lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

TSG Terima Tajaan RM9.3 Juta
TSG Terima Tajaan RM9.3 Juta
Seiring sedekad penubuhan, pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) berevolusi dan dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team dengan tajaan berjumlah RM9.3 juta.
25 Jan 22
224
Atlet Wanita Pertama Negara Sertai Kelab Eropah
Atlet Wanita Pertama Negara Sertai Kelab Eropah
Anak kelahiran Terengganu, Siti Nur Alia Mansor muncul atlet wanita Malaysia pertama menyertai pasukan berbasikal berstatus pro di Eropah.
05 Jan 22
481
Atlet Wanita Pertama Negara Sertai Kelab Eropah
Atlet Wanita Pertama Negara Sertai Kelab Eropah
KUALA TERENGGANU, 4 Januari- Anak kelahiran Terengganu, Siti Nur Alia Mansor muncul atlet wanita Malaysia pertama menyertai pasukan berbasikal berstatus pro di Eropah. Nur Alia, 21, dipilih pasukan kelima terbaik UCI Women's World Tour, Canyon-SRAM Road Bicycle Racing Team yang berpangkalan di Catalonia, Sepanyol bagi saingan musim ini dengan kontrak setahun. "Alia rasa bangga sebab dapat peluang ini, sebelum ini dengan CIMB pro-cycling team (permubaan trek). Ini menjadi peluang terbesar Alia dalam perlumbaan lebuh raya dan ini peluang untuk buktikan pada negara dan Terengganu. "Bekas jurulatih TSG, Adam Szabo yang hubungi Alia pada Jun tahun lalu menawarkan untuk sertai pasukan ini. Dia kini menguruskan pasukan wanita untuk UCI ini dan akan menjadi jurulatih Alia dalam pasukan musim ini," katanya yang mengambil masa sekitar dua bulan untuk menyatakan persetujuan. Belilau berkata demikian selepas menerima insentif penghargaan berjumlah RM3,000 daripada kerajaan negeri yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di Wisma Darul Iman, hari ini. Adik bongsu kepada atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor itu telah pun menceburi sukan berbasikal semenjak usia 11 tahun dan mewakili Terengganu sejak 2016. Jelasnya, jurulatih berbasikal Terengganu, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang telah 'menjaga'nya sejak berumur 11 tahun dan memberikan banyak ilmu sehingga dirinya mencapai ke tahap tersebut. "Bagi Alia, dekat Malaysia kita berlumba dengan sesama kita jadi, di sana mental Alia perlu lebih kuat. Alia akan buat yang terbaik dan harap pemergian Alia akan buka peluang untuk 'rider-rider' lain dari Malaysia," katanya.      
04 Jan 22
4075
Pasukan Padat 4x4 Juarai Bukit Besi Monsoon Challenge
Pasukan Padat 4x4 Juarai Bukit Besi Monsoon Challenge
Pasukan Padat 4x4 muncul juara dalam Kejohanan Bukit Besi 4x4 Monsoon Challenge kategori Open Hardcore, semalam meskipun berdepan kesukaran berdepan cuaca di musim tengkujuh.
04 Jan 22
330
Manuel Ott Sertai Terengganu FC
Manuel Ott Sertai Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 2 Januari- Pemain import dari Filipina, Manuel Gelito Ott melengkapkan barisan tonggak import pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC) bagi saingan musim ini apabila menandatangani kontrak selama satu tahun bersama pasukan itu. Manuel Ott, sebelum ini beraksi bersama pasukan Melaka United dan memainkan peranan penting membawa skuad Hang Tuah ke separuh akhir Piala Malaysia 2021. Pemain tengah berusia 29 tahun itu pernah beraksi bersama kelab Ratchaburi Mitr Phol FC dalam Liga Thailand pada tahun 2019. Kehadiran Manuel Ott akan mengisi kuota pemain Asean yang ditinggalkan Carli De Murga dan menyarung jersi bernombor 8 bersama pasukan Terengganu FC pada musim ini. Tonggak itu melengkapkan lapan pemain import Terengganu FC musim ini selepas Kpah Sherman (Liberia), Kipre Tchetche (Ivory Coast), Pape Diakite (Senegal), Luke Woodland (Filipina), Argzim Redzovic (Montenegro), Jordan Mintah(Ghana) dan Habib Haroon (Bahrain).    
