lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Siapa Ganti Woodland?
Siapa Ganti Woodland?
Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner tidak menolak kemungkinan menambah pemain import dalam pasukannya selepas tular kelab berkenaan melepaskan pemain kebangsaan Filipina, Luke Zantua Woodland dengan persetujuan bersama, baru-baru ini. 
26 Feb 23
99
Liridon, Habib 'Hilang' Aksi Sumbangsih
Liridon, Habib 'Hilang' Aksi Sumbangsih
 Tonggak tengah pasukan Terengganu FC, Habib Haroon bakal terlepas aksi Piala Sumbangsih 2023, pada 24 Februari ini apabila disahkan mengalami kecederaan hamstring oleh pengendali pasukan Tomislav Steinbruckner.
26 Feb 23
100
Pemuda Palestin Teruja Lihat Semangat Rakyat Terengganu
Pemuda Palestin Teruja Lihat Semangat Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Seorang Pemuda Palestin, Anas Kamal Abu Alatta menzahirkan perasaan teruja melihat kesungguhan rakyat Terengganu menyertai Program Kayuhan Basikal 'Family Fun Ride' sempena Minggu Al-quds 2023. Katanya, pendekatan kerajaan Terengganu itu bukan sahaja berupaya untuk mendidik rakyat agar sentiasa mencaknai konflik yang berlaku secara berterusan di negara tersebut tetapi juga memastikan masyarakat menjalani kehidupan sihat. "Hari ini saya sangat seronok melihat kesemua mereka yang bersemangat menyertai program ini, jika diberikan kesempatan pada tahun hadapan saya ingin turut bersama menyertainya," ujarnya. Dia yang juga merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) itu, berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada program berkenaan yang diadakan di Dataran Awam Batu Burok yang telah menerima penyertaan seramai 1,000 peserta. Dalam pada itu dia turut menyifatkan negeri Terengganu memiliki keindahannya yang tersendiri. "Saya sangat beruntung hadir ke sini, ini merupakan Kali kedua hadir ke sini, dimana Kali pertama adalah pada Oktober tahun lalu. "Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat menarik, banyak makanan lazat di sini diantaranya saya sangat mengemari 'nasi dagang', "ujarnya yang hadir bersama temannya yang juga merupakan warga Palestin.
26 Feb 23
1026
1000 Sertai Kayuhan Basikal Minggu Al-Quds
1000 Sertai Kayuhan Basikal Minggu Al-Quds
KUALA TERENGGANU, 25 Februari- Seramai 1,000 peserta telah menyertai Program Kayuhan Basikal 'Family Fun Ride' sempena Minggu Al-Quds 2023 bagi menunjukkan solidariti terhadap isu berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program itu merupakan salah satu pengisian dalam menyambut Minggu Al-Quds pada tahun ini. Ujarnya, kesungguhan kerajaan negeri dalam menganjurkannya untuk mengajak seluruh rakyat menzahirkan solidariti terhadap negara seluruh umat Islam itu, serta menanam perasaan untuk membebaskannya daripada cengkaman Zionis Yahudi. "Sebagaimana kita tahu Palestin merupakan negara yang dimiliki oleh umat Islam, walaupun kita tidak berada di sana, apa-apa yang berlaku kita mesti bertanggungjawab. "Jadi, ini merupakan inisiatif untuk kita menyampaikan mesej daripada rakyat Terengganu dan seluruh negara untuk sentiasa mempertahankannya daripada sebarang anasir yang ingin menghancur dan memusnahkan bumi umat Islam," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan perasmiaan program berkenaan, di Dataran Awam Batu Burok, di sini, hari ini. Kesemua peserta telah menyempurnakan kayuhan membabitkan jarak 18 kilometer bermula di Dataran Batu Burok dan melalui Jambatan Angkat ke Masjid Baru Seberang Takir serta kembali semula ke Dataran Batu Burok. Pada acara yang diadakan itu pelbagai hadiah cabutan bertuah telah disediakan bagi memeriahkan acara yang menerima penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat serta turut disertai kaum cina.  
