lagi liputan 4G di kawasan luar bandar untuk manfaat rakyat. "Sebagai syarikat yang membangun, kami berbesar hati kerana dapat merealisasikan agenda kerajaan dalam memperluaskan kesalinghubungan digital untuk rakyat di negeri ini.  "Kami berbangga dapat menjadi rakan strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi inisiatif ini dan berpeluang menawarkan kepakaran dalam menyediakan kemudahan infrastruktur tersebut," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemuktamadan Penyerahan 46 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jendela Fasa 1 yang dirasmikan oleh Pengerusi Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hanafiah Mat di Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini, hari ini. Majlis itu juga bertujuan meraikan pencapaian 100 peratus pelaksanaan tapak Jendela Fasa Satu yang sudah siap dibina dan dibangunkan oleh Theta Telecoms Sdn Bhd pada tahun 2023. Mengulas lanjut,  Nuraslina berkata, penyediaan perkhidmatan akses jalur lebar yang kondusif adalah keutamaan syarikat dalam menuju ke arah era pendigitalan khususnya di Negeri Terengganu kerana capaian internet dapat memudahkan urusan harian rakyat dan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat setempat. "Paling penting, ia dapat memperkukuhkan keyakinan pelabur khususnya sektor perindustrian melalui pembangunan ekonomi digital serta melonjakkan lagi industri pelancongan di Terengganu. "Antara pembinaan menara baharu yang unik ialah di Pulau Tenggol, Dungun kerana ia mengambil masa selama 150 jam dan meliputi jarak sejauh 83.3 kilometer dari jeti di Kuala Terengganu. "Menara setinggi 60 meter ini berjaya dibina dalam tempoh tiga bulan dan banyak cabaran telah dilalui sepanjang proses tersebut namun kami berbangga dapat melaksanakannya dengan sempurna," katanya.
05 Jul 24
787