lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Velodrom Azizulhasni Dijangka Siap April Tahun Hadapan
Velodrom Azizulhasni Dijangka Siap April Tahun Hadapan
KUALA TERENGGANU, 11 Februari - Velodrom Azizulhasni dijangka siap sepenuhnya pada April tahun hadapan memandangkan negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan kerja-kerja pembinaannya tergendala. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,  sehingga kini, lebih daripada separuh projek tersebut telah pun siap iaitu mencapai  51 peratus.  "Walaupun mengikut jadualnya hanya 44 peratus, tetapi sudah nampak, tempat pengurusan ataupun pejabat termasuklah balai pengawal dan sebagainya telah pun nampak rupalah," katanya. Beliau berkata demikian pada Program Bicara Belanjawan Terengganu 2021 yang disiarkan secara langsung di TV Darul Iman di sini, baru-baru ini. Menurut beliau lagi, selain daripada velodrom yang menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat, ada tiga lagi projek yang menggunakan peruntukan daripada negeri iaitu projek pembinaan pusat futsal, Kompleks Sukan Squash dan juga membaik pulih lapang sasar menembak.  "Namun begitu, seperti yang kita tahu apabila berlaku COVID-19 ini memberi impak kepada kewangan kerajaan yang agak ketara juga, maka ketiga-tiga projek ini turut terkesan," katanya. 
10 Feb 21
274
Jijoe Rampas Gelaran Nombor 1 Dunia Pecut Individu
Jijoe Rampas Gelaran Nombor 1 Dunia Pecut Individu
KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik berharga menjelang temasya Olimpik Tokyo apabila berjaya merampas ranking pertama dunia dalam acara pecut individu. Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam, anak kelahiran Terengganu itu berjaya mengumpul 1,600 mata sekali gus berjaya menghuni ranking pertama. Menerusi ciapan di laman facebooknya tengahari tadi, 'The Pocket Rocketman' ternyata gembira dengan kedudukan ranking semasa tersebut. "Sudah tentu ia menjadi pembakar semangat buat saya yang dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo nanti. "Bagi saya, ia juga adalah berita gembira buat arena sukan negara kita juga, diharap agar sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi buat atlet-atlet muda di tanah air kita. "Di samping itu, saya juga berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan agar segala persiapan berjalan lancar dan saya berjaya memenangi pingat Emas di Sukan Olimpik Tokyo nanti Insya-Allah," kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016. Pengumuman UCI itu juga turut menyaksikan Azizulhasni atau Jijoe menduduki tempat kedua dunia bagi acara keirin setelah meraih 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mewakili kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan setinggi-setinggi penghargaan atas kejayaan berkenaan "Ranking tertinggi dalam dua kategori tersebut diharapkan akan memberi semangat lebih besar untuk memberi aksi terbaik di Tokyo. "Semoga kejayaan ini juga memberi semangat kepada atlet lain seperti atlet memanah negara, Khairul Anwar Mohamad dan atlet-atlet lain dalam mengharumi nama negeri dan negara. "Seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia akan mendoakan kejayaaan buat mereka Insya-Allah," katanya ketika dihubungi. Sebelum ini, kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan sokongan atlet sukan olimpik Tokyo sebanyak RM200,000 kepada Jijoe dan atlet memanah negara, Khairul Anwar Mohamad, sebagai usaha menjayakan persiapan atlet tersebut dalam temasya berkenaan..    
10 Feb 21
7329
Kerajaan Terengganu Tidak Abai Pesara Sukan
Kerajaan Terengganu Tidak Abai Pesara Sukan
Kerajaan Terengganu memberi komitmen untuk tidak mengabaikan keperluan bekas atlet selepas bersara atau tidak lagi aktif dalam karier mereka.
