lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Tomislav Pengendali Baru Terengganu FC
Tomislav Pengendali Baru Terengganu FC
06 Dec 22
166
Hakim Danish, Qabil Terima Insentif Kerajaan
Hakim Danish, Qabil Terima Insentif Kerajaan
 Kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu (UBSNT), hari ini menyampaikan insentif kepada dua Ikon Permotoran Terengganu iaitu Muhamad Hakim Danish Ramli (15 tahun) dan Qabil Irfan Azlan (10 tahun) bagi membantu pelumba-pelumba cilik itu melangkah lebih jauh dalam bidang yang diceburi.
01 Dec 22
161
Pengurus Terengganu FC Mohon Maaf
Pengurus Terengganu FC Mohon Maaf
KUALA TERENGGANU, 22 November - Pengurus Terengganu FC, Mohd Fadhil Wahab memohon maaf kepada pasukan dan penyokong Selangor FC atas sikap segelintir penyokong yang mencetuskan insiden idak diingini pada malam tadi. Mewakili pihak pengurusan, Fadhil melahirkan perasaan kecewa dengan aksi membaling dan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC. Kata beliau, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan sewajarnya. "Seharusnya kejadian seumpana iti tidak wajar berlaku lagi dalam kancah bola sepak tempatan. Walau apapun. "Kejadian malam tadi merupakan tindakan yang hanya dilakukan oleh segelintir penyokong yang tidak meletakkan semangat kesukanan dalam hati masing-masing dan bukan di kalangan penyokong setia pasukan Terengganu," ujarnya menerusi suatu kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut katanya, rata-rata yang hadir mempamerkan semangat kesukanan tinggi dan dapat menerima kekalahan dalam aksi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia "Penyokong Terengganu sememangnya amat terkenal dengan disiplin yang baik ketika perlawanan di luar mahupun ditempat sendiri, namun kerana segelintir mereka ini menyebabkan semuanya terpalit," ujarnya lagi
22 Nov 22
1100
Nafuzi Terkilan
Nafuzi Terkilan
Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain meluahkan rasa terkilan terhadap profesionalisme pengurusan kelab gergasi Pantai Timur itu.
15 Nov 22
80
Terengganu FC Ratah Juara Bertahan
Terengganu FC Ratah Juara Bertahan
Terengganu FC melangkah selesa ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2022 setelah menundukkan Kuala Lumpur City FC 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala nerus.
15 Nov 22
95
Nafuzi Terkilan
Nafuzi Terkilan
KUALA NERUS,12 November - Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain meluahkan rasa terkilan terhadap profesionalisme pengurusan kelab gergasi Pantai Timur itu. Jelasnya, sekalipun pengurusan Terengganu FC berhak menyambung atau menamatkan kontraknya, ia perlu dilakukan secara profesional. "Saya hanya menerima surat tawaran bertarikh 27 Oktober, diserahkan pada saya dua hari kemudian (29 Oktober) melalui 'kitman' pasukan. "Mungkin sayalah jurulatih pertama di Malaysia yang menerima surat tawaran daripada 'kitman' sedangkan kita berada di kelab yang profesional. "Sepatutnya pengurusan perlu memanggil saya untuk berbincang mengenai tawaran kontrak dan hala tuju pasukan, tetapi saya menerima surat tanpa ada sebarang perbincangan atau makluman," katanya. Beliau turut menafikan isu gaji menjadi persoalan utama, sebaliknya lebih berkisar tentang rasa hormat dan penghargaan kelab terhadapnya sebagai jurulatih. "Saya rasa segalanya telah diberikan pasukan untuk musim ini di mana kita layak ke Piala AFC, naib johan Piala FA dan berada di kedudukan kedua Liga Super. "Mungkin kita hanya selangkah lagi untuk ke 'final' Piala Malaysia, tetapi saya betul-betul terkilan diperlakukan seperti itu," luahnya. Nafuzi bagaimanapun menegaskan, beliau tetap fokus dan isu berkenaan tidak menjejaskan pasukannya. "Saya sendiri berjanji dengan peminat untuk buat yang terbaik, dan insya-Allah jika ada rezeki kita akan sekali lagi ke 'final' tahun ini. "Saya akan menyerahkan surat tersebut kepada pihak pengurusan esok bagi jawapan saya," katanya.          
12 Nov 22
936
Tok Gajah Jadi 'Ayam'
Tok Gajah Jadi 'Ayam'
Pasukan Sri Pahang FC sekali lagi di'ayam'kan Terengganu FC apabila tewas 4-2 dalam aksi timbal balik Piala Malaysia.
07 Nov 22
270
Penganjuran Sukan Permotoran Dibenarkan Kembali
Penganjuran Sukan Permotoran Dibenarkan Kembali
Kerajaan Terengganu membenarkan semula penganjuran sukan permotoran dan kereta di Litar Gong Badak, tetapi hanya melibatkan perlumbaan drag sejauh 200 meter sahaja.
25 Oct 22
145
Tiada Lagi Kelibat Syahida di SUKMA
Tiada Lagi Kelibat Syahida di SUKMA
Atlet kanu berbakat besar Terengganu, Shahida Asyiqin Rusli, 18 tahun, membuat keputusan untuk meninggalkan Sukan Malaysia (SUKMA) meskipun menerima pujukan ramai pihak supaya kekal dalam karier terbabit.
25 Oct 22
164
Terengganu Tubuh SUKANT Jaga Kebajikan Atlet
Terengganu Tubuh SUKANT Jaga Kebajikan Atlet
KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Kerajaan negeri melancarkan Sekretariat Kebajikan Atlet Terengganu (SUKANT) bagi memastikan kebajikan mereka yang menceburi bidang sukan serta bekas atlet terjamin serta tidak dipinggirkan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia berperanan sebagai perantara untuk menyelaraskan segala urusan dan keperluan golongan terbabit yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT). "Fungsinya sama seperti Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli di kalangan atlet dan bekas atlet yang merupakan anak jati negeri Terengganu, termasuk sekiranya mereka ingin menyambung pelajaran maka akan digunakan jawatankuasa ini bagi merealisasikan hasrat mereka. "Jika sekiranya ada atlet yang berminat untuk berniaga maka kita akan uruskan untuk mereka mengikuti kursus dan mendapatkan modal yang diperlukan, juga termasuk dalam menjaga aspek kesihatan dan kesejahteraan mereka dengan memberikan kad sejahtera pada peringkat awal ini supaya digunakan untuk tujuan mendapatkan perubahan di klinik swasta yang menjadi panel kepada kerajaan. "Kita berikan inisiatif ini di atas menghargai segala jasa yang mereka lakukan sewaktu memberikan sumbangan dan mengharumkan nama negeri dengan melakarkan kejayaan yang sangat membanggakan,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu SUKMA XX, di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini baru-baru ini. Katanya, pada peringkat awal ini kerajaan sedang mengumpulan semua bekas atlet untuk disenaraikan sebagai ahli SUKANT. "Walaupun mereka telah mendapat bantuan selama ini daripada YAKEB, kerana mereka atlet Terengganu maka merkea ini juga akan dipastikan mendapat inisiatif ini untuk menampung keperluan juga sebagai sokongan tambahan. "Setakat ini tidak ada kadar yang spesifik, ia adalah mengikut keperluan dan dana yang diberikan oleh kerajaan sebagai permulaan untuk hari ini kita telah menerima RM100,000 yang diserahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dana ini akan ditambah lagi melalui pihak kerajaan dan swasta berdasarkan keperluan tertentu di masa akan datang," katanya.
23 Oct 22
346