lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu Catat Kadar Kelahiran Tertinggi
Terengganu Catat Kadar Kelahiran Tertinggi
KUALA TERENGGANU, 17 Oktober – Terengganu mencatatkan kadar tertinggi Kadar Kelahiran Kasar (CBR) pada tahun 2020 di Malaysia dengan 21.6 kelahiran bagi setiap seribu penduduk. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata semua negeri mencatatkan penurunan bilangan kelahiran hidup pada 2020 berbanding 2019 kecuali Terengganu, Perlis dan Labuan. Mengulas lanjut, katanya penurunan bilangan kelahiran itu mengakibatkan CBR di Malaysia menurun daripada 15.0 kelahiran pada 2019 kepada 14.4 bagi setiap seribu penduduk pada 2020. “Antara daerah dengan kadar tertinggi di Malaysia adalah Kuala Terengganu mencatatkan CBR teratas pada tahun 2020 dengan 26.9 kelahiran setiap seribu penduduk. “Ini diikuti oleh tiga daerah di Terengganu iaitu Marang (25.0), Setiu (22.7) dan Besut (22.7). “Sementara itu, CBR terendah dicatat oleh Kinabatangan, Sabah pada 3.7 kelahiran per seribu penduduk, diikuti oleh Timur Laut, Pulau Pinang (6.9) dan Putatan, Sabah (7.3),” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Dr Mohd Uzir menjelaskan, wanita memainkan peranan yang penting dalam menentukan bilangan dan kadar kelahiran dalam sesebuah negara. "Trend penurunan kelahiran ini disumbangkan oleh peningkatan taraf pendidikan wanita dan peningkatan pembabitan wanita dalam tenaga buruh. "Selain itu, faktor seperti peningkatan purata umur perkahwinan pertama, kesan evolusi pembandaran, perubahan gaya hidup, status ekonomi dan peningkatan penggunaan kaedah perancang keluarga juga turut menyumbang kepada trend penurunan kelahiran pada masa ini," katanya lagi.
15 Oct 21
353
Kadar Kesuburan Wanita Malaysia Menurun, Tapi Terengganu...
Kadar Kesuburan Wanita Malaysia Menurun, Tapi Terengganu...
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia mencatatkan penurunan kepada 1.7 anak pada 2020 namun Terengganu merekodkan kadar di atas paras penggantian iaitu 2.9 anak. Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata Kadar kesuburan pada tahun 2020 merupakan yang terendah sejak empat dekad yang lalu dengan 4.9 anak bagi setiap wanita pada tahun 1970. Katanya, bagi peringkat negeri, semua negeri mencatatkan TFR di bawah paras penggantian kecuali tiga negeri iaitu Terengganu, Putrajaya (2.8 anak) dan Kelantan (2.7 anak). “Kadar kesuburan Malaysia berada di bawah paras penggantian 2.1 anak mulai tahun 2013,” jelasnya dalam satu kenyataan. Merujuk kepada manual Principles and Recommendations For A Vital Statistics (Revision 3), United Nations Statistics Division (2014), paras penggantian 2.1 bermaksud purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seorang wanita dengan menanggung seorang anak perempuan yang hidup sehingga anak tersebut melahirkan anak. “Antara faktor penurunannya adalah peningkatan purata umur perkahwinan pertama, kesan evolusi pembandaran, perubahan gaya hidup, status ekonomi dan peningkatan penggunaan kaedah perancang keluarga juga turut menyumbang kepada trend penurunan kelahiran pada masa ini. “Jika paras penggantian kesuburan kekal dalam tempoh yang panjang, setiap generasi secara tepat akan menggantikan dirinya dan pasangannya tanpa mengambil kira migrasi penduduk,” jelasnya. Katanya, trend penurunan kadar kesuburan di Malaysia adalah selari dengan negara maju yang lain seperti Australia (1.7 anak), United Kingdom (1.7 anak), United States (1.7 anak), New Zealand (1.6 anak), Japan (1.4 anak) dan Republic of Korea (0.9 anak). "Trend yang sama juga diperhatikan di negara ASEAN iaitu Laos (2.6 anak), Philippines (2.5 anak), Kemboja (2.5 anak), Indonesia (2.3 anak), Vietnam (2.1 anak), Myanmar (2.1 anak), Brunei Darussalam (1.8 anak), Thailand (1.5 anak) dan Singapura (1.1 anak)," katanya.
