lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Terengganu Hargai Usaha Pasukan Ragbi Tamatkan Penantian 37 Tahun
Terengganu Hargai Usaha Pasukan Ragbi Tamatkan Penantian 37 Tahun
KUALA TERENGGANU, 20 Julai -  Kerajaan negeri menghargai usaha Pasukan Ragbi Negeri Terengganu  menamatkan penantian 37 tahun bagi menjulang kejuaraan dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong dengan suntikan sebanyak RM150,000 sebagai penghargaan. Pengerusi Jawarankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah mengulas bahawa beliau memahami betapa besarnya nilai kesabaran dan kerja keras untuk muncul juara dalam kejohanan tertinggi bagi sukan ragbi di negara kita. Wan Sukairi menyampaikan replika cek kepada Yang Dipertua PRNT, Amir Amri Mohamad. "Kesabaran dan kerja kuat dari setiap lapisan warga kerja tidak kira di peringkat Majlis Sukan Negeri mahupun persatuan dan juga atlit – atlit sendiri akhirnya membuahkan hasil. Lebih membanggakan Persatuan Raqgbi Negeri Terengganu (PRNT) turut menyumbang dalam kejayaan skuad 7 sebelah yang sekali lagi merangkul kejuaraan di peringkat kebangsaan tahun lalu setelah mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 2017," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan Skuad Ragbi 7 sebelah Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu Tahun 2019 di Hotel Primula, Sabtu lalu. Tambahnya, kejayaan itu turut menjadikan pasukan tersebut dilantik sebagai ikon Negeri Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Terengganu (Tourism Terengganu) sebagai pemangkin kepada Tahun Melawat Terengganu 2020. "Matlamat utama kita semua adalah bagi memartabatkan dan mengharumkan nama negeri kita iaitu Negeri Terengganu Darul Iman dalam bidang sukan secara amnya dan sukan ragbi tempatan secara khususnya sekali gus membawa motto Terengganu, Maju, Berkat, Sejahtera ke peringkat yang lebih dikenali," katanya.    
19 Jul 20
471
Tiga 'Ubi' Terengganu Perkuat Skuad Malaysia
Tiga 'Ubi' Terengganu Perkuat Skuad Malaysia
KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Tiga pemain muda Terengganu Football Club (TFC) bakal membarisi pasukan Malaysia B-19 selepas terpilih menjalani latihan pusat bermula esok. TFC dalam satu kenyataan berkata, mengetuai senarai itu ialah penjaga gol tinggi lampai Terengganu, Muhammad Rahadi Azli Rahalim. Selain itu, pemain yang beraksi di posisi penyerang, Muhammad Muslihuddin A'tiq dan pemain tengah, Muhammad Azam Azmi Murad turut terpilih sebagai persiapan khas skuad negara.  
06 Jul 20
525
Bekas Pertahanan Terengganu Derita Penyakit Kronik Terima Bantuan
Bekas Pertahanan Terengganu Derita Penyakit Kronik Terima Bantuan
Oleh: Mohd Zulkifli Mat KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Bekas pemain bola sepak Terengganu era 90-an, Fadli Jalil yang menderita penyakit kencing manis dan serangan saraf menerima bantuan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di kediamannya di Bukit Besar semalam. Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Fadhli atau lebih dikenali sebagai Weck mengalami kemerosotan kesihatan sejak Januari lalu akibat komplikasi penyakit berkenaan. Katanya, keadaan itu menyebabkan Weck terlantar di rumahnya dengan pergerakan yang terbatas. "Alhamdulilah, selepas mengetahui keadaan lagenda bola sepak Terengganu ini saya bersama Setiausaha Agung PBSNT, Y.M Tengku Seri Bijaya Dato' Tengku Farok Hussin  mengunjungi beliau di kediamannya. "Sedikit bantuan kewangan kita hulurkan bagi meringankan beban Weck sekeluarga dan sebagai menghargai jasanya," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini Turut hadir, Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain. Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, jasa dan sumbangan Weck dalam arena bola sepak Terengganu cukup besar. "Kita amat menghargai segala sumbangan veteran-veteran sukan negeri ini yang berjuang mengangkat nama Terengganu ke tahap tertinggi," tambah beliau. Untuk rekod, Weck merupakan bekas pemain pertahanan Terengganu yang sering muncul bersama pasukan dengan jersi bernombor 6.
06 Jul 20
207
Aiman Contoh Terbaik Pelumba Muda Terengganu
Aiman Contoh Terbaik Pelumba Muda Terengganu
Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA TERENGGANU, 16 Jun- Anak muda Kampung Bukit Putera, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang berjaya meraih jersi raja bukit (Jersi merah) pada perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 lalu, menerima hadiah sebanyak RM10, 000 diatas kejayaannya. Pada Februari lalu, bekas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) berusia 23 tahun ini muncul pelumba kebangsaan pertama bergelar raja bukit dalam pentas LTdL selepas negara menanti sejak 24 tahun lalu bermula edisi sulung pada 1996. Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejayaan Aiman perlu dijadikan contoh dorongan dan juga semangat kepada rakyat Terengganu yang lain untuk mencipta sejarah dalam kehidupan mereka. "Walaupun beliau meraih kejayaan ketika menyarung jersi SAPURA, tetapi atas nama anak Terengganu kita tetap merasa bangga dengannya," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan hadiah kepada atlet berkenaan di kediamannya di Setiu, baru-baru ini. Kunjungan bersama dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu merupakan sebahagian program menyatuni atlet harapan Terengganu yang  mengharumkan nama negeri dan juga Negara.  
