lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Krisis Air : Usah Politikkan Isu, Tumpu Selesai Masalah
Krisis Air : Usah Politikkan Isu, Tumpu Selesai Masalah
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Krisis air dihadapi dua daerah sejak isnin lalu sewajarnya tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sebaliknya semua perlu memainkan peranan dalam membantu masyarakat terkesan, jelas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah. Menurutnya, punca masalah paip pecah tersebut sedang disiasat oleh agensi bertauliah seperti Syarikat Air Terengganu (SATU) dan spekulasi tentangnya hanya menimbulkan polemik tertentu dalam keadaan rakyat yang terjejas. “Seperti kita sedia maklum, paip rosak di Sungai Terengganu ini sudah lama dimakan usia dan mengalami perubahan alam sekitar di dasarnya. “Kerajaan sedar dan sedang menangani isu ini serta mengerakkan pelbagai inisiatif dalam memastikan bekalan asas tidak terputus. “Kita juga tidak menyalahkan mana-mana pihak terdahulu kerana ini adalah bencana tidak disangka,” katanya selepas mengagihkan sebanyak 1,000 kotak air bersih dalam Misi Bantuan Air DUN Buluh Gading, di Dewan Sivik Buluh Gading, petang tadi. Tambahnya lagi, usaha tersebut adalah sambungan daripada semua pihak termasuk semua syarikat bekalan air seluruh negara, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan serta pihak persendirian dalam menumpukan usaha bekalan air minuman bersih sampai kepada semua penduduk yang terjejas. Sementara itu, Mohd Nor turut berkongsi perancangan mengerakkan agensi kerajaan seperti Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) terutamanya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam bekerjasama dengan jawatankuasa masjid. “Ini adalah bagi mengagihkan bekalan asas air kepada rumah-rumah berdekatan masjid di DUN-DUN terjejas. “Kerajaan juga sedang dalam perbincangan dalam menyelaraskan inisiatif penyaluran air bersih ke rumah-rumah terkesan,” katanya lagi. Terbaharu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan air percuma kepada semua akaun terlibat selama dua bulan setelah baik pulih selesai.  
09 Aug 21
758
Lagi 1,000 Kotak Air Diagihkan Di Buluh Gading
Lagi 1,000 Kotak Air Diagihkan Di Buluh Gading
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Sebanyak 1,000 kotak air bersih diagihkan kepada penduduk terputus bekalan air di 19 kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading hari ini. Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Ridzuan Hashim berkata, daripada 33 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), 19 JPKK terjejas akibat terputus bekalan air termasuk 15 kampung yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). “Bila ada kekangan di beberapa kawasan itu, sudah tentu ia menimbulkan kerumitan kepada penduduk yang tidak boleh bergerak. “Namun begitu, setakat ini kita telah agihkan bantuan air bersih kepada 1,300 buah rumah (20 liter setiap rumah), dan bila dicampur 1000 kotak hari ini, dan 1000 kotak daripada ADUN Chukai, kira-kira 3000 kotak air bersih telah disalurkan sehingga kini. “Jutaan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan badan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Malaysia Marang atas sumbangan bekalan air pada hari ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas terlibat dalam Misi Bantuan Air DUN Buluh Gading, di Dewan Sivik Buluh Gading, petang tadi. Menceritakan tentang usaha yang dilakukan beliau, sebanyak 95 tangki statik ditempatkan di 19 JPKK terlibat melibatkan hampir 5,000 buah rumah, serta enam lori sentiasa beroperasi menambah air di seluruh Buluh Gading. “Mana-mana pihak yang putus bekalan air boleh menghubungi JPKK setempat dan PKM, kita berjalan sepenuh masa dengan tenaga sokongan 20 orang sukarelawan yang berkhidmat 24 jam,” jelasnya lagi. Katanya lagi, beliau terharu atas sokong dan semangat ukhwah daripada seluruh negeri termasuk agensi dan GLC kerajaan seperti Syarikat Air Terengganu (SATU), Bomba dan Majlis Getah Malaysia (MRC) yang datang membantu.  
