lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Terengganu Sasar 2024 Semua Atlet Wanita Berpenampilan Patuh Syariah
Terengganu Sasar 2024 Semua Atlet Wanita Berpenampilan Patuh Syariah
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober - Kerajaan Terengganu menyasarkan semua atlet wanita muslim yang menyertai kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan memakai pakaian patuh syariah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata perubahan ketara telah berlaku dalam aspek pemakaian patuh syariah atlet yang menyertai SUKMA baru-baru ini. Namun, perkara itu masih belum menyeluruh dalam semua sukan kerana proses pendidikan masih berjalan. "Kita akan terus berusaha melakukan perubahan dengan memberikan galakan dan juga semangat, termasuklah mendidik melalui pengajian ilmu dan juga kita telah menubuhkan satu unita khas iaitu Hal Ehwal Agama di Majlis Sukan Negeri Terengganu. "Alhamdulillah, perubahan ketara telah dapat kita saksikan dalam SUKMA baru-baru ini hanya tiga jenis sukan sahaja yang didapati para atletnya masih tidak menurup aurat dengan sempurna. "Jadi kita akan melipatgandakan lagi usaha sehingga semua para atlet kita ini di masa akan datang kita akan pastikan mereka akan menutup aurat dengan lebih sempurna," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media di Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu, SUKMA XX, MSN 2022 yang disemprunakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Dewan Konvesyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam. Wan Sukairi berkata, majlis yang diadakan itu adalah bagi memberikan insentif kepada semua atlet Terengganu yang telah berjaya mendapatkan pingan emas, perak dan juga gangsa pada temasya SUKMA lalu. Katanya, pada pencapaian SUKMA kali ini kerajaan negeri Terengganu bersetuju menaikkan kadar insentif sebanyak RM500 berbading kadar yang diberikan pada tahun 2018. "Di mana setiap atlet yang berjaya memperolehi pingat emas diberi RM3,500, perak RM2,500 dan gangsa sebanyak RM1,500. "Jadi ini merupakan satu penghargaan di atas pencapaian yang ditunjukkan kerana berjaya melebihi sasarkan yang ditetapkan oleh MSNT, untuk SUKMA tahun akan datang insya-Allah target kita adalah merampas semula kejuaraan keseluruhan," ujarnya lagi.
21 Oct 22
614
Penganjuran Sukan Permotoran Dibenarkan Kembali
Penganjuran Sukan Permotoran Dibenarkan Kembali
KUALA TERENGGANU, 10 Oktober - Kerajaan membenarkan semula penganjuran sukan permotoran dan kereta di Litar Gong Badak, tetapi hanya melibatkan perlumbaan drag sejauh 200 meter sahaja. Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata litar tersebut telah melalui ujian dan pemeriksaan yang terperinci dan didapati ia berada dalam keadaan baik serta tidak beralun sebagaimana didakwa. "Untuk makluman saya telah mendapat laporan daripada pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dalam laporan itu jelas mencatatkan bahawa kemalangan yang berlaku kepada pelumba drag, Apeh Jamal bukan disebabkan litar tetapi kerana masalah teknikal jentera. "Pihak MSNT juga telah memanggil saudara Wazi Abul Hamid (bekas pelumba motor) untuk memeriksa litar dan telah mendapati ia berada dalam keadaan baik, tidaklah sebagaimana yang dikatakan beralun, ertinya litar berada dalam keadaan yang baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu SUKMA XX, di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), semalam. Wan Sukairi turut menjelaskan, sebarang perlumbaan melebihi jarak 200 meter kekal tidak dibenarkan lagi. "Hanya setakat jarak itu sahaja yang dibenarkan," jelasnya.
