lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Eseri Jadi Pusat Sehenti  Produk Berasaskan Ekstrak Pokok Gelam
Eseri Jadi Pusat Sehenti  Produk Berasaskan Ekstrak Pokok Gelam
KUALA NERUS, 25 Oktober -  Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bakal menjadi pusat sehenti pengumpulan produk berasaskan ekstrak pokok gelam. Pengarahnya, Prof. Dr. Hafizan Juhair berkata, bagi mencapai sasaran itu pihaknya akan meningkatkan aktiviti pemasaran dan pengeluaran produk berkenaan yang sudah dipasarkan sejak Oktober 2018. Katanya, selain minyak gelam, produk berkenaan juga bakal dikembangkan dalam bidang perubatan dan kosmetik bagi tujuan kesihatan. “Aktiviti pengeluaran dan pembungkusan pula akan dijalankan di peringkat komuniti dengan penglibatan penduduk kampung sekali gus membantu mereka menjana pendapatan tambahan. “Eseri memiliki alat pengekstrakan minyak berskala besar bernilai RM70,000 dan kita kini giat melakukan ujian kualiti minyak gelam,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Unisza, di sini hari ini. Sementara itu, Ahmad Amzad berkata, pihaknya bersedia membantu Eseri bagi meningkatkan aspek komersial produk berasaskan pokok gelam. Katanya, berdasarkan rekod sebanyak 60 peratus pengeluaran pokok gelam negara disumbangkan oleh Terengganu. “Kita ada peruntukan khas di bawah program Malaysia Social Innovation (MySI) seperti bantuan peralatan kajian dan kemudahan lain,” katanya. – UTUSAN  
25 Oct 21
299
Sesi Persekolahan Terengganu, Johor Dibuka 7 November
Sesi Persekolahan Terengganu, Johor Dibuka 7 November
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan bagi Terengganu dan Johor mengikut ketetapan Fasa 4 Program Pemulihan Negara (PPN), akan bermula pada 7 November depan. KPM dalam kenyataannya berkata, ia selaras dengan penetapan pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan fasa baharu yang dilaksanakan selepas dua minggu dari tarikh peralihan. Bagaimanapun, sekolah kerajaan di bawah KPM di Johor dan Terengganu hanya akan memulakan operasinya pada 8 November kerana 7 November depan adalah cuti tambahan yang diperuntukkan dalam takwim KPM sempena perayaan Deepavali. “KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut. “Sehubungan itu, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Johor dan Terengganu terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa Tiga PPN pada 25 Oktober 2021. “Pengoperasian Fasa Tiga PPN ini melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Tingkatan 6 Semester 2, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia. “Ia turut melibatkan kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang lain,” jelas kenyataan berkenaan. Selain itu, ia turut melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah.  
25 Oct 21
1098
Pendidikan Konservasi Tuntung Laut Melalui Produk Pelancongan
Pendidikan Konservasi Tuntung Laut Melalui Produk Pelancongan
SETIU, 24 Oktober - Program konservasi tuntung laut adalah di antara produk pelancongan komuniti unik yang terdapat di Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan sungai di sekitar itu menjadi tumpuan penetasan tuntung laut dan sungai.   “Namun begitu, uniknya di sini berbanding Hulu Terengganu dan Kemaman, tuntung di sini adalah dua alam di mana mereka hidup di muara sungai dan laut,” katanya ketika ditemubual semalam. Menurut Pegawai Biologi Lapangan, Projek Setiu Wetlands daripada Tabung Alam Sedunia (WWF)-Malaysia, Muhammad Zaid Nasir, pihaknya bersama exco pelancongan telah melepaskan 74 ekor anak tuntung laut di Sungai Mangkuk berhampiran Kampung Baru Penarik, semalam. “Kerja pengutipan telur ini telah dijalankan WWF Malaysia dengan sokongan Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) sepanjang pantai Setiu. “Oleh itu, pihak kami bertanggungjawab dalam menyelamatkan telur spesis terancam ini dan hantar ke pusat penetasan untuk proses pengeraman sehingga 100 hari, kemudian setelah menetas ia akan dilepaskan di sini,” jelasnya. Menceritakan tentang latar belakang spesis haiwan reptilia yang bercengkerang tersebut, Zaid menerangkan, sebelum ini tuntung laut dapat ditemui hampir di semua negeri di Malaysia namun sekarang ianya hanya boleh ditemui di beberapa buah negeri sahaja kerana populasinya yang kian terancam.  "Di Terengganu, mereka hanya dapat ditemui di Sungai Paka dan Sungai Setiu dan kini dikategorikan sebagai Sangat Kritikal di dalam Senarai Merah Spesis Terancam IUCN. “Perancangan pada masa hadapan agar sebuah pusat informasi tuntung laut di Kampung Mangkuk dapat disediakan sebagai pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat umum tentang kepentingan menyelamat spesis haiwan ini,” katanya lagi.
