lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Nabil Kembali Gagah Di Halaman Sendiri
Nabil Kembali Gagah Di Halaman Sendiri
KUALA NERUS, 19 September- Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, Rahimi Nabil Razu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk mencatat masa terpantas pada saingan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia 2020 di Litar Permotoran Terengganu, hari ini. Dalam perlumbaan akhir saingan kelas Wira KBS sebentar tadi, Nabil mencatatkan masa 10 minit 47.161 saat mengatasi pelumba di tempat kedua, Md Haziq Rosmaza dengan perbezaan 1.219 saat. Anak Kampung Pak Madah, Bukit Payong itu menyatakan kegembiraannya merekodkan kemenangan di halaman sendiri. "Alhamdulillah saya amat bersyukur. Selepas menguasai podium di pusingan pertama, saya menghadapi kesukaran di Johor akibat hujan. "Kali ini, saya kembali mengekalkan nombor satu dan saya akan berusaha lebih lagi," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas perlumbaan tadi. Nabil kini terus menguasai carta kedudukan keseluruhan selepas pusingan keempat dengan 78 mata. "Saya hendak mengekalkan kedudukan ini sehingga habis musim," tambahnya bersemangat. Dalam pada itu, pada saingan kelas CP 125, seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Md Hafiza Rofa yang mewakili ONEXOX TKKR SAG TEAM turut berjaya menduduki podium di tempat ketiga.  
19 Sep 20
898
Aksi Gaban Gamatkan Himpunan Bermotor Kota Putera 2020
Aksi Gaban Gamatkan Himpunan Bermotor Kota Putera 2020
Aksi lagak ngeri bermotosikal Mohd Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Gaban berjaya menggamatkan suasana Himpunan Bermotor Kota Putera 2020.
17 Sep 20
424
MPX Redline Juara Terengganu E-Sport Challenge 2020
MPX Redline Juara Terengganu E-Sport Challenge 2020
Pasukan MPX Redline muncul juara permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile peringkat negeri dalam kejohanan Terengganu E-Sport Challenge, baru-baru ini.
07 Sep 20
213
Hasrat Jadikan Seni Silat Sukan Rakyat
Hasrat Jadikan Seni Silat Sukan Rakyat
Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 6 September - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan seni silat sebagai suatu aktiviti sukan yang diceburi oleh pelbagai peringkat umur rakyat di negeri ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali mengharapkan seni mempertahankan diri itu menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan anak-anak muda agar mereka tidak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. “Program seumpama ini adalah sebahagian daripada fokus kerajaan negeri untuk menaikkan seni silat sebagaimana bola sepak yang mana merupakan kegiatan sukan yang diminati semua peringkat umur. “Saya sangat teruja melihat anak seusia empat tahun sudah pandai dalam dunia persilatan. Apabila  meningkat dewasa mereka akan menjadi benih-benih baharu yang akan mengorak langkah dalam dunia seni persilatan. "Justeru ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan seharusnya diberikan penghargaan,” jelasnya. Beliau yang juga Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Silat Olahraga Tertutup Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Cawangan Terengganu di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini kelmarin. Turut hadir, Setiausaha PESAKA, Fakhrul Azman Abu Bakar dan Bendahari, Ukasyah Hassan. Menurutnya, beliau yakin bahawa dunia persilatan menjadi salah satu produk pelancongan di negeri Terengganu dan merupakan warisan budaya bangsa yang mesti dipertahan dan dikembangkan. “Kita bukan nak tunjuk 'gong' dalam seni silat pada orang tapi skil kemahiran yang ada sekurang-kurangnya dapat mempertahankan diri apabila menghadapi saat kecemasan seperti diserang musuh,” tambah Dato Yahaya.          
