lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Pelancongan Sukan Terengganu Kembali Rancak
Pelancongan Sukan Terengganu Kembali Rancak
Sektor pelancongan bertemakan sukan atau ‘Sports-Tourism’ di Terengganu tetap rancak meskipun sedang mengharungi musim Monsun Timur Laut.
06 Dec 21
193
107 Sertai 'Monsoon Fun Ride'
107 Sertai 'Monsoon Fun Ride'
SETIU, 6 Disember : Seramai 107 peserta menyertai program Monsoon Fun Ride Permaisuri 2021 yang julung-julung kali diadakan itu. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, program yang menghimpunkan peminat sukan berbasikal itu wajar diadakan sebagai medan ukhwah mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. "Kita mengharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan ianya salah satu sukan yang dekat pada masyarakat disamping sukan lain," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian penutup di Laman Seri Rhu 10.  Terdahulu, pelepasan program berbasikal itu disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari A Rahman dan Penolong Pegawai Daerah Setiu, Muhammad Maliki Md Jusoh. Program yang bermula dari Kampung Guntung Luar menuju ke Laman Seri Rhu 10 sejauh hampir 20 kilometer itu tidak mematahkan semangat peserta walaupun dalam keadaan hujan.  Rata-rata peserta ditemui menyatakan keterujaan menyertai 'Monsoon Fun Ride' yang diadakan kali ini.  
06 Dec 21
605
52 Kelab Berentap Rebut Kejuaraan Cabaran Monsun Bukit Besi 4x4
52 Kelab Berentap Rebut Kejuaraan Cabaran Monsun Bukit Besi 4x4
Sebanyak 52 kelab melibatkan 190 peserta kembali berentap dalam Cabaran Monsun Bukit Besi 4x4 2021 selepas penganjuran pertamanya pada tahun 2018.
06 Dec 21
217
Qabil Muncul Juara Keseluruhan Junior SIC Ohvale
Qabil Muncul Juara Keseluruhan Junior SIC Ohvale
SEPANG, 6 Disember - Pelumba cilik Terengganu, Qabil Irfan Azlan sekali lagi membuktikan dia berada di kelas tersendiri apabila muncul juara keseluruhan bagi kelas 110cc Kejuaraan Junior SIC Ohvale 2021. Kejayaan tersebut adalah dua kali berturut-turut setelah turut muncul juara SIC MiniGP tahun lepas, sebelum kejuaraan itu dijenamakan semula kepada Kejuaraan Junior SIC Ohvale. Qabil bersama bapanya, Azlan Abd Rahman. Pada pusingan kemuncak minggu ini, pelumba berusia sembilan tahun itu menguasai keempat-empat perlumbaan dan seterusnya menutup tirai kempen 2021 dengan 284 mata. Berada di tempat kedua adalah rakan senegerinya, Adam Danial yang menamatkan kempen dengan 219 mata manakala Shah Putra melengkapkan podium di tempat ketiga, 167 mata. Mengulas mengenai dua perlumbaan hari ini termasuk yang terakhir berlangsung dalam keadaan litar basah, Qabil berkata, saingan sedikit sukar berbanding biasa. "Sedikit susah hari ini disebabkan hujan namun sebelum ini saya banyak melakukan latihan dalam keadaan hujan. "Selain itu, tahun ini lebih susah berbanding tahun lalu kerana kali ini, pesaing ramai yang lebih laju," katanya seperti dilaporkan Berita Harian Online, semalam. Qabil (nombor satu) dilihat pantas mendahului saingan Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook turut mengucapkan tahniah buat pelumba cilik kebangaan negeri itu. “Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat buat pelumba-pelumba cilik Terengganu yang lain,” katanya. Untuk rekod, Qabil daripada 12 perlumbaan musim 2021, Qabil meraih 11 kemenangan dan hanya sekali berada di tempat ketujuh pada Perlumbaan 2 Pusingan 4 di Litar Kart Antarabangsa Sepang, sebelum ini.