24 Oct 21
907
TERENGGANU IMPI ANAK TEMPATAN BERLUMBA DALAM MOTOGP
TERENGGANU IMPI ANAK TEMPATAN BERLUMBA DALAM MOTOGP
24 Oct 21
79
LIMA PROJEK RMK 12 MAMPU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI TERENGGANU
LIMA PROJEK RMK 12 MAMPU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI TERENGGANU
24 Oct 21
69
KPDNHEP Usaha Percepat Program Community Drumming, Penghantaran LPG Di Pulau Redang
KPDNHEP Usaha Percepat Program Community Drumming, Penghantaran LPG Di Pulau Redang
HULU TERENGGANU, 24 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk melantik pembekal atau transporter secara rundingan terus, bagi mempercepatkan pelaksanaan semula program penghantaran gas memasak (LPG) dan Community Drumming ke Pulau Redang. Timbalan Menterinya, Dato Rosol Wahid berkata langkah tersebut bagi menyelesaikan isu harga gas petroleum cecair atau gas memasak itu yang membebankan penduduk Pulau Redang, selepas kemudahan itu dihentikan kerajaan sebelum ini. "Kita telah mengiklankan pembukaan tender untuk mencari dan melantik transporter bagi meneruskan semula program penghantaran LPG dan petrol serta diesel menerusi program Community Drumming. “Tetapi tidak ada pembekal yang memohon. Jadi pihak KPDNHEP telah berbincang dan mencadangkan kepada MOF untuk membuat lantikan transporter secara kaedah rundingan terus sebagai usaha mempercepatkan pelaksanaan semula program ini di Pulau Redang. “Kementerian berharap MOF akan bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kita mahu memastikan rakyat di kawasan pedalaman dan luar bandar termasuk di pulau ini tidak terbeban dengan kos sara hidup sekarang, terutama ketika ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Koperasi Rakyat Felda Bukit Bading di Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading, Ajil, hari ini. Rosol berkata, melalui program itu, kerajaan akan menampung kos pengangkutan barangan keperluan dari bandar ke kawasan pedalaman, luar bandar dan pulau bagi membolehkan pengguna di kawasan berkenaan turut menikmati harga yang sama seperti di bandar. Tambah beliau, kementerian sentiasa mendengar suara rakyat dan mengambil tindakan segera bagi menjamin kesejahteraan penduduk luar bandar, pedalaman dan pulau untuk mendapatkan barangan perlu pada harga sama sebagaimana dinikmati penduduk bandar. Menurutnya,  Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming atau lebih dikenali sebagai Program Penyeragaman Harga di Pulau Redang pernah dilaksanakan kerajaan sejak 2012 hingga 2018. Bagaimanapun, ia dihentikan seketika bermula awal 2019 hingga April tahun ini. "Program Penyeragaman Harga membabitkan penghantaran empat barangan keperluan iaitu beras, gula, minyak masak dan tepung kemudian diteruskan semula pada Mei lalu bagi meringankan beban penduduk yang kebanyakannya terjejas sejak wabak pandemik Covid-19 melanda,” katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan tahun ini membelanjakan sejumlah RM200 juta untuk Program Penyeragaman Harga di 802 kawasan di Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
24 Oct 21
538
Perumahan Baharu Bakal Dibina Di Telok Kalong, Kijal
Perumahan Baharu Bakal Dibina Di Telok Kalong, Kijal
KEMAMAN, 24 Oktober - Satu projek perumahan baharu  akan dibina diatas tanah kerajaan seluas 57.94 ekar di Kampung Teluk Kalong, Kijal. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh, berkata projek perumahan rakyat tersebut bertepatan dengan janji Kerajaan PAS Terengganu dalam manifestonya semasa pilihanraya umum lepas. Hazri Jusoh sedang berucap. "Saya bagi pihak Pejabat Penyelaras DUN Kijal amat berbesar hati diatas cadangan pembinaan perumahan ini yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan Kijal dan sekitarnya. "Selaras dengan ketetapan kerajaan negeri tempohari iaitu setiap individu yang berusia 21 tahun keatas yang berkelayakkan berhak memiliki sebuah rumah atau tapak rumah untuk keluarga mereka," katanya.s Beliau juga berkata seramai 5,749 orang dalam senarai menunggu bagi permohonan rumah untuk DUN Kijal yang perlu disegerakan. Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Perumahan, Nor Sophia Azura Mohd Husin ketika sesi taklimat itu berkata setiap pemohon hendaklah mengemaskini maklumat didalam sistem e-perumahan Terengganu versi tiga yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. Nor Sophia Azura Mohd Husin (depan) ketika sesi taklimat. "Kepada semua pemohon yang telah mendaftar di laman web e-perumahan versi satu dan dua, mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing di e-perumahan versi tiga sebelum 31 Disember 2021," katanya. Hazri dengan kerjasama Pejabat Tanah Kemaman menawarkan beberapa lagi kawasan untuk dimajukan dengan Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu di Kampung Bukit Takal, Kampung Mentauh dan di Kampung Seri Bandi. Sebanyak 583 unit RMM dan bercampur di Kampung Teluk Kalong telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan amanah diberikan kepada pemaju perumahan iaitu syarikat Arus Juta Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek berkenaan.
23 Oct 21
4090
Gaji Tinggi Namun Sangat Berisiko
Gaji Tinggi Namun Sangat Berisiko
KEMAMAN, 23 Oktober - Kimpalan bawah air bukanlah satu bidang baharu, malah ia merupakan pekerjaan yang mempunyai permintaan meluas di serata dunia tetapi memerlukan kelayakan dan keupayaan tinggi. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Shakib Ahmad Shakir berkata, pelbagai industri seperti minyak dan gas serta pembaikan kapal memerlukan juru kimpal bawah air yang berupaya memperoleh pendapatan enam angka setahun. “Namun begitu, peluang latihan dalam bidang ini adalah amat terhad kerana tidak banyak pusat latihan di Malaysia yang mampu menawarkan kursus ini. “Bidang ini memerlukan dua kemahiran utama iaitu menyelam dan mengimpal di bawah air. Oleh itu, peserta kursus pertu diberi latihan secukupnya bagi kemahiran-kemahiran ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memeriksa peralatan juru kimpal bawah air di Adtec Kemaman “Contohnya, Program Underwater Welding di ADTEC Kemaman mengambil masa 17 minggu dan terdin daripada empat modul utama seperti Open Water Diver, Commercial Diver, Wet Welding dan industry Preparation,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kompetitif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Bagi Program Kimpalan Bawah Air Di ADTEC Kemaman, kelmarin. Tambah Shakib, program tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada lulusan bidang kimpalan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh Malaysia dengan 160 permohonan telah diterima, “Namun hanya 10 orang calon terbaik telah ditawarkan mengikuti program setelah memenuhi semua kriteria dan melepasi tapisan-tapisan dalam sesi ujian dan temu duga,” jelasnya. Antara 10 calon terpilih (berbaju putih, tali leher merah) di Adtec Kemaman Katanya, yuran pembiayaan untuk menjalani kursus Kimpalan Bawah Air adalah sangat tinggi kerana kursus ini melibatkan pensijilan oleh badan antarabangsa seperti The Australian Diver Accreditation Scheme (ADAS), The National Association of Underwater Instructors (NAU) dan Professional Association of Diving Instructors (PADI). Mengulas tentang usaha program pembiayaan bagi menyokong agenda pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah membiayai program-program Underwater Welding berjumlah RM720 ribu bagi melatih 40 orang pelatih. “Program Underwater Welding merupakan satu program yang melibatkan kos pembelajaran yang tinggi mencecah RM46 ribu bagi setiap pelatih. Kos yang tinggi ini bukan sahaja melibatkan kos latihan semata-mata menganugerahkan pensijilan professional,” jelasnya dalam satu kenyataan.
