lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Sukan Menyatukan Masyarakat
Sukan Menyatukan Masyarakat
Oleh : Fatimah Din MARANG, 28 September - Dalam menyertai apa jua kejohanan atau aktivti sukan kalah dan menang sudah menjadi adat, yang paling utama adalah silaturrahim itulah paling bermakna. Seorang penduduk, Sulaiman Jusoh berkata, melalui penganjuran sukan yang diadakan juga turut dapat memupuk  kerjasama antara satu sama lain dalam pasukan. Ujarnya dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM800 pelbagai acara telah diadakan bagi memeriakan program. "Selain acara tarik tali, turut diadakan Langkah Dirgahayu Negaraku, cabutan bertuah, pertandingan mewarna, shoot bola penalti, shoot bola jaring. "Serta yang paling menarik ialah bowling buah kelapa yang dibuka penyertaannya kepada muslimat," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman pada Program Dirghahayu Negaraku Tercinta Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, di sini, baru-baru ini. Program itu turut dihadiri oleh ADUN setempat, Sulaiman Sulong dan isteri, Hafizah Abdul Rahman.
10 Sep 24
208
Polis Tingkatkan Sekatan Jalan Raya Sepanjang 'RXZ Members'
Polis Tingkatkan Sekatan Jalan Raya Sepanjang 'RXZ Members'
KUALA TERENGGANU, 9 September - Polis akan meningkatkan sekatan jalan raya (SJR) sempena dengan program RXZ Members yang akan diadakan pada 13 dan 14 September ini. Seramai 101 anggota polis serta 50 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ditugaskan bagi memastikan keadaan jalan raya terkawal dan selamat. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, adalah menjadi rutin dan kebiasaan bagi pihak PDRM dan JPJ mengadakan tugasan itu setiap kali acara tersebut diadakan. Ujarnya, perancangan tugas selain SJR adalah meliputi 'eskot motoked VVIP', rondaan cegahan samseng jalanan dan risikan Op Samseng Jalanan 42. "Kita tidak pakai istilah pukat, SJR ini adalah rutin yang perlu kita buat melibatkan seluruh daerah. "Dengan jangkaan 80,000 yang akan hadir kita tidak mampu untuk melakukan pemeriksaan satu persatu, apa yang diharapkan adalah mereka yang hadir boleh mematuhi undang-undang itu sahaja. "Sebab sebagai rakyat Malaysia yang memiliki motosikal kita harus mematuhi undang-undang jalan raya, kena ada lesen serta insuran dan mematuhi spesifikasi motosikal yang boleh dipandu di atas jalan raya." ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media sempena RXZ Members di Bilik Mesyuarat Utama IPK Terengganu, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, apa yang dilakukan adalah bertujuan mengekang kesalahan jalan raya. "Sebelum ini  PDRM juga telah mengadakan sebanyak empat kali perjumpaan bersama pihak penganjur iaitu perjumpaan pertama pada 10 Ogos telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Siasatan & Perundangan Trafik Terengganu, Supt. Affandi Hussin dan turut disertai oleh semua Ketua Polis Balai Daerah Kuala Terengganu. "Juga melibatkan pihak JPJ Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2)," katanya. Dalam pada itu katanya mengikut arahan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman masih lagi dalam tempoh pelaksanaan Ops Khas Motorsikal bagi mengurangkan kadar kemalangan. Sementara itu katanya antara kesalahan yang sering dilakukan adalah seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran fancy, tiada cermin sisi, pengubahsuaian motosikal dan kenderaan tiada cukai jalan dan insuran. "Kesemua kesalahan ini jika dikenalpasti, maka pemandu kenderaan akan dikenakan saman," tegasnya.  
09 Sep 24
585
Bisa Nelson Bonilla Ditagih Kembalikan Kekuatan TFC
Bisa Nelson Bonilla Ditagih Kembalikan Kekuatan TFC
KUALA NERUS, 27 Ogos - Bisa pemain import baharu Terengganu FC (TFC), Nelson Bonilla ditagih bagi memperkuatkan kembali jentera serangan skuad penyu sekali gus menceriakan kembali peminat setia pasukan itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, prestasi sang penyu diharap dapat ditingkatkan semula penyerang itu selepas ketiadaan  Ivan Mamut yang mengalami kecederaan panjang. Ujarnya, ketiadaan penyerang telah menjadi faktor TFC tidak mampu beraksi cemerlang sebagaimana yang dikemukakan oleh Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner. "(Sebelum ini) 'coach' telah mengemukakan beberapa nama dan telah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal dan Pemiilihan melibatkan semua pihak kejurulatihan dan pengurusan. "Tetapi sifat pemain ia agak subjektif walaupun prestasi sebelum ini di kelab asal bagus namun sewaktu datang berlaku sebaliknya. "Apa yang kita harapkan 'striker' yang kita ambil ini, Nelson Bonilla mampu menterjemahkan prestasi yang sama seperti dia beraksi di liga Thailand," ujarnya ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, di  pejabat Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) semalam. Mengulas lebih lanjut, adalah menjadi harapan agar peminat tidak putus asa untuk terus memberikan sokongan yang padu buat TFC kerana masih berada dalam kedudukan yang baik pada saingan Liga Super. "Berada di tangga ketiga tidaklah terlalu teruk, kita juga tidak mencatatkan lagi kekalahan di laman sendiri melaikan tempoh hari ketika berhadapan Svay Rieng FC dalam saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shoope 2024/25 dengan kekalahan 3-2." katanya.
