Artikel "Sukan" Terkini
Azizulhasni Jadikan Al-Quran Pendamping
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Jaguh berbasikal trek negara, Dato' Azizulhasni Awang yang juga merupakan anak kelahiran Dungun Terengganu menjadikan al-Quran sebagai pendampingnya termasuk ketika beraksi dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.
"Perkara yang paling wajib sekali saya bawa setiap kali saya 'travel' adalah al-Quran kerana sebagai orang Islam adalah penting untuk kita membacanya sekurang-kurangnya dua muka setiap hari.
"Ini adalah buku yang paling berkuasa dan penting untuk kita semua baca," ujarnya menerusi satu perkongsian video di facebooknya, baru-baru ini.
Pelumba berusia 36 tahun itu juga berkata, beliau turut menjadikan amalan membaca sebagai satu tabiat untuknya dan turut berkongsi di dalam video yang dimuatkan di laman sosialnya, antara buku lain yang dibaca ialah 'Seni Berfikir Yang Hilang' tulisan Ustaz Hasrizal Abu Jamil.
"Saya memang suka membaca buku tetapi kalau di rumah sukar sedikit nak membaca sebab anak-anak ramai dan perlu beri perhatian kepada mereka.
"Buku 'Seni Berfikir Yang Hilang' ini memang saya bawa kemana-mana sahaja saya pergi kerana maklumat dan perkongsiannya sangat 'brilliant' kadang-kadang saya baca balik untuk ingatkan saya semua mengenai kandungannya.
"Kedua, saya bawa buku kawan baik saya Sonny Bill Williams (lagenda ragbi New Zealand), saya rancang nak habiskan baca buku ini semasa kejohanan olimpik," ujarnya.
29 Jul 24
221
Kerajaan Bina Lebih Banyak Fasiliti di Kompleks Sukan Gong Badak
KUALA NERUS, 28 Julai - Beberapa fasiliti di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak kini sedang dalam proses pembinaan dalam usaha kerajaan negeri memastikan pelbagai aktiviti dan kegiatan sihat dapat dilakukan oleh seluruh rakyat di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, antara fasiliti yang sedang dibangunkan adalah tempat latihan angkat berat, memanah serta padang sintetik beserta lampu limpah
Katanya, tujuan menghidupkan Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu supaya lebih ramai rakyat negeri ini boleh berkunjung dan melakukan aktiviti riadah dan bersukan.
"KIta telah menjalinkan hubungan kerja sama dengan pihak kementerian (Kementerian Belia dan Sukan) dan sebahagian (peruntukan) itu adalah daripada pihak kementerian supaya kompleks sukan kita ini tidak statik dengan apa yang telah sedia ada.
"Jadi kita juga berharap apabila ada fasiliti-fasiliti baru ini ia mampu untuk membangunkan bakat atlet kita dengan lebih agresif pada hari mendatang.
"Namun ada juga tempat latihan yang kita tidak boleh buat di kompleks ini seperti pusat latihan layar jadi kita buat tepi pantai yang 'progress' pembinaanya saya rasa dah hampir siap, insya-Allah dari semasa ke semasa kita akan 'update' perkembangan pusat pembangunan yang saya maksudkan." ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Program Fit Is Sunnah 2024 Peringkat Negeri Terengganu, di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Urus Setia Belia, Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT), Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Harun Esa.
Dalam pada itu, Hishamuddin berkata 'Fit Is Sunnah' itu merupakan agenda yang terkandung di dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PINTAS) di samping mengajak rakyat ke arah mengamalkan gaya hidup sihat ia juga bertujuan memperkasakan Komplek Sukan itu untuk menjadi pusat sukan di peringkat negeri.
Sementara itu, Muhammad Irsyad berkata program seperti 'Fit Is Sunnah' itu merupakan mercu tanda agenda PINTAS.
"UBSNT sedang merangka banyak program dan aktiviti kecergasan yang akan kita laksanakan dalam rancangan merakyatkan sukan kepada seluruh masyarakat negeri Terengganu dengan konsep patuh syariah," ujarnya.
Â
28 Jul 24
756
'Kita Harap Azizulhasni Mampu Hadiahkan Emas Sulung'- Hishamuddin
KUALA NERUS, 28 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berharap agar jaguh berbasikal trek negara, Dato'Â Azizulhasni Awang berupaya menghadiahkan emas sulung buat negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Katanya, kejayaan atlet yang berasal dari Dungun Terengganu itu sudah tentu akan bermakna bagi mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa itu.
Kata beliau, selain Datuk Azizulhasni Awang seorang lagi pemain yang turut diharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat buat negara ialah Nur Aisyah Muhammad Zubir yang merupakan atlet berasal dari Kemaman.
"Atlet (Terengganu) kita ke Sukan Olimpik ada dua orang ini yang semuanya merupakan atlet berbasikal dan kita harapkan kedua-duanya mampu untuk menyumbang pingat kepada Malaysia.
"Dato'Â Azizulhasni Awang kita harapkan beliau mampu memberikan emas sulung bagi pasukan negara kita, insya-Allah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Program 'Fit Is Sunnah 2024' di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam.
Untuk rekod, Dato' Azizulhasni akan membuat penampilan kelimanya di Olimpik Paris. dengan sebelum ini dia telah berjaya memenangi pingat gangsa di Olimpik London 2012 sebelum meraih perak di Olimpik Tokyo 2020.
Manakala, Nur Aisyah dalam usia 27 tahun melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba pertama negara yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara berbasikal lebuh raya wanita yang akan turun beraksi secara berseorangan mewakili Malaysia.