23 Oct 21
925
Saluran Aduan Khusus P-Hailing Diwujudkan
Saluran Aduan Khusus P-Hailing Diwujudkan
HULU TERENGGANU, 23 Oktober -  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewujudkan saluran aduan khas mengenai perkhidmatan Penghantaran Makanan dan Bungkusan Bermotosikal (p-hailing) khusus untuk peniaga dan pengguna perkhidmatan tersebut. Timbalan Menterinya, Dato Rosol Wahid berkata saluran itu  bertujuan membantu peniaga dan pengguna menyalurkan aduan bagi memudahkan kementerian mengenal pasti kes dan isu dibangkitkan untuk langkah selanjutnya. "Pada tahun lepas, KPDNHEP menerima 1,933 aduan berhubung p-hailing dan sehingga Ogos 2021, 989 aduan yang sama telah diterima. "Ada peniaga memberitahu bahawa apa yang mereka dapat (bayaran) bercanggah atau berkurangan daripada yang sepatutnya. Tetapi apabila  mereka (peniaga) mengadu kepada syarikat p-hailing yang berkenaan, syarikat tersebut mendakwa tersalah kira dan sebagainya. "Dengan adanya platform aduan khas, peniaga dan pengguna boleh menyalurkan sebarang isu berbangkit berkaitan perkhidmatan berkenaan dengan lebih berfokus,"ujarnya. Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Koperasi Rakyat Felda Bukit Bading di Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading, Ajil, hari ini. Dalam masa yang sama, Rosol berkata kementerian juga menjalankan kajian penggunaan perkhidmatan p-hailing di kalangan peniaga dan vendor. "Kajian tersebut bagi mendapatkan maklumat  sokongan bagi mencari kaedah penyelesaian terhadap isu- isu yang timbul dalam ekosistem p-hailing ini,"katanya. Tambah beliau, peniaga, pengguna atau mana-mana pihak berkaitan kini boleh salurkan sebarang aduan berkaitan khidmat p-hailing menerusi adu.khidmatpenghantarmakanan@kpdnhep.gov.my.
23 Oct 21
205
Teliti Pinjaman Mudah Untuk Penternak Bagi Kawal Harga Ayam
Teliti Pinjaman Mudah Untuk Penternak Bagi Kawal Harga Ayam
HULU TERENGGANU, 23 Oktober - Kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian pinjaman mudah kepada penternak ayam sebagai langkah menangani isu kenaikan harga sumber protein itu di pasaran. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Rosol Wahid berkata, kemudahan pinjaman mudah antara cadangan yang diperincikan di samping beberapa langkah lain untuk mengatasi isu kenaikan harga ayam, terutama bagi jangka panjang. "Kementerian Kewangan (MOF) juga menyambut baik cadangan tersebut (pinjaman mudah). "Jadi, pinjaman mudah ini dilihat dapat membantu mereka  menstabilkan pengeluaran ayam dan kos operasi, sekaligus menstabilkan harga ayam di pasaran," ujarnya. Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Koperasi Rakyat Felda Bukit Bading di Bangunan Koperasi Felda Bukit Bading, Ajil, hari ini. Menurut beliau, cadangan tersebut hasil libat urus yang telah  dijalankan KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama pemain industri, yang mana pemain industri penternakan ayam memohon kerajaan memberikan pinjaman mudah atau soft loan dalam tempoh  antara dua hingga tiga tahun. "Ini kerana isu yang dihadapi penternak ayam sehingga berlaku kenaikan harga sumber protein itu bukan hanya masalah kenaikan kos dedak ayam, tetapi juga kos operasi," katanya Tambah Rosol, pihaknya juga meneliti semua cadangan-cadangan untuk mengatasi isu kenaikan harga  ayam untuk jangka panjang kerana tidak mahu isu harga terus berulang di masa depan.
23 Oct 21
134