15 Oct 21
688
Pengundian Baki 9 Buah RMM Batu Hampar, Secara Atas Talian
Pengundian Baki 9 Buah RMM Batu Hampar, Secara Atas Talian
HULU TERENGGANU, 14 Oktober – Proses Pengundian pemilikan baki kekosongan sembilan unit Rumah Mampu Milik (RMM) Hamparan Permai Batu Hampar Manir daripada 444 kediaman berjaya diselesaikan melalui pengundian atas talian semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, sebanyak 1200 pemohon berdaftar  e-perumahan SUK Terengganu bermula 2015 sehingga 2019 berjaya ditapis kelayakan dan telah berjaya tersenarai dalam proses pengundian. “Isu pemilikan ini berlarutan sejak pembinaan perumahan tersebut bermula 2010 dan mula didiami fasa pertama pada tahun 2014 dengan timbul kekhilafan dari segi pembahagian sehingga berlaku penarikan hak milik. “Terlalu ramai yang datang jumpa dengan saya nak mohon rumah, maka kami diperingkat DUN buat keputusan untuk buat pengundian, walaupun masih ramai yang marah, saya harap ianya dapat meredakan keadaan,"ujarnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pengundian RMM Batu Hampar dibilik Seminar Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat PKM ADUN Manir Kubang lembek yang turut diadakan siaran langsung (Live) di Facebook Page rasmi YB Hilmi Dato’ Harun. Turut hadir Penolong Setiausaha PSU Operasi dan Penguatkuasaan bahagian perumahan SUK Terengganu, Muhammad Hazimin Mat Yassin, Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Puan Syarifah Nabihah Syed Omar dan Penghulu Mukim Manir, Khairul Syahril Othman.   Tambah Hilmi lagi, sembilan nama pemohon yang telah dibuat cabutan akan diproses syarat-syarat kelayakan semula oleh SUK Perumahan dan sembilan lagi nama dicabut untuk calon pemilikan menunggu jika berlaku penolakan kelayakan 9 undian awal mengikut angka giliran. Rumah RMM berkenaan dijual kepada yang layak dengan nilai RM68,000 setiap unit daripada harga kos sebenar RM130,000 yang mana tanggungan subsidi kerajaan kepada setiap unit bernilai RM62,000.
14 Oct 21
1131
PROJEK SUNGAI TIRUAN RM 300 JUTA BERMULA AWAL TAHUN HADAPAN
PROJEK SUNGAI TIRUAN RM 300 JUTA BERMULA AWAL TAHUN HADAPAN
14 Oct 21
133
PROGRAM OUTREACH PEKERJAAN BANTU RAKYAT DAPAT KERJA
PROGRAM OUTREACH PEKERJAAN BANTU RAKYAT DAPAT KERJA
14 Oct 21
176
DIJANGKA 1.5 JUTA PELANCONG KE TERENGGANU
DIJANGKA 1.5 JUTA PELANCONG KE TERENGGANU
14 Oct 21
53
RENTAS NEGERI DIBENAR RAKYAT PERLU LEBIH BERSEDIA
RENTAS NEGERI DIBENAR RAKYAT PERLU LEBIH BERSEDIA
14 Oct 21
39
JKM TERENGGANU TERIMA PERUNTUKAN RM2 JUTA PERSEDIAAN HADAPI BANJIR
JKM TERENGGANU TERIMA PERUNTUKAN RM2 JUTA PERSEDIAAN HADAPI BANJIR
14 Oct 21
111
TUKUN DAN UNJANG MILIK KOMUNITI,USAH MONOPOLI
TUKUN DAN UNJANG MILIK KOMUNITI,USAH MONOPOLI
14 Oct 21
89
Peniaga ‘Online’ Disyaki Edar Dadah Ditahan Polis
Peniaga ‘Online’ Disyaki Edar Dadah Ditahan Polis
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober - Polis menahan seorang peniaga dalam talian (online) yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di sekitar Terengganu dan Kelantan di sebuah rumah di Bukit Tok Beng di sini, jam 8.30 malam pada Selasa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Tium Ming Kung berkata, dalam serbuan itu polis menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan peniaga 'online' berusia 43 tahun yang dipercayai telah melakukan kegiatan itu sejak tiga tahun lalu. "Hasil pemeriksaan di lokasi berkenaan menemukan dadah jenis heroin dianggarkan seberat 28 gram (gram) dan dadah ini dipercayai untuk dijual di sekitar Terengganu dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu. Menurut Ming Kung, ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  Beliau juga  berkata, polis turut menyita enam kenderaan, empat jenis barang kemas dan sejumlah wang tunai RM27,400.00 dipercayai hasil jualan dadah. "Antara kenderaan yang di sita ialah Toyota Vellfire, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi, empat motosikal jenis Kawasaki Z800, Yamaha Y15 ZR serta dua motosikal Yamaha RXZ dengan keseluruhan nilai sitaan dianggarkan RM381,900," ujar Ming Kung . Katanya lagi, semua harta-harta yang diperoleh secara haram daripada sumber kegiatan dadah juga akan disiasat dan dilucuthakkan.  
14 Oct 21
698