lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Hospital Mesra Ibadah Jadi Identiti KMI Healthcare
Hospital Mesra Ibadah Jadi Identiti KMI Healthcare
KUALA TERENGGANU, 18 Jun – Konsep Hospital Mesra Ibadah yang diperkenalkan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) di bawah TDM Berhad kini menjadi pembeza utama dalam landskap penjagaan kesihatan swasta di negara ini, mendekatkan rawatan perubatan dengan nilai spiritual dan ketenangan jiwa. Pengerusi TDM Berhad, Tengku Seri Bijaya Raja menegaskan bahawa nilai ini bukan sekadar pelengkap, tetapi menjadi tunjang kepada pendekatan holistik KMI dalam menjaga kesihatan fizikal dan rohani pesakit. "Inisiatif Hospital Mesra Ibadah ini memberi nilai tambah yang besar dan menjadi identiti tersendiri buat KMI Healthcare di pasaran," kata beliau kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-60 di KMI Kuala Terengganu Medical Centre, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Najman Kamaruddin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun Beliau menjelaskan, setiap hospital KMI menampilkan fasiliti dan pegawai syariah khusus bagi membimbing pesakit dalam soal ibadat, selain menyediakan persekitaran rawatan yang menghormati keperluan spiritual pesakit. "Kami pastikan setiap pesakit yang datang ke hospital KMI, terutamanya yang Muslim, diberi perhatian dari sudut ibadah,  ada yang bertanya waktu solat, cara berwuduk, rukhsah ketika sakit, dan semuanya dijawab oleh pegawai syariah yang terlatih," ujarnya. Tambah beliau, antara elemen eksklusif yang ditawarkan ialah bilik rawatan seratus peratus berkonsep ‘single bedded’, sesuatu yang jarang ditawarkan hospital swasta lain dengan harga kompetitif. "Hospital swasta biasanya ada empat katil sebilik atau berkongsi, tetapi di hospital KMI, semuanya bilik seorang. Ini beri privasi penuh, dan sebenarnya inilah yang ramai pesakit cari," tambahnya. Beliau turut menyatakan bahawa pesakit dari luar kawasan, termasuk dari Dungun, Kemaman dan Kelantan memilih hospital KMI kerana konsep ini memberi rasa lebih dihargai, tenang dan berperikemanusiaan.
18 Jun 25
129
Prestasi PAS Kini Terbaik, Mengapa Nak Tukar Presiden?
Prestasi PAS Kini Terbaik, Mengapa Nak Tukar Presiden?
"Prestasi PAS sekarang adalah antara yang terbaik, kenapa perlu tukar Presiden," itu lontaran suara Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditanya tentang kewajaran Tan Sri Abdul Hadi Awang berundur dari jawatan presiden parti berkenaan berikutan keadaan kesihatannya.
18 Jun 25
110
Nahas Pelajar UPSI : Liyana Selamat Jalani Dua Pembedahan
Nahas Pelajar UPSI : Liyana Selamat Jalani Dua Pembedahan
Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Liyana Zanudin, 23, yang cedera parah dalam nahas bas di Jalan Raya Timur Barat dekat Gerik baru-baru ini, kini dilaporkan stabil selepas menjalani dua pembedahan bagi merawat kecederaan serius pada bahagian tangan kirinya.
