lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Lima Projek RMK-12 Mampu Rancakkan Sosioekonomi Terengganu
Lima Projek RMK-12 Mampu Rancakkan Sosioekonomi Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Oktober - Lima projek berskala besar melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan  diteruskan di Terengganu bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan di negeri ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mustapa Mohamed berkata, antara projek itu ialah Taman Industri Polimer di Kertih di samping Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Kemaman, Pemuliharaan Muara Sungai di Besut, Dungun dan Setiu serta Tebatan Banjir di Kuala Terengganu Utara. Katanya, projek lain termasuk Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT237 membabitkan susur keluar Cukai di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ke Kemaman diikuti Projek Jalan Raya Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang. “Projek kelima pula membabitkan pembangunan kawasan penanaman getah pekebun kecil. “Pelbagai usaha dirancang untuk merancakkan ekonomi Terengganu dengan memanfaatkan kelebihan dan peluang sedia ada,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Pasca RMK-12 bersama kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.   Yang hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Dalam perkembangan sama, Mustapa berkata, pihaknya turut mengambil perhatian mengenai isu penyediaan bekalan elektrik di Pulau Redang dan Pulau Perhentian di samping kemudahan kesihatan untuk rakyat dan pertanian yang dibangkitkan bagi pembangunan baharu di Terengganu. “Kita berjanji dalam masa dua minggu lagi kita akan menjawab secara lebih terperinci kepada kerajaan negeri supaya dapat diberi pencerahan,” katanya
17 Oct 21
1447
Pakai Jaket Keselamatan Sepanjang Masa Bila Berkunjung Ke Tasik Kenyir
Pakai Jaket Keselamatan Sepanjang Masa Bila Berkunjung Ke Tasik Kenyir
DUNGUN, 17 Oktober - Orang ramai dinasihatkan mengutamakan pemakaian jaket keselamatan sepanjang masa ketika berada di Tasik Kenyir bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini. Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato' Razali Idris berkata, pihaknya akan berbincang  dengan pengusaha rumah bot, rumah rakit dan bot laju supaya langkah-langkah keselamatan dapat ditingkatkan termasuk mewajibkan pemakaian jaket berkenaan dapat diambil Katanya, tindakan tegas terhadap mereka yang masih ingkar mengenai keselamatan akan turut diambil bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. "Pihak kita juga sedang mengkaji untuk memberikan insuran perlindungan nyawa secara berkelompok ataupun bagi setiap tiket. "Ini termasuk memastikan barang-barang keselamatan lengkap disediakan pengusaha akan menjadi syarat utama, agar keselamatan pengunjung menjadi keutamaan," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pada Majlis Pra Pembukaan Muzium Bukit Besi, di sini pada hari ini. Tambahnya, dengan semua pihak mengambil sikap berhati-hati  kejadian yang melibatkan dua nyawa sebagaimana rumah rakit dahulu dan terkini melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui lemas terjatuh dari rumah bot tidak akan berlaku lagi serta akan menjadi pengajaran kepada semua. Dalam pada itu katanya, pihaknya turut bersetuju mengagihkan 3,000 pasang jaket keselamatan bernilai RM250,000 kepada pengusaha pelancongan di tasik buatan manusia berkenaan. "Disamping itu, kita akan mewujudkan pasukan penyelamat khas bagi melakukan pemantauan di setiap lokasi berisiko yang menjadi tumpuan pengunjung" ujarnya.              