04 Feb 21
111
TSG Terbang Ke Turki Esok
TSG Terbang Ke Turki Esok
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Terengganu Cycling Team (TSG) kini dalam fasa akhir persiapan sebelum pasukan itu berlepas ke Turki, esok. Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood menjelaskan, hanya empat pelumba tempatan yang akan menyertai sesi latihan di Turki iaitu Mohd Harrif Saleh, Irwandie Lakasek, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff dan Wan Abdul Rahman Hamdan. "Sebelum ini, kita maklumkan semua rider akan turut serta, tetapi barisan kejurulatihan telah memutuskan bahawa seramai empat pelumba tempatan sahaja akan berlatih di sana. Manakala, kelima-lima pelumba import akan terlibat dalam sesi tersebut. Ini adalah keputusan pihak kejurulatihan dan antara sebabnya mungkin akibat penundaan  perlumbaan Tour du Rwanda yang dijadualkan pada 21 Februari ini ke bulan Mei. "Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu TSG dalam proses untuk ke Turki terutamanya Kerajaan Terengganu, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan paling utama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana membenarkan kita untuk menjalani latihan seterusnya memungut sebanyak mana mata yang boleh sekali gus mempersiapkan atlet untuk Sukan SEA dan Sukan Olimpik 2021," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabat TSG, di sini hari ini. Jelasnya lagi, sepanjang sebulan di sana, pasukan TSG akan turut menyertai enam perlumbaan dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan walaupun berdepan kekangan pandemik Covid-19 buat masa ini. Bagi pelumba yang berlatih dalam negara pula, TSG memaklumkan latihan tetap diteruskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan MKN.  "Oleh kerana situasi masa ini, kita juga telah mendapatkan kebenaran PDRM untuk menjalankan latihan berbasikal melebihi jarak 10KM daripada yang ditetapkan dan Alhamdulillah telah diluluskan, saya juga mengucapkan terima kasih kerana memahami situasi TSG. "Tahun 2020, kita dapat menyertai beberapa kejohanan sahaja. Jadi tahun ini, kita akan cuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak," katanya. Menurut Che Ku Izmuddin, TSG ingin membuktikan kemampuan pasukan sebagaimana tahun 2019 lalu apabila berjaya berada di kedudukan pertama UCI Tour dan menjadi satu-satunya pasukan Malaysia yang berada dalam ranking dunia di kedudukan ke-28. Namun, masih ada kekangan yang perlu diatasi terutama dalam pandemik ini kerana ia bukan sahaja melibatkan kesihatan awam tetapi terkesan juga pada ekonomi. "Buat masa ini, seluruh pasukan TSG bersih dari jangkitan covid-19. Kami sentiasa meminta kakitangan dan pengurusan mengamalkan SOP secara konsisten. Tambahan pula, pada peringkat dunia juga mengikut SOP yang sama," katanya.      
01 Feb 21
1638
Kami Akur Keputusan MFL- Terengganu FC
Kami Akur Keputusan MFL- Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 28 Januari- Berhubung penundaan tarikh sepak mula Liga Malaysia yang diumumkan Malaysian Football League (MFL), Ketua Pegawai Eksekutif (TFC) Ab Rasid Jusoh memaklumkan, pihaknya akur dengan keputusan tersebut. "Tetapi, apabila mendapat perkhabaran pembatalan Piala FA, kita sendiri merasa terkesan kerana kehilangan saingan untuk satu lagi piala bagi tahun 2021. Perkara ini  berulang seperti tahun lepas apabila MFL turut membatalkan saingan piala FA 2020. Ia akan memberi kesan kepada pemain-pemain yang ada, apabila jumlah perlawanan menjadi berkurangan terutamanya pemain muda," katanya melalui satu kenyataan yang diberikan kepada media-media Terengganu. Jelasnya, ini kerana dalam bola sepak setiap perlawanan menjana pendapatan hasil daripada jualan tiket dan akan dikongsi dengan pemain. Namun, menurut Ab Rasid, keputusan berkenaan tidak menjadi masalah besar setelah Terengganu FC berjaya memasuki saingan piala AFC tahun ini. "Ini mungkin menjadi kelebihan kepada kita yang dapat bersaing pada peringkat Asia," katanya. Nafuzi (berbaju hitam) ketika sesi latihan pasukannya pada PKPP lalu.  Sementara itu, ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, menyifatkan tindakan MFL melakukan penundaan liga Malaysia ini adalah tindakan tepat. "Pasukan dapat melakukan persediaan yang lebih lagi serta memberi fokus untuk liga. Ini kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pemain tidak dapat turun sepenuhnya untuk melakukan latihan dan pada masa sama kami masih lagi mencari keserasian apabila hari ini Terengganu FC mengesahkan kehadiran Makan Konate, pemain yang berasal daripada Mali yang melengkapkan kuota pemain import kelima," katanya.    
28 Jan 21
471
Lapan Pelumba TSG Terima Geran Tanah
Lapan Pelumba TSG Terima Geran Tanah
Kerajaan Terengganu telah menganugerahkan geran tanah kepada lapan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sebagai menghargai jasa mereka mengharumkan nama negeri di persada antarabangsa.
12 Jan 21
74
TFC, UniSZA Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak
TFC, UniSZA Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak
Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi meningkatkan mutu bola sepak negeri ini.
