lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Ahli Parlimen Setiu Suntik Semangat Setiu Fighters
Ahli Parlimen Setiu Suntik Semangat Setiu Fighters
SETIU, 25 Mei –Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) kini telah membuka tirainya, dalam pada itu Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir menyatakan sokongan serta memberikan suntikan semangat tidak berbelah bahagi kepada Kontinjen Setiu, termasuk pasukan sepak takraw Setiu Fighters. Katanya acara yang diadakan secara dwi tahunan itu berkonsepkan temasya atau mini suka di peringat negeri itu sangat penting untuk diberi perhatian oleh semua pihak terbabit dalam mengangkat taraf sukan di negeri ini dimana ia diperkenalkan pertama kali pada tahun 2019. "“Alhamdulillah kemenangan kedua Pasukan Sepak Takraw Setiu Fighters selepas menewaskan Marang 2-1. Pagi tadi (semalam) mengalahkan Besut dengan keputusan yang sama. Layak ke Semifinal petang esok (hari ini), tahniah."ujarnya menerusi hantaran di facebook rasminya, pada hari ini. Mengulas lanjut katanya, peserta yang terlibat semuanya merupakan atlet di bawa umur 20 tahun bagi kategori pelapis dan 21 tahun ke atas untuk kategori terbuka. " Sukan ini terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu sahaja atau yang telah bermastautin di Negeri Terengganu di mana acara yang dipertandingkan ialah Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, Lawn Bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan.  "Bertempat di Kompleks Sukan Gong Badak dan Majlis Sukan Negeri Terengganu serta beberapa venue lain,"ujarnya.  
25 May 22
466
Terengganu Serah Insentif RM47,000 Buat Atlet Negara
Terengganu Serah Insentif RM47,000 Buat Atlet Negara
KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Kerajaan Terengganu menyerahkan cek berjumlah RM47,000 Insentif Skim Wakil Negara (SWARA) kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), hari ini. Jumlah tersebut merangkumi 47 atlet Terengganu yang terpilih mewakili pasukan kebangsaan dalam temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) yang sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insentif berkenaan sememangnya diadakan oleh MSNT bagi meningkatkan motivasi atlet untuk bersaing di peringkat tertinggi. "Bagi SWARA, setiap atlet diberikan sebanyak RM1,000 dan insentif ini akan dibawa rombongan ke Vietnam pada malam esok. "Selain itu, ntuk atlet kelahiran Terengganu yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan SEA, kita juga ada menyediakan insentif khas menerusi Insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE). "Dalam skim ini, sebanyak RM4,000 akan diberikan kepada pemenang pingat Emas dalam acara individu, manakala RM3,000 bagi pingat Perak dan RM2,000 bagi pingat Gangsa," katanya. Tambahnya, bagi acara berpasukan, ganjaran sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada pemenang pingat Emas, RM2,000 bag pingat Perak dan pemenang pingat Gangsa akan menerima RM1,500. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO bersama Warga Sukan Terengganu, di pejabat MSNT, hari ini. Wan Sukairi turut mengharapkan akan ada pertambahan pingat yang dihasilkan atlet negeri dalam temasya Sukan SEA. Setakat hari ini, seramai lapan atlet kelahiran Terengganu berjaya merangkul pingat kejuaraan dalam temasya tersebut. Jaguh berbasikal bukit, Ahmad Syazrin Awang Ilah berjaya merangkul pingat Emas dalam acara MTB rentas desa Olimpik campuran. Manakala Azreen Nabila Alias memenangi pingat Perak dalam acara 4×100m Wanita, Muhammad Zulfiqar Ismail (Perak) dalam acara 4×100m Lelaki, Siti Rahmah Mohamed Nasir (Perak) dalam Pencak Silat dan Sharifah Aqilah Farhana (Perak) dalam Petanque. Sementara itu, Muhammad Shahrul Aimy Kamarul Hisam (Gimnastik), Yousuff Daniel Fauzi Cruz (Kurash) dan Ahmad Atif Irsyad Aad Zahidi (Pencak Silat) masing-masing berjaya merangkul pingat Gangsa.
17 May 22
610
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
300 anak muda mengambil peluang menyertai program 'Fun Ride Sahur' bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan melakukan aktiviti beriadah sambil beramal.
