lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PMINT, ECORIDE Rintis Industri Kenderaan Elektrik
PMINT, ECORIDE Rintis Industri Kenderaan Elektrik
KUALA TERENGGANU, 27 Julai- Kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama ECORIDE Sdn Bhd bagi cadangan Program Migrasi Mobiliti Hijau Kenderaan Elektrik (EV). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Dato' Wan Adnan Wan Derahman berkata, MoU tersebut bertujuan merintis jalan bagi kedua-dua pihak menerokai peluang usahasama dalam industri EV di negeri ini. "Melalui MoU yang dijalin ini, kedua-dua pihak akan bersama-sama merangka dan membentangkan pelan migrasi EV bagi dilaksanakan di Negeri Terengganu dengan menjadi perintis kepada pengguna terutamanya melibatkan agensi negeri, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun negeri. "Selain mewujudkan dan merancang rangkaian infrastruktur stesen EV di Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan.  Tambah beliau, kerjasama tersebut juga bertujuan membina pelan komprehensif dan terperinci untuk migrasi EV khusus untuk kegunaan komersial di negeri ini sekali gus mengurangkan kos pengangkutan. "Ia juga bagi menyelaras dan mempromosikan pembangunan industri berkaitan EV di Terengganu," ujarnya. Katanya,  PMINT melalui subsidiari Cas Ligas Sdn Bhd yang terlibat secara langsung dalam sektor pengangkutan di Negeri Terengganu pasti akan memperolehi manfaat dalam jangka masa pendek dan jangka panjang dalam perkara ini sekaligus membantu menjayakan hasrat kerajaan Negeri dalam merintis keberhasilan dalam EV.
27 Jul 24
786
Exco 'Terjah' Kampung Hulur Bantuan Kepada Keluarga B40
Exco 'Terjah' Kampung Hulur Bantuan Kepada Keluarga B40
Seramai 10 keluarga B40 yang berdepan bebanan kewangan di daerah Hulu Terengganu menerima bantuan segera melalui program Ziarah Kasih yang dilaksanakan di daerah berkenaan.
25 Jul 24
107
Usahawan Bumiputera Perlu Rebut Peluang Ekonomi Digital
Usahawan Bumiputera Perlu Rebut Peluang Ekonomi Digital
KUALA TERENGGANU, 25 Julai- Komuniti perniagaan Melayu di Terengganu perlu merebut peluang daripada revolusi ekonomi digital yang berpotensi besar melonjakkan pendapatan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ekonomi digital dan revolusi industri 4.0 (IR 4.0) yang menjadi tumpuan sektor perniagaan menyediakan peluang luas buat usahawan bumiputera meneroka pasaran tanpa modal besar tetapi mampu menjana pulangan tinggi. Katanya, sektor berkenaan bukan hanya menyediakan pasaran lebih luas, malah boleh diusahakan di mana jua lokasi dengan syarat mempunyai akses internet yang stabil. “Apabila ekonomi berubah ke dunia digital, kita kena lebih peka apa yang berlaku secara dalam talian dan sebagai usahawan, kita perlu bersedia dari segi minda untuk melakukan perubahan. “Selain ekonomi digital, negeri kita juga mempunyai banyak peluang lain yang boleh diterokai usahawan contohnya teknologi hijau yang melibatkan industri silika bermutu tinggi. “Walaupun sektor tersebut melibatkan pelaburan agak besar itu tugas kerajaan untuk mencari pelabur dan sebagainya, tetapi kita sebagai usahawan perlu bersedia menyambut apa yang dibangunkan kerajaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Kolokium Usahawan Melayu anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Hotel Grand Puteri di sini, hari ini. Dalam ucapannya, Nurkhuzaini turut merakamkan penghargaan kepada DPPMT atas inisiatif menganjurkan kolukium yang dapat menghimpunkan suara usahawan dari pelbagai sektor ekonomi. “Semoga DPPMT berupaya meneruskan misinya dalam memperjuangkan usahawan Melayu di negeri ini,” ujarnya. Sementara itu katanya, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan usahawan Melayu terus berdaya maju serta dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. “Antaranya menyediakan peluang perniagaan, sokongan, pemberian insentif disamping bimbingan, khidmat nasihat dan lain-lain,” katanya. Tambah beliau, selain usaha gigih kerajaan untuk membangunkan usahawan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS), usahawan sendiri perlu berusaha meningkatkan keupayaan bersaing mereka. “Gabungan dan kerjasama antara mereka perlu diteruskan dengan meningkatkan kerjasama dan saling bantu membantu terutama di antara yang telah maju dan kurang maju,” ujarnya.
25 Jul 24
165
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
Kerajaan negeri Terengganu menegaskan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan B40 tetap diteruskan meskipun bayaran royalti disekat.
24 Jul 24
154
Kuaters Kediaman Tambah Nilai Pusat Pemulihan Dadah
Kuaters Kediaman Tambah Nilai Pusat Pemulihan Dadah
Tiga kuaters kediaman bagi menempatkan pegawai Perkampungan Darul Barakah yang telah siap dibina diserahkan kepada institusi berkenaan.
