lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
Kerajaan Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri tekad dalam mencapai standard ISO9000 bagi memendekkan urusan birokrasi supaya lebih efisyen dalam memudahkan golongan usahawan negeri memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan perniagaan.
27 Dec 21
338
MPOGCF Tekad Tangkis Persepsi Negatif Industri Minyak Sawit
MPOGCF Tekad Tangkis Persepsi Negatif Industri Minyak Sawit
Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) buat julung kali bakal memperluaskan inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta haiwan liar di Terengganu sekaligus mengurangkan persepsi terhadap industri sawit negara.
27 Dec 21
321
Permohonan Tangguh Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dibuka Mulai Esok
Permohonan Tangguh Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dibuka Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 27 Disember - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan akibat banjir ketika ini, boleh mengemukakan permohonan untuk penangguhan bayaran balik pinjaman, mulai esok hingga 31 Mac tahun depan. PTPTN dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan permohonan itu boleh dikemukakan melalui portal rasmi: www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir, atau dengan hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran. Menurut kenyataan itu, tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan berkenaan. "Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan, bermula pada bulan sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN, dan dua bulan ke hadapan antara Disember 2021 hingga Mei 2022. "Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui emel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan. "Sehubungan itu, peminjam diingatkan agar mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan berkenaan dapat disampaikan kepada mereka," katanya. PTPTN sekali gus merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman itu bagi