27 Aug 24
374
Terengganu Juara Bertahan KESSUMA 2024
Terengganu Juara Bertahan KESSUMA 2024
Kontinjen  Terengganu terus mengungguli  Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-23 tahun 2024 apabila dinobatkan juara keseluruhan sekaligus mengekalkan kemenangan untuk dua tahun berturut-turut.
25 Aug 24
200
Terengganu Gagal Jinakkan Juara Liga Kemboja
Terengganu Gagal Jinakkan Juara Liga Kemboja
Hasrat skuad Terengganu FC untuk meraih tiga mata penuh pada aksi sulung saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/25 tidak kesampaian selepas gagal menjinakkan Juara Liga Kemboja.
22 Aug 24
404
Skuad Ping Pong Kessuma Terengganu Bergaya ke Suku Akhir
Skuad Ping Pong Kessuma Terengganu Bergaya ke Suku Akhir
Suasana di Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) gamat setelah skuad Ping Pong lelaki dan wanita Terengganu melangkah ke suku akhir dengan bergaya.
22 Aug 24
218
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
Impian pasukan bola sepak Terengganu untuk melakar kejuaraan pada Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) diranapkan pasukan dari negeri pahang dengan kekalahan tipis 2-1.
22 Aug 24
578
Sarawak Berjaya, Tahniah!
Sarawak Berjaya, Tahniah!
Turun menyaksikan acara olahraga yang dipertandingkan pada SUKMA XXI di Stadium Sarawak semalam, bapa angkat pasukan olahraga Terengganu, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah merakamkan pujian kepada penganjur temasya sukan terbesar itu.
21 Aug 24
2512
Kuartet Muda Terengganu 'Buka Mata' Peminat Sukan
Kuartet Muda Terengganu 'Buka Mata' Peminat Sukan
Pertama kali digabungkan, kuartet muda wanita Terengganu berjaya 'membuka mata' ramai pihak apabila memenangi acara 4×400M wanita akhir di Sukan Malaysia SUKMA ke-21, petang semalam.
21 Aug 24
4082
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
KUALA NERUS, 21 Ogos - Impian pasukan bola sepak Terengganu untuk melakar kejuaraan pada Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) diranapkan pasukan dari negeri pahang dengan kekalahan tipis 2-1. Dengan menyenaraikan pemain terbaik dalam usaha Sang Penyu untuk memburu kejuaraan pada perlawanan peringkat suku akhir dalam kejohanan yang berlangsung di padang B Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT). Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tindakan kasar pemain Terengganu terhadap pemain Pasukan Pahang telah menyebabkan pengadil memberikan sepakan penalti yang akhirnya disempurnakan oleh penyerangnya, Amin Mohd Rosli pada minit ke-27. Tersentak dengan jaringan gol pihak lawan, Sang Penyu cuba bangkit dengan mengatur strategi dan mencorakkan serangan bagi memastikan harapan ke separuh akhir kembali cerah. Hasilnya, kelekaan pertahan lawan telah memberi peluang kepada pemain sayap Terengganu, Adeeb Firdaus Zainal Abidin menjaringkan sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-31. Keputusan seri pada babak masa pertama kekal sehingga wisel ditiupkan. Bersambung babak kedua, peluang terhidang buat Sang Penyu apabila hampir menjaringkan gol pada minit ke-39 menerusi Adeeb Hadif namun dipatahkan oleh penjaga gawang Pahang yang meluru keluar dari pintu gol. Pada minit ke-48, tuan rumah akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Tok Gajah yang berjaya mencipta gol kedua menerusi Amin Mohd Rosli. Keputusan itu kekal hingga tamat perlawan dan menyaksikan Sang Penyu berputih mata dengan kekalahan tipis itu.
21 Aug 24
5797