lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

14 Atlet Kemaman Pemenang Pingat Sukma Diraikan
14 Atlet Kemaman Pemenang Pingat Sukma Diraikan
KEMAMAN, 3 Sept - Seramai 14 atlet daripada Kemaman yang telah memenangi pingat dalam acara masing-masing di Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-21 diraikan sempena kejayaan mereka mewakili Terengganu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata kemenangan yang diperolehi oleh para atlet muda ini sangat membanggakan dan telah mengharumkan nama negeri. "Kejayaan mereka ini adalah usaha keras daripada mereka sendiri. Bagi mencapai kejayaan seperti ini bukan sesuatu yang mudah. "Oleh yang demikian, kita adakan majlis ini bagi meraikan kejayaan mereka," ujarnya. Majlis tersebut telah diadakan dalam satu program sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat DUN Cukai 2024 yang berlangsung di Padang Astaka Kemaman, baru-baru ini. Hanafiah telah menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM500 buat atlet yang mendapat pingat emas, RM400 untuk pingat perak dan RM300 untuk atlet yang memenangi pingat gangsa. Kesemua mereka telah menyumbang empat pingat emas, satu perak dan sepuluh gangsa dalam acara pencak silat, judo, sepak takraw, ragbi, berbasikal dan hoki (wanita). Beliau yang juga merupakan bapa angkat kepada sukan Tenpin Bowling Terengganu juga mengharapkan kejayaan mereka akan memberikan contoh serta menjadi sumber inspirasi kepada atlet yang lain untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.
03 Sep 24
272
122 Kontinjen Serta Perarakan Hari Kebangsaan di Terengganu
122 Kontinjen Serta Perarakan Hari Kebangsaan di Terengganu
Sebanyak 122 kontinjen menyertai Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu.
02 Sep 24
77
Menteri KDN Dituntut Bertindak Tegas Terhadap Penghina Islam
Menteri KDN Dituntut Bertindak Tegas Terhadap Penghina Islam
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Menteri Dalam Negeri (KDN), Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dituntut bertindak tegas terhadap penghina agama Islam. Hantaran pengguna media sosial yang dikenali 'Ryan Azzaro' menunjukkan seorang wanita bertutup seluruh badan sedang melakukan lompatan ke dalam kolam renang dengan kapsyen 'Welcome To Afganu' perlu disiasat segera. Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini telah membuat laporan polis bagi memastikan ia sampai ke pengetahuan Menteri KDN itu. "Kita nak minta siasatan dan pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen (4) (1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana secara jelas (perkara itu) telah melanggar 3R. "Saya ingat hampir setahun lebih perkara ini ditegaskan oleh Kerajaan Madani hari ini, jadi kami menuntut hak yang sewajarnya bukan atas dasar pembangkang ataupun kerajaan. "Tetapi perkara itu telah menyentuh sensitiviti agama Islam secara keterlaluan, jadi saya minta pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, pihaknya meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk tidak berdiam diri dalam soal persendaan terhadap ajaran Islam. "Saya masih ingat setahun yang lalu kita dipanggil ke IPK Terengganu bagi memberi laporan tentang pemuda PAS yang berpakaian seperti pejuang Islam dan melakukan perarakan sedangkan tiada sebarang keganasan dilakukan atapun mengina dan memperkecilkan mana-mana agama, itu pun kami dipanggil. "Jadi saya minta perkara yang sama atau mungkin lebih tegas lagi daripada pihak polis serta pihak-pihak terbabit termasuk Menteri KDN sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dalam negara ini bagi membawa manusia tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan." tegasnya. Katanya, sekiranya tiada tindakan diambil pihaknya akan terus menggunakan saluran lain untuk menuntut keadilan selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan. "Kita berharap ada tindakan, jangan didiamkan sahaja bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, apa yang terjadi ini tidak boleh dibiarkan tanpa ada keputusan ataupun satu hukuman yang sepatutnya," katanya.