24 Jul 24
115
Terengganu Terima Bayaran Royalti TNB RM16.51 Juta
Terengganu Terima Bayaran Royalti TNB RM16.51 Juta
KUALA TERENGGANU, 24 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan pembayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir dan Stesen Janakuasa Hulu Terengganu berjumlah RM16.51 juta bagi tahun kewangan 2024. Pembayaran royalti bagi penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud sebanyak RM11,673,000 manakala untuk Stesen Janakuasa Hulu Terengganu berjumlah RM4,836,218. Penyerahan cek itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Pembangunan, TNB Power Generation Sdn Bhd, Shahrir Abdul Latiff kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman di sini. Untuk rekod, TNB telah mula membuat bayaran itu setiap tahun sejak kedua-dua stesen berkenaan memulakan operasi.
24 Jul 24
4030
Kerajaan Terengganu Tamatkan Derita 18 Keluarga Hilang Tempat Berteduh
Kerajaan Terengganu Tamatkan Derita 18 Keluarga Hilang Tempat Berteduh
KEMAMAN, 22 Julai - Derita hilang tempat berteduh yang dihadapi 18 keluarga di Kampung Habib Mohsin di daerah ini berakhir selepas Kerajaan Terengganu berjaya mencari jalan penyelesaian. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan memulakan pembinaan 18 unit rumah dalam ketegori rumah asnaf. Katanya, 18 unit kediaman di Paya Berenjut itu sudah dimulakan dengan kerja-kerja asas. "Termasuk kerja-kerja pembersihan tapak dan 'earth filling' sudah selesai dan minggu ini dijangka akan dipasang 'hoarding' dan 'cabin' serta akan dinaikkan papan tanda serta kerja-kerja berkaitan," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan di facebooknya, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya, khabar gembira itu diharapkan akan menamatkan segala kesukaran yang dihadapi mereka sebelum ini. "Berita baik buat mangsa perpindahan penduduk Habib Mohsin, Kuala Kemaman, deritamu mengalir di denyut nadiku.Bersabarlah, keselesaanmu adalah keutamaanku," tulisnya di platform facebook itu. Tapak rumah yang telah memulakan kerja pembinaan. Berkongsi mengenai status terkini berkenaan projek terbabit katanya ia telah mula memasuki tapak pada 18 Julai. "Kontraktor mula membersihkan tapak pada 16 Julai dan kemudian buat 'site survey' (pegging) pada 18 Julai," katanya lagi. Dalam pada itu ujarnya, masalah yang dialami penduduk di Habib Mohsin itu merupakan perkara lama yang membina kediaman sementara dengan menumpang tanah yang kini dituntut oleh pewaris. Bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk, Hanafiah berusaha sedaya upaya bagi memastikan penduduk terbabit mendapat kediaman yang selesa, hasil pertemuan dengan pihak MAIDAM telah memberikan kelegaan.
23 Jul 24
350
ESCAR Akan Dikomersialkan Sebagai Kenderaan Industri Pelancongan
ESCAR Akan Dikomersialkan Sebagai Kenderaan Industri Pelancongan
KEMAMAN, 22 Julai - Kenderaan inovasi mesra alam, EPIC Solar Car (ESCAR) akan dikomersialkan sebagai kenderaan industri pelancongan dalam masa terdekat.  EPIC Berhad dalam satu kenyataan berkata, kenderaan tersebut akan ditambah baik untuk meningkatkan kapasiti dan ciri sedia ada termasuk pemantauan masa nyata bateri dan Sistem Penentududukan Global (GPS). Ketua Syarikat EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB), Azman Muda dalam kenyataan sama memaklumkan, hasil kerjasama strategik bersama Kolej Universiti TATI (UC TATI) pasukan ESSB berjaya melancarkan Escar pada tahun lalu. “Kenderaan ini daripada inovasi kenderaan ringan kereta ‘buggy’ yang biasanya digunakan di kelab-kelab golf, industri perhotelan dan kawasan pelancongan.  “Ia mengguna pakai tenaga elektrik dijanakuasakan oleh tenaga solar yang disimpan dalam bateri, justeru menjadikannya sebuah alternatif mesra alam kepada kenderaan konvensional berasaskan petrol,” ujarnya dalam kenyataan tersebut, hari ini. Menurut beliau, ESCAR dapat membuat pengecasan elektrik secara automatik selagi wujud sumber cahaya matahari, sekali gus membantu penjimatan kos. “ESCAR pada awalnya dirangka untuk kegunaan operasi di Ladang Solar ESSB, namun penggunaannya telah diperluas ke premis operasi beberapa anak syarikat EPIC Berhad iaitu Kuala Terengganu Support Base, Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd dan Sukma Samudra Sdn Bhd,” katanya.  
