lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

TFC Dijangka Kurangkan Pemain Import
TFC Dijangka Kurangkan Pemain Import
KUALA NERUS, 14 Disember - Pasukan Terengganu FC (TFC) mahu mengurangkan pengambilan pemain import dalam mengharungi kancah bola sepak musim hadapan. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, perkara itu diputuskan sebagai langkah penjimatan. "Tahun ini sembilan, tahun hadapan kita jangka lima (pemain import) sahaja bergantung kepada pandangan jurulatih dan bajet. "(Mengenai) berapa ramai (pemain) yang akan dikekalkan (nanti). kita tidak boleh memberikan maklum balas lagi untuk masa ini. Insya-Allah kita akan maklum dari semasa ke semasa mengenai pelepasan dan kemasukan pemain," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Exclusive Meet and Greet With World Championship FIM Mini GP 2023, di Litar Permotorang Gong Badak, di sini, semalam. Dalam pada itu, Hishamuddin berkata tiada rombakan besar akan dilakukan TFC kerana telah memiliki asas yang kukuh. "Hanya perlu masukkan beberapa pemain import, insya-Allah progresnya sedang berjalan," ujarnya. Mengenai jurulatih pula katanya, keputusan telah dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah TFC pada 14 November yang lalu bagi mengekalkan Tomislav Steinbruckner sebagai pengendali skuad penyu. Manakala desas desus mengenai kemasukan Safawi Rashid ke pasukan Terengganu pula, Hishamuddin berkata perkara itu akan terjawab apabila kenyataan rasmi dikeluarkan nanti.      
14 Dec 23
996
Terengganu Salur Insentif Khas RM15,000 Kepada Juara Dunia
Terengganu Salur Insentif Khas RM15,000 Kepada Juara Dunia
KUALA NERUS, 13 Disember - Kerajaan negeri menyerahkan insentif khas wang tunai RM15,000 kepada Qabil Irfan Azlan yang muncul juara dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol baru-baru ini. Dalam usia 11 tahun, Qabil telah mengecapi kejayaan yang cukup membanggakan apabila melakar kemenangan hatrik pada ketiga-tiga siri perlumbaan yang berlangsung di Litar Kart Ricardo Tarmo baru-baru ini sekali gus menobatkannya sebagai juara keseluruhan perlumbaan 160cc. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, insentif itu adalah galakan kepada pelumba cilik berkenaan supaya terus bersemangat untuk mencapai kejayaan. "Saya berharap kerja keras dan usaha yang dipamerkan oleh adik Qabil dan pelumba cilik lain menjadi insiprasi kepada anak-anak remaja dan rakyat Terengganu untuk terus mengejar impian dan cita-cita masing-masing. "Saya juga merasakan anak remaja dan rakyat Terengganu perlu mempunyai minda kelas dunia dalam setiap perkara yang dilakukan. "Apa yang kita lakukan jangan diletakkan had sekadar dalam kampung kita sahaja, atau sekadar dalam negeri sahaja, sasarlah ia hingga ke peringkat antrabangsa. Sebuah kejayaan besar bermula daripada sekilas angan-angan dan cita-cita," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Exclusive Meet And Greet With World Champions FIM Mini GP 2023 (Inisiatif Qabil Irfan), di Litar Permotoran, Gong Badak, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, meraikan kejayaan Qabil Irfan serta Muhammad Airel Ahmad Marzuki amatlah bermakna dan disambut dengan penuh kesyukuran kerana terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan FIM MiniGP World Series. Dalam masa yang sama katanya, kerajaan negeri akan sentiasa menyediakan inisiatif khas bagi membantu pelumba-pelumba cilik yang lain untuk turut mengembangkan bakat sehingga ke peringkat antarabangsa. "Untuk rekod kerajaan negeri membantu membiayai yuran penyertaan mereka di peringkat kebangsaan (RM4 ribu hingga RM5 ribu), kemudian apabila terpilih ke peringkat antarabangsa mereka juga akan dibantu sama ada melalui kerajaan negeri secara terus atau anak syarikat milik kerajaan negeri. "Kerajaan negeri pada tahun lalu juga telah menyediakan sebuah motosikal dengan harga mencecah RM40 ribu kepada Qabil Irfan sebagai usaha dan persediaan beliau untuk melakukan latihan serta perlumbaan," katanya. Pada tahun ini pula katanya, kerajaan negeri melalui Terengganu Incorporated Sdn.Bhd. juga telah bersetuju untuk menaja Hakim Danish Ramli yang telah mengharumkan nama Malaysia dan Terengganu khususnya setelah menjadi pelumba Malaysia pertama yang berjaya menjuarai Asia Talent Cup 2022. "Insya-Allah kerajaan negeri akan terus memberi perhatian dan bantuan kepada pelumba negeri ini untuk terus bersinar di peringkat antrabangsa," katanya.    
