lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Kemajuan Projek ECRL Di Terengganu Capai 86 Peratus
Kemajuan Projek ECRL Di Terengganu Capai 86 Peratus
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini sudah mencapai kemajuan sebanyak 86 peratus setakat ini.  
05 Sep 24
152
Terengganu Jemput 'Pengkritik' ke Karnival Indahnya Hidup Bersyariah
Terengganu Jemput 'Pengkritik' ke Karnival Indahnya Hidup Bersyariah
KUALA TERENGGANU, 5 September - Kerajaan Terengganu menjemput semua pengkiritk dan pihak yang sangsi dengan pelaksanaan syariah di di negeri terbabit ke Karnival Indahnya Hidup Bersyariah yang bakal berlangsung di Stadium Nasiruddin Shah, di sini bermula hari ini hingga esok. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata Karnival yang akan berlangsung selama dua hari itu bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup berlandaskan syariat Islam secara besar-besaran. Menurutnya, kempen berterusan sebegini juga merupakan salah satu daripada proses pendidikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam memadam persepsi negatif yang ditanam kelompok berkepentingan. Tambah beliau, beberapa minggu lalu Terengganu diserang dari segenap penjuru berkenaan pemerkasaan syariah dan kebersamaan kerajaan serta rakyatnya dengan alim ulama. “Terengganu dituduh ‘merendahkan martabat dan mengongkong wanita’ dek kerana larangan terhadap perempuan muslim menyertai acara sukan terjun di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang diketahui umum tidak selaras dengan kehendak Islam. “Terbaru Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyokong kuat agenda pemerkasaan syariah Terengganu turut diserang di media sosial. “Di sebalik serangan itu, saya merasa hairan apabila usaha memartabatkan syiar Islam dipandang serong dan digambarkan sebagai ‘mundur’ oleh sesetengah pihak di media social,”ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan negeri ( ADUN) Batu Buruk itu berkata tuduhan tersebut disebabkan mereka masih belum memahami dan merasai sendiri kemanisan hidup bersyariat. “Saya sekali lagi mempersilakan seluruh rakyat Terengganu, Malaysia dan mereka yang sangsi dengan Islam untuk hadir ke Karnival Indahnya Hidup Bersyariat untuk memahaminya dengan lebih dekat,” ujarnya. Karnival anjuran kerajaan negeri itu juga  meletakkan objektif untuk menyediakan rakyat bagi agenda syariah Islam yang dilakukan secara tadaruj dan berperingkat. 
05 Sep 24
799
Kemajuan Projek ECRL Di Terengganu Capai 86 Peratus
Kemajuan Projek ECRL Di Terengganu Capai 86 Peratus
KEMAMAN, 4 September- Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini sudah mencapai kemajuan sebanyak 86 peratus setakat ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembinaan projek mega di Negeri Terenganu itu disifatkan paling pantas berbanding negeri-negeri lain yang turut terbabit dengan projek ECRL iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor. "Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Malaysia Rail Link (MRL), China Communications Construction Sdn Bhd (CCC) dan semua agensi kerajaan negeri yang telah berusaha memastikan projek ini satu realiti dalam tempoh yang paling cepat berbanding dengan tempat-tempat yang lain.  "Saya percaya dengan keupayaan yang dimiliki MRL dan rakan kontraktor mereka mampu menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan, " ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke dua stesen ECRL iaitu Chukai dan Kemasik di sini, hari ini. Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri akan memastikan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di kawasan sekitar enam stesen ECRL di negeri ini dapat disiapkan pada tempoh masa yang sama. "Kita tidak mahu apabila ECRL siap kita, kita belum buat apa-apa lagi untuk TOD. "Sebab itulah kita telah mengadakan perbincangan di peringkat kerajaan negeri pagi tadi menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan selepas ini saya akan turun ke daerah-daerah lain untuk meninjau reka bentuk stesen dan perkara- perkara lain," ujarnya. Katanya, komponen TOD merangkumi pelbagai perkara termasuk komersial dan bukan komersial yang boleh disertai oleh rakyat termasuk ahli perniagaan untuk memanfaatkan ECRL secara maksimum bagi menaja ekonomi negeri.  "Ini antara perkara-perkara yang kita rangkakan di sekitar kawasan ECRL supaya ECRL ini bukan sahaja menjadi satu jaringan pengangkutan yang digunakan untuk penumpang dan kargo semata-mata tetapi memberi pulangan kepada negeri yang akhirnya kembali kepada rakyat.
04 Sep 24
366
Terengganu Undang Berkat Adakan Munajat Perdana Menjelang Kemerdekaan
Terengganu Undang Berkat Adakan Munajat Perdana Menjelang Kemerdekaan
Kerajaan Negeri Terengganu mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yasin serta tahlil bagi mengundang keberkatan menjelang hari kemerdekaan sekali gus menyemarakkan sambutan dengan menanamkan semangat patriotik di kalangan rakyatnya.