17 Oct 21
1427
Muzium Bukit Besi Sasar Kehadiran 36,500 Pengunjung Setahun
Muzium Bukit Besi Sasar Kehadiran 36,500 Pengunjung Setahun
DUNGUN, 17 Oktober- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mensasarkan kehadiran 36,500 setahun ke Muzium Bukit Besi terutama peminat sejarah untuk menelusuri sejarah kegemilangannya seketika dahulu. Pengerusinya, Senator Dato Razali Idris berkata ia bukan sahaja menjadi tarikan kepada pengunjung dalam negara bahkan warga asing akan bertumpu terutama bagi mereka yang mempunyai nenek moyang yang pernah bekerja di lombong Bijih Besi. Katanya, pembinaan muzium berkenaan sangat penting dalam menyokong operasi dan pakej Pelancongan Bukit Besi Bandar Bersejarah sebagaimana Laporan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Besi dengan memfokuskan kepada sejarah perlombongan bijih besi. "Kita akan buat promosi secara besar-besaran dan kita juga dalam usaha untuk mengumpulkan lagi bahan-bahan yang bersesuaian untuk memberi gambaran dan maklumat kepada orang ramai untuk dijadikan sebagai pusat rujukan untuk tujuan ilmiah oleh institusi pendidikan. "Untuk dua bulan pertama ini kita buka secara percuma kepada orang ramai untuk hadir, di mana dalam satu masa boleh memuatkan 100 pengunjung dalam suatu masa pada fasa endemik nanti,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Majlis Pra Pembukaan Muzium Bukit Besi, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata muzium berkenaan akan dirasmikan sepenuhnya oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam masa terdekat. "Kita juga telah menandatangi perjanjian dengan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Univerisiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mengkaji artifak ataupun peninggalan sejarah dahulu yang ada di sekitar Bukit Besi ini. "Dengan wujudnya muzium ini, secara tidak langsung dapat mempromosikan produk-produk pelancongan yang sedia ada di kawasan berhampiran muzium juga di Bukit Besi ini seperti sejarah pasir Raja dan kita juga mempunyai Pokok Chengal terbesar di Asia Tenggara," katanya lagi. Tambah beliau, pihaknya juga mensasarkan 600 penduduk sekitarnya akan terlibat dalam pelbagai bidang bagi menjana ekonomi setempat. "Harapan saya dan semua penduduk agar pembinaan muzium ini dapat memelihara nilai sejarah yang ada ini untuk tatapan generasi akan datang selain merancakkan lagi sektor pelancongan negeri Terengganu," katanya. Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia kawasan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah Bukit Besi merupakan nadi pertumbuhan eknomi yang penting dalalam negara apabila aktiviti perlombongan dimulakan oleh Kuhara Mining dari Jepun pada Mei 1930 yang beroperasi 24 jam. Justeru itu katanya, pihaknya bersama 130 ahli persatuan berusaha mengumpul maklumat dan bukti semua perkara bersejarah untuk dijadikan rujukan bertepatan dengan muzium yang diwujudkan tersebut, agar generasi pada hari ini mengetahuinya. "Kami juga menghubungi dan mencari semula bekas pekerja yang pernah tinggal di Bukit Besi malah turut berhubung dengan waris warga asing yang pernah menetap di sini. Sebahagian peralatan yang ada telah dibeli daripada pemilik asal dan juga disumbangkan oleh waris dari Kanada dan Australia," ujarnya. Untuk rekod, antara monumen yang terdapat di muzium untuk pengunjung mengimbau kembali sejarahnya itu ialah, Stesen Crushing Plant, Stesen Opal, Stesen Kolam Renang, Stesen Simpan Bahan Letupan dan Stesen Chimney.    
17 Oct 21
1303
13,000 Petugas Kesihatan Di Terengganu Mula Terima Suntikan Dos Penggalak
13,000 Petugas Kesihatan Di Terengganu Mula Terima Suntikan Dos Penggalak
KUALA TERENGGANU, 17 Oktober - Kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan mula menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, penggalak secara berperingkat bermula  hari ini. Pengarahnya, Dato' Dr Kasemani Embong berkata suntikan akan dilakukan di enam hospital kerajaan dan di 20 Pusat Pemberian Vaksin Kementerian Kesihatan (PPVKK). "Suntikan dos penggalak hanya akan diberikan kepada mereka yang sudah melepasi tempoh sekurang-kurang enam bulan daripada tarikh penerimaan dos kedua secara sukarela,"katanya kepada pemberita. Sementara itu, pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan dan warga emas berusia 60 tahun ke atas,  akan diberikan di PPV swasta tidak lama lagi.  
