lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Lebih 300 Peserta Meriahkan Kalang Warisan Explore Ride
Lebih 300 Peserta Meriahkan Kalang Warisan Explore Ride
Lebih 300 peserta peminat sukan berbasikal menyertai Kalang Warisan Explore Ride, yang diadakan semalam.
27 Dec 20
357
Lebih 300 Peserta Meriahkan Kalang Warisan Explore Ride
Lebih 300 Peserta Meriahkan Kalang Warisan Explore Ride
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Lebih 300 peminat sukan berbasikal menyertai Kalang Warisan Explore Ride anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Persatuan Belia Pemanis bersama TAC Outdoor bertemakan ‘Go Healthy Go Heritage’. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, kayuhan 40 kilometer yang bermula di Kalang Warisan itu menjadi satu lagi tarikan dalam mengetengahkan destinasi terbabit yang semakin dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan berasaskan komuniti. Katanya, ia juga mampu mempromosikan produk-produk pelancongan sedia ada di Kampung Pulau Manis, Serada.   "Kawasan ini bukan sahaja mempunyai keunikan warisan seperti kraftangan batik, malah kaya dengan penceritaan sejarah berkaitan dengan produk islamik seperti makam Tok Pulau Manis atau Syeikh Abdul Malik Abdullah dan pelbagai produk berasaskan pelancongan agro seperti kebun duku asli Terengganu. "Musim tengkujuh di Terengganu tidak merencatkan aktiviti pelancongan di negeri ini, kerana pelbagai program pelancongan masih boleh dianjurkan dan dilawati pada musim monsun seperti Program Kalang Warisan Explore Ride ini. "Program ini hanya sebahagian daripada usaha yang digerakkan oleh komuniti sendiri untuk memajukan lagi kawasan ini, selain daripada melakukan riadah berbasikal secara sihat, peserta juga secara tidak langsung berpeluang menikmati keunikan produk pelancongan serta keindahan Kalang Warisan," ujarnya dalam satu kenyataan. Jelasnya, kejayaan menaikkan Kalang Warisan sebagai sebuah lagi destinasi baharu bagi percutian keluarga juga adalah hasil kerjasama dan kreativiti penduduk kampung. "Ini secara tidak langsung memberi limpahan ekonomi buat penduduk setempat menerusi aktiviti pelancongan yang berasaskan komuniti," tambah beliau.  
27 Dec 20
804
Azizul Raih Emas Di Australia
Azizul Raih Emas Di Australia
KUALA LUMPUR, 21 Disember- Azizulhasni Awang membuktikan dia berada di kelas tersendiri biarpun sembilan bulan tanpa pertandingan kompetitif apabila berjaya menyumbangkan emas di Kejohanan Kebangsaan Australia dalam acara keirin. Malah bukan satu, rakan sepelatih, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut cemerlang mengiringi Azizul dengan merangkul gangsa dalam acara yang sama. Kejayaan dua pelumba negara yang kini berpangkalan di Melbourne itu turut menerima ucapan tahniah daripada Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dalam laman sosial Facebook rasmi beliau. Reezal mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua atlet negara itu kerana biarpun sudah agak lama tidak beraksi di kejohanan besar, mereka berjaya membuktikan kemampuan masing-masing apabila muncul sebagai juara di kejohanan antarabangsa. "Ini satu lagi kejayaan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. "Saya yakin kejayaan seperti ini bakal menjadi pembakar semangat kepada seluruh atlet negara untuk terus berusaha meningkatkan prestasi dan menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa yang lain," katanya.  Sumber: Harian Metro  
21 Dec 20
341
Gelanggang Ping Pong Pekan Kedai Buloh Mula Beroperasi
Gelanggang Ping Pong Pekan Kedai Buloh Mula Beroperasi
MARANG, 21 Januari - Hasrat golongan belia Pekan Kedai Buloh, Kampung Tanjung dan kawasan  sekitarnya untuk memiliki gelanggang ping pong sejak sekian lama kini menjadi kenyataan apabila gelanggang itu dapat digunakan sepenuhnya awal bulan ini. Pengerusi Kelab Ping Pong Bukit Payong, Mohd Nor Abdullah berkata, pihaknya bersetuju mengubahsuai tapak badminton kepada gelanggang badminton membabitkan peruntukan RM19,000 bagi memenuhi permintaan golongon belia yang mahu mempamerkan aksi masing-masing dalam sukan itu. Katanya, oleh itu, dia  menwakili penduduk setempat mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang  di atas pemberian peruntukan itu. "Perasaan gembira yang tidak terkata dengan pemberian gelanggang ini. Mungkin selepas ini gelanggang ini akan menjadi sempadan untuk semua penggemar sukan ping pong dapat mengembangkan lagi bakat yang ada,"katanya. Beliau berkata demikian  selepas Majlis Perasmian Gelanggang Ping Pong, di Pekan Kedai Buloh, di sini malam tadi. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Jusoh itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Tanjung Kedai Buloh, Mazlan Ibrahim dan para tetamu semua.