02 Jan 22
1028
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
Seramai 800 peserta dari dalam dan luar negeri memeriahkan acara berbasikal Cabaran Monsun Marang (MMC) 2021 di sekitar daerah Marang. 
29 Dec 21
126
Anak Marang Menang RM10,000 Cabutan Bertuah TSG Virtual Ride
Anak Marang Menang RM10,000 Cabutan Bertuah TSG Virtual Ride
KUALA TERENGGANU, 28 Disember- Anak jati Kampung Sungai Kerak, Marang muncul pemenang cabutan bertuah utama sempena program Terengganu Cycling Team (TSG) 10-Years Anniversary Virtual Ride berupa wang tunai RM10,000. Kemenangan Mohd Amirul Ramli, 28, diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Terengganu ProAsia Cycling Team merangkap Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja pada majlis penyampaian hadiah program tersebut yang diadakan secara ‘live’ di Tingkat 3, Studio TSG, hari ini. Amirul yang merupakan anak kedua dari tujuh beradik berkata, dia tidak menyangka menjadi pemenang hadiah utama selepas membelanjakan RM120 untuk melayakkannya menyertai cabutan bertuah itu. "Saya terkejut dan sangat tidak sangka ketika dihubungi pihak TSG sebentar tadi mengatakan saya pemenang utama cabutan bertuah ini," katanya yang dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman. Katanya, setakat ini dia belum memikirkan bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. “Tidak sangka nombor cabutan 348 membawa rezeki kepada saya, teruja sangat sampai tidak ada lagi rancangan untuk buat apa dengan duit ini,” ujarnya yang merupakan seorang pekerja kilang. Difahamkan, program kayuhan secara maya yang dianjurkan buat julung kalinya oleh TSG, pasukan berbasikal bertaraf benua Asia yang kini genap 10 tahun penubuhan adalah sebagai penghargaan kepada peminat setia TSG yang terus memberi sokongan terutama dalam misi untuk meningkatkan lagi kualiti dan pencapaian pasukan. Kayuhan ‘TSG Virtual Ride 2021’ yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Disember lalu untuk jarak kayuhan sekurang-kurangnya 40 kilometer perlu ditempuhi setiap peserta di lokasi masing-masing, menawarkan sebanyak 110 hadiah cabutan bertuah kepada peserta sebagai tanda penghargaan kepada peminat khususnya.  
28 Dec 21
835
International Golden Monsoon Ride Janji Cabaran Menarik Tahun Depan
International Golden Monsoon Ride Janji Cabaran Menarik Tahun Depan
KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Menutup tirai 2021, Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) menjanjikan pengalaman aktiviti berbasikal 'off-road' lebih baik dengan penganjuran International Golden Monsoon Ride, tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, berikutan kejayaan penganjuran Golden Monsoon Ride 2021 baru-baru ini, pihaknya berhasrat mengangkat kejohanan berkenaan ke peringkat antarabangsa pada tahun 2022. "Saya rasa berjaya dan kita dapat lihat penyertaan yang banyak daripada pelbagai pihak dalam dan luar terengganu. Terdapat sekitar 800 peserta daripada anak-anak syarikat, individu persendirian dan kelab-kelab berbasikal di Terengganu serta luar. "Kita nampak sebenarnya kategori cabaran MTB (Mountain Bike) ini kita boleh bawa ke peringkat antarabangsa, sebab saya diberitahu Terengganu Cycling Team (TSG) sendiri trek itu amat menarik dan mencabar, sesuai untuk kita tingkatkan ataupun ketengahkan di peringkat antarabangsa. "Jadi kita akan tengok bagaimana. Untuk akan datang, kita akan namakan International Golden Monsoon Ride dengan hadiah yang amat menarik dan kita akan tingkatkkan lagi lebih banyak kategori pada tahun-tahun akan datang," katanya pada kejohanan yang berlangsung di Setiu, baru-baru ini. Terdahulu, Golden Monsoon Ride 2021 mengangkat kategori off-road sejauh 25 kilometer sebagai perlumbaan utama dengan cabaran pendakian lima bukit dalam cuaca hujan bertempat di Akademi TDM Sungai Tong. Kejohanan tersebut menawarkan hadiah berupa tunai RM1,500 bagi pemenang yang dimenangi oleh pelumba TSS, Shahrul Mat Amin. Selain itu, Golden Monsoon Ride turut menawarkan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal Honda ADV 150 berharga lebih RM10,000.  