17 Oct 21
763
HUJAN LEBAT DIJANGKA LANDA TERENGGANU AKHIR BULAN INI
HUJAN LEBAT DIJANGKA LANDA TERENGGANU AKHIR BULAN INI
17 Oct 21
166
Terengganu Impi Anak Tempatan Berlumba Dalam MotoGP
Terengganu Impi Anak Tempatan Berlumba Dalam MotoGP
KUALA NERUS, 17 Oktober – Kerajaan negeri yakin akan kebolehan anak-anak muda tempatan dalam sukan permotoran dan menetapkan cita-cita untuk menyertai saingan motosikal antarabangsa seperti kejuaraan Grand Prix Motosikal (MotoGP). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, impian tersebut berpotensi untuk direalisasikan melihat kepada pencapaian bakat pelumba muda seawal umur lapan tahun seperti Pelumba cilik Terengganu, Qabil Irfan Azlan. “Nama seperti Adam Danial Abdul Fattah dan juga Hakim Danish Ramli turut cemerlang dan sinonim dengan Kejohanan SIC MiniGP serta menyerlah bukan sahaja di peringkat nasional malah antarabangsa. “Di peringkat kejohanan Cub Prix juga ada pelumba daripada negeri ini yang telah juara, Insya-Allah dengan pelapis sebegini tidak mustahil bakal melahirkan bakal pencabar di pentas MotoGP pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Karnival Permotoran Anak Muda Terengganu 2021 di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Mohd Izwandy Ismail dan Pengarah Urus setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Mohd Nasir Abd Razak. Tambah Wan Sukairi, anjuran program permotoran tersebut telah lama dirancang namung kekangan pandemik menangguhkan usaha kerajaan dalam penganjuran tersebut. “Namun begitu, sempena Sambutan Hari Sukan Negara, Terengganu berjaya menganjurkan acara ini sebagai tanda galakkan dan sokongan kepada warga muda. “Kerajaan negeri sentiasa menyokong segala aktiviti dijalankan orang muda terutamanya yang bertujuan baik. Dalam ucapan saya tadi, saya turut menasihati anak-anak muda yang hadir agar sentiasa mengutamakan syariat agama dalam bersukan disamping tidak meninggalkan solat,” katanya lagi. Untuk pengetahuan Karnival Permotoran Anak Muda Terengganu 2021 mempertandingi empat kategori iaitu Sprint Test (Kereta) Sprint Test (Motorsikal), Time Attack Battle (Kereta) dan Time Attack Battle (Motorsikal).  
17 Oct 21
603
Transformasi Digital Beri Kemudahan Rujukan Maklumat Kepada ADUN
Transformasi Digital Beri Kemudahan Rujukan Maklumat Kepada ADUN
Oleh : Rohayati Ripin ALOR STAR, 16 Oktober -  Transformasi digital dalam memberi kemudahan rujukan maklumat kepada para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diterjemahkan melalui pembangunan sistem dimana ianya mampu menyediakan maklumat berkaitan institusi legislatif secara lebih efektif, efisien dan Interaktif.  Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, aplikasi seperti Perpustakaan Digital Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membantu dalam skop peranan mereka sebagai ahli badan legislatif dapat maklumat dengan cepat dan tepat. "Rombongan Pejabat DUN Terengganu membuat kunjungan ke Dewan Undangan Negeri Kedah, bukan sahaja untuk bertukar idea atau pandangan secara amnya namun secara spesifiknya turut mahu mendapatkan input melalui kunjungan ke Perpustakaan Digital Kedah bagi diadapatasi kepada sistem pembangunan sistem Perpustakaan Digital DUN Terengganu. "Kita dalam proses membangunkan Digital Library di peringkat DUN. Jadi oleh kerana kita baru diperingkat permulaan jadi kita nak ambil pengalaman apa di negeri Kedah yang sudah ada satu 'Digital Library," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Darul Aman pada semalam. Selain itu, katanya, apa yang penting dalam lawatan ini adalah bertukar pengalaman dari segi bagaimana sebuah badan legislatif melaksanakan peranan yang lebih baik dari semasa ke semasa. "Kita saling melengkapi apa yang baik ada di negeri kedah dan negeri lain yang kita lawati ada di Negeri Terengganu diambil pengalaman negeri lain.  "Kita juga ada menimba pengalaman baru yang ada di negeri Kedah sebagai contoh umpamanya kita didedahkan tadi berkait dengan penulisan hand-sign menggunakan suara yang secara automatik diterjemahkan secara tulisan," ujarnya lagi.  Justeru itu, selain dari mahu membina hubungan baik dengan Yang Berhormat Speaker dari negeri lain, beliau juga berhasrat menguruskan peranan badan legislatif dengan lebih berkesan dengan saling bekerjasama lengkap melengkapi maklumat dan pembaharuan diantara satu sama lain.