22 Jul 24
432
EPIC Solar Sdn Bhd Perluas Rangkaian Perkhidmatan Hijau
EPIC Solar Sdn Bhd Perluas Rangkaian Perkhidmatan Hijau
KEMAMAN, 22 Julai - EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB) yang terlibat dalam pembangunan Stesen Janakuasa Solar Berskala Besar Fotovoltaik berhasrat memperluas rangkaian perkhidmatan sebagai usaha mengetengahkan sumber tenaga solar dan teknologi hijau.  EPIC Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu selaras dengan komitmen anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) itu yang merupakan perintis dan pemacu projek solar di Pantai Timur. Pengerusi ESSB, Dr. Mamad Puteh dalam kenyataan sama berkata, ESSB merupakan syarikat pertama di Negeri Terengganu mempunyai ladang solar berkeluasan 70 ekar di kawasan perindustrian di sini.  “Loji janakuasa ini menghasilkan sehingga 18.5 megawatt (mw) tenaga elektrik yang dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad melalui grid nasional selama 21 tahun sehingga 2039, hasil Perjanjian Pembelian Kuasa atau Power Purchase Agreement (PPA) yang ditandatangani antara kedua-dua organisasi pada 2017,” ujarnya. Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Meraikan 150,000 Jam Bekerja Tanpa Kemalangan (LTI-Free) di Ladang Solar milik EPIC Berhad di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, semalam.  Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ts. Haji Muhtar Suhaili. Sementara itu, Ketua Syarikat ESSB Azman Muda dalam kenyataan berkenaan berkata, demi menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai 40 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2035 serta terus kekal menjana perubahan mampan perniagaan, pihak syarikat mengorak langkah menambah baik dan mempelbagaikan perkhidmatan.  Katanya, bertepatan dengan aspirasi untuk menjadikan Pelabuhan Kemaman sebagai sebuah pelabuhan hijau atau green port, ESBB turut menyediakan kemudahan dijanakuasakan tenaga solar, terutamanya bagi membantu operasi anak-anak syarikat EPIC Berhad.  “Ini termasuk pemasangan lampu jalan solar (solar street light) dan lampu limpah solar (solar floodlight) di terminal Dermaga Timur atau East Wharf (EW) kelolaan Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) dan di dermaga yang diuruskan oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB), selain beberapa lagi khidmat sokongan yang sedang dalam perancangan,” katanya. Tambah beliau, perkhidmatan tersebut juga dilanjutkan kepada penyewa-penyewa utama di Pangkalan Bekalan Kemaman.  “PETRONAS Carigali Sdn Bhd antara penyewa yang telah menggunakan khidmat ESSB untuk pemasangan lampu jalan solar dan lampu limpah solar ini,” ujarnya. Katanya, selain penawaran sedia ada lain seperti pengurusan projek, khidmat perundingan dan pembersihan panel solar, ESSB juga sedang membangunkan keupayaan untuk menjadi pelabur, pembekal dan pemasang bumbung berkuasa solar (solar rooftop).  “Dengan kekuatan tenaga kerja berpengalaman dan berkemahiran, ESSB yakin akan menjadi pesaing utama dalam industri tenaga boleh baharu, demi menjana pendapatan selain memberi impak positif kepada transformasi ekonomi Negeri Terengganu sambil mendukung rangka kerja amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus EPIC Berhad,” menurut kenyataan itu.
22 Jul 24
534
Kes Malaria Import Meningkat di Terengganu
Kes Malaria Import Meningkat di Terengganu
BESUT, 22 Julai -  Sebanyak 25 kes malaria di rekodkan di Terengganu sejak awal tahun ini membabitkan 24 kes malaria import dan satu kes jangkitan malaria zoonotik. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu menunjukkan penurunan 62 peratus daripada tahun lepas iaitu 65 kes namun berlaku peningkatan kes ketara apabila 20 kes malaria direkodkan dalam kalangan warga asing Katanya, daripada 24 kes ini, 20 kes adalah berlaku di Hulu Terengganu, manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun serta Kemaman masing-masing mempunyai satu kes. "Berlaku peningkatan kes ketara  dalam kalangan warga asing bekerja di tapak pembinaan di Kampung Machang, Hulu Terengganu. "Kes malaria import ini membabitkan etnik Rohingya dan warga Bangladesh, Pakistan, India serta Papua New Guinea," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Jertih di sini semalam. Justeru itu, beliau berkata saringan awal sudah dilakukan ke atas penduduk di sekitar Kampung Machang, Kampung Kua serta Kampung Pengkalan Ajal, namun tiada kes dalam kalangan warga tempatan direkodkan. “Hasil tinjauan ke lokasi penempatan mereka yang terlibat dan dijangkiti malaria itu, pihaknya mendapati keadaan kawasan diduduki tidak bersesuaian dan ada yang hanya tinggal di dalam khemah. Katanya, majikan juga perlu memaklumkan kepada jabatan kesihatan sebelum membuka tapak baharu pembinaan untuk saringan awal malaria dan menyediakan penginapan lebih baik kepada pekerja. Dr Kasemani juga memaklumkan bagi menjalankan kerja-kerja pembasmian di kawasan terlibat, JPNT turut melantik 'Duta Malaria'  yang bertangungjawab memaklumkan akan kemasukan pekerja asing baru kepada pihak kesihatan bagi membolehkan saringan penyakit malaria dilakukan. Tambahnya lagi, setakat ini seramai 176 orang duta malaria telah dilantik di seluruh Terengganu.
22 Jul 24
408