04 Sep 24
140
Kerjasama Ruane -TATIUC dan High Skills Technology Tepat Pada Masa
Kerjasama Ruane -TATIUC dan High Skills Technology Tepat Pada Masa
Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Ruane-TATI Sdn Bhd dan High Skills Technology Sdn bhd tepat pada masanya bagi memenuhi kehendak industri hari ini dalam usaha menyediakan latihan kemahiran bermutu tinggi.
04 Sep 24
185
Menteri KDN Dituntut Bertindak Tegas Terhadap Penghina Islam
Menteri KDN Dituntut Bertindak Tegas Terhadap Penghina Islam
Menteri Dalam Negeri (KDN), Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dituntut bertindak tegas terhadap penghina agama Islam.
04 Sep 24
49
Orang Ramai 'Serbu' Ayam RM10 di Pasar Berkat
Orang Ramai 'Serbu' Ayam RM10 di Pasar Berkat
KUALA TERENGGANU, 4 September –  Kira-kira 1,000 ekor ayam berharga RM10 seekor habis dijual dalam tempoh satu jam di program Pasar Berkat yang berlangsung di Padang Hiliran di sini, pagi ini. Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti sayur-sayuran, daging dan barangan basah dengan potongan harga istimewa  sempena program tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, program anjuran Persatuan Pekerja dan Pengguna Kuala Terengganu (PEKA) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar adalah untuk membantu rakyat terutama golongan B40 membeli barangan keperluan itu dengan harga murah. "Ini adalah program kali keenam yang kita anjurkan dengan PEKA di sekitar bandaraya Kuala Terengganu dan kali pertama pada penggal ini. "Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan kita akan teruskan dengan kekerapan yang sesuai bagi pihak pembeli dan peniaga. “Kerajaan negeri sentiasa mendengar pandangan rakyat. Insya-Allah kita sentiasa berusaha membantu serta meringankan beban rakyat di dalam kawasan,” katanya kepada pemberita. Tambah Ahmad Shah, lebih satu tan ikan pelbagai jenis turut dijual dengan harga murah seperti anak ikan kembung dan anak ikan selar hanya RM2 sekilo. Menurutnya, daging pula dijual RM25 serta pelbagai jenis sayur-sayuran dengan harga RM1 seikat. Salah seorang pengunjung Aminah Said, 56, yang ditemui berkata, dia berkunjung seawal jam 7.00 pagi untuk mendapatkan bekalan ayam yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pasar raya serta pasar basah. "Saya datang dengan suami dan kami dapat beli dua kampit beras selain ayam  dapatlah bertahan selama sebulan dan kami turut beli beberapa barang keperluan lain pada harga murah berbanding pasaran. "Kami selalunya memang akan pergi beli barang keperluan di program jualan murah seperti ini  kerana kami dapat berjimat. Sekurang-kurangnya dapat jimat sehingga RM100 sebulan... itu dah cukup baik untuk keluarga saya,"katanya. Sementara itu,  bagi suri rumah Nurul Ain Mohd, 40, pula berkata dia dapat berjimat sehingga 30 peratus dengan membeli-belah di Jualan Pasar Berkat dan tumpuannya adalah beras serta barangan kering untuk kegunaan harian di rumah. Dia yang  mempunyai tiga anak berkata selain murah, barang-barang ditawarkan juga berkualiti malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
04 Sep 24
192
Terengganu Sumbang RM700,000 Untuk Pembangunan Semula Palestin
Terengganu Sumbang RM700,000 Untuk Pembangunan Semula Palestin
KUALA TERENGGANU, 4 September – Kerajaan negeri menyerahkan sumbangan berjumlah RM700,000 kepada Pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia (CGM), baru-baru ini. Replika cek sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar, Dato Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.  Nadir Al-Nuri berkata sumbangan tersebut merupakan hasil sumbangan agensi di bawah kerajaan negeri dan rakyat Terengganu bagi  membantu mengurangkan kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin. “Diam-diam ubi berisi, begitulah perumpamaan selayaknya untuk Kerajaan Negeri Terengganu, walaupun nampak senyap, tenang dan bersahaja tetapi kerja berjalan tanpa banyak bicara. “Baru kira-kira sebulan kami berjumpa dengan  Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini kami dijemput untuk menerima cek bernilai RM700,000 untuk saudara-saudara kita di Gaza.Terima kasih dan tahniah rakyat Terengganu,” ujarnya dalam satu hantaran di laman facebook rasminya semalam. Beliau berkata sumbangan itu akan digunakan sebagai permulaan pembangunan Bangunan Apartment Terengganu di Bandar Wakaf Malaysia di Gaza setelah tamat genosid kelak, 
04 Sep 24
605
'Daurah Fiqh Islami' Disambut Baik Zahir Rakyat Terengganu Cintakan Ilmu