06 Dec 21
1205
Pasukan Padat 4x4 Juarai Bukit Besi Monsoon Challenge
Pasukan Padat 4x4 Juarai Bukit Besi Monsoon Challenge
DUNGUN, 5 Disember – Pasukan Padat 4x4 muncul juara dalam Kejohanan Bukit Besi 4x4 Monsoon Challenge kategori Open Hardcore, semalam meskipun berdepan kesukaran berdepan cuaca di musim tengkujuh. Pasukan gabungan tiga krew 4x4 daripada Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur tersebut berjaya mengalahkan Geng Tookmu untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi dan sijil. Pemandu jentera ‘Buggy’ pasukan tersebut, Mohd Effendi Husin berkata pencapaian itu bukan perkara yang mudah kerana perlu berentap dengan jumlah peserta yang ramai. “Kategori ini memerlukan ketahanan daripada segi mental, itu nombor satu, jentera kita juga serta kerjasama antara pemandu dan pemandu bersamanya, Muhammad Ifan Jamaludin dari kemaman, juga antara elemen penting bagi menguasai lapan trek disini. “jika kereta atau ahli pasukan tidak mahir, kita tidak mampu sampai ke tahap ini, nasib juga menyebelahi kita. “Ini adalah penyertaan kedua saya, sebelum ini pada 2018 saya gagal mendapat tempat disebabkan masalah teknikal dengan 4x4, jadi hari ini saya berjaya menebuskan kekecewaan dua tahun lalu,” katanya yang berasal daripada Kuala Lumpur. Tambahnya, 90 peratus daripada trek memerlukan skil kawalan tinggi dalam menghadapi faktor seperti cuaca dan keadaan yang licin serta rintangan tinggi. Pemandu daripada LC Houz tersebut berkata demikian selepas Kejohanan Bukit Besi 4x4 Monsoon Challenge di Bukit Besi Rainforest Park, Dungun, petang semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed @Harun. Jelas Effendi, dia berterima kasih kepada Kelab Teguh Fourwheller Team (TFT) dan Kerajaan Negeri atas penganjuran yang disifatkan mampu mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. “Dengan hadiah besar ini amat berbeza dengan acara lain, sebelum ini kami rasa tidak dihargai, tapi hari ini saya harap setiap tahun kejohanan sebegini dapat diadakan di tempat lain dalam Terengganu,” katanya lagi. Terdahulu, Pengarah Kelab Teguh Fourwheller Team (TFT), Shamsul Anuar Musa berkata, sebanyak 52 kelab melibatkan 190 pemandu dari pelbagai negeri berentap dalam Cabaran Monsun Bukit Besi 4x4 2021 selepas penganjuran pertama pada 2018.  
05 Dec 21
747
Nehz Squad 'Raja' PUBG Terengganu 2021
Nehz Squad 'Raja' PUBG Terengganu 2021
01 Dec 21
236
Nehz Squad 'Raja' PUBG Terengganu 2021
Nehz Squad 'Raja' PUBG Terengganu 2021
KUALA TERENGGANU, 28 November – Pasukan Nehz Squad muncul juara bagi permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile sempena Karnival e-Sport Belia Terengganu 2021. Pasukan yang mewakili Hulu Terengganu tersebut berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 beserta piala dan pingat. Mereka mengalahkan Loco Esports yang menduduki tempat kedua serta Fizx Ghost yang menduduki tempat ketiga. Ahli pasukannya, Faiz Aiman Baharudin, 20, menyifatkan kemenangan sulung pasukannya dalam peringkat negeri menebus kekecewaan tahun lalu. Faiz Aiman Baharudin menerima pingat daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim “Antara rahsia kemenangan memperoleh ‘Chicken Dinner’ adalah berdoa sebelum perlawanan dan latihan secara konsisten. Rata-rata pemain dalam Nehz Squad telah mengasah skil sejak tiga tahun lalu secara kompetetif. “Kami mendarat dan beraksi dalam PUBG enam hari seminggu dengan sehari cuti kerana ini adalah medan yang difokuskan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah Karnival E-Sport Belia Terengganu 2021 di TD1303, petang semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Urus setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Mohd Nasir Abd Razak dan Presiden E-Sports Malaysia Terengganu, Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani. Sementara itu Mohd Hafizuddin Fikri Namaha, 22 yang juga ahli pasukan itu menyifatkan inisiatif penganjuran sukan elektronik tersebut sebagai mengangkat martabat belia Terengganu bersama kerajaan negeri. “Program sebegini amat digalakkan, jika ada rezeki tahun hadapan kita akan sahut cabaran lagi,” katanya yang juga seorang penjual runcit. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tersebut menjadi satu medan mengumpulkan dan menghubungkan ‘gamers’ daripada seluruh daerah dan mengembangkan lagi persaudaraan melalui medium digital tersebut. “Ini membuktikan komitmen kerajaan Terengganu untuk memperkembangkan lagi bakat anak muda Terengganu dalam sukan e-sports yang kini menjadi fenomena antarabangsa, dengan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama. “Pendidikan dan tunjuk ajar kepada para pemain turut ditekankan dan dibimbing agar tidak leka akan tanggungjawab sebagai seorang muslim,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurutnya lagi, kerajaan merancang agar program tahunan ini sentiasa berjalan dalam membina bakat sukan tersebut yang kini menjadi medan pungutan medal. Untuk rekod Kejohanan tahunan anjuran UBSNT dengan kerjasama Esports Malaysia Terengganu telah disertai oleh 32 pasukan daripada setiap daerah pada tahun ini dalam merebut takhta nombor satu sebagai juara PUBG peringkat negeri.
