Artikel "Sukan" Terkini
                        
                                                    
                            Misi Pertama Terengganu FC Cemerlang
                        
                        
                            Terengganu FC memulakan misi Liga Super 2024/2025 dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). 
                        
                        
                                13 May 24
            
                    
                                188
            
            
                        
                                                    
                            SUKMA Terengganu Sasar Raih 75 Emas
                        
                        
                             
Kontinjen SUKMA Terengganu 2024 menyasarkan untuk memungut 75 pingat emas sekali gus merebut kembali kejuaraan SUKMA edisi ke-21, kali ini.
                        
                        
                                09 May 24
            
                    
                                172
            
            
                        
                                                    
                            TFC Terima Penajaan Rimba Razia RM500,000
                        
                        
                            Pasukan Bola Sepak, Terengganu FC (TFC) menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM500,000 daripada Rimba Razia Petting Zoo.
                        
                        
                                18 Feb 24
            
                    
                                165
            
            
                        
                                                    
                            Terengganu FT Pertaruh Kudrat 'Anak Malaysia' Hadapi MPFL 2024
                        
                        
                            Terengganu Futsal Team (Terengganu FT) tampil sebagai satu-satunya pasukan tanpa pemain import dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 yang bermula 17 Februari 2024.
                        
                        
                                18 Feb 24
            
                    
                                157
            
            
                        
                                            
                            TFC Terima Penajaan Rimba Razia RM500,000
                        
                        
                            HULU TERENGGANU, 15 Februari- Pasukan Bola Sepak, Terengganu FC (TFC) menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM500,000 daripada Rimba Razia Petting Zoo, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, jumlah penajaan itu adalah bagi tempoh semusim. 
"Selain wang tunai bernilai RM250,000, tajaan yang diterima daripada pihak Rimba Razia membabitkan tiga kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan pasukan TFC.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas penajaan ini, " ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani penajaan TFC sesi 2024/2025 di Rimba Razia Petting Zoo di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim.
Mengulas lanjut katanya, setakat ini pasukan TFC telah berjaya mengumpul kira-kira RM7 juta penajaan dalam bentuk tunai, barangan dan perkhidmatan daripada 23 syarikat.
Sementara itu, Pengerusi Rimba Razia Petting Zoo, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata, sebagai peminat tegar bola sepak, tajaan tersebut merupakan salah satu sumbangan syarikatnya kepada pembangunan sukan bola sepak negeri selain diharap dapat membantu mempromosikan zoo miliknya itu. 
"Kami mengharapkan agar sumbangan kecil daripada syarikat kami ini akan meransang lagi pasukan TFC dan pemain-pemainnya untuk berjuang dalam pertandingan musim hadapan ini dengan lebih cemerlang.
"Sekiranya prestasi syarikat dan TFC bertambah baik, insyaAllah kita akan tambah lagi penajaan pada musim-musim akan datang," katanya.
                        
                        
                                15 Feb 24
            
                    
                                343
            
            
                        
                                                    
                            TSG Tampil Tiga Muka Baharu Hadapi Musim 2024
                        
                        
                            Pasukan Benua Terbaik Dunia, Terengganu Cycling Team (TSG) menampilkan tiga pelumba baharu bagi saingan musim 2024 dalam usaha meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.
                        
                        
                                23 Jan 24
            
                    
                                103
            
            
                        
                                                    
                            Terengganu FC Catat Kemenangan Terakhir Liga Super
                        
                        
                            Pasukan Terengganu FC menutup tirai Liga Super Malaysia 2023 dengan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Perak FC di halaman sendiri.
                        
                        
                                21 Dec 23
            
                    
                                181
            
            
                        
                                                    
                            IGMR 2023: Lebih 1,000 Pelumba 'Langgar' Kemaman
                        
                        
                             International Golden Monsoon Ride (IGMR) 2023 berjaya menghimpun lebih seribu penunggang basikal dalam program yang berlangsung di Kijal.
                        
                        
                                19 Dec 23
            
                    
                                85
            
            
                        
                                                    
                            TFC Dijangka Kurangkan Pemain Import
                        
                        
                            Pasukan Terengganu FC (TFC) mahu mengurangkan pengambilan pemain import dalam mengharungi kancah bola sepak musim hadapan.
                        
                        
                                19 Dec 23
            
                    
                                72
            
            
                        
                                                    
                            Terengganu FC Kekal Tanpa Kalah Di Asia
                        
                        
                            Terengganu FC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC apabila menang 2-0 ke atas Bali United FC pada aksi terakhir peringkat Kumpulan G.
                        
                        
                                19 Dec 23
            
                    
                                127