21 Oct 22
801
Tiada Lagi Kelibat Syahida di SUKMA
Tiada Lagi Kelibat Syahida di SUKMA
KUALA TERENGGANU, 20 Oktober - Atlet kanu berbakat besar Terengganu, Shahida Asyiqin Rusli, 18, membuat keputusan untuk meninggalkan Sukan Malaysia (SUKMA) meskipun menerima pujukan ramai pihak supaya kekal dalam karier terbabit. Katanya, dia nekad berbuat demikian bagi memberi tumpuan dalam dunia pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. "SUKMA ke-20 baru-baru ini adalah yang terakhir dan memberikan kenangan manis kepada saya setelah berjaya memecah tiga rekod kebangsaan. "Saya tidak menyangka akan mencapai kemenangan itu kerana saya tidak meletakkan harapan yang tinggi walaupun dimaklumkan dengan kejayaan ini saya boleh pergi ke peringkat yang lebih tinggi di sukan SEA. "Namun, keputusan berhenti ini adalah muktamad, datang daripada diri sendiri, sebelum SUKMA lagi saya simpan nekad dan menyatakan ini merupakan penyertaan terakhir," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menerima insentif kemenangan di Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu, SUKMA XX, MSN 2022, di Dewan Konvesyen Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, hari ini. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Untuk rekod, Syahida merupakan penerima insentif terbanyak dengan jumlah keseluruhan diberikan oleh kerajaan negeri RM33,500.00 atas kejayaan memenangi empat pingat emas, tiga perak dan enam gangsa. Selain itu, dia turut menerima seutas jam tangan sukan berjemana Garmin, bernilai RM1,500. Sementara itu, mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri yang ingin menempatkannya di IPT Terengganu, Shahida Asyikin berkata dia sedang menunggu keputusan itu. "Kalau masih tidak dapat akhir tahun ini, harapnya akan dapat menyambung pelajaran awal tahun hadapan, pertemuan dan perjumpaan sudah diadakan, tiada kata putus lagi. "Saya memang berhasrat berlajar di IPT Terengganu sahaja,"katanya. Untuk rekod, sukan kanu merupakan penyumbang pingat terbanyak dengan memperolehi lima emas, lapan perak dan 17 gangsa yang menerima insentif tertinggi keseluruhan dengan jumlah RM286,000.00 . Terdahulu, Menteri Besar Terengganu mengumumkan insentif sebanyak RM1,504,500 atas pencapaian terbaik dan dinobatkan sebagai Naib Juara dengan membawa pulang pingat sebanyak 64 emas, 49 perak dan 55 gangsa. Walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan, namun Terengganu telah merekodkan kejayaan manis apabila mencatat rekod baru kutipan pingat serta menjadi juara keseluruhan bagi 10 acara sukan yang dipertandingkan selain berjaya memperolehi ibu segala pingat iaitu bola sepak.  
20 Oct 22
3596
Sukan Permotoran Dihentikan Sementara - Wan Sukairi
Sukan Permotoran Dihentikan Sementara - Wan Sukairi
SETIU, 17 Oktober- Kerajaan negeri mengarahkan penganjuran semua acara melibatkan aktiviti sukan permotoran dan kereta di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak dihentikan buat sementara waktu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata arahan yang berkuatkuasa dua hari lalu dilaksanakan susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang pelumba kereta drag Muhamad Hafez Jamal Jamaluddin ketika menyertai perlumbaan Battle Of The Kings (BOTK) 2022 kelmarin. Katanya, semua aktiviti di litar terbabit diarahkan dihentikan serta-merta kelmarin dan akan dibuka semula selepas semua hasil laporan dan aspek keselamatan di litar ditambah baik. “Mewakili kerajaan negeri, saya merakamkan salam takziah kepada keluarga arwah dan kita sangat kesal dengan apa yang berlaku dan ini merupakan insiden pertama kali libatkan kematian di litar ini. “Kita jangka akan terima laporan berkaitan insiden terbabit daripada penganjur hari ini (semalam). “Sebaik terima laporan, kita akan kaji dan lihat aspek keselamatan yang perlu diperbaiki serta ditambah baik dari segi kemudahan dan penganjur sendiri,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini, semalam. Pada majlis itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada enam pemenang dalam pelbagai kategori dan turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang diiringi oleh Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Wan Sukairi berkata, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak penganjur untuk mendengar sendiri tentang apa yang berlaku. Katanya, dari segi permit kebenaran dan sebagainya tidak ada masalah kerana penganjur telah mendapat kebenaran daripada pesuruhjaya sukan negeri. Dalam kejadian kelmarin, pelumba drag dikenali Apeh Jamal, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.  
17 Oct 22
792
Kumpulan Terengganu Inc Taja TSG RM2 Juta
Kumpulan Terengganu Inc Taja TSG RM2 Juta
Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) meningkatkan nilai tajaan kepada Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) sebanyak RM2 juta pada tahun 2023, berbanding RM1.5 juta pada tahun ini.