07 Jan 21
128
TFC, UniSZA Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak
TFC, UniSZA Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak
KUALA TERENGGANU, 6 Januari - Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi meningkatkan mutu bola sepak negeri ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama tujuh tahun itu akan memberi faedah bersama kepada kedua-dua pihak. Katanya, usahasama berkenaan membabitkan dalam 10 bidang utama. “Antaranya kerjasama melalui penggunaan infrastruktur dan fasiliti sukan di kampus UniSZA dan membantu perkembangan para pelatih akademi dari sudut akademik dan penguasaan Bahasa Inggeris. “Pembangunan bolasepak TFC juga akan disokong menerusi kepakaran dari bidang saintis sukan, kejuruteraan dan perubatan di UniSZA. “Selain itu beberapa lagi kepakaran yang telah ditawarkan oleh UniSZA adalah dari sudut pemasaran, penjanaan pendapatan, psikologi, nutrisi, fisioterapi dan juga analisis pencapaian,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Antara Terengganu Football Club Sdn Bhd Dan Universiti Sultan Zainal Abidin di Damai Lounge, Wisma Darul Iman, tengah hari tadi. Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Dato' Razali Che Ani, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman serta Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh. Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan menyifatkan kerjasama tersebut selari dengan pelan induk 10 tahun Sukan Terengganu. “Kita beruntung kerana dalam Terengganu paling aktif dari segi kolaborasi sukan dengan dunia akademik seperti bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak tahun 2016. “Tambah lagi, kita ada pusat kecermelangan sukan dan UniSZA adalah satu-satunya universiti mengalakkan penyelidikan sukan dan pengajian tinggi dalam bidang tersebut,” katanya lagi.
06 Jan 21
586
Aiman Kuasai Litar Himpunan Bermotor Anak Muda Terengganu 2020
Aiman Kuasai Litar Himpunan Bermotor Anak Muda Terengganu 2020
Bermula sebagai 'mat rempit' kini Mohd Aiman Izzudin, 19 tahun beralih arah sebagai pelumba pecut litar dan berjaya mengungguli kategori ‘sprint test’ 125 OEM di Himpunan Bermotor Anak Muda Terengganu 2020, Litar Permotoran Terengganu, baru-baru ini.
28 Dec 20
289
Aiman Kuasai Litar Himpunan Bermotor Anak Muda Terengganu 2020
Aiman Kuasai Litar Himpunan Bermotor Anak Muda Terengganu 2020
KUALA NERUS, 28 Disember – Bermula dengan sebagai 'mat rempit' dan kini beralih arah sebagai pelumba pecut litar, Mohd Aiman Izzudin mengungguli kategori ‘sprint test’ 125 OEM di Himpunan Bermotor Anak Muda Terengganu 2020, Litar Permotoran Terengganu, petang kelmarin. Anak kelahiran Rasau, Dungun itu berjaya memenangi pusingan final dengan tempat pertama mewakili pasukan MSB Garage bersama jentera lumba Yamaha 125, dengan masa 7.4 saat menewaskan lawannya daripada Team Pak Tam Speed dengan kemenangan tipis 7.5 saat 201 meter. Berat badannya yang ringan dan keupayaan dalam mengawal pecutan menyebabkan bakatnya diburu tiga pasukan lain untuk mewakili jentera mereka dalam empat kategori lain. “Saiz saya sesuai untuk kelajuan dan walaupun sekeliling amat sengit, tapi kepercayaan saya adalah kepada jentera dan diri sendiri kerana 'rider' itu sendiri amat penting dalam menentukan kemenangan malah dalam pertandingan sebelum ini pun pernah dapat kedudukan podium. “Minat saya dalam permotoran ini bermula sewaktu umur 15 tahun tapi dulu jadi pelumba haram, tapi apabila mencecah usia 17 tahun, saya mula menceburi bidang permotoran dalam litar pula," katanya. Mengulas tentang reaksi keluarganya, Aiman berkata kedua ibu bapa sentiasa memberi sokongan  dan datang menyaksikannya beraksi di pertandingan dalam negeri sehingga ke Melaka dan Perak. Kejohanan seterusnya buat anak sulung kepada empat beradik itu adalah bertanding di Litar Antarabangsa Sepang dalam Musc-Sic Sepang Drag Battle 2020 pada awal Januari tahun hadapan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penganjuran sukan permotoran tersebut mengumpulkan lebih 100 orang pelumba majoriti anak Terengganu. “Pasukan daripada negeri lain seperti Perlis, Kedah, Johor dan Kelantan turut terlibat menunjukkan sambutan cukup hebat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas Perasmian Penutup Program Himpunan Bermotor Anak Muda Terengganu 2020 anjuran Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) dan Koperasi Permotoran Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah UBSNT, Mohd Nasir Abd Razak, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Sukan (JBSNT) Negeri, Mohmad Embong dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said. Mengulas lanjut mengenai usaha kerajaan negeri dalam memajukan lagi industri sukan permotoran, Sukairi berkata, Belanjawan 2021 akan menyediakan peruntukan kira-kira RM500,000 khusus pada peringkat akar umbi “Ini khusus bagi mendidik dan membimbing minat anak muda kepada pembangunan sukan permotoran dalam negeri,” katanya.  
28 Dec 20
2452