06 Sep 20
1180
Terengganu Rai Kejayaan Pelumba Cilik Saingan SIC MiniGP
Terengganu Rai Kejayaan Pelumba Cilik Saingan SIC MiniGP
KUALA TERENGGANU, 1 September - Kerajaan negeri berbesar hati dengan kejayaan mengujakan oleh tiga pelumba cilik yang 'menawan' Pusingan 1 Kejohanan SIC MiniGP 2020 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC), baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dua pelumba cilik dari Terengganu, Qabil Irfan Azlan dan Muhammad Hakim Danish Ramli memberikan harapan apabila kedua-duanya memenangi perlumbaan dalam kelas tersendiri. Pelumba termuda dalam saingan, Qabil yang berusia lapan tahun memenangi kedua-dua perlumbaan dalam kelas 110cc manakala rakan senegeri, Hakim, 13, mengikuti jejak sama dalam kelas lebih tinggi, 160cc. Qabil melengkapkan 15 pusingan Perlumbaan 1 dengan catatan keseluruhan terpantas, 15 minit 39.347 saat (s) sebelum mengulangi kejayaan sama pada Perlumbaan 2, menemui garisan penamat dengan 15:20.696s. Hakim pula mencatatkan catatan keseluruhan terpantas Perlumbaan 1 dengan 14:44.554s sebelum melakukan catatan yang lebih baik pada Perlumbaan 2, 14:16.463s sekali gus memberi bayangan mampu menguasai Pusingan 2 yang dijadual berlangsung di litar sama, 6 September ini. Sementara itu, Adam Danial Abdul Fattah selesa di tempat ketiga dalam kelas 110cc dengan catatan keseluruhan, 15:36.061s pada Perlumbaan 2 di belakang pelumba cilik dari Johor, Arif Anaqi. Mengulas mengenai kejayaan ketiga-tiga pelumba cilik tersebut, ujar Wan Sukairi, beliau amat berbangga dengan pencapaian anak-anak Terengganu dalam kejohanan sulung itu. "Hari ini kita raikan adik Qabil Irfan, Hakim Danish dan Adam Danial bersama keluarga mereka dalam jamuan makan tengah hari. Dalam usia yang begitu muda, mereka sudah mampu mencungkil bakat yang dimiliki. "Kerajaan negeri berbesar hati menghadiahkan helmet yang ditempah khas untuk mereka pakai ketika perlumbaan berserta sijil penghargaan. Kita juga akan mempertimbangkan projek pembangunan khas untuk adik-adik cilik ini," katanya kepada pemberita pada majlis meraikan ketiga-tiga pelumba Kejohanan SIC MiniGP itu di Paya Bunga Hotel (PB Hotel) di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Ismail, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu, Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Mohd Nasir Abdul Razak. Untuk rekod, Kejohanan SIC MiniGP adalah sebahagian daripada MAM SpeedWeek yang akan berlangsung sebanyak lima pusingan di SIKC sehingga Disember membabitkan 21 peserta muda daripada lingkungan umur lapan hingga 13 tahun berentap merebut gelaran. Inisiatif dilakukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama ZK Racing kendalian ikon dua roda negara, Zulfahmi Khairuddin ini menggunakan jentera BucciMoto BR-10 GP yang berkapasiti 110cc dan 160cc. Kejohanan ini juga menjadi platform asas untuk peserta membuktikan kemampuan mereka sebelum diberikan peluang menyertai saingan lebih tinggi seperti Asia Talent Cup, European Talent Cup, Kejuaraan CEV di Eropah dan seterusnya ke perlumbaan berprestij, Kejuaraan Motosikal Dunia.
01 Sep 20
1067
Isu Atlet Angkat Berat, Terengganu Minta Menteri Masuk Campur
Isu Atlet Angkat Berat, Terengganu Minta Menteri Masuk Campur
Kerajaan negeri kesal dengan tindakan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang tidak membenarkan dua atlet Terengganu bertanding dalam sukan angkat berat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Johor.