02 Jul 20
218
Atlet SUKMA Terengganu Kembali Berlatih
Atlet SUKMA Terengganu Kembali Berlatih
Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Setelah pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun baru-baru ini, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu telah kembali memulakan latihan. Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menjadualkan latihan-latihan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh pihak kerajaan. "Sebelum daripada ini, latihan secara individu terus berjalan semenjak PKP dan PKP Bersyarat lagi, jurulatih menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka yang berada di rumah di mana mereka perlu menghantar video latihan mereka. “Bagi aktiviti sukan yang melibatkan kanak-kanak atau pun dewasa pula, seperti yang telah diumumkan, telah pun dibenarkan tetapi  penganjuran sukan masih lagi ditangguhkan. Secara umumnya, aktiviti sukan telah pun dibenarkan dengan masih mengekalkan SOP sedia ada," katanya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menghadiri perasmian pembukaan pejabat baru Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim di sini semalam.
02 Jul 20
290
Padang Latihan Terengganu FC Disanitasi
Padang Latihan Terengganu FC Disanitasi
KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu serta pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) melakukan proses sanitasi di pusat latihan pasukan bola sepak Terengganu di KSNT Gong Badak kelmarin. Proses pencegahan wabak pandemik Covid-19 itu adalah sebagai persediaan dan antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum pasukan Liga Malaysia (Liga M) memulakan sesi latihan. Bagaimanapun, sesi latihan yang dibenarkan mulai hari ini dengan SOP yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini, tidak dapat dilaksanakan skuad dari Pantai Timur itu kerana pemain belum lagi menjalani ujian 'swab test' atau ujian calitan. Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, proses sanitasi itu adalah salah satu SOP yang ditetapkan dan perlu dipatuhi sebelum pemain dibenarkan menjalani latihan di padang. Katanya, proses sanitasi yang dipantau JBPM dan dilakukan pengurusan KSNT mengambil masa hampir tiga jam sebelum selesai sepenuhnya bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada kuman. "Selain fasiliti sukan di sanitasi, kawasan padang termasuk tiang gol, pagar dan tempat rehat serta kawasan sekitarnya turut disanitasi bagi pencegahan wabak pandemik Covid-19 itu sebagai persediaan untuk pemain menjalani latihan. "Berkaitan sesi latihan pula, pemain belum lagi memulakan latihan esok, namun jika semua SOP sebelum latihan selesai termasuk 'swab test' pemain akan menjalani latihan dalam masa terdekat dengan SOP yang ditetapkan tanpa kehadiran penonton," ujarnya. Sebagai rekod, KSNT melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menutup sepenuhnya operasi kemudahan fasiliti sukan di kompleks berkenaan sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian wabak pandemik Covid-19. Penutupan itu juga sekali gus turut melibatkan penangguhan semua program latihan pemain termasuk atlet Sukan Malaysia (Sukma). Berikutan langkah awal yang diambil itu sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan Covid-19 melibatkan warga sukan Terengganu dilaporkan. SUMBER: HARIAN METRO
02 Jul 20
519
Kerajaan Negeri Beri Ganjaran Kepada Aiman
Kerajaan Negeri Beri Ganjaran Kepada Aiman
KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bentuk ganjaran kepada pelumba basikal, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang mengharumkan nama negara dan Terengganu pada kempen Le Tour de Langkawi (LTdL) PETRONAS Februari lalu. Pada saingan berbasikal berprestij itu, anak jati Terengganu kelahiran Setiu ini berjaya memenangi jersi merah selaku raja bukit pertama negara dalam sejarah perlumbaan itu yang sudah memasuki edisi ke-25. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan tidak akan sesekali melupakan atlet negeri yang pernah mengharumkan nama negara dalam apa-apa jenis sukan. Katanya, kerajaan negeri tetap memberi perhatian kepada atlet berkenaan sekali gus mampu memberi motivasi kepada mereka untuk terus meraih kejayaan lebih membanggakan pada masa akan datang. "Kerajaan negeri akan berbincang terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan bentuk ganjaran yang bakal diberikan kepada pelumba muda dari Setiu itu. "Dalam masa yang sama kita harap Aiman bersabar dan teruskan latihan serta menyertai kejohanan seperti biasa selepas negara kembali pulih daripada penularan wabak pandemik COVID-19 ini," katanya sebagaimana dilapor Berita Harian. Wan Sukairi menjelaskan, pelumba berpontensi itu akan terus dirai dan dihargai sebagaimana atlet lain. "Macam pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), kita sudahpun meraikan mereka di sini sebaik berakhir kejohanan itu di Langkawi, Februari lalu," katanya. Untuk rekod, pelumba berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan TSG dan menjulang beberapa kejuaraan bersama TSG.
01 Jul 20
227
Terengganu Cadang Program 'YouTubing' Ganti Karnival Candat Sotong
Terengganu Cadang Program 'YouTubing' Ganti Karnival Candat Sotong
Kerajaan Terengganu melalui Portfolio Pelancongan bercadang melaksanakan Program 'YouTubing' iaitu satu program yang mengetengahkan Produk Pelancongan Marang bagi menggantikan Karnival Candat Sotong yang terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19.
10 May 20
40
Covid-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
Covid-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil inisiatif membantu atlet-atlet di bawah naungannya dengan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian dalam tempoh pergerakan kawalan pergerakan (PKP)
09 May 20
38
Terengganu Perkenal Pakaian Patuh Syariah Atlet Mulai 12 Mac Ini
Terengganu Perkenal Pakaian Patuh Syariah Atlet Mulai 12 Mac Ini
Kerajaan Terengganu akan memperkenalkan garis panduan pemakaian patuh syariah atlet pada 12 Mac ini dalam satu majlis khas yang akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
06 May 20
50