Artikel "Sukan" Terkini
TFC Perkenal Jersi, Pemain 17 Februari
HULU TERENGGANU, 4 Februari - Majlis pelancaran jersi dan barisan pemain Terengganu Football Club (TFC) 2023 akan diadakan pada 17 Februari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah semalam.
"Program itu akan dibuat selama satu hari bermula dari pagi sehingga ke petang dengan pelbagai pengisian yang menarik.
"Pada kali ini akan diadakan di lokasi yang berlainan dari sebelum ini bagi memastikan rakyat Terengganu dapat hadir beramai-ramai, ia dilangsungkan di Dataran Jambatan Angkat Terengganu.
"Di majlis itu nanti akan diperkenalkan barisam pemain termasuk penaja dan juga jersi baru, jadi saya menyeru kepada semua rakyat untuk hadir beramai-ramai pada 17 Februasi nanti," ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) Belia Darul Iman 3.0, di Taman Rekreasi Kuala Berang, di sini.
Dalam pada itu, penyokong TFC, Muhammad Haizat Kama, 32, sudah tidak sabar untuk hadir ke majlis itu.
Dia yakin dan percaya program sepanjang hari itu akan diselitkan dengan program keagaaman sebagaimana yang diadakan sebelum ini.
"Sudah tentu rakyat Terengganu, terutamanya penyokong setia akan berhimpun pada program yang akan diadakan itu, saya akui sudah tidak sabar untuk hadir," katanya.
Â
04 Feb 23
360
Slogan Tiada Politik Dalam Sukan Perlu Diperluas
HULU TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan Terengganu berharap agar slogan 'tiada politik dalam sukan' diperluas serta diselaraskan kepada semua terutamanya membabitkan Kementerian Pendidikan supaya polisi itu terpakai di premis-premis kerajaan persekutuan termasuk sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia bagi mengelakkan insiden program yang dijadualkan dirasmikan olehnya telah dibatalkan hanya kerana terdapat perbezaan politik antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Namun katanya, beliau telah diberi penjelasan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa itu merupakan polisi lama yang ada dalam kementerian terbabit.
"Saya tidak menyalahkan Menteri Belia dan Sukan, mahupun kementerian berkenaan atas kegagalan program di sebuah di Padang Midin bagi merasmikan Akademi Hoki Terengganu, jadi saya telah memaklumkan perkara ini kepada menteri agar dapat berbincang dalam kabinet supaya hasrat 'tiada politik dalam sukan' dikongsi bersama kementerian-kementerian yang lain.
"Kita telah sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan dan juga sekolah ini merupakan pemegang taruh yang paling utama untuk mencungkil bakat-bakat baru, kalau kita tidak boleh masuk ke sekolah kerana birokrasi yang diamalkan itu akan timbul masalah untuk membangunkan sukan, bukan sahaja untuk kepentingan negeri, tetapi untuk manfaat negara.
"Sebagaimana dua hari lepas di acara penganugerahan sukan negara, menyaksikan Dato' Muhamad Azizulhasni Awang telah merangkul anugerah olahragawan jadi sebagaimana kita tahu banyak atlet berjasa dan berbakat dari Terengganu ini telah mengharumkan nama negara,"Â ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) Belia Darul Iman 3.0, di Taman Rekreasi Kuala Berang, di sini, hari ini.
Ujarnya lagi, ketika menghadiri mesyuarat pelarasan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Exco sukan di setiap negeri, Menteri KBS telah menegaskan komitmen kerajaan adalah untuk menguruskan sukan di negara ini secara profesional serta tidak melibatkan politik kepartian.
"Jadi kita harap komitmen untuk membangunkan sukan dalam negara dapat didukung bersama diantara Persekutuan dan Kerajaan negeri untuk berkoborasi demi kebaikan bersama untuk terus melahirkan atlet yang bertaraf dunia," ujarnya lagi.
03 Feb 23
452
Jang Bawa 'Aura' Korea Selatan Perkuat THT
Pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jonghyun kembali memperkuatkan Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023.
31 Jan 23
134
Kejohanan Kuda Lasak PDRM Tarik Lebih 145 Peserta
Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini meriah apabila menerima penyertaan seramai lebih 145 orang peserta.
30 Jan 23
221
Velodrom Azizulhasni Bakal Diuji
Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun yang telah siap dibina bakal diuji.
17 Jan 23
189
6,000 'Walk For Peace' Di Terengganu
Lebih 6,000 peserta berhimpun di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini, sempena Hari Keamanan Bangsa-bangsa Bersatu 2023.
17 Jan 23
192
TSG Terima Penajaan RM11 Juta Bagi Musim 2023
Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mencatat sejarah baru buat pasukannya apabila menerima penajaan bernilai lebih RM11 juta bagi musim 2023.
16 Jan 23
70
TFCPLAY, Penanda Aras Baharu Kelab Bola Sepak
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) muncul kelab bola sepak pertama di Malaysia memiliki platform penstriman perkhidmatan (service streaming) sendiri apabila melancarkan TFCPLAY.
16 Jan 23
392
Terengganu FC Tak Mahu Ganggu Tumpuan Faisal
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Abd Rasid Jusoh tidak mahu mengulas lanjut isu membabitkan pasukan Terengganu FC dan penyerang kebangsaan, Mohd Faisal Halim.
03 Jan 23
161
Sabasun Kembali Hiasi 'Dada' Terengganu FC
Selepas 10 tahun, pasar raya terkemuka Terengganu, Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd, kembali meletakkan nama mereka di 'dada' pasukan bola sepak Terengganu apabila menaja Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) bagi tahun 2023.
03 Jan 23
263