27 Dec 21
603
Kehilangan Besar Sukan Rugbi Terengganu - Exco Sukan
Kehilangan Besar Sukan Rugbi Terengganu - Exco Sukan
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Kerajaan negeri menyifatkan pemergian ketua jurulatih skuad ragbi Terengganu, Izaimi Zainuddin sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja buat sukan ragbi Terengganu tetapi juga buat negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Allahyarham adalah antara individu yang begitu komited dalam pembangunan sukan, bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di peringkat kebangsaan. "Sudah tentu pemergian Allahyarham satu kehilangan besar khususnya di Terengganu terutama dalam pembangunan sukan ragbi pada peringkat akar umbi. "Kami begitu terasa kehilangannya kerana sukan ragbi antara yang kita sasarkan untuk mendapat pingat dalam Sukan Malaysia (Sukma), lagipun sekarang sukan itu berada pada landasan terbaik untuk mengutip pingat. "Jika diimbas kembali baru-baru ini kita sudah selesai pertandingan ragbi yang diadakan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Gong Badak, jadi ketika kita mengilap bakat-bakat yang ada ini, tiba-tiba berlaku kematian, jadi sudah tentulah warga ragbi agak terasa kehilangannya. "Bagaimanapun kita yakin dengan asas yang dibina oleh Allahyarham, kita akan meneruskan kesinambungan bagi memastikan sukan itu terus bertapak kukuh di Terengganu lebih-lebih lagi stadium baharu dinaik taraf baru-baru ini," katanya selepas merasmikan Marang Monsoon Challenge di Marang hari ini. Terdahulu, Izaimi, 48 menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman susulan pembedahan kerongkong di hospital berkenaan pada Khamis. Allahyarham yang juga guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Terengganu adalah ketua jurulatih skuad Piala Agong dan Sukma Terengganu bermula 2017 hingga kini. Allahyarham juga pernah membimbing skuad negara Bawah-15 (B-15), B-17, B-19 dan B-20. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.
27 Dec 21
470
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
MARANG, 26 Disember - Seramai 800 peserta dari dalam dan luar negeri memeriahkan acara berbasikal Cabaran Monsun Marang (MMC) 2021 di sekitar daerah ini pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program anjuran Persatuan Lumba Basikal Terengganu dengan kerjasama Majlis Daerah Marang itu menerima sambutan menakjubkan meskipun diadakan pada musim tengkujuh. “Acara ini mempertandingkan empat kategori iaitu ‘Road Race’ (78 KM), ‘Mountain Bike Race’ (25 KM), ‘Women Open (25 KM) dan kayuhan santai (25 KM) yang bermula di Dataran Bandar Marang. “Di samping kewujudan laluan berbasikal baharu di daerah ini, anjuran sebegini boleh diadakan setiap kali hari cuti dan pelepasan sama ada di peringkat komuniti setempat, daerah dan negeri. Wajah ceria mewarnai Fun Ride MMC 2021 “Sambutan peserta daripada negeri-negeri seperti Johor, Selangor, Perak dan lain-lain lagi menunjukkan sukan ini bukan sahaja terkenal dengan atlet malah rakyat biasa juga, insya-Allah, penganjuran ini dapat diteruskan dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengayuh luar,” katanya. Beliau berkata demikian selepas acara flag-off MMC 21, di Dataran Bandar Marang, pagi tadi. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YM Tengku Bijaya Raja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pegawai Daerah Marang, Lizan Che Mat serta Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya. Tambah Wan Sukairi, kejayaan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu dalam kejohanan Terbuka Negeri Sembilan meningkatkan lagi momentum dalam sukan tersebut. “Mungkin disebabkan perhatian tinggi dan fokus diberikan panel jurulatih dan para atlet meskipun mengharungi fasa pandemik COVID-19, namun kita terus mengambil ruang dan peluang melalui latihan atas talian dan penyertaan dalam kelonggaran diberikan,” katanya lagi.  
26 Dec 21
811