18 Jun 25
124
Dr. Sam Hargai Pengorbanan Petugas Kesihatan Tangani Nahas Gerik
Dr. Sam Hargai Pengorbanan Petugas Kesihatan Tangani Nahas Gerik
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menghargai pengorbanan seluruh warga kesihatan yang terlibat dalam memberikan rawatan kepada mangsa-mangsa nahas bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
18 Jun 25
39
Laporan Khas Sumber Air Bawah Tanah Bakal Dibentang di Parlimen
Laporan Khas Sumber Air Bawah Tanah Bakal Dibentang di Parlimen
KUALA LUMPUR, 18 Jun - Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, Dewan Rakyat akan menyediakan satu laporan khas mengenai potensi air bawah tanah untuk dibentangkan di Parlimen. Pengerusi JKPK, Dato' Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim berkata, ia susulan dapatan dan syor hasil daripada Seminar Potensi Air Bawah Tanah: Alternatif Pengurusan Sumber Air di Malaysia yang berlangsung di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia, semalam. Menurut beliau, laporan tersebut akan dibina berdasarkan input seminar serta sesi libat urus lanjutan bersama agensi-agensi teknikal berkaitan bagi memastikan dasar yang dicadangkan benar-benar berpaksikan bukti saintifik dan analisis menyeluruh. “JKPK komited untuk memastikan sebarang cadangan penambahbaikan dasar dan perundangan berkaitan pengurusan sumber air negara dapat disokong dengan bukti dan analisis yang kukuh,” katanya dalam ucapan penutup seminar berkenaan. Mengulas lanjut katanya, laporan itu dijangka membantu Parlimen merangka dasar awam yang lebih berkesan dan berpandangan jauh dalam menangani isu keselamatan bekalan air negara melalui eksplorasi sumber air alternatif. Seminar yang dianjurkan bersama oleh Parlimen Malaysia dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, manakala ucapan alu-aluan disampaikan oleh Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Empat pembentangan utama telah diadakan melibatkan:     •    Dr. Kotaro Takemura (Japan Water Forum) – berkongsi pengalaman Jepun dalam pengurusan lestari sumber air bawah tanah;     •    Dato’ Ir. Mohd Zaki Mat Amin (NAHRIM) – mempersembahkan dapatan penyelidikan kebangsaan dan transformasi industri air tanah;     •    Dato' Zamri Ramli (JMG) – membentangkan teknologi pemetaan dan eksplorasi akuifer;     •    Dato’ GS. Azlikamil Napiah (MYSA) – menampilkan teknologi angkasa dan geospatial untuk pemantauan sumber air masa nyata. Pameran agensi teknikal seperti NAHRIM, JMG, MYSA, Agensi Nuklear Malaysia dan LUAS turut diadakan sebagai sebahagian daripada program, mempamerkan data, inovasi dan aplikasi teknikal terkini dalam pengurusan sumber air tanah. Amzad berkata, pendekatan rentas agensi dan berasaskan sains amat penting bagi menjayakan pengurusan sumber air tanah secara holistik di Malaysia. “Seminar ini bukan titik akhir, tetapi satu permulaan ke arah pelaksanaan dasar air yang lebih mampan, menyeluruh dan berorientasikan masa depan negara,” katanya.
17 Jun 25
86
Syarikat Terengganu Raih Pendapatan Tertinggi, Untung Lima Tahun Berturut-Turut
Syarikat Terengganu Raih Pendapatan Tertinggi, Untung Lima Tahun Berturut-Turut
KUALA TERENGGANU, 17 Jun – Anak Syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatat pencapaian cemerlang apabila merekodkan pendapatan sebanyak RM645.6 juta bagi tahun 2024 menjadikan ia tertinggi dalam sejarah, seterusnya mengekalkan keuntungan lima tahun berturut-turut.  Pengerusi TDM Berhad, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, prestasi itu sangat membanggakan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos operasi. “Daripada jumlah itu, Bahagian Penjagaan Kesihatan yang dikendalikan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) menyumbang RM354.4 juta, dengan rangkaian lima hospital pakar dan kapasiti katil sebanyak 412 buah. Sektor ini kini menjadi aset strategik utama kepada kumpulan dan dijangka terus berkembang hasil pelaburan berterusan. “Sementara itu, Bahagian Perladangan di bawah TDM Plantation Sdn. Bhd. mencatat pendapatan sebanyak RM291.2 juta, meningkat daripada RM261.6 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh harga minyak sawit mentah (CPO) yang stabil serta output pengeluaran yang lebih tinggi,” katanya.  Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-60 di KMI Kuala Terengganu Medical Centre, hari ini.  Menurut beliau, kejayaan itu didorong kekuatan sebenar syarikat yang terletak pada struktur organisasi mantap, pasukan pengurusan cekap, serta hala tuju perniagaan jelas dan bersepadu. “Perkara terbaik di TDM ialah kekuatan pasukan kami yang mantap, dari peringkat tertinggi hingga ke barisan hadapan. “Kami juga memiliki pengurusan yang efisien dalam kedua-dua sektor, perladangan dan penjagaan kesihatan, dengan pengurus ladang antara tunjang utama kejayaan syarikat,” katanya  Beliau turut menegaskan komitmen TDM untuk terus memperkemas operasi dan mencapai tahap kecekapan maksimum demi menjamin pulangan jangka panjang yang mampan. “Kita sedang mengoptimumkan lagi pengoperasian supaya mencapai tahap maksimum. “Pertumbuhan yang kita capai dalam bahagian healthcare telah memberi pulangan yang sangat baik kepada syarikat,” jelasnya.
