Artikel "Sukan" Terkini
Tahajud Sumber Kekuatan Ekbal Rangkul Emas
Tanpa berselindung, pemenang pingat emas pertama Terengganu bagi acara Wushu Sanda (70kg) mendedahkan solat tahajud adalah sumber kekuatan dirinya meraih kejayaan.
16 Aug 24
182
Impian Emas 17 Tahun Terlerai
Sejarah tercipta buat kontinjen Terengganu apabila skuad tenpin boling meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki menerusi Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, semalam.
15 Aug 24
130
Pasukan Berbasikal Hadiahkan Lagi 2 Emas Terengganu
Pasukan berbasikal menghadiahkan 2 lagi pingat emas kepada kotinjen Terengganu di Sukan Malaysia SUKMA 21.
15 Aug 24
83
Skuad Menembak Terengganu Azam Bidik Emas di SUKMA
Skuad menembak Terengganu menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bermula 17 hingga 24 Ogos depan.
14 Aug 24
155
Litar Permotoran Terengganu 'Laju', 'Makan' Tayar
Litar Permotoran Terengganu memiliki keunikan tersendiri yang menarik kehadiran pasukan dan pelumba beraksi di sini.
11 Aug 24
224
Jemput Datang Lagi Petronas MAM Cub Prix!
Kejuaraan Petronas MAM Cub Prix Malaysia pusingan keenam di Terengganu menyaksikan sambutan hangat peminat sukan permotoran tempatan.
11 Aug 24
63
SUKMA : Atlet Judo Optimis Capai Target Enam Emas
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Atlet sukan judo yang akan mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) kini telah berada tahap terbaik dan optimis dapat mencapai sasaran enam emas.
Ketua Jurulatihnya, Marjan Abdullah berkata, 22 atlet yang dipertaruhkan bagi mencapai pingat emas itu merupakan muka baru dan hanya seorang yang pernah mewakili SUKMA dalam edisi sebelum ini.
Ujarnya, peserta paling muda berusia 15 tahun dan tertua berusia 22 tahun melibatkan atlet lelaki dan wanita yang akan beraksi menerusi lapan kategori pertandingan.
"Persediaan atlet kita sekarang ini 95 peratus, semuanya telah bersedia untuk ke Sarawak dan bebas daripada kecederaan.
"Insya-Allah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai misi sekurang-kurangnya merangkul enam pingat emas, sebelum ini kita dapat lima pingat emas.
"Kali ini kita akan cuba leburkan emas baru melalui muka-muka baru yang kita tampilkan dan kesemua mereka telah melalui latihan mencukupi," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). semasa menghadiri Majlis Inspirasi SUKMA 2024: Bapa Angkat dan Persatuan Judo Negeri Terengganu, di Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, di sini, semalam.
Dalam pada itu katanya, pihaknya juga turut mengawal pemakanan bagi memastikan kesemua atlet cergas dan mampu memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung.
"Kita mengharapkan agar emas mampu dicapai sebanyak-banyaknya melalui acara ini dan melepasi target yang kita sasarkan dengan semua atlet kini berada pada tahap mental yang terbaik bagi menghadapi SUKMA pada kali ini," ujarnya.
30 Jul 24
157
Inisiatif Kawasan Khas Penonton Wanita Pacu Momentum Baru
KUALA NERUS, 30 Julai - Hari ini, Terengganu FC akan mula melaksanakan kawasan khas buat penonton wanita dan keluarga bagi setiap perlawanan Terengganu FC.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihak Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan Terengganu FC telah memperhalusi perkara ini dan bersetuju untuk memberikan komitmen mereka.
“Ia akan dimulakan sempena perlawanan Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC pada malam ini. Berkebetulan juga, pihak TFC menganjurkan Matchday x Family Day.
“Oleh kerana sifat stadium ini terbuka, pihak penonton wanita tidak dihalang untuk memasuki dari mana-mana pintu dan boleh berada di mana-mana kawasan tempat duduk.
“Walaupun begitu, usaha memperkenalkan kawasan khas adalah satu bentuk inisiatif istimewa yang diperkenalkan buat kaum wanita dan keluarga demi keselesaan dan keamanan,” katanya melalui satu hantaran di laman rasmi beliau.
Jelasnya, perkara berkenaan timbul dan disuarakan penyokong sewaktu perlawanan bola sepak antara Terengganu FC vs Selangor FC sempena Separuh Akhir Piala FA, antara yang berbangkit adalah tentang percampuran penonton antara lelaki dan perempuan.
Oleh kerana itu, beliau berharap usaha Kerajaan Negeri itu dapat menarik lebih ramai sokongan daripada kaum wanita dan keluarga dalam usaha menyemarakkan lagi tuntutan beragama dan bersyariah dalam segala aspek kehidupan.
“Pihak Kerajaan Negeri berharap agar usaha ini akan meminimakan percampuran lelaki dan perempuan sewaktu menonton perlawanan bola sepak.
“Kehadiran semua pihak sentiasa dialu-alukan dalam merancakkan sokongan buat pasukan Terengganu FC,” katanya.
29 Jul 24
113
Kerajaan Negeri Sumbang RM8,500 Suntik Semangat Atlet Judo
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah memberikan sumbangan sebanyak RM8,500 sebagai suntikan semangat buat para atlet judo yang mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA).
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, dengan sedikit suntikan permulaan itu ia akan menaikkan semangat serta moral para atlet sukan berkenaan untuk beraksi cemerlang pada kejohanan yang akan berlangsung di Mukah, Sarawak itu.
Katanya sebelum kesemua atlet berangkat ke negeri Kenyalang itu hari telah diadakan jamuan selain menyerahkan sumbangan wang dan selepas ini akan ada insentif lain yang akan diberikan apabila berjaya merangkul pingat nanti.
"Jadi tahun ini kita target enam emas akan berjaya diperolehi, kalau lebih itu sudah dikira sebagai bonus namun tidak mustahil untuk mencapai banyak pingat dalam acara ini kerana edisi sebelum ini telah berjaya dibuktikan dengan menjadi juara keseluruhan.
"Kerana itu tahun ini kita juga target untuk menjadi juara secara keseluruhan termasuk dalam sukan-sukan yang lain,"ujarnya yang juga merupakan bapa angkat kepada sukan terbabit.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri Majlis Inspirasi SUKMA 2024 : Bapa Angkat dan Persatuan Judo Terengganu, di Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), di sini, semalam.
Dalam pada itu beliau menitipkan pesanan kepada para atlet agar berjuang bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama Terengganu di temasya sukan yang berprestij dalam negara itu.
"Saya yakin mereka boleh buat yang terbaik, saya juga selalu pergi ke tempat mereka mengadakan latihan dan mereka sangat berdisiplin, melalui disiplin yang tinggi itulah yang akan menjadi rahsia kejayaan mereka di SUKMA nanti," katanya.
29 Jul 24
68
Motivasi Atlet Sukma Terengganu di Tahap Terbaik
Motivasi atlet Terengganu yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) berada pada tahap terbaik menjelang temasya sukan itu yang akan diadakan di Sarawak pada bulan hadapan.
29 Jul 24
77