lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Jumlah Mangsa Banjir Tiga Daerah Di Terengganu Semakin Berkurang
Jumlah Mangsa Banjir Tiga Daerah Di Terengganu Semakin Berkurang
KUALA TERENGGANU, 9 Januari- Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 11,699 orang pagi ini berbanding 12,727 malam tadi. Sehingga jam 10 pagi ini, kesemua mangsa daripada 2,982 keluarga masih ditempatkan di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu. Pada 10 malam tadi, semua mangsa yang terdiri daripada 3,364 keluarga dipindahkan ke 53 PPS di daerah sama. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Kemaman kekal menjadi daerah yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa seramai 9,314 orang. Katanya, jumlah itu membabitkan 2,310 keluarga di 27 PPS berbanding 10,452 mangsa daripada 2,575 keluarga di 26 PPS. "Di Dungun, seramai 2,297 mangsa membabitkan 651 keluarga ditempatkan di 24 PPS. "Dua PPS masih dibuka di Hulu Terengganu bagi menempatkan 88 mangsa daripada 21 keluarga," ujarnya. Che Adam berkata, ketika ini cuaca mendung dan ada kalanya hujan di beberapa tempat manakala paras sungai menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.
09 Jan 21
168
Sungai Tiruan, 'Vaksin' Banjir Di Kemaman
Sungai Tiruan, 'Vaksin' Banjir Di Kemaman
KEMAMAN, 9 Januari – Kerajaan Negeri memohon kerajaan pusat mempercepatkan  kerja-kerja pembuatan sungai tiruan (bypass) agar penduduk yang menghadapi banjir di Kemaman tidak lagi dibelenggu risiko bencana tersebut pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, difahamkan bahawa ‘tender’ akan dikeluarkan pada bulan tiga tahun ini untuk fasa pertama pembinaan. “Bypass tersebut akan memakan masa selama lebih dua tahun untuk siap daripada Sungai Kemaman ke ‘Floodway’. “Saya mengharapkan fasa kedua juga dipercepatkan supaya semua air mengalir turun dari Sungai Cerul dan Sungai Air Putih boleh berpecah kepada dua apabila sampai di Kemaman. “Satu akan menghala ke Sungai Kemaman dan satu lagi arus memasuki Sungai Bukit Kuang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan udara mengenai keadaan banjir di daerah Kemaman dan Dungun, petang semalam. Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Sophian Abu Bakar. Tambah Hanafiah, birokrasi perlu dikurangkan bagi mengelakkan berlaku lagi bencana tersebut. “Banjir hari ini mengulangi banjir pada tahun 2014, namun begitu, saya juga harap mangsa banjir di sini bersabar menerima ujian daripada Allah SWT,” katanya.  
08 Jan 21
1615
Mangsa Banjir Di Terengganu Menurun Ke 12,727
Mangsa Banjir Di Terengganu Menurun Ke 12,727
KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Mangsa banjir di Terengganu kini mencatatkan seramai 12,727 orang melibatkan 3,210 keluarga sehingga jam 10 malam tadi. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, sebanyak 52 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah ketika ini iaitu Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu. "Kemaman kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dimana 10,452 orang ditempatkan di 26 PPS. "Dungun pula seramai 2,187 mangsa di 614 PPS manakala dua PPS di Hulu Terengganu masih lagi menempatkan 88 orang," ujarnya. Che Adam berkata, keadaan cuaca semasa mendung dan kadang kala hujan di beberapa tempat. "Paras sungai pula masih lagi menunjukkan trend menurun di sebelah hulu," katanya.
08 Jan 21
285
Berita Palsu Banjir : Tindakan Tegas Akan Diambil
Berita Palsu Banjir : Tindakan Tegas Akan Diambil
KEMAMAN, 8 Januari - Polis Terengganu memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap isu penyebaran berita palsu oleh sesetengah individu mengenai bencana banjir. Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik menyatakan perbuatan tersebut adalah budaya tidak sihat dan boleh menimbukan kekeliruan dan panik dalam kalangan masyarakat. “Penyebaran perkara yang tidak betul atau ‘fake’ adalah satu lagi budaya viral yang tidak sihat, ia juga akan menyebabkan kegusaran orang ramai.  “Pihak polis akan bertindak tegas melalui kertas siasatan jika ada laporan dibuat berkenaan isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan udara mengenai keadaan banjir di daerah Kemaman dan Dungun, hari ini.  Tambahnya, individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kemudaratan dan bencana.  Sementara itu, mengulas situasi banjir di Kemaman dan Dungun, Roslee memaklumkan berdasarkan pemantauan yang dilakukan, banjir dilihat masih bertahan dan banjir di sesetengah kawasan mula surut. "Hasil pemantauan bersama Unit udara PDRM hari ini, kawasan Air Putih, Kampung Pasir Gajah, dilihat masih digenangi air.  “Bagaimanapun, ada kawasan yang mulai surut juga dan InsyaAllah dengan cuaca yang baik, banjir akan pulih," katanya.  Menurutnya, dua balai polis iaitu Balai Polis Pasir Gajah di Kemaman dan Balai Polis Kuala Jengai turut terkepung ekoran limpahan air Sungai Pinang dan Sungai Dungun.