24 Aug 20
263
PKM Batu Rakit Lancar Kelab Berbasikal
PKM Batu Rakit Lancar Kelab Berbasikal
  SETIU, 23 OGOS - Pelancaran Kelab Basikal Batu Rakit kelmarin bukan sahaja mengalakkan amalan gaya hidup sihat malah memperkenalkan garis panduan pemakaian patuh syariah dalam kalangan masyarakat. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, inisiatif penubuhan kelab basikal daripada Pusat Khidmat Masyarakat itu adalah yang pertama pernah diwujudkan. Menurutnya, kewujudan kelab tersebut boleh dijadikan aspirasi dan contoh kepada PKM lain untuk mengikutinya kerana ia memberi banyak manfaat. “Penglibatan ahli yang terdiri daripada warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim tetapi menjadikan badan lebih cergas serta sihat.  “Dengan adanya kelab basikal ini, ia akan lebih memberi semangat kepada anak muda di Batu Rakit melalui aktiviti berbasikal yang diwujudkan ini. "Kelab ini telah wujud sejak 3 bulan yang lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan ia terdiri daripada belia cawangan Bukit Cempaka, Pasir Puteh, Bukit Nenasi, Maras, Pecah Rotan, Darat Batu Rakit dan sebagainya," katanya. "Kami yang hampir 70 peserta memulakan kayuhan merdeka dari Dataran Pusat Khidmat Masyarakat Kg Bukit Cempaka dan sampai di lokasi pada jam 10.30 pagi. Aktiviti ini akan kami teruskan di masa akan datang," katanya ketika pelancaran kelab terbabit. Beliau juga berharap, dengan adanya kelab basikal tersebut, belia di sekitar kawasan berdekatan akan mengambil peluang untuk bersama-sama beriadah sambil menjaga kesihatan di samping mengeratkan hubungan silaturahim. "Di antara objektif utama penubuhan kelab basikal ini adalah menggalakkan aktiviti berbasikal di kalangan warga kerja Pusat Khidmat Masyarakat PKM.  "Selain mengamalkan gaya hidup yg sihat,ianya juga akan menjadi contoh kepada orang awam untuk bersama-sama menggalakkan orang awam berbasikal," tambah beliau. Program pelancaran Kelab Basikal Batu Rakit ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sambil diiringi oleh Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnan Abdul Kadir dan Pengarah UBSNT, Mohd Nasir Razak.
23 Aug 20
1376
Kayuhan Merdeka Terokai Marang Semarakkan Semangat Patriotisme
Kayuhan Merdeka Terokai Marang Semarakkan Semangat Patriotisme
Program Kayuhan Merdeka Terokai Marang menjadi medan terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
23 Aug 20
226
Bersukan Untuk Kecergasan Dan Ibadah
Bersukan Untuk Kecergasan Dan Ibadah
MARANG, 6 Ogos - Bersukan secara aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat sangat digalakkan dalam Islam bagi mengekalkan tahap kecergasan diri sekali gus membantu untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan khusyuk.  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha itu mampu mencungkil bakat golongan muda yang sememangnya gemar bersukan  "Kita sebagai orang muda mesti 'gagah' semuanya, tidak hanya jaguh di gelanggang futsal sebaliknya gagah juga masjid dan surau untuk beribadah dan mendengar kuliah terutama sekali pada waktu subuh.  "Niatkanlah bersukan ini untuk menguatkan badan dan mencergaskan badan untuk beribadah kepadaNya, insya-Allah mendapat pahala," katanya ketika merasmikan Perlawanan Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) dan Pelancaran Jersi DACS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung di sini baru-baru ini.  Katanya, program sebegini mampu menyemarakkan gaya hidup sihat di samping dapat menguatkan lagi ukhuwah di antara satu sama lain. Tambahnya lagi, akal yang sihat datangnya daripada badan yang sihat. Gunakan masa muda sebelum masa tua.  "Al aqlu salim fil jismi salim. Akal yang cergas datangnya daripada badan yang sihat. Yang paling baik sekali ialah hati yang baik (qolbin salim). Datang menghadap Tuhan dengan hati yang sejahtera," jelasnya. Turut hadir dalam perlawanan tersebut, Ketua DPPKM, Yusuf Abdul Hadi.
05 Aug 20
1128
Terengganu Hargai Usaha Pasukan Ragbi Tamatkan Penantian 37 Tahun
Terengganu Hargai Usaha Pasukan Ragbi Tamatkan Penantian 37 Tahun
Kerajaan negeri menghargai usaha Pasukan Ragbi Negeri Terengganu dalam menamatkan penantian 37 tahun bagi menjulang kejuaraan dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong dengan suntikan sebanyak RM150,000 sebagai penghargaan.
22 Jul 20
68