20 Dec 20
1322
Amal Hidup Gaya Sihat, Dorong Ibadah Sempurna
Amal Hidup Gaya Sihat, Dorong Ibadah Sempurna
MARANG, 12 Disember - Golongan belia sewajarnya perlu merebut peluang mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten dengan aktiviti bersukan, selain perlu menjaga kesihatan diri. Langkah itu pastinya membantu seseorang itu berupaya menunaikan ibadah solat dengan sempurna dan khusyuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah berkata, pada masa sama, usaha itu mampu mencungkil bakat golongan muda yang sememangnya gemar bersukan "Kita sebagai orang muda mesti 'gagah' semuanya, tidak hanya jaguh di gelanggang futsal sebaliknya gagah juga ke masjid dan surau untuk beribadah dan mendengar kuliah terutama sekali pada waktu subuh. "Niatkanlah bersukan ini untuk menguatkan badan dan mencergaskan badan untuk beribadah kepadaNya, insya-Allah mendapat pahala," katanya ketika merasmikan Perlawanan Futsal Peringkat MPKK Kampung Tanjung Kedai Buloh di Padang Futsal Kampung Kubang Ikan, Chendering, semalam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah Dan Penerangan Negeri turut berkata, program sebegini mampu menyemarakkan gaya hidup sihat di samping dapat menguatkan lagi ukhuwah di antara satu sama lain. Tambahnya lagi, akal yang sihat datangnya daripada badan yang sihat. Gunakan masa muda sebelum masa tua. "Al aqlu salim fil jismi salim. Akal yang cergas datangnya daripada badan yang sihat. Yang paling baik sekali ialah hati yang baik (qolbin salim). Datang menghadap Tuhan dengan hati yang sejahtera," jelasnya. Turut hadir dalam perlawanan tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mazlan Ibrahim dan para penyokong semua.
13 Dec 20
563
Kompleks Sukan Hulu Terengganu Siap 70 Peratus
Kompleks Sukan Hulu Terengganu Siap 70 Peratus
Pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu di Telemong, yang menelan belanja hampir RM5.4 juta kini hampir 70 peratus siap.
29 Nov 20
317
Velodrom Azizulhasni Dijangka Siap April 2022
Velodrom Azizulhasni Dijangka Siap April 2022
Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun dijangka siap dibina pada April 2022.
28 Nov 20
60
Apa Nasib Nafuzi?
Apa Nasib Nafuzi?
Desas-desus tentang ramai pemain import dan tempatan bakal melangkah keluar daripada Terengganu Football Club (Terengganu FC) turut mengundang persoalan berkaitan ke mana hala tuju pengendali pasukan TFC, Nafuzi Zain pada musim depan.
21 Nov 20
133
Terengganu FC Tidak Sasar Pemain Bintang
Terengganu FC Tidak Sasar Pemain Bintang
Terengganu Football Club (Terengganu FC) tidak mengutamakan pemain-pemain bintang untuk menyarung jersi jaguh pantai timur ini meskipun bakal membawa cabaran mewakili negara ke Piala AFC (Asian Football Confederation) pada tahun hadapan.
20 Nov 20
157
Kompleks Sukan Hulu Terengganu & Jabi Bakal Siap Tahun Ini
Kompleks Sukan Hulu Terengganu & Jabi Bakal Siap Tahun Ini
Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Kuala Ping dan Jabi, Setiu dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2020 dengan kerja-kerja pembinaan kedua-dua kompleks sukan berkenaan berjalan lancar dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.  
17 Nov 20
278