Artikel "Sukan" Terkini
Jurulatih Ragbi Terengganu Meninggal Dunia
KUALA TERENGGANU, 26 Disember- Ketua Jurulatih Pasukan Ragbi Terengganu (TRT), Izaimi Zainuddin, 48, meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 4.45 petang semalam.
Yang Dipertua Persatuan Ragbi Terengganu (PRT), Amir Amri Muhammad berkata, Izaimi telah dimasukkan ke wad HKL pada Selasa lalu sebelum menjalani pembedahan kerongkong kelmarin.
"Kematian Allahyarham satu kehilangan besar khususnya buat pasukan ragbi Terengganu kerana arwah banyak menyumbang tenaga, idea dalam membangunkan sukan itu.
"Allahyarham juga seorang jurulatih yang disegani selain sudah banyak membantu kejayaan pasukan negeri sehingga bergelar antara salah satu kuasa ragbi dalam negara," jelas Amir Amri ketika dihubungi semalam.
Allahyarham Izaimi, 48, yang juga seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu adalah watak penting membawa Terengganu menjulang Piala Agong pada 2019 selepas mengalahkan Sabah pada perlawanan akhir.
Beliau juga melatih skuad Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu sejak 2017 selain pernah membimbing pasukan Bawah-17 (B-17) dan Bawah-15 (B-15) negara pada tahun 2011 dan 2016.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor pada pagi ini.
26 Dec 21
1201
SHAHRUL JUARA GOLDEN MONSOON RIDE 2021
23 Dec 21
242
800 PELUMBA PAMER AKSI DALAM HUJAN DI GOLDEN MONSOON RIDE
23 Dec 21
107
PBSNT Anjur Liga Semi Pro Terengganu Tahun Depan
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menganjurkan Liga Bola Sepak Semi Pro Terengganu pada tahun hadapan.
22 Dec 21
186
TFC Pilih Jurulatih Baru
Teka teki mengenai siapakah pengendali Terengganu FC (TFC) bagi musim 2022 bakal terjawab hari ini, 6 Disember.
16 Dec 21
323
Tiga Sekawan Johan Explorace Terengganuku Comel 2021
Tiga sekawan muncul juara dalam acara Explorace Terengganuku Comel 2021, baru-baru ini.
15 Dec 21
403
PBSNT Anjur Liga Semi Pro Terengganu Tahun Depan
KUALA NERUS, 1 Disember - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menganjurkan Liga Bola Sepak Semi Pro Terengganu pada tahun hadapan.
Menurut Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong, penganjuran tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat eksekutif dan mesyuarat pengurusan serta sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pertandingan.
"Pada tahun hadapan kita akan melaksanakan satu liga bertaraf semi-profesional dan kita cuba sebagaima yang dilakukan Persatuan Bola Sepak malaysia (FAM) di peringkat kita demi memartabatkan bola sepak Terengganu.
"Tarikh yang dirancang adalah pada bulan Mac, di mana kita mahu kesemua sepuluh ahli gabungan ada kelab sendiri yang akan menjadi hati peminat bola sepak daerah masing masing dengan dua pasukan jemputan sebagai asas pembentukan liga kita," katanya kepada pemberita selepas Kongres Tahunan PBSNT 2021 di Raia Hotel Gong Badak, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Agung PBSNT, Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Jelasnya, kehadiran persatuan pengadil sebagai ahli gabungan PBSNT akan lebih memantapkan penganjuran liga berkenaan.
"Kita mahu betul betul bertaraf 'semi pro', di mana orang Besut boleh bermain untuk kelab di Kuala Terengganu dan sebagainya.
"Kita juga akan berbincang dengan FAM supaya juara nanti dapat bersaing di Liga M3 anjuran FAM," katanya.
Beliau juga bersetuju dengan idea pengajuran liga bola sepak pantai bagi menyemarakkan bakat baru dalam sukan tersebut.
"Kami juga terbuka untuk menjadi penganjur dalam kejohanan bola sepak panta di pelbagai peringkat. Kalau rasa perlu ada liga di peringkat negeri, kita akan buat," katanya.
12 Dec 21
4193
Pelumba TSG Juara Keseluruhan Di Jelajah Thailand
KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) berjaya merangkul gelaran pelumba terbaik keseluruhan menerusi pelumbanya Jambaljamts Sainbayar.
Atlet berbasikal berbangsa Mongolia itu berjaya menyarung jersi kuning setelah mengekalkan prestasi sejak hari pertama, meskipun menamatkan kayuhan terakhir di tempat kedua.
Pada perlumbaan peringkat keenam, Adne van Engelene dari Bike Aid muncul tempat pertama dengan catatan masa 3 jam 45 minit 16 saat sementara Sarawut Sirironnachai mewakili Thailand Continental Cycling Team di kedudukan ketiga ( 3 jam 45 minit 51 saat).