16 Oct 21
252
Tasik Kenyir Bakal Sesak Dengan Kehadiran Pelancong Luar
Tasik Kenyir Bakal Sesak Dengan Kehadiran Pelancong Luar
HULU TERENGGANU, 16 Oktober - Kawasan pelancongan Tasik Kenyir  dijangka lebih sesak dengan kehadiran pengunjung dari luar bermula minggu hadapan selepas kebenaran rentas negeri. Ketua Polis negeri, Dato' Rohaimi Md. Isa berkata, semalam Tasik Kenyir merekodkan jumlah pengunjung tertinggi iaitu 15,000 orang dengan jumlah kenderaan 4,500 buah. Katanya, dengan kehadiran pelancong yang semakin meningkat, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetap perlu dititikberatkan dan pihak polis akan melakukan pemantauan secara berterusan bagi membendung penularan Covid-19. "Kita jangka apabila masuk minggu kedua dan ketiga nanti pengunjung luar dari Terengganu akan datang untuk bercuti di sini termasuk menyewa rumah bot. "Oleh sebab itu, kita akan beri lebih tumpuan kepada  kawasan ini kerana jeti Tasik Kenyir lebih sesak dari jeti Pulau Perhentian dan Pulau Redang,"ujarnya kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan SOP di Tasik Kenyir, di sini hari ini. Katanya, hanya pengunjung yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan masuk dan pemeriksaan secara rawak akan dilakukan melalui aplikasi MySejahtera. Tambah beliau lagi, sebanyak enam pasukan melibatkan 12 pegawai dan 35 anggota  ditempatkan di Tasik Kenyir pada hujung minggu bagi memantau aliran trafik serta kesesakan pengunjung selain pemantauan SOP ditetapkan. Sementara itu, Rohaimi berkata Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mencatatkan peningkatan trafik melebihi 65 peratus bermula semalam.        
16 Oct 21
589
Kanak-Kanak Tiga Tahun Lemas Terjatuh Dari Rumah Bot
Kanak-Kanak Tiga Tahun Lemas Terjatuh Dari Rumah Bot
HULU TERENGGANU, 16 Oktober - Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dari sebuah rumah bot di di Air Terjun Sungai Lasir, Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir, semalam. Dalam kejadian jam 8.20 malam, mangsa Muhammad Al Fateh Muhammad Khairul Aiman yang tinggal di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu sedang bercuti bersama ahli keluarganya.  Ketua Polis negeri, Dato' Rohaimi Md. Isa berkata, kejadian itu berlaku ketika bapa mangsa Muhammad Khairul Aiman Mohd Ariffin, 30, sedang ambil air sembahyang untuk solat Isyak sebelum dimaklumkan anak bongsunya terjatuh ke dalam tasik berkenaan. "Salah seorang kakitangan rumah bot berkenaan telah terjun dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak ini namun mangsa tidak sedarkan diri lalu diberi bantuan pernafasan. "Mangsa dibawa ke jeti Pengkalan Gawi menggunakan bot laju dan diberikan bantuan pernafasan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di jeti berkenaan namun disahkan meninggal dunia pada jam 10.48 malam," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan SOP di Tasik Kenyir, di sini hari ini. Rohaimi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu bagi tujuan bedah siasat. Justeru itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk peka dan memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.  
16 Oct 21
1908
Rentas Negeri: Pengguna lebuh Raya LPT2  Disaran Patuh SOP  Di R&R, Hentian Sebelah
Rentas Negeri: Pengguna lebuh Raya LPT2  Disaran Patuh SOP  Di R&R, Hentian Sebelah
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Orang ramai yang menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) disarankan  supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila berada di kawasan awam seperti di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah. Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2, Suhaimi Samat berkata,ia berikutan susulan jangkaan peningkatan trafik bermula hujung minggu ini hingga cuti umum Maulidur Rasul, Selasa depan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera, memeriksa suhu badan dan menjaga jarak fizikal termasuk ketika beratur mendapatkan makanan. “Kami mengalu-alukan semua pelanggan untuk singgah di lima hentian rehat dan rawat (R&R) serta empat hentian sebelah dan bagi yang ingin makan secara ‘dine in’ di medan selera, mereka perlu menunjukkan status vaksinasi Covid-19 ketika membuat pesanan di gerai yang beroperasi. “Setiap pelanggan akan menerima pelekat hijau sebelum memasuki ruang makan dan sekiranya berlaku kesesakan hingga menjejaskan penjarakan fizikal, maka LPT2 serta rakan peniaga akan menawarkan pembelian makanan secara bungkus,” katanya dalam kenyataan di sini. Suhaimi berkata, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah LPT2 sentiasa dibersihkan serta dinyah kuman mengikut jadual. Di samping itu, katanya, berkata umat Islam yang ingin menunaikan solat di surau R&R juga perlu dihadkan dan disaran membawa kelengkapan solat sendiri seperti telekung serta sejadah. "Pihak kami  komited menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa kepada para pelanggan,"ujarnya.      
15 Oct 21
258