09 Aug 21
581
1,200 Penduduk Jalani Saringan COVID-19
1,200 Penduduk Jalani Saringan COVID-19
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos- Seramai 1,200 penduduk di Kampung Losong Haji Syafie dan Kampung Losong Wakaf Nyiur Kembar menjalani ujian saringan Covid-19 selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan terdapat 50 kes positif wabak berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Losong Haji Syafie, Abdul Wahid Idris, 62, berkata, mereka diarahkan menjalani saringan bersasar Covid-19 selama dua hari, bermula hari ini. "Langkah itu susulan kes positif Covid-19 yang dikesan di lokaliti berkenaan termasuk melibatkan Kluster Teluk Menara. “Difahamkan, penyebaran virus ini berpunca daripada aktiviti ziarah selepas Hari Raya Aidiladha lalu,” katanya ketika ditemui hari ini.  Tambahnya,rata-rata penduduk memberikan kerjasama baik dengan hari ini seramai 500 selesai menjalani saringan berkenaan manakala baki 700 lagi bersambung esok.
09 Aug 21
1003
Bersatu Dalam Ringankan Masalah Rakyat Semasa Krisis Air
Bersatu Dalam Ringankan Masalah Rakyat Semasa Krisis Air
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Pemimpin, masyarakat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam negeri harus berganding bahu dalam menghadapi masalah khususnya mendepani masalah bekalan air yang berlaku di Kuala Nerusndan Kuala Terengganu. Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muafakat Sejahtera, Dato' Yahaya Ali berkata, ia sedikit sebanyak membantu memastikan sumber asas bagi komuniti di daerah itu dapat diteruskan. "Alhamdulillah, saya dapat turut sama hadir bersama NGO Muafakat Sejahtera menyampaikan sumbangan air kepada rakyat terkesan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Takir dan Batu Rakit. "Sumbangan ini tidaklah besar berbanding dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat, namun ia diharapkan dapat memudahkan mereka yang keputusan sumber air sejak isnin lalu," jelasnya. Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program mengagihkan sumbangan tersebut di Pusat Operasi bekalan air bersih di DUN Batu Rakit, pada semalam. Turut hadir sama ialah Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, Timbalan Pengerusi NGO Muafakat Sejahtera, Sulong Abd Rashid serta Pegawai Penyelidik pejabat DUN Terengganu, Khairul Nizam Suhaimin Menurutnya, masalah air akibat paip di dasar Sungai Terengganu pecah merupakan satu ujian Allah swt, namun pentingnya adalah bagaimana tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan. 'Kepimpinan turun bersama dengan jentera untuk mengurangkan krisis ini, saya nampak ada satu bentuk kerjasama yang baik di kalangan semua pihak samada daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) sendiri," ujar beliau. Sementara itu, beliau turut meninjau sendiri kerja-kerja membaik pulih kerosakan paip air yang dimulakan pada Rabu lalu di Losong. "Dalam taklimat yang diberikan tadi, dimaklumkan bahawa masalah air ini akan pulih semula dijangka selesai pada rabu ini, insya-Allah," katanya. Justeru itu, beliau berharap rakyat di kawasan terjejas ketiadaan air agar dapat bersabar dan terus berdoa agar tugas jurutera dan penyelam dapat dipermudahkan.
09 Aug 21
129
Durian Kampung Bakal Tembusi Pasaran Dunia
Durian Kampung Bakal Tembusi Pasaran Dunia
HULU TERENGGANU, 9 Ogos -Jabatan Pertanian Negeri Terengganu menyasar durian kampung segar tempatan untuk menembusi pasaran dunia dalam tempoh terdekat sekali gus bakal menjadikan durian premium itu setaraf Musang King (D197) yang berada di pasaran. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, usaha tersebut kini giat dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu melalui pertandingan yang diadakan sejak Julai lepas, yang bertujuan mengenal pasti varieti durian kampung berkualiti tinggi. “Pertandingan bermula di peringkat kampung dengan memilih durian yang terbaik, untuk ke pertandingan peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Hasilnya kita berjaya kenal pasti 10 varieti durian kampung premium yang sangat bagus dan mempunyai kriteria setaraf durian hidbrid, yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia ketika ini. “Proses mendaftarkan varieti durian ini akan dilakukan secepat mungkin, mengikut ciri-ciri istimewanya agar ia mampu berada dalam kategori durian premium, sama seperti durian yang menjadi buruan ramai ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses penghakiman durian yang dipertandingkan di Kompleks Pertanian Ajil di sini. Turut hadir Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof dan ketua hakim iaitu Pensyarah Pusat Pengurusan Ladang Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Universiti Sultan Zainal Abidin Profesor Dr Jamil Zakaria. Johan pertandingan tersebut dimenangi oleh pekebun dari daerah Kuala Nerus, dengan wang tunai RM3,000 manakala naib johan dan tempat ke tiga masing-masing dimenangi pekebun dari daerah Marang dengan hadiah RM2,000 dan RM1,000.  