08 May 22
259
Terengganu FC Layak Ke Peringkat Kedua
Terengganu FC Layak Ke Peringkat Kedua
KUALA TERENGGANU, 29 April- Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengesahkan laluan ke peringkat kedua setelah menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi pertama Piala FA 2022, sebentar tadi. Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), permainan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan berhati-hati melancarkan serangan. Pada minit ke-28, tuan rumah berhasil mendapatkan gol pertama hasil kesilapan pertahanan import NSFC, Herold Goulon tertampan bola hantaran lintang Mohd Syafik Ismail ke gawang sendiri. Terkejut dengan keputusan itu, pelawat cuba bangkit dengan lebih banyak serangan ke kubu Sang Penyu. Skuad kendalian K. Devan berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-35 apabila Omid David Nazari menanduk masuk bola sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee untuk skor 1-1. Namun, hanya tiga minit berselang, Terengganu FC kembali di depan selepas Mohd Faisal Halim berjaya menjaringkan gol kedua pasukan dalam keadaan kelam kabut di hadapan gawang. Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, Sang Rusa lebih banyak menyerang kubu tuan rumah. Pelawat hampir mendapatkan jaringan penyamaan, namun Evanonye Adetu disahkan offside ketika dia sudah berada dalam situasi satu lawan satu berdepan Muhammad Rahadiazli pada minit ke-54. Pada minit ke-64, Tcheche Kipre mempunyai peluang menambah jaringan, bagaimanapun rembatannya tersasar. Negeri Sembilan FC memasukkan lebih banyak penyerang bagi mengubah situasi perlawanan, namun Terengganu FC lebih cemerlang bertahan sambil melakukan serangan balas. Terengganu FC kekal mendahului sehingga wisel penamat ditiupkan. Kemenangan malam ini menyaksikan Terengganu FC menempah pertemuan menentang Kedah Darul Aman FC dalam peringkat kedua.    
29 Apr 22
2029
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
MARANG, 28 April- 300 anak muda mengambil peluang menyertai program 'Fun Ride Sahur' bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan melakukan aktiviti beriadah sambil beramal. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bulan Ramadan bukan penghalang untuk anak muda kekal aktif melakukan aktiviti berbasikal terbabit. "Program yang diadakan ini juga memberikan penekanan kepada anak muda agar menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk melazimi solat jemaah di masjid serta surau dan menghidupkan malam terakhir di bulan ini untuk memperbanyakkan amalan seperti berzikir, solat tahajud dan membaca al-Quran. "Juga melalui bulan yang mulia ini kita mengambil semangat peperangan badar mencontohi golongan terdahulu untuk sentiasa bersemangat dalam perjuangan bagi menegakkan syiar Islam dan menyampaikan mesej dakwah kepada seluruh masyarakat bahawa Islam tidak melarang untuk umatnya melakukan apa jua aktiviti dan kegiatan yang mendatangkan faedah untuk dilakukan,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program 'Fun Ride' Sahur Marang 2022, di Dewan Terbuka Sena Rendang, Bukit Payung, di sini, pada hari ini. Turut serta, Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, yang Dipertua Majlis Daerah Marang Merangkap Pemangku Pegawai daerah, Haji Zuwislan Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi. Pada program terbabit, para peserta melakukan kayuhan sejauh 15 Kilometer (KM) dengan menjadikan Masjid Rusila, Masjid Kubang Ikan sebagai tempat persinggahan untuk acara menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf yang layak membabitkan DUN Rhu Rendang, Batu Burok dan Bukit Payong. Di mana ia telah bermula dari pejabat daerah pada jam 10 malam dan berahir di Dewan Terbuka Sena Rendang pada jam 12 malam. Pada program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong dengan kerjasama Pejabat daerah itu juga, turut diserikan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah TV 40 inci serta dua buah basikal.    