17 Jun 25
4277
Anak Syarikat Terengganu Buka Hospital Baharu di Pulau Pinang
Anak Syarikat Terengganu Buka Hospital Baharu di Pulau Pinang
KUALA TERENGGANU, 17 Jun – Anak syarikat Kerajaan Terengganu, TDM Berhad, terus mengukuhkan dominasi dalam sektor penjagaan kesihatan negara apabila bakal membuka sebuah hospital swasta baharu di Bertam, Pulau Pinang dengan pelaburan mencecah RM146 juta. Hospital bertaraf moden itu dikenali sebagai KMI Bertam Medical Centre, lengkap dengan 100 katil dan dijangka menjadi pemangkin kepada lonjakan KMI Healthcare ke wilayah utara tanah air. Pengerusi TDM Berhad, Tengku Seri Bijaya Raja, berkata pembukaan hospital baharu itu merupakan strategi pengembangan hijau (greenfield expansion) yang mengutamakan keunikan dan privasi pesakit. "Bila kita buka hospital di sana, kita punyai dua kelebihan utama, konsep mesra ibadah dan bilik pesakit seratus peratus ‘single bedded’. "Orang datang ke hospital swasta kerana mereka ada kemampuan, perlindungan insurans, dan yang paling penting mahukan privasi.  "Kita faham itu dan kita tawarkan,” katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-60 di KMI Kuala Terengganu Medical Centre, di sini, hari ini. Beliau turut menekankan bahawa pelaburan ini bukan hanya tertumpu pada fizikal bangunan, sebaliknya turut menyasar pemantapan sistem digital dan teknologi perubatan. "Sepanjang tahun, kita telah melabur dalam HIS (Sistem Maklumat Hospital), mempercepat penggunaan EMR (rekod perubatan elektronik), serta menerapkan analitik data untuk meningkatkan ketepatan diagnosis dan pengalaman pesakit," jelasnya. Tambahnya lagi, keputusan untuk terus melabur dalam sektor kesihatan mencerminkan kepercayaan jitu terhadap daya saing industri itu. "Kami melihat sektor penjagaan kesihatan sebagai salah satu teras utama yang sangat berpotensi dan menguntungkan buat syarikat. "Pertumbuhan dalam bahagian healthcare telah memberi pulangan yang baik. Justeru, kami putuskan untuk terus memperluas pelaburan dalam sektor ini,” tambahnya. Setakat ini, KMI Healthcare mengurus lima hospital pakar, KMI Kuala Terengganu, KMI Kuantan, KMI Kelana Jaya, KMI Taman Desa dan KMI Tawau, dengan jumlah kapasiti 412 katil.  TDM turut merancang penubuhan hospital di Kelantan, dan KMI Chukai.   
17 Jun 25
6784
EXCO Terengganu Rai Sukarelawan Bawa Pulang Jenazah Nahas UPSI
EXCO Terengganu Rai Sukarelawan Bawa Pulang Jenazah Nahas UPSI
KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim  meraikan sukarelawan Pertubuhan Amal Komuniti Besut yang membantu menguruskan jenazah dalam tragedi kemalangan bas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengorbankan 15 nyawa, baru-baru ini. Azman berkata, pertubuhan tersebut menyediakan khidmat pengurusan jenazah, van jenazah dan ambulan komuniti secara percuma kepada masyarakat. “Mereka tak minta dikenali tapi saya ingin memperkenalkan mereka. Inilah wajah-wajah wira tak didendang yang telah berkorban masa, tenaga, wang ringgit, hati dan perasaan dalam menguruskan mangsa-mangsa tragedi kemalangan bas Jalan Raya Timur Barat samada yang terkorban atau mengalami kecederaan. “Bukan sedikit cabaran yang mereka semua lalui. Dengan pertolongan Allah, tragedi besar ini dapat diuruskan dengan sebaiknya. Allah menyatukan hati-hati kita semua atas rasa kebersamaan dan kemanusian,” tulisnya dalam satu hantaran di laman facebook. Katanya, majlis makan malam yang diadakan itu adalah sebagai penghargaan daripada pihaknya kepada anggota pertubuhan yang telah mengurus dan membawa pulang jenazah ke Terengganu mengikut perancangan tanpa sebarang masalah, “Malam ini sebagai tanda penghargaan, kita raikan wira-wira ini dalam majlis seadanya. Ia terlalu kecil berbanding khidmat yang telah dicurahkan.  “Terima kasih serta penghargaan yang setulusnya kepada penaung, pengerusi dan semua sahabat-sahabat Pertubuhan Amal Komuniti Besut. Saya sangat menghargainya,” ujar beliau.