09 Aug 21
424
Vaksin Lengkap: Tarik Balik Kemudahan Sekiranya Tidak Patuh SOP
Vaksin Lengkap: Tarik Balik Kemudahan Sekiranya Tidak Patuh SOP
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan yang diberikan kepada individu yang lengkap vaksinasi sekiranya berlakunya ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenalpasti melanggar SOP. "Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengatasi pandemik COVID-19 ini.  "Sememangnya, kemudahan ini adalah bukti kepercayaan kerajaan bahawa rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap boleh membuat penimbangan risiko kendiri yang rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus COVID-19 yang kini sudah berleluasa di dalam komuniti kita," ujarnya dalam perutusan khas, hari ini. Menurut Muhyiddin, dengan kemudahan yang diberikan kerajaan bukanlah bermakna rakyat boleh mengabaikan SOP-SOP yang telah ditetapkan.  "Kemudahan dine-in dan aktiviti sukan terutamanya, adalah lebih berisiko bagi seseorang individu itu dijangkiti virus COVID-19. "Saya telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP COVID-19, memastikan kementerian-kementerian dan agensi yang bertanggungjawab untuk mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kemudahan-kemudahan yang diberikan. "Ingin saya tegaskan bahawa setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat, " jelasnya. Tambah beliau, langkah untuk mengawal pandemik ini juga memerlukan usaha bersepadu pihak kerajaan dan masyarakat.  "Individu, ketua komuniti dan perniagaan perlu berwaspada dalam mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan virus ini. "Dalam pada kemudahan-kemudahan ini diberikan, kerajaan juga akan memastikan strategi tindakan kesihatan awam yang ketika ini berada di atas landasan yang tepat terus dilaksanakan sebaiknya terutama menerusi ujian saringan, pengesanan kontak rapat, langkah pengasingan, serta peningkatan keupayaan penjagaan kesihatan dan pilihan rawatan yang lebih luas, " ujarnya.
09 Aug 21
290
Bomba Bantu Bekalkan Air Ke Kawasan Terjejas
Bomba Bantu Bekalkan Air Ke Kawasan Terjejas
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dengan penghantaran empat jentera tangki air berkapasiti 20,000 liter setiap satu ke kawasan yang berdepan krisis air bagi membantu penduduk terjejas. Pengarah JBPM Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, operasi itu ialah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JBPM untuk masyarakat yang memerlukan bagi meringankan beban penduduk berikutan masalah ketiadaan air yang berlarutan sejak Isnin lalu. "Sehingga ke hari ini iaitu hari keenam, lebih 700,000 liter air telah diagihkan untuk kegunaan penduduk di kawasan berkenaan dan misi kemanusiaan ini telah digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan BBP Kuala Nerus. "Turut terlibat dalam misi bantuan ini termasuk BBP Kuala Berang; BBP Marang dan BBP Jertih yang masing-masing menghantar sebuah bantuan jentera tangki air," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu. Terdahulu,  gangguan bekalan air melibatkan 28,700 akaun di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak Isnin akibat paip di dasar Sungai Terengganu pecah. Ia melibatkan 25 kawasan di Kuala Nerus iaitu keseluruhan Gong Badak, Bukit Jong, Maras, Perindustrian Gong Badak, Sungai Ikan, Bukit Berangan, Alur Jambu, Gemuruh, Batu Rakit, Tok Jembal, Ladang Sentosa dan Alor Damak. Turut terlibat Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Bukit Sudu, Pagar Besi, Padang Nenas, Mengabang Telipot, Tepoh, Lingai, Mengabang Telong, Padang Hangus, Bukit Wan, Wakaf Tengah dan Pagar Ubi.