28 Apr 22
1240
Gergasi Merah 'Tenggelam' Di Pantai Timur
Gergasi Merah 'Tenggelam' Di Pantai Timur
KUALA NERUS, 22 April- Terengganu FC mudah menewaskan Selangor FC dalam aksi ni keempat Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam ini. Beraksi di laman sendiri, pengendali Skuad Penyu Nafuzi Zain mempertaruhkan pemain Filipina, Luke Woodland bagi menggantikan Petrus Shitembi yang cedera dalam perlawanan menentang Sarawak United tempoh hari. Terengganu FC mempamerkan corak permainan pantas sejak wisel ditiupkan bagi mengulangi kemenangan sulung, hujung minggu lalu. Pada minit ke-20 penyerang lincah, Faisal Halim yang menerima umpanan Habib Haroon meledak gol pendahuluan setelah menewaskan dua pertahanan sebelum rembatan derasnya melepasi jangkauan Mohd Khairul Azhan. Selangor FC yang belum tewas musim ini, cuba bangkit namun rembatan leret Herlison Caion setelah menerima lorongan Mukhairi Ajmal berjaya ditepis Muhammad Rahadiazli pada minit ke-26. 10 minit kemudian, tuan rumah hampir menambah jaring berpunca kesilapan Shahril Nazeem mengeluarkan bola, Syafik melakukan volley rendah ke sisi gol. Keputusan kekal 1-0 pada separuh masa. Bersambung babak kedua, Red Giant merancakkan serangan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-50, mujur rembatan Mohd Syahir Bashah ditepis Rahadiazli. Seminit kemudian, rembatan susulan Yazan Al-Arab yang menewaskan penjaga gol berjaya dikeluarkan Muhammad Shahrul Nizam. Pemain kesayangan ramai, Habib Haroon cemerlang mendominasi kawasan tengah pasukan. Skuad penyu kembali mendapat tonik pada minit ke-60 apabila Muhammad Syafik Ismail dijatuhkan Yazan Al-Arab dalam kotak penalti. Kapten pasukan, Tcheche Kipre tenang menyempurnakan jaringan menjarakkan jurang kepada 2-0. Pelawat terus buntu mencipta jaringan, menjadikan Terengganu FC kekal mengatasi 2-0 sehingga wisel penamat ditiupkan. Skuad kendalian Nafuzi naik ke tangga ketujuh liga dengan enam mata, menolak Red Giant ke tangga kelapan dengan lima mata.          
22 Apr 22
2657
Hasrat 'Treble' THT Lebur
Hasrat 'Treble' THT Lebur
Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk mendakap piala ketiga musim ini lebur apabila kalah tipis 2-3 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2022, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
03 Apr 22
112
Nabil Bolot Podium Peringkat Akhir Tour Gateh D'Tranung 2022
Nabil Bolot Podium Peringkat Akhir Tour Gateh D'Tranung 2022
Pelumba Heavy Cycling Club, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri mencipta kejutan apabila 'merampas' semua kedudukan teratas bagi setiap kategori dalam saingan peringkat keempat Tour Gateh D'Tranung 2022, baru-baru ini.
27 Mar 22
275
Terengganu FC II Menang Mudah Aksi Pertama
Terengganu FC II Menang Mudah Aksi Pertama
KUALA NERUS, 26 Mac- Terengganu Football Club II (Terengganu FC II) menang mudah 3-0 ke atas Perak FC dalam aksi pertama pasukan itu di Liga Premier Malaysia 2022, sebentar tadi. Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), tuan rumah berusaha mencari gol awal dengan asakan berterusan ke kubu lawan. Pada minit ke-12, Engku Muhammad Nur Syakir yang menerima hantaran lintang rakan sepasukan cuba menanduk masuk bola ke gawang, namun tersasar. Tersentak dengan percubaan itu, Perak FC cuba menyerang.  Tiga minit berselang Penyerang Perak FC, Royizzat Daud berjaya menggelecek dua pertahanan tuan rumah sebelum melakukan rembatan dalam kotak penalti, namun Syed Muhammad Nasrulhaq lebih tangkas menampan bola keluar. Memasuki minit ke-22, hasil kesilapan pertahanan lawan, pemain tengah kelahiran Namibia, Petrus Shitembi, yang melakukan 'debut' malam ini berjaya mencatat nama sebagai penjaring menerusi rembatan deras dari jarak 20 meter menewaskan Muhammad Farhan Abdul Majid untuk The Turtle selesa satu gol di hadapan. Terengganu FC II terus mendominasi perlawanan sehingga wisel separuh masa ditiup dan kedudukan kekal 1-0. Bersambung babak kedua, Terengganu FC II tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan. Pada minit ke-57, penyerang kesayangan ramai, Jordan Mintah meledak gol melalui tandukan kemas setelah Engku Muhammad Syakir menanduk bola hasil hantaran Shitembi tepat menemuinya. Hanya tujuh minit berselang, Muhammd Syafik Ismail pula menjaringkan gol ketiga pasukan melalui hantaran lintang rendah Engku Muhammad Syakir. Terengganu FC II kekal mendahului 3-0 sehingga tamat perlawanan. Selepas ini, The Turtle akan bertemu PDRM, 10 April ini bagi perlawanan kedua Liga Premier Malaysia 2022.    
25 Mar 22
965
THT Juara Liga Hoki Malaysia 2022!
THT Juara Liga Hoki Malaysia 2022!
Pasukan Hoki Terengganu (THT) muncul juara TNB Liga Hoki Malaysia 2022 apabila bangkit menewaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2, semalam 22 Mac.
23 Mar 22
282