13 Dec 23
839
Terengganu FC Berdepan Tugas Getir
Terengganu FC Berdepan Tugas Getir
Terengganu FC berdepan tugas sukar dalam usaha melayakkan diri ke peringkat kalah mati menjelang aksi terakhir Kumpulan G pada saingan Piala AFC.
13 Dec 23
104
TFC Kalah Bermaruah
TFC Kalah Bermaruah
Terengganu Football Club (TFC) mempamerkan aksi cemerlang sebelum tewas ke atas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023.
10 Dec 23
116
Karnival Silat Gegarkan Gong Badak
Karnival Silat Gegarkan Gong Badak
 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Yayasan Al Amin dengan kerjasama Kerajaan Terengganu akan menganjurkan Karnival Silat Kebangsaan (KSK) Kali Pertama 2023 di Stadium Tertutup Komplek Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak selama empat hari bermula 14 hingga 17 Disember ini.
10 Dec 23
388
Terengganu Sertai 36 Acara di SUKMAXXI Sarawak
Terengganu Sertai 36 Acara di SUKMAXXI Sarawak
Terengganu dijangka menyertai 36 daripada 37 acara Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak tahun depan bagi merampas kejuaraan sukan berprestij itu dari negeri Johor.
07 Dec 23
92
'Pemain Perlu Fokus Mental dan Fizikal'
'Pemain Perlu Fokus Mental dan Fizikal'
Pemain-pemain pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC) harus menyediakan fizikal dan mental yang ampuh dalam usaha menyaingi pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 nanti.
07 Dec 23
58
Kejutan Menanti Qabil Irfan
Kejutan Menanti Qabil Irfan
Kerajaan negeri bakal memberikan insentif khas buat Qabil Irfan Azlan, 11 yang dinobatkan sebagai juara dunia FIM MiniGP World Series 160cc 2023, baru-baru ini.
05 Dec 23
129
Atlet Terengganu Ikuti Pengajian Agama
Atlet Terengganu Ikuti Pengajian Agama
Bagi memastikan atlet Terengganu berkualiti tinggi serta tidak hanya cemerlang dalam lapangan sukan kerajaan negeri turut menekankan pendidikan agama.
03 Dec 23
75
Atlet Terengganu Ikuti Pengajian Agama
Atlet Terengganu Ikuti Pengajian Agama
KUALA TERENGGANU, 30 November - Bagi memastikan atlet Terengganu berkualiti tinggi serta tidak hanya cemerlang dalam lapangan sukan kerajaan negeri turut menekankan pendidikan agama. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas melalui unit bimbingan di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang bertanggungjawab memastikan perkara itu terlaksana. "Antara program yang dilaksanakan oleh MSNT ialah Kelas Fardu Ain secara berkala bagi atlet yang menginap di asranama, Solat Zohor dan Asar secara berjemaah setiap hari bekerja di dalam dewan arena MSNT dan program motivasi kerohanian secara berasingan untuk setiap sukan. "(Selain itu) kelas pengajian al-Quran setiap Isnin dan Rabu, Solat Duha dan Solat Hajat setiap Khamis, pengajian berkitab setiap pagi Khamis. "Melaksanakan qiamulali setiap kali kem diadakan, amalan doa dan zikir harian, program 'Ihya Ramadan', Solat Tasbih dan seumpamanya, inilah di antara beberapa program yang dikelolakan untuk membentuk atlet yang berkualiti," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, kesungguhan melahirkan para atlet adalah mengikut bimbingan Rasulullah SAW. "Semangat kesukanan ini sudah tentu kita mengambil bimbingan daripada Nabi Muhammad SAW yang telah memberi ajaran ajarkan anak melalui aktiviti memanah, menunggang kuda ini dari sudut fizikal. "Dari sudut kerohanian Nabi SAW ada menyebut bukan dikatakan seseorang itu hebat kerana pandai bergusti tetapi dikatakan kuat apabila dia mampu mengawal dirinya ketika marah. "Ini yang diterapkan dalam memastikan kecemerlangan sukan di negeri Terengganu, dengan menekankan semua aspek latihan (mencakupi) fizikal, kekuatan mental dan juga pemantapan rohani," katanya.  
30 Nov 23
605