09 Aug 21
131
Common Mistakes In English That You Can Learn From
Common Mistakes In English That You Can Learn From
Authors: Nurul Aishah Awang & Soleha Soleh from TrenglishxCommunity, Yayasan Terengganu There are many kinds of errors language learners make that it has become a study of their own. That should tell you just how common and useful making mistakes is in language learning.  “Smart people learn from their mistakes. But the real sharp ones learn from the mistakes of others," said a famous author, Brandon Mull. For our dear readers, we have attempted our best to shortlist the most common mistakes categorized into four types: Grammar, Speaking, Writing, and Speaking and Writing. Grammar Grammar has its own category because both spoken and written English follow the same grammar rules. Here are three common English grammar mistakes in speaking and writing. Subject-Verb Agreement The subject-verb agreement is the simplest and most crucial grammar in written and spoken language. Most non-native learners tend to make this mistake because they are still learning the language rules. Below are some examples. For example 1, the plural verb-to-be “are” used here refers to the subject “list” which is in the singular and not “items” which is in the plural. Hence, the correct verb-to-be should be “is”. For example 2, the singular verb-to-be “is” refers to the subject “reasons” which is in the plural. Therefore, we should use “are” instead of “is”. Ambiguous Pronouns A pronoun is used to replace a noun in a sentence. Pronouns must always have clear antecedents, which is the noun that the pronoun replaces. An ambiguous pronoun occurs when more than one possible antecedent exists in the sentence. For example 1, “this” is the ambiguous pronoun of this sentence because the writer did not replace the pronoun with its antecedent. Instead of using “this”, we can replace it with a clearer phrase such as “this work” or “this internship program”   For example 2, the pronoun “they” should be replaced with a clear antecedent as we do not know who is “they”.  Overuse of Adverbs An adverb is part of speech that is used to modify a verb, adjective, or another adverb and also provides different kinds of meaning or description.  Adverbs can be beneficial, but you must avoid overusing the adverbs in your sentence. The most commonly overused adverbs are the adverbs of manner which modify the verb. There are too many adverbs ending with -ly in the sentences. A stronger verb could be used on its own to create a more vivid image of the actions. Speaking This section will discuss three common mistakes that happen in speaking. Casual or Formal Language When speaking, try to recognize the context of the situation. If you use language inappropriate to the context, the meaning or what you want to convey, or even your character can be misunderstood by others. Know your audience. Do not use slang in a formal setting, and similarly do not use overly formal language in a casual setting. Double Negatives Using two or more negatives in the English language is inadvisable due to the communicative ambiguity they evoke. Of course, you might notice there is some double negative usage especially in movies - such language variation exists in certain parts of the world.  For general communication purposes, you should learn to speak standard English first. If you frequently use double negatives in your speaking, people might misunderstand you. For example 1, the “not” in “cannot” and the “but” both express negative ideas. For example 2, there are “not” in “don’t” and “no” in “nothing”. Use only one “no” in one sentence. Direct Translation Do not translate directly from your first language to the English language. Translation cannot convey the actual message that you want to deliver because languages are different.  Not all the grammar structures, slang, idioms, words used, etc. have an equivalent in our Bahasa Melayu. The example mistakes happened due to direct translation from Bahasa Melayu to English. “Safe day happen” is directly translated from “Selamat hari jadi” while “give know” is from “beritahu”. Writing This section will focus on three common mistakes that happen in writing. Format The format includes writing style and language style. The format in writing can make or break your communication with your intended audience. The style of text in Example 1 is inappropriate because a newspaper article usually does not address the audience as familiars with the use of “you” and “I” pronouns.  Additionally, slang words such as “IDK” (“I don’t know”, “u” (“you”), “m8” (“mate”), etc. are usually used in informal settings like text messages, as you can see in Example 2. Run-on Sentences If you can’t read the sentence in one breath, you probably shouldn’t write the sentence that way. A run-on sentence is a sentence in which two or more clauses (sentences) are joined without appropriate punctuation or conjunction. Be careful when writing long sentences, make sure the clauses are joined properly. Punctuation, Capitalization, and Apostrophe Punctuation, capitalization, and apostrophe are aspects of language that are apparent in writing but are not apparent in speaking.  