lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Tiga Strategi Kekang COVID-19 Semasa Musim Banjir
Tiga Strategi Kekang COVID-19 Semasa Musim Banjir
KUALA TERENGGANU, 2 Disember – Kerajaan Negeri sedang mengambil tiga langkah proaktif bagi mengekang penularan wabak COVID-19 jika berlakunya bencana banjir di mana-mana kawasan dalam Terengganu. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, di peringkat Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pihaknya telah mencadangkan agar semua daerah menyediakan satu bilik isolasi bagi mangsa banjir bergejala. “Ini bagi memastikan mereka yang disyaki dijangkiti COVID-19 dikuarantinkan, jika didapati kategori kritikal, maka mereka akan dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut. “Selain itu, saya juga sarankan semua daerah agar menyediakan sebuah hospital sementara bagi kes-kes virus tersebut bagi penempatan mangsa positif. “Contohnya jika dipindahkan ke sebuah sekolah ia boleh dijadikan sebagai pusat rawatan sementara,” katanya selepas majlis bersama media di Hotel Sumai, petang semalam. Tambahnya, Prosedur Operasi Standard (SOP) di PPS juga akan dikemaskini dan ditambahbaik sejak ia dilaksanakan pada tahun lepas. “Antaranya seperti pengamalan penjarakkan sosial, dahulunya mungkin masa ditempatkan dalam bilik kecil, sekarang ini kita perbesarkan. "Manakala bagi mereka yang telah divaksin penuh atau tidak pernah menerima dos suntikan, kita masih memperhalusinya. “Saya dapati tahun lepas di Kemaman, pematuhan SOP amat memuaskan dengan pengambilan suhu serta mangsa yang demam akan dikuarantin,” jelasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri.
02 Dec 21
249
'Terima Kasih Dr Khairuddin' - Petugas Pusat Kuarantin
'Terima Kasih Dr Khairuddin' - Petugas Pusat Kuarantin
KUALA NERUS, 2 Disember – Meskipun menghala fasa endemik, pertarungan ‘frontliners’ masih berterusan pada masa kini, justeru, Ahli Parlimen Kuala Nerus sekali lagi mengambil cakna menerusi sumbangan kepada 55 orang petugas kesihatan di Pusat Kuarantin COVID-19 (PKRC) Gong Badak. Wakil Pusat Khidmat kawasannya, Raja Arizal Raja Arif berkata, biarpun negara menuju fasa endemik, petugas-petugas kesihatan masih terus giat melakukan tanggungjawab sebagai satu amanah untuk dilaksanakan untuk kebaikan rakyat. “PKRC di Gong Badak masih aktif menjaga 200 pesakit yang dirawat dan memerlukan pengawasan sebaiknya dalam usaha mengawal penularan virus. “Sumbangan wang tunai, lampin pakai buang kanak-kanak serta beberapa keperluan lain adalah sebagai tanda kebersamaan kita untuk saling membantu antara satu sama lain. “Dato’ Dr Khairuddin sentiasa menghargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan bahkan cakna untuk terus membantu jika diperlukan,”  katanya selepas menyampaikan bantuan di PKRC Gong Badak, baru-baru ini. Turut serta dalam penyampaian sumbangan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Angsa, Mohd Rabbani dan Pegawai Khas (Hal Ehwal DUN Seberang Takir) Azmi Mokhtar. Mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, beliau mengharapkan ia dapat menjadi penyunting semangat buat petugas-petugas agar terus berbakti kepada masyarakat, negeri dan negara.
02 Dec 21
526
Hujan Berterusan, Fenomena Air Pasang Pada Jumaat
Hujan Berterusan, Fenomena Air Pasang Pada Jumaat
KUALA TERENGGANU, 2 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melanjutkan amaran hujan berterusan peringkat kuning di seluruh negeri Terengganu yang dijangka berlarutan sehingga esok diikuti fenomena air pasang. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, Perairan pantai Terengganu juga dijangka akan mengalami fenomena air pasang besar bermula malam ini. “Berdasarkan ramalan, paras air laut akan meningkat sehingga 3.7 meter dengan waktu kemuncak pada 5 (Ahad 10.30 malam) hingga 6 Disember (Isnin 11.30 malam). “Ini akan meningkatkan lagi risiko banjir pada musim tengkujuh. “Diharapkan mereka yang menetap di kawasan tepi pantai dari Besut sehingga Kemaman agar berwaspada potensi dibadai angin dan ombak besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau turut menyeru seluruh warga negeri agar mengadakan Solat Tahajud dan Solat Hajat agar tidak berlaku banjir besar dan ribut semasa mengharungi waktu genting tersebut.  Terdahulu, sebanyak 37 kampung di Terengganu dijangka berdepan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar serta hujan lebat yang berterusan.