'Daurah Fiqh Islami' Disambut Baik Zahir Rakyat Terengganu Cintakan Ilmu
Oleh : Abay Cik MARANG, 3 September - Rakyat negeri ini menyambut baik 'Daurah Fiqh Islami' yang diadakan di Masjid Rusila bermula semalam sekali gus menzahirkan masyarakat Terengganu cintakan majlis ilmu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program seumpama itu sudah tentu akan berupaya memantapkan ilmu agama dalam kalangan masyarakat hidup terpandu ke arah menghayati kehidupan 'Indahnya Hidup Bersyariat'. "Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dianjurkan oleh pihak Masjid Rusila dengan kerjasama Akademi Didik Ulama Dan Amilin Terengganu (DUAT) dalam usaha memeriahkan negeri ini dengan program yang sangat bermanfaat ini. "Serta pelajar-pelajar yang akan hadir sudah tentu akan bersemangat bagi meneruskan pembelajaran dimasa akan datang, jangan setakat berhenti di program ini sahaja," ujarny ketika berucap merasmikan program berkenaan tersebut.  Ujarnya, pada kemuncak acara esok dijangka akan menarik lebih ramai peserta kerana akan menampilkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang. "Dimana tidak asing lagi dikenali sebagai tokoh agama yang sangat dihormati, justeru orang ramai terutama masyarakat setempat dijemput untuk bersama-sama menimba ilmu," ujarnya. Dalam pada itu, Mudir Maahad Darul Quran, Ismail Othman berkata program 'Daurah Fiqh Islami' itu telah pun bermula pada beberapa tahun yang lepas. "Setiap kali ia diadakan sambutan daripada masyarakat sangat baik lebih-lebih lagi pada tahun ini. "Dengan program seumpama ini ia memberi peluang kepada mereka yang ingin mendalami ilmu fiqh dan memperkukuhkan amalan seharian mereka. "Dengan bimbingan para ulama dan pendakwah berpengalaman, diharapkan program ini akan membawa manfaat besar kepada semua yang terlibat," ujarnya.    
03 Sep 24
193
EPIC Marine Bangunkan GSRF Di Pelabuhan Kemaman
EPIC Marine Bangunkan GSRF Di Pelabuhan Kemaman
KUALA TERENGGANU, 3 September- Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPIC Marine) membangunkan Fasiliti Pengitaran Semula Kapal dan Pelantar Hijau atau Green Ship Recycling Facility (GSRF) yang juga merangkap sebagai Kemudahan Pemulihan Penyahtauliahan (DRF) di Pelabuhan Kemaman. Kemudahan canggih oleh anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) itu merupakan yang pertama di Malaysia dan dibina atas tapak seluas 13 ekar di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB). Ia dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2026 dan dijangka menjadi asas untuk kelestarian kitar semula dan penyahtauliahan kapal di rantau ini. EPIC Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, GSRF akan mematuhi piawaian alam sekitar dan keselamatan antarabangsa yang tertinggi termasuk keperluan ketat yang digariskan dalam Hong Kong International Convention for the Safe and Environmentally Sound Recycling of Ships (Hong Kong Convention). “Konvensyen yang akan berkuat kuasa pada 26 Jun 2025 itu akan memastikan bahawa kapal pada penghujung hayat operasinya akan dikitar semula bagi meminimumkan risiko kepada manusia kesihatan dan alam sekitar. “Selain lokasinya yang strategik dan pematuhan terhadap kesihatan, keselamatan dan garis panduan alam sekitar (HSE),” ujar kenyataan tersebut, hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Ts. Haji Muhtar Suhaili dalam kenyataan tersebut memaklumkan, kemudahan itu bersedia untuk merevolusikan pelupusan kapal-kapal akhir hayat dan platform melalui potensi dan kecekapannya yang luar biasa. “GSRF dijangka memproses antara 30,000 hingga 50,000 tan metrik daripada bahan setiap tahun, menjadikannya salah satu kemudahan kitar semula kapal yang paling cekap dan selamat di rantau ini.  “Inisiatif ini juga dioptimumkan untuk pengurangan pelepasan CO2 dan kitar semula komponen bukan logam yang mampan,” ujarnya. Katanya, GSRF juga akan berfungsi sebagai Kawasan Pelupusan Pesisir atau Kemudahan Pemulihan Penyahtauliahan bagi platform luar pesisir yang dijadualkan untuk penyahtauliahan.  “Kemudahan ini lebih daripada sekadar kawasan kitar semula kapal, ia mewakili penanda aras baharu dalam operasi maritim yang mampan.  “Kami percaya bahawa GSRF bukan sahaja akan mempelbagaikan lagi tawaran kami dan menyokong tranformasi Pelabuhan Kemaman menjadi pelabuhan hijau, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memajukan industri maritim tempatan ke arah yang lebih mampan masa depan,” ujarnya.  
03 Sep 24
447