08 Jan 21
583
Limpahan Air Di Tasik Kenyir Normal
Limpahan Air Di Tasik Kenyir Normal
Limpahan air yang berlaku di Jeti Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir merupakan situasi normal setiap kali tiba monsun timur laut.
08 Jan 21
358
Situasi Banjir Makin Teruk Di Bandar Chukai
Situasi Banjir Makin Teruk Di Bandar Chukai
KEMAMAN, 8 Januari - Situasi semasa banjir di bandar Chukai kini hampir kritikal dengan beberapa jalan utama dan kawasan perumahan dinaiki air sejak jam 5.00, petang semalam. Penolong Kanan Penguasa Bomba Chukai, Mohd Zailani Abdullah melaporkan, air dari tiga batang sungai iaitu Sungai Teladas, Sungai Tebak dan Sungai Cerul telah mengalir sepenuhnya ke bandar tersebut mengakibatkan kawasan perumahan dan kampung dinaiki air sedalam satu meter. "Kemungkinan kita anggarkan malam dan pukul 3.00 pagi akan ada peningkatan air serta laut air pasang kira-kira 2.7 meter pasti berlaku pertembungan antara air sungai daripada hulu dan air laut. "Antara kawasan terkesan seperti di Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Bukit Mentok, Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Tempurung dan juga kawasan di sekitar bandar Chukai. “Banyak jalan raya turut ditutup seperti di Jalan Pandan, hanya kenderaan berat sahaja yang dibenarkan masuk,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual pemberita selepas kerja menyelamat di kawasan Chukai, malam semalam. Tambahnya, air turut melimpah masuk ke jalan utama dari Cukai menghala Geliga dengan paras 0.3 meter menyebabkan kesesakan trafik buat sementara waktu. Sementara itu, Mohd Zailani turut menasihati orang ramai terutama penduduk di Chukai supaya mengikuti arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa. “Jika berlaku situasi dimana mereka diarahkan berpindah, segera bertindak sedemikian supaya tidak menganggu kerja anggota penyelamat,” ulasnya. Sehingga jam 12.00 pagi ini, Kemaman merupakan daerah paling terkesan akibat banjir dengan 2,640 keluarga terjejas terdiri daripada 10,734 mangsa di 28 Pusat Pemindahan Sementara di sekitarnya.
08 Jan 21
690
Tiga Daerah Di Terengganu Masih Dilanda Banjir
Tiga Daerah Di Terengganu Masih Dilanda Banjir
KUALA TERENGGANU, 8 Januari- Tiga daerah di Terengganu iaitu Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu masih dilanda banjir dengan seramai 12,808 mangsa ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 10 pagi tadi. Setakat ini, kesemua mangsa daripada 3,216 keluarga itu ditempatkan di 28 PPS di daerah Kemaman (11,091 mangsa), 17 PPS di Dungun (1,581 mangsa) dan tiga PPS di Hulu Terengganu (136 mangsa). Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, PPS di Besut telah ditutup dengan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Che Adam berkata, keadaan cuaca ketika ini mendung, namun adakalanya hujan di beberapa tempat. Menurutnya, paras air sungai juga menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.​​​​
08 Jan 21
965
Banjir 'Tenggelamkan' Balai Bomba Chukai
Banjir 'Tenggelamkan' Balai Bomba Chukai
KEMAMAN, 8 Januari – Hujan lebat berterusan di daerah ini turut mengakibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai 'ditenggelamkan' banjir pada petang semalam. Penolong Kanan Penguasa Bomba Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, punca kejadian tersebut berlaku adalah disebabkan peningkatan air sungai Kemaman berhampiran balai itu. “Jarak antara sungai tersebut hanya 10 meter sahaja, banjir tahun 2017 paling memberi kesan dengan kenaikan air paras 0.3 meter. “Namun begitu kerja penambaikan telah dijalankan bagi mengelakkan peristiwa tersebut berlaku kembali. “Tetapi tiap kali hujan lebat dan air hulu turun, pasti akan menyebabkan balai itu dimasuki air, namun keadaan masih terkawal dan tidak menghalang kerja operasi pihak kami,” katanya ketika ditemu bual pemberita, malam semalam. Sementara itu, Mohd Zailani juga memaklumkan rumahnya dan anggota lain turut dinaiki air banjir di sekitar Chukai. “Kebanyakan kami (anggota) menetap di Taman Bandar Baru Bukit Mentok, Taman Alamanda, Taman Pengkalan Pandan dan Taman Akasia. “Dalam situasi tersebut, pihak kami terutamanya Jabatan Bomba telah terlatih secara fizikal dan mental, namun sedikit kesedihan itu ada kerana tidak sempat selamatkan rumah sendiri," ulasnya.