25 Feb 23
627
Sukan Elektronik Terus Diberi Perhatian
Sukan Elektronik Terus Diberi Perhatian
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Pihak Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sejahtera Terengganu sentiasa komited menyediakan ruang dan platform kepada anak muda negeri ini dalam membangunkan Sukan Elektronik (E-Sport). Pengarahnya, Mohd Nasir Abdul Razab berkata minat anak muda terhadap E-Sport diberikan perhatian khusus dalam merancakkan pembangunannya serta berusaha bagi memperkasakannya. "Kecenderungan belia di negeri ini terhadap E-Sport ini perlu diberikan perhatian yang serius tidak boleh dipandang biasa-biasa. "Kita meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak muda kita ini kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa di Sukan Malaysia (SUKMA) malah kita juga mempunyai wakil di peringkat Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA). "Kerana itu kita memberikan sokongan sepenuhnya dan meneruskan penganjuran Karnival E-Sport Belia Terengganu yang dikelolakan oleh UBSNT melalui kerjasama pelbagai pihak untuk kita terus memperkasakannya serta mencungkil bakat-bakat baru," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI, ketika hadir pada program berkenaan, di Terengganu Trade Centre, di sini hari ini. Mengulas lanjut katanya, pada tahun ini merupakan Kali ketiga Karnival itu dianjurkan dengan mendapat penyertaan yang sangat mengalakkan daripada 400 peserta dari semua daerah menyertainya. "Karnival ini akan diadakan selama dua hari, hari ini pembukaanya telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. "Dalam meraikan minat anak muda ini juga kita telah bekerjasama dengan Persatuan E-Sport Terengganu, di mana selepas ini akan ada penganjuran yang lebih besar lagi akan diadakan oleh persatuan tersebut. "Di peringkat Kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan sokongan penuh dalam setiap perkara yang mendatangkan kebaikan untuk pembangunan belia di negeri ini," ujarnya.  
24 Feb 23
280
TLHT-MSNT Gagal Jelma Kebangkitan
TLHT-MSNT Gagal Jelma Kebangkitan
Jaringan Fazila Sylvester Silin menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-46 gagal menyuntik semangat Pasukan Hoki  Wanita Terengganu (TLHT-MSNT) untuk bangkit mengutip mata apabila tewas 1-2  kepada Young Tigress dalam aksi Liga Hoki Wanita Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, semalam.
21 Feb 23
195
Jaringan Akhir Maybank Nafi Cengkaman THT
Jaringan Akhir Maybank Nafi Cengkaman THT
Pasukan hoki Terengganu (THT) gagal merampas kedudukan teratas Liga Hoki Malaysia (MHL) apabila sekadar seri 2-2 dengan pendahulu, Maybank pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, di sini hari ini.
21 Feb 23
187
TLHT-MSNT Gagal Jelma Kebangkitan
TLHT-MSNT Gagal Jelma Kebangkitan
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Jaringan Fazila Sylvester Silin menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-46 gagal menyuntik semangat Pasukan Hoki  Wanita Terengganu (TLHT-MSNT) untuk bangkit mengutip mata apabila tewas 1-2  kepada Young Tigress dalam aksi Liga Hoki Wanita Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, semalam. Bermain di laman sendiri, gandingan pemain muda dan berpengalaman TLHT-MSNT mempamerkan aksi kurang meyakinkan menentang skuad projek remaja kebangsaan itu. Pelawat turut mengejutkan tuan rumah dengan mendahului menerusi pukulan ‘reverse’ Siti Nur Irdina Mohd. Nor pada minit ketujuh. Ypung Tigress semakin garang selepas pemain kebangsaan, Khairunnisa Ayuni Mohd. Sharuddin meledak gol kedua pelawat hasil percaturan bijak dalam pukulan sudut penalti. Memasuki babak kedua, TLHT-MSNT berjaya mengurangkan tekanan untuk bangkit dengan gol pukulan sudut penalti Fazila untuk merapatkan kedudukan kepada 1-2. Bagaimanapun, kebangkitan yang cuba dijelmakan tuan rumah dibayangi kecemerlangan penjaga gol pelawat, Fitrinur Amiera Ramlee. Kekalahan 2-1 itu meleburkan hasrat anak-anak buah Mohd Shahrun Nabil Abdullah untuk mengekalkan kedudukan teratas Liga Hoki Wanita Malaysia.      
16 Feb 23
348
Sukan Motocross Bakal Gegarkan Terengganu
Sukan Motocross Bakal Gegarkan Terengganu
Sukan motosikal lasak bakal menggegarkan kalendar sukan Terengganu apabila satu kejohanan bersiri bakal dianjurkan kerajaan negeri.
06 Feb 23
209
TFC Perkenal Jersi, Pemain 17 Februari
TFC Perkenal Jersi, Pemain 17 Februari
Majlis pelancaran jersi dan barisan pemain Terengganu Football Club (TFC) 2023 akan diadakan pada 17 Februari ini.
05 Feb 23
153