If you read the sentences out loud your audience will not hear the mistakes, but if your audience read the sentences they will definitely notice the mistakes. Example of capitalization mistake:  In the example above, when you address Mrs. Lim you should put a comma(,) instead of colons(;). Colons (:) are used when you want to make a list of something, and usually not when you’re addressing someone.  The exclamation point (!) may be viewed as unprofessional and is usually reserved for informal letters.   Example of capitalization mistake: In this example, “Rankine” is the only item that has been capitalized. There are more words that need capitalization: The first letter in a sentence. Pronoun “I” Proper noun - specific name of person, place, thing Examples of apostrophe mistake: Apostrophes indicate possession, that a noun owns something.  Singular nouns will always add ‘s when you’re indicating possession, even if the noun ends with “s.” Plural nouns that do not end in “s” also take an ‘s. However, plural nouns that end with “s” have an apostrophe added after the “s.”   Speaking and Writing Certain mistakes in English speaking and writing happen due to speaking and writing influencing one another. Comma Splice  Did you ever find yourself wanting to write that extra comma because the sentence “reads better” with a comma? This extraneous comma happens because you are “writing speech”. In speaking, the comma in this sentence is not grammatically functional - it only represents a pause that you make to draw your audience’s attention or to take in your breath.  However, in writing this comma is inappropriate because the first and the second halves of the sentence form just one sentence.  Homophones Sometimes, mistakes happen because of similar-sounding words or phrases. Read these sentences out loud: A quick check with a grammar checker would reveal the word mistakes to you. Word Choice Synonyms are words that have similar meanings. If you replace a word with its synonym, your grammar checker likely would not notice the error because the sentence is grammatically correct.  However, you should pay attention to your word choice because it changes the sentence's meaning completely.   Reading and listening to a variety of English materials will help you learn how to use different words in their correct context. Conclusion Knowledge of mistakes is essential for learning and becoming more fluent in English. As a determined learner, you would want to give your best effort in improving your English. With more practice with and guide from us at TrenglishxCommunity, you can master English. For more guides and tips, follow us on Facebook, Instagram and also YouTube.  
09 Aug 21
510
Lapor KPDNHEP Jika Peniaga Naikkan Harga Tong, Air Mineral
Lapor KPDNHEP Jika Peniaga Naikkan Harga Tong, Air Mineral
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos- Orang ramai dinasihatkan supaya membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekiranya peniaga menaikkan harga tong dan air mineral, terutama di kawasan yang menghadapi masalah bekalan air. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, terbaharu, pihaknya menerima maklumat bahawa kenaikan harga itu berlaku di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, namun tiada yang tampil membuat aduan rasmi. "Kalau ada peniaga yang menaikkan harga air mineral atau tong air secara melampau, boleh buat laporan kepada kementerian melalui pelbagai platform seperti aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon yang kami sediakan. Setakat ini tidak ada laporan rasmi, hanya aduan secara verbal dan kenaikan pula di kawasan kampung, mungkin kerana bekalan air mineral yang berkurang sedangkan permintaan banyak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 530 bakul makanan kepada penduduk kawasan Manir yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 5 Ogos lepas. Terengganu berdepan masalah bekalan air sejak Isnin lepas berpunca daripada saluran paip pecah di dasar Sungai Terengganu yang melibatkan 28,700 akaun di dua daerah iaitu Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.- Bernama
09 Aug 21
309
COVID-19 : Satu Lagi PKPD Di Terengganu, Kes Harian Hampiri 600
COVID-19 : Satu Lagi PKPD Di Terengganu, Kes Harian Hampiri 600
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu lokaliti di Kuala Terengganu, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini memaklumkan, lapan lokaliti di tiga negeri diumumkan pelaksanaan PKPD dan di Terengganu terletak di Desa Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Chendering. "Pelaksanaan PKPD ini adalah berdasarkan pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19," katanya dalam kenyataan harian Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini. Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini bermula 10 Ogos hingga 23 Ogos ini. Hishammuddin juga berkata, PKPD di satu lokaliti di sambung bermula esok sehingga 23 Ogos ini iaitu di Kampung Teluk Menara, Manir. Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Terengganu mencatatkan peningkatan kes positif harian COVID-19 dengan 598 kes dengan lima kes kematian. “Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 18,688 kes berbanding semalam, 19,257 kes,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
08 Aug 21
3171