28 Nov 21
451
Hati Nafuzi Masih Untuk Terengganu FC
Hati Nafuzi Masih Untuk Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 27 November - Nafuzi Zain menyatakan keutamaannya masih kepada Terengganu FC meskipun kontraknya bersama pasukan itu bakal tamat 30 November ini. "Saya masih menunggu tawaran Terengganu FC sebelum membuat sebarang perancangan. "Jika ada kelab yang sudi berunding, saya terbuka untuk berbincang tetapi keutamaan saya masih untuk Terengganu FC kerana sepanjang dua tahun bersama, saya rasa ada misi yang belum tercapai," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita mengulas statusnya bersama Terengganu FC, selepas perlawanan semalam. Jelasnya, masih ramai pemain yang perlu bimbingan dan memerlukan lebih masa untuk matang menjadi pemain lebih baik. "Pandangan dalam bola sepak ini berbeza antara individu, mungkin ada yang rasakan saya bagus, ada yang tidak. "Namun, secara peribadi saya berpuas hati dengan persembahan pemain, saya bangga kerana ramai pemain muda tempatan mendapat peluang untuk bermain di peringkat tertinggi," katanya.
27 Nov 21
2922
Terengganu Tempuh Laluan Sukar
Terengganu Tempuh Laluan Sukar
Terengganu FC berdepan laluan sukar apabila seri 1-1 menentang Johor Darul Ta'zim dalam aksi sedikit kontroversi pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, baru-baru ini.
25 Nov 21
238
Tayangan TFC Vs JDT Di 'Big Screen' Stadium Malam Esok
Tayangan TFC Vs JDT Di 'Big Screen' Stadium Malam Esok
MARANG, 25 November – Kerajaan Negeri menerusi Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) akan membawa suasana dan ‘feel’ saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia dalam tayangan skrin besar di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada malam esok. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tersebut adalah bagi membawa kehangatan perlawanan antara Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta'zim buat penyokong dalam negeri. “Selain itu, untuk daerah lain juga ada menganjurkan tayangan ‘big screen’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. “Di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), hanya 500 kerusi disediakan buat peminat daripada Terengganu, TFC juga menyediakan tawaran istimewa melalui pakej penerbangan bersama pemain dan pihak pengurusan dengan 70 tempat terhad. “Manakala pelbagai kelab penyokong daripada daerah lain mengambil inisiatif mereka menggunakan bas bagi membawa penyokong di sana,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Graduan IKBN Wakaf Tapai 2020/2021, pagi tadi. Tambahnya, beliau mengharapkan TFC membawa kejutan dalam perlawanan tersebut kerana ia adalah perkara tidak mustahil memandangkan kelab tersebut pernah mengalahkan Johor di laman sendiri. Menurut penganjur, majlis bermula pada Jumaat malam akan dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah pada jam 8.00 malam dengan tayangan bermula pada jam 9 malam, Terdahulu, keputusan kekal 1-1 dan Terengganu FC akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Jumaat ini dalam aksi timbal balik dengan juara Liga Super 2021 itu memiliki kelebihan gol di tempat lawan.
25 Nov 21
1566