Â
28 Jul 24
287
Motivasi Atlet Sukma Terengganu di Tahap Terbaik
KUALA NERUS, 28 Julai - Motivasi atlet Terengganu yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) berada pada tahap terbaik menjelang temasya sukan itu yang akan diadakan di Sarawak pada bulan hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia. Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, berdasarkan laporan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) semua atlet sangat bersedia.
"Sebahagian besar telah pun melalui latihan termasuk berkunjung ke luar negara, ada yang telah melalui beberapa perlawanan dan persaingan dengan pelbagai pihak di mana sebahagian besar atlet telah mula berada di Kuching.
"Saya difahamkan ketika hari perlawanan (bola sepak) Terengganu FC menentang Selangor (Separuh Akhir Piala FA) atlet sukan layar telah pun bertolak ke sana.
"Jadi saya jangkakan dari semasa ke semasa akan bermulalah atlet-atlet kita akan berada di Sarawak mengikut jadual perlawanan masing-masing," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan program 'Fit Is Sunnah' 2024 Peringkat Negeri Terengganu, di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini semalam.
Mengulas lebih lanjut, Hishamuddin berharap agar tuah akan berpihak kepada atlet Terengganu bagi mencapai sasaran untuk muncul sebagai juara keseluruhan pada temasya sukan berprestij dalam negara itu.
"Kita harap kita akan jadi juara keseluruhan dengan semua atlet akan berusaha bagi mencapai pingat emas," ujarnya.
28 Jul 24
302
Terengganu Sebelah Kaki ke Separuh Akhir Piala FA
Terengganu sebelah kaki ke separuh akhir Piala FA selepas mengaibkan Sabah dengan jaringan 4-0 pada saingan suku akhir 1 Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
30 Jun 24
161
Terengganu Lebur 'Mimpi' Perak
20 Jun 24
81
20 Pasukan Berentap Rebut Piala Purnama Manir
HULU TERENGGANU, 9 Jun - Sebanyak 20 pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir 2024 yang diadakan dua hari lalu berakhir petang semalam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Mohd Harun Esa berkata dia berharap pertandingan itu dapat mengeratkan hubungan antara sesama pemuda.
"Silaturahim dalam kalangan peserta bukan sahaja terjalin ketika perlawanan, bahkan diharapkan lebih erat di luar selepas perlawanan itu," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama DUN Manir anjuran Pemuda PAS DUN Manir di padang bola Kampung Pulau Bahagia semalam.
Kehadiran Mohd Harun juga sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) menggantikan ADUN Manir, Hilmi Dato' Harun yang berada di Mekah menunaikan ibadah haji.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan Tualang FC muncul juara setelah menewaskan pasukan DPCH FC dengan keputusan 3-2 melalui penentuan penalti, sekaligus menutup tirai Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama kali ini.
09 Jun 24
643
Terengganu FC Lepas Geram, Tumbangkan Kelantan
Terengganu FC (TFC) tidak berdepan masalah membenam pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan Liga Super Malaysia.
26 May 24
255
Shopee Cup Platform Terbaik TFC Mantapkan Pasukan
Shopee Asean Championship Cup (ACC) merupakan platform terbaik bagi memantapkan Terengganu FC( TFC) untuk tampil lebih cemerlang bagi mengharungi kancah musim ini. #TVDarulIman
20 May 24
130
"Harap Tragedi Keganasan Terhadap Faisal, Akhyar Adalah Yang Terakhir"
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim mengharapkan agar tragedi keganasan yang berlaku terhadap dua pemain bola sepak Faisal Halim dan Akhyar Rashid adalah kali terakhir dan tidak berulang lagi.
Katanya, detik itu merupakan sejarah hitam dalam bola sepak negara kerana tidak pernah berlaku lagi keganasan sedemikian sehingga menyebabkan kecederaan parah dialami dua pemain tersebut yang boleh menjejaskan karier bintang bola sepak terbabit.
"Saya harap kes ini yang terakhirlah (sebelum ini) tidak pernah berlaku serangan fizikal yang agak ganas seperti ini dalam dunia bola sepak.
"Terutama bagi kes yang membabitkan Faisal Halim, kita harap itu peristiwa terakhir dan selepas ini akan balik dalam suasana positif, para pemain merasa tenang dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi.
"Antara pasukan bola sepak akan harmoni bertembung diantara satu sama lain di dalam padang tidak terbawa-bawa sehingga ke luar padang (selepas tamat perlawanan)," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Hi-Tea Penaja Terengganu Football Club Sdn Bhd Sempena Pelancaran Kit Rasmi Musim 2024/2025, di Cindai Ballroom, Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC, Mohd Sabri Abas dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Marzuki Sulong.
Mengenai perkembangan siasatan yang menimpa pemain Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid, Hishamuddin berkata pihaknya dimaklumkan kes itu telah diserahkan kepada polis Bukit Aman.
"Ekoran kes yang timbul, pusat latihan ketika ini terpaksa ditutup dan pemain TFC kini berlatih secara tertutup kerana Akhyar dipercayai diekori oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum kejadian samun.
"Selain itu polis juga mengenal pasti semua alamat rumah pemain, kita juga diminta agar melaporkan pergerakan pemain kepada PDRM,"katanya.
Tambah beliau, tindakan menutup pusat latihan pemain kepada peminat TFC hanyalah bersifat sementara sehingga keadaan kembali reda.
"Sebagai langkah keselematan, kita juga memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat latihan tersebut," katanya.
Â
16 May 24
418