02 Dec 21
1261
EMPAT RESTORAN DIKOMPAUN LANGGAR PEMATUHAN HARGA
EMPAT RESTORAN DIKOMPAUN LANGGAR PEMATUHAN HARGA
02 Dec 21
221
Amaran Hujan Berterusan Di Terengganu Bermula Esok
Amaran Hujan Berterusan Di Terengganu Bermula Esok
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning di seluruh negeri Terengganu bermula esok. MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, amaran cuaca tersebut dijangka berlarutan sehingga Jumaat di semua kawasan. Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, semua agensi kerajaan di peringkat daerah telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir. “Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bulan disember ini dijangka hujan hampir 1000 mm belum lagi didapati belum turun. “Saya mengharapkan kepada semua rakyat khususnya yang tinggal di tanah rendah agar segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebelum paras air meningkat, ini bagi memastikan tiada tercicir akhir saat terutamanya pada waktu malam. “Kedua, penduduk berdekatan kawasan sungai agar waspada fenomena kepala air, kurangkan beriadah bersama keluarga pada musim Monsun Timur Laut ini,” katanya lagi. Jelasnya, pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Khidmat Malaysia Terengganu akan sentiasa bersedia untuk memberi bantuan jika perlu.
01 Dec 21
1083
Wanita Terengganu Antara 43 Individu Di Dunia Berdarah Emas
Wanita Terengganu Antara 43 Individu Di Dunia Berdarah Emas
KUALA TERENGGANU, 1 Disember – Seorang wanita Terengganu tergolong dalam 43 individu yang mempunyai darah paling sukar ditemui di dunia atau berdarah emas. Menurut Perkhidmatan Tabung Darah Negeri Terengganu, wanita tersebut diklasifikasikan sebarah penderma darah Rhnull. “kelompok ini paling sukar ditemui di dunia dan setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut. Di Malaysia, hanya beliau seorang setakat ini. “Darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejuk bekukan dan seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius selama 10 tahun. “Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan,” katanya menerusi satu hantaran, baru-baru ini. Sementara itu, pihaknya turut mengajak seluruh warga agar turut sertai menyumbang darah dalam usaha menyelamatkan mereka yang memerlukan. Menurut Akademi Sains Australia, orang yang hidup dengan jenis darah ini tidak mempunyai sebarang antigen Rh (protein) pada sel darah merah. Dilaporkan bahawa kumpulan darah yang jarang ditemui pertama kali ditemui pada wanita Orang Asli Australia pada tahun 1961. Jarangnya bermakna derma Rhnull amat terhad dan sukar diperoleh apabila individu dengan jenis darah tersebut memerlukan transfusi. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan jadual pusat derma darah mengikut daerah, ikuti ‘Derma Darah Terengganu Kite’ di Facebook serta saluran Telegram Derma Darah Terengganu di pautan : https://t.me/DermaDarahTerengganu
01 Dec 21
4338
PROJEK RUSA NUKLEUS TERENGGANU SASAR KELUAR HASIL 2023
PROJEK RUSA NUKLEUS TERENGGANU SASAR KELUAR HASIL 2023
01 Dec 21
281
PENGAMAL MEDIA PUJI USAHA KERAJAAN TERENGGANU
PENGAMAL MEDIA PUJI USAHA KERAJAAN TERENGGANU
01 Dec 21
287
Nehz Squad 'Raja' PUBG Terengganu 2021
Nehz Squad 'Raja' PUBG Terengganu 2021
01 Dec 21
240
LULUS PERUNTUKAN RM1.5 JUTA PERKASA UKIRAN KAYU TERENGGANU
LULUS PERUNTUKAN RM1.5 JUTA PERKASA UKIRAN KAYU TERENGGANU
01 Dec 21
423