29 Aug 24
296
Persatuan OKU Sertai Perarakan Kemerdekaan
Persatuan OKU Sertai Perarakan Kemerdekaan
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos- Sambutan Hari Kebangsaan kali ini amat istimewa buat 110 ahli kontinjen Majlis Tindakan Orang kurang Upaya (OKU) Negeri Terengganu (MTOT) apabila julung kalinya terpilih menyertai perarakan, 31 Ogos ini. Keanggotaan MTOT terdiri daripada tujuh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) OKU iaitu Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Terengganu, Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT), Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu. Selain Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT), Persatuan Autisme Terengganu (PAUT), Persatuan Anak Istimewa Sindrom Down Itqan Terengganu (ITQAN TERENGGANU) dan Persatuan Kebajikan Anak Permata Syurga (APS). Bagi Fakhruddin Zakaria yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) berkata, walaupun berkerusi roda beliau tetap bersemangat meraikan program sempena bulan kebangsaan itu. “Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai perarakan sempena hari kemerdekaan dan perasaannya sangat bangga serta teruja kerana dapat bersama-sama menyemai semangat patriotik dalam menzahirkan rasa cinta kepada negara. “Sebelum ini ada dari kalangan kami yang pernah menyertai perarakan tetapi tahun ini lebih bermakna kerana semuanya berada di bawah satu ‘payung’ hasil gabungan semua kategori OKU di bawah MTOT,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada raptai penuh Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shahbandar, hari ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim memaklumkan, penubuhan MTOT pada 6 Mac lalu bertujuan mewujudkan kolaboratif multi sektoral dalam usaha memberi perlindungan, pendididikan, rehabilitasi dan pembangunan kepada OKU demi kepentingan dan kesejahteraan golongan ini. “Kita juga ingin memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat,” ujarnya.  
29 Aug 24
489
GPQ, KOPERAT Agih Jalur Gemilang Semarak Kemerdekaan
GPQ, KOPERAT Agih Jalur Gemilang Semarak Kemerdekaan
 Oleh : Muhammad Safwan Syakir Mohd Noor KUALA TERENGGANU,29 Ogos- Anak syarikat kerajaan negeri, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) dan  GPQ Sdn. Bhd. berkolaborasi mengagihkan 1,500 bendera Malaysia kepada orang ramai. Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KOPERAT, Sr Zaharuddin Zahid berkata, kerjasama berkenaan bertujuan menyemarakkan bulan kemerdekaan dan menyemai semangat kecintaan kepada negara. “Agihan jalur gemilang oleh GPQ dan KOPERAT ini dilaksanakan setiap tahun bertujuan menaikkan semangat masyarakat untuk menyambut kemerdekaan Malaysia. “Kita harap dengan adanya agihan bendera seperti yang dibuat oleh kedua-dua GLC akan dapat menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan pada tahun ini,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Pengagihan jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-67 di Pasar Payang, di sini, semalam. Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, sambutan orang ramai sangat memberansangkan termasuk pengunjung luar Terengganu . “Mereka sangat teruja dengan agihan bendera yang dilakukan dan kebetulan pada hari ini ramai dari luar Terengganu berkunjung ke Pasar Payang. “Dengan adanya usaha yang kecil ini diharapkan dapat mengingatkan kita akan erti sebuah kemerdekaan,” ujarnya.  
29 Aug 24
194
Kerjasama Ruane -TATIUC dan High Skills Technology Tepat Pada Masa
Kerjasama Ruane -TATIUC dan High Skills Technology Tepat Pada Masa
KEMAMAN, 29 Ogos - Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Ruane-TATI Sdn Bhd dan High Skills Technology Sdn bhd tepat pada masanya bagi memenuhi kehendak industri hari ini dalam usaha menyediakan latihan kemahiran bermutu tinggi. Pengerusi Lembaga Pengarah Ruane-Tati Sdn Bhd, Alias Harun berkata, melalui perjanjian persefahaman itu akan memastikan kedua-dua pihak mengorak langkah bagi merealisasikan perancangan untuk sentiasa relevan. "Sebagai sebuah institusi latihan dan peperiksaan, Ruane-TATI tampak konsisten dan mempunyai pelbagai misi dan perancangan strategik dalam aspek penjanaan ilmu dan kemahiran dalam menguasai peredaran pesat industri minyak dan gas sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. "Sementara itu, saya difahamkan bahawa High Skills juga seperti syarikat-syarikat ND yang lain yang sentiasa berharap untuk menaik taraf penduduk-penduduk di Pantai Timur khususnya kepada satu kualiti sijil profesional tahap tinggi diiktiraf oleh kebanyakan dunia," ujarnya. Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani MoU diantara Ruana TATI Sdn Bhd dan High Skills Technology Sdn Bhd, di Bilik One Stop Centre, Kolej Universiti TATI, di sini, semalam. Pada majlis itu, dokumen MoU telah ditandatangani Alias yang mewakili Ruane-Tati Sdn Bhd, disaksikan oleh Pegawai Khas Parlimen Kemaman, Hazri Jusoh. Sementara di pihak High Skills Technology Sdn Bhd telah ditandatangani oleh, YM Tengku Rosmin Farhan Tengku Mohd Amin. Dalam pada itu, Tengku Rosmi berkata jalinan kerjasama antara dua pihak itu telah membina satu jambatan kerjasama strategik yang akan menghubungkan potensi dalam sektor kemahiran. "Kerjasama ini mencerminkan komitmen kita untuk meningkatkan kualiti inovasi, keselamatan, dan kompetensi dalam industri minyak dan gas yang semakin mencabar ini. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha keras dalam mempersiapkan dan merangka MoU ini. Kerjasama yang erat dan dedikasi anda semua telah membolehkan kita mencapai detik yang bersejarah pada hari ini. "Melalui Memorandum Persefahaman ini, kita bersetuju untuk menjalin kerjasama dalam bidang latihan, persijilan dan rangkaian perniagaan. Dengan memanfaatkan kepakaran masing2 dan sumber yang kita ada, saya amat yakin kita dapat mencapai matlamat tersebut dengan lebih berkesan," katanya. Ujarnya lagi kerjasama itu juga memberi peluang bagi meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa. "Bagi memperkenalkan idea-idea baharu dan memastikan bahawa industri kita tidak hanya bertahan, tetapi berkembang maju dalam menghadapi segala cabaran. "Kita harus ingat bahawa kejayaan kita tidak hanya diukur dari hasil kewangan semata-mata, tetapi juga dari anjakan paradigma kepada peserta dan impak positif yang kita bawa kepada masyarakat dan persekitaran," ucap beliau.  
29 Aug 24
322
Yang di-Pertuan Muda Terengganu Berkenan Turun Bersihkan Pantai
Yang di-Pertuan Muda Terengganu Berkenan Turun Bersihkan Pantai
Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berkenan merasmikan Program Pembersihan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
28 Aug 24
161
TTI Perkenalkan Dua Feri Crystal Cruise Sempena Kemerdekaan
TTI Perkenalkan Dua Feri Crystal Cruise Sempena Kemerdekaan
Pihak Taman Tamadun Islam telah melakukan gimik memperkenalkan dua buah feri 'Crystal Cruise' sempena sambutan hari Kebangsaan pada program Sunset Cruise Perarakan Jalur Gemilang.
28 Aug 24
66
Sambutan Kemerdekaan DUN Cukai Semarak Semangat Patriotisme
Sambutan Kemerdekaan DUN Cukai Semarak Semangat Patriotisme
KEMAMAN, 28 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai yang diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan komuniti di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk Malam Ambang Merdeka. "Kami akan mengadakan pelbagai acara yang boleh melibatkan ahli keluiarga dan juga sukan. "Dalam masa sama, kami telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah. "Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh masyarakat di daerah ini dan sekitarnya untuk hadir beramai-ramai bagi sama-sama memeriahkan program yang kami adakan ini," katanya yang juga merupakan Pengerusi Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu. Untuk makluman, program tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 29, 30 dan 31 Ogos. Pelbagai acara yang diadakan seperti Forum Bicara Merdeka, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sajak, Busana Cilik Merdeka, Kejohanan Penalti, Persembahan Silat, Pertandingan Basikal Berhias, Persembahan Pentas dan lain lain. Forum Bicara Merdeka pula akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Saiful Apek, Pencetus Ummah (PU) Rahmat, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed Norhisyam Tuan Padang.    
28 Aug 24
416
300 Asnaf DUN Cukai Terima Sumbangan
300 Asnaf DUN Cukai Terima Sumbangan
KEMAMAN, 28 Ogos - Seramai 300 keluarga diraikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai dalam Program Sumbangan Asnaf,baru-baru ini. Adunnya, Hanafiah Mat berkata, program sebegini sentiasa diadakan secara berperingkat dan dari masa ke semasa.  "Kami di peringkat kerajaan negeri sentiasa memahami keadaan rakyat yang mana golongan asnaf perlu diberikan perhatian. "Walau apa jua situasi yang berlaku, kebajikan kepada masyarakat perlu diteruskan. "Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan khidmat yang terbaik bagi membela nasib rakyat terutamanya untuk golongan asnaf," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.  Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Sivik Gong Pauh itu, Hanafiah telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan beras. Mereka terdiri daripada asnaf yang tinggal di Kampung Gong Pauh, Taman Perumahan Gong Pauh, Jalan Dato dan Kampung Jaya. Dalam pada itu, Hanafiah turut mengadakan program yang sama di beberapa kawasan yang lain termasuk Kampung Dusun Nyior, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Kubang Kurus.
28 Aug 24
275