16 Jun 25
591
RXZ Members, Takafulgo Jalin Kerjasama Lindungi 100,000 Peserta
RXZ Members, Takafulgo Jalin Kerjasama Lindungi 100,000 Peserta
Buat julung kalinya, RXZ Members menjalin kerjasama strategik bersama Takafulgo Venture dalam menyediakan perlindungan takaful kepada 100,000 peserta yang dijangka hadir ke Program RXZ Members 7.0.
16 Jun 25
58
Serangan Israel Terhadap Iran Agenda Lemahkan Palestin
Serangan Israel Terhadap Iran Agenda Lemahkan Palestin
KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Dakwaan bahawa Iran membina bom nuklear hanyalah alasan rekaan Israel untuk menyerang negara itu, sedangkan hakikat sebenar adalah usaha tersirat bagi melemahkan satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, naratif yang digembar-gemburkan oleh media barat tidak mencerminkan realiti sebenar situasi geopolitik di Asia Barat. Menurut beliau, Iran sejak awal Revolusi 1979 lagi telah menjadikan pembebasan Palestin sebagai antara agenda utama yang menjadi tunjang kepada pembentukan Republik Islam Iran. “Setiap tahun, Iran secara konsisten memperuntukkan dana tanpa had bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin. Ini adalah komitmen dasar yang tidak pernah berubah,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook beliau, semalam. Jelas beliau lagi, kekuatan sokongan Iran terhadap Palestin itulah yang menjadikan negara itu sasaran berterusan kuasa Barat dan Israel melalui pelbagai bentuk tekanan termasuk perang Iraq-Iran serta sekatan ekonomi berpanjangan. “Namun segala usaha untuk menjatuhkan Iran gagal, malah negara itu kekal menjadi benteng utama dalam menentang penjajahan rejim zionis,” tambah beliau. Katanya, antara kejayaan terbesar Iran dalam membina kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak adalah pembangunan teknologi roket yang tidak mempunyai had jangkauan, di mana hanya beberapa negara sahaja di dunia memiliki teknologi seumpama itu, iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan China. Mengulas mengenai realiti yang berlaku ketika ini, beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat menjelaskan bahawa Barat sebenarnya mahu Iran tunduk kepada kehendak mereka agar tidak menjadi ancaman dan menggugat keselamatan negara haram Israel. “Namun Iran kekal dengan prinsip pembebasan Baitulmaqdis dan menamatkan penjajahan rejim zionis Israel ke atas bumi Palestin. “Jika Iran menurut kehendak Barat, maka nasibnya akan menjadi sama seperti negara-negara Arab lain yang hanya menjadi 'pak turut' dan tidak mempunyai jati diri,” tegasnya. Tambah beliau, Israel merasakan masa yang sesuai untuk menentang Iran adalah apabila dua tahun konflik berlaku di Gaza, yang telah melemahkan Hamas dan Hizbullah, selain kerajaan Basyar al-Assad dijatuhkan dan Yaman terus diserang. “Itulah hakikat sebenarnya. Adapun alasan-alasan lain hanyalah untuk mengaburi mata semata-mata. Bebaskan Masjid Al-Aqsa, merdekakan Palestin,” ujar beliau dengan penuh pengharapan.
16 Jun 25
92