08 Jan 21
2100
Keperluan Mangsa Banjir Diutamakan
Keperluan Mangsa Banjir Diutamakan
DUNGUN, 8 Januari – Kerajaan negeri akan memastikan segala keperluan dan permasalahan mangsa banjir yang terjejas di daerah ini diatasi segera. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya sedang giat menangani isu yang dihadapi mangsa banjir dari segi kesesuaian pusat pemindahan sementara (PPS) dan keperluan berbangkit. Katanya, melihat kepada kesesakan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Rantau Panjang, satu keputusan telah dibuat untuk mewujudkan PPS di kawasan bukit berdekatan kampung itu. "Pihak kami sedang dalam proses menunggu peruntukan bagi menyediakan tempat berteduh alternatif kerana PPS sedia ada tidak selamat seperti disaksi ketika peristiwa banjir tahun 2014. “Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Besi juga sedang giat menyelesaikan isu bekalan elektrik di tujuh PPS yang terputus akibat ‘substation’ ditenggelami air. “Lima penjana elektrik akan dipinjam dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) manakala dua lagi sedang diusahakan supaya mangsa tidak perlu bergelap pada waktu malam lagi,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) atas usaha mengagihkan bantuan awal berbentuk 39 kit banjir di kawasan tersebut. “Pada peringkat DUN, kita akan usaha sebaik mungkin dengan menghantar barangan keperluan mentah seperti ayam dan sayur bersama jentera bot Unit Amal,” ulasnya lagi. Terdahulu, seorang mangsa di PPS Dewan Serbaguna Kampung Rantau Panjang, Ruslim Yusof, 50, menyuarakan cadangan supaya PPS di kampung tersebut ditambah bagi menampung hampir 200 lebih penduduk yang berisiko untuk dipindahkan. “Tidak muat dewan ini bagi kita semua, tambah lagi dengan norma baharu yang memerlukan penjarakan sosial,” katanya yang juga bapa kepada empat orang anak. Sementara itu, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung tersebut, Nor Zakirah Mohd Zaid, 30, turut menyuarakan kerisauan terhadap keadaan PPS tersebut kerana wujudnya risiko kenaikan air. “Sekarang dengan 36 keluarga juga sudah tidak muat, dan beberapa mangsa telah dihantar ke rumah sanak saudara berdekatan, kita perlu membuka khemah di kawasan bukit berdekatan bagi menampung penghuni kepada lebih 90 rumah di kampung ini," katanya.
07 Jan 21
354
Lebih 11,000 Mangsa Banjir Dipindahkan Sehingga Malam Ini
Lebih 11,000 Mangsa Banjir Dipindahkan Sehingga Malam Ini
KUALA TERENGGANU, 7 Januari- Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila 11,898 mangsa daripada 2,987 dipindahkan ke 50 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 10 malam tadi. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman mencatat bilangan paling ramai iaitu 10,153 mangsa daripada 2,469 keluarga. "Air mula memenuhi bandar Chukai dengan lebih 10,000 mangsa dipindahkan ke PPS di daerah berkenaan. "Kebanyakan jalan di bandar itu juga mula ditutup kepada kenderaan ringan sejak jam 7 malam tadi dan peniaga mula memindahkan barang berikutan bimbang kemungkinan berlaku kenaikan air secara mendadak lewat malam ini jika hujan lebat," ujarnya. Katanya, banjir di Terengganu kini melibatkan empat daerah iaitu Kemaman, Dungun (1,405 mangsa), Hulu Terengganu (228 mangsa), dan Besut (112 mangsa). Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Dungun dan Kemaman sehingga 12 Januari ini.
07 Jan 21
1156