Bagi kategori pasukan terbaik pula dimenangi oleh Bike Aid manakala TSG berada di kedudukan kedua dan Team Sapura Cycling ketiga.
Jersi Hijau pula dimenangi oleh pelumba Bike Aid Lucas Carstensen manakala Engelene mengungguli sebagai Raja Bukit (Jersi Polka Dot).
Dalam pada itu, Jambaljamts berkata, dia berpuas hati dengan kerjasama semua pihak untuk memperoleh keputusan positif dalam perlumbaan Jelajah Thailand.
"Perlumbaan yang cukup mencabar namun saya berterima kasih kepada pasukan, rakan dan juga penaja yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh perlumbaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro, baru-baru ini.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Nur Amirullah Fakhruddin Mazuki lega dengan kemenangan itu sekali gus menyaksikan strategi yang diterapkan sepanjang tempoh perlumbaan membuahkan hasil.
"Syukur Alhamdulillah, perlumbaan terakhir rakan sepasukan dapat memenangi Jersi Kuning. Ini adalah hasil daripada taktik berkesan untuk memperoleh kejayaan itu," jelasnya.
Untuk pengetahuan, Jelajah Thailand edisi 2021 menawarkan hadiah secara keseluruhan mencecah setengah juta ringgit dengan pasukan Bike Aid mendominasi wang kemenangan itu apabila memperoleh kira-kira RM115,000.
08 Dec 21
1051
Tradisi Lumba Perahu Gamit Kembali Budaya Terengganu
KUALA NERUS , 8 Disember - Selepas 30 tahun hilang dalam budaya masyarakat Terengganu, tradisi lumba perahu kini diperkenalkan semula oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sabtu kepada golongan muda dan dewasa.
Program ini telah menarik peminat dari kalangan golongan remaja dan dewasa sekaligus mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung bersama barisan JPKK dengan kemeriahan sambutan yang sangat menggalakkan.
Mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Abdullah Amir Zabudin berkata, program tersebut telah menarik peminat dan sambutan yang sangat menggalakkan.
Menurutnya, program sebegini diharap dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam memelihara tradisi lumba perahu, warisan zaman berzaman demi generasi seterusnya.
“Penganjuran program seperti ini memberi kebaikan dalam mengekalkan tradisi kita sebagai rakyat Terengganu disamping mengeratkan hubungan antara penduduk kampung yang lain.
“Insya-Allah kerjasama akan sentiasa dihulurkan oleh Pihak Parlimen Kuala Nerus demi kebaikan dan kemakmuran rakyat khususnya di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Menurutnya lagi, lumba perahu menggunakan perahu kayu telah terhenti sejak tahun 1986, iaitu kira-kira 33 tahun selepas ia digantikan dengan perahu gentian kaca.
Dalam pertandingan lumba perahu tersebut, pasukan dari Kampung Buluh Gading telah mendahului tiga pasukan lain dan berjaya membawa pulang RM600 beserta pingat.
Manakala, pasukan Tanjung Sabtu telah meraih tempat kedua diikuti Petai Bubus di tempat ketiga dan Jeram di tempat keempat, masing-masing membawa wang tunai RM480, RM360, RM240 beserta pingat.
Turut hadir menyempurnakan majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Produk) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fathil Abd Ghani dan Penolong Pengarah Jabatan Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti, Mohd Saiful Bahari Ramli.
08 Dec 21
2040
TFC Pilih Jurulatih Baru Petang Ini
DUNGUN, 6 Disember- Teka teki mengenai siapakah pengendali Terengganu FC (TFC) bagi musim 2022 bakal terjawab hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pengurusan tertinggi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Lembaga Pengarah petang ini bagi menentukan calon terbaik yang bakal mengisi kekosongan jawatan itu.
“Ahli Lembaga Pengarah TFC yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan bermenyuarat.
“Pelantikan jurulatih baru antara agenda yang akan dibincangkan dan kita akan buat keputusan mengenainya dan beberapa perkara berkaitan pengurusan pasukan dalam menyuarat tersebut, “ ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program TDM Prihatin Mesra Komuniti di Dewan Balora, Bandar Al- Muktafi Billah Shah, hari ini.
Dalam laporan media sebelum ini menyatakan, selain jurulatih musim ini, Nafuzi Zain, beberapa nama kini berada dalam radar pengurusan skuad itu untuk memegang jawatan berkenaan termasuk bekas pengendali T-Team, Tomislav Steinbruckner dan Rahmad Darmawan serta pembantu jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Nenad Bacina.
06 Dec 21
2746