02 Oct 22
288
Isu Doping SUKMA : MSNT Panggil PBBABT
Isu Doping SUKMA : MSNT Panggil PBBABT
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan akan mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) memanggil Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT) bagi mendapatkan penyelesaian sewajarnya berhubung isu doping dua atlet angkat berat negeri itu.
02 Oct 22
284
'Insentif Berganda SUKMA, Motivasi Jerih Payah Atlet'
'Insentif Berganda SUKMA, Motivasi Jerih Payah Atlet'
Kerajaan Terengganu menawarkan imbuhan berganda buat para atlet yang memenangi pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 sekiranya Terengganu berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang dimenangi pada 2018 lalu.
18 Sep 22
175
Shitembi 'Assist' Kemenangan Terengganu FC
Shitembi 'Assist' Kemenangan Terengganu FC
Dua jaringan pada separuh masa pertama dan satu gol pada masa kedua melengkapkan kemenangan 3-0 Terengganu FC ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super Malaysia .
15 Sep 22
174
Mimpi Piala FA Tak Jadi Realiti
Mimpi Piala FA Tak Jadi Realiti
Impian Terengganu FC dan seluruh rakyat negeri itu untuk menoktahkan kemarau piala berkecai apabila Sang Penyu tewas 1-3 kepada Johor DT dalam perlawanan akhir Piala FA 2022.
13 Sep 22
73
'Belum Tiba Masanya Julang Piala'- Penyokong TFC
'Belum Tiba Masanya Julang Piala'- Penyokong TFC
KUALA TERENGGANU, 12 September - "Jangan sedih, belum tiba masanya untuk Terengganu Football Club (TFC) menjulang piala, mara sehingga ke perlawanan akhir Piala FA telah menunjukkan suatu kejayaan yang membanggakan," ujar penyokong TFC, Asrul Azani. Menurut Asrul, 48, untuk melangkah sejauh itu bukan mudah. Katanya, pasukan kesayangan ramai itu memliki kualiti tersendiri walaupun belum mampu menyaingi JDT. "Sebelum ini kita dah berjaya tewaskan Negeri Sembilan, di separuh akhir kita telah pun menewaskan Selangor, kita berhadapan dengan pasukan lebih berpengalaman. "Kekalahan ini kita terima dan kami sebagai penyokong akan terus memberikan sokongan padu dan mengharapkan agar prestasi akan terus dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa, kita akan buktikan untuk muncul sebagai tiga pasukan yang terbaik untuk layak ke piala AFC pada masa akan datang," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui ketika menyaksikan tayangan skrin berkenaan melalui skrin besar, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, kelmarin. Katanya, adalah menjadi hasrat dirinya untuk menyaksikan perlawan berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) namun gagal mendapatkan tiket menyebabkan dia sekeluarga memilih untuk menyaksikan perlawanan itu menerusi skrin besar. "Kalau kita tengok malam ini begitu ramai, kemeriahannya dapat dirasai, memang memberikan suatu suasana seperti berada di tempat perlawanan sebenar, kalah atau menang sudah menjadi adat perlawanan," ujarnya. Sementara itu seorang remaja, Zuhairi Zuhair. 15, berkata dia hadir ke program tayangan skrin besar itu bersama ayahnya. "Saya tidak dapat ke SNBJ, ahli keluarga yang lain pergi dan telah mengajak saya untuk ke sana namun tidak berpeluang kerana perlu menghadiri ke program yang diadakan di sekolah. "Saya bersemangat malam ini sepertimana penyokong yang lain untuk menyaksikan Terengganu dapat membawa pulang piala ini namun apakan daya, rezeki masih belum berpihak, semoga pasukan TFC akan terus membuat segala yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya yang datang dari Kampung Paloh. Dalam pada itu, Azman Jusoh, 44, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyiarkan perlawanan itu menerusi tayangan perdana itu. "Malah turut menyediakan hadiah cabutan bertuah, sebagai penyong TFC memang sedih kerana tidak dapat ke SNBJ namun dengan diadakan inisiatif ini saya beserta keluarga dan seluruh penyokong yang lain tetap merasai suasananya, walaupun kalah pada perlawaan ini kami akan tetap menjadi ekor sang penyu sampai bila-bila,"ujarnya.  
12 Sep 22
253