lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Tour Gateh D'Tranung Buka Tirai Perlumbaan
Tour Gateh D'Tranung Buka Tirai Perlumbaan
Tour Gateh D'Tranung 2022 membuka tirai dengan 144 pelumba daripada 26 pasukan bersaing bagi peringkat pertama, hari ini 21 Mac.
22 Mar 22
288
Tour Gateh D'Tranung 2022: Amirul Bolot Dua Jersi
Tour Gateh D'Tranung 2022: Amirul Bolot Dua Jersi
Kapten Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki mengungguli peringkat pertama Kejohanan Tour Gateh D'Tranung yang berakhir di Jerteh hari ini 21 Mac.
22 Mar 22
390
Kejohanan Berbasikal Terengganu Kembali Selepas 11 Tahun
Kejohanan Berbasikal Terengganu Kembali Selepas 11 Tahun
Kerajaan Terengganu akan menganjurkan kembali sukan berbasikal jelajah Terengganu melalui Kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2022 setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2011.  
17 Mar 22
286
Terengganu FC Mahu Rampas Satu Piala
Terengganu FC Mahu Rampas Satu Piala
Pasukan Terengganu Football Club (TFC) meletakkan sasaran untuk memenangi satu piala bagi musim 2022.
28 Feb 22
161
Terengganu FC II Juara Piala MB Terengganu 2022
Terengganu FC II Juara Piala MB Terengganu 2022
Terengganu FC II dinobatkan sebagai juara Kejohanan Empat Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu 2022, apabila menewaskan Penang FC 1-0 dalam aksi terakhir, sebentar tadi.
20 Feb 22
309
Wan Sukairi Harap Insiden 'Kungfu' Tidak Berulang
Wan Sukairi Harap Insiden 'Kungfu' Tidak Berulang
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berharap insiden yang berlaku dalam perlawanan antara Terengganu FC II dan Penang FC, baru-baru ini tidak akan berulang.
16 Feb 22
258
Terengganu Perkemas Strategi Didik Wanita Berhijab Sempurna
Terengganu Perkemas Strategi Didik Wanita Berhijab Sempurna
Kerajaan Terengganu memperkasakan usaha pendidikan pemakaian hijab yang sempurna kepada kaum wanita islam di negeri ini menerusi usaha dakwah jalanan di kesemua lapan daerah bermula bulan ini.
16 Feb 22
273
25 Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras DUN Batu Rakit 2022
25 Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras DUN Batu Rakit 2022
  SETIU, 14 Feb - Sebanyak 25 buah pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bagi merebut Piala Penyelaras DUN berkenaan. Kejohanan yang bakal bermula 18 Februari ini akan menggunakan format liga di mana pasukan-pasukan bertanding dibahagikan kepada enam kumpulan sebelum bertemu diperingkat 16 kalah mati. Pengarah Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah, Harun Muhammad berkata, program berkenaan hanya boleh disertai oleh Pengundi DUN Batu Rakit bagi memberikan lebih kelebihan kepada penduduk tempatan.  “Antara objektif utama kejohanan ini supaya golongan muda di sini merasa diri mereka didekati, tidak dipinggirkan dan dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti berfaedah dan sihat,” katanya Harun berkata, kejohanan itu juga menjadi landasan kepada anak muda untuk mengembangkan bakat mereka dalam sukan bola sepak. "Setiap pemain perlu menutup aurat ketika bermain dan mana-mana pemain yang melanggar peraturan ini, tidak akan dibenarkan bermain. "Saya berharap kejohanan ini akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini", katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai Majlis Serahan Jersi dan Pengundian Kejohanan Bola Sepak di Dewan Serbaguna Wakaf Catur,Maras, semalam.
14 Feb 22
623
Wan Sukairi Harap Insiden 'Kungfu' Tidak Berulang
Wan Sukairi Harap Insiden 'Kungfu' Tidak Berulang
KUALA TERENGGANU, 10 Februari- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berharap insiden yang berlaku dalam perlawanan antara Terengganu FC II dan Penang FC, semalam. "Saya bagi pihak penganjur mengucapkan syabas dan tahniah kepada Terengganu FC II yang muncul juara Kejohanan Empat Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu 2022. Wan Sukairi bertemu pengurusan Penang FC selepas perlawanan semalam. "Dalam masa sama, melahirkan rasa kecewa dengan insiden yang berlaku dan kita harapkan insiden sebegini dapat dielakkan dalam pertandingan selepas ini.  "Walaupun insiden berlaku, semoga tujuan dan matlamat perlawanan bukan sahaja untuk dapat kemenangan tetapi juga menaikkan taraf sukan bola sepak dan melahirkan bakat hebat tercapai," katanya. Jelasnya, perkara berkenaan akan dirujuk kepada pihak berwajib dan kepada Malaysian Football League (MFL) untuk membuat sebarang keputusan berdasarkan laporan yang bakal diberikan penganjur nanti. Tambah Wan Sukairi, peristiwa yang berlaku juga tidak sekali-kali mematahkan semangat penganjur untuk terus mengadakan kejohanan itu pada masa akan datang. "Kepada pasukan Terengganu FC I dan II, pengurusan dan juga kru supaya dapat saling bekerjasama serta membantu satu sama lain untuk menjadikan Terengganu FC pasukan yang digeruni dan mampu memenangi apa juga kejohanan yang disertai. "Momentum yang ada malam ini adalah satu permulaan yang baik. "Kita harap ini adalah petanda baik dan pembuka semangat kepada pasukan dalam kejohanan yang lain," katanya.              
10 Feb 22
2768
Sukan Takraw Tepoh Terima Suntikan, Ligatkan Riadah Anak Muda
Sukan Takraw Tepoh Terima Suntikan, Ligatkan Riadah Anak Muda
KUALA NERUS, 6 Februari - Sukan Takraw di Tepoh bakal menerima suntikan semangat baru melalui insentif kewangan sebanyak RM500 kepada sembilan buah gelanggang takraw yang aktif bertujuan meligatkan lagi aktiviti sukan komuniti tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim berkata, buat anak muda di kawasan itu, takraw merupakan diantara aktiviti riadah yang paling digemari melihat kepada jumlah buah gelanggang yang banyak dan meriah. "Saya berharap ke semua gelanggang yang terlibat dalam pertandingan ini (Kejohanan Sepak Takraw Tepoh) terus bergiat aktif dan berusaha mencungkil bakat baru. "Untuk hari ini, disamping sumbangan sebanyak RM500, tiga biji bola sepak takraw dan satu set jersey untuk semua pasukan bertanding akan disediakan selepas acara kejohanan hari ini tamat. "Usaha ini merupakan satu lontaran semangat buat semua penggiat sukan ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Tertutup DUN Tepoh di Gelanggang Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), baru-baru ini. Terdahulu, sumbangan peralatan dan prasarana aktiviti sukan seperti bola dan jaring sepak takraw menjadi aktiviti rutin Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh untuk membangunkan dan mempromosikan aktiviti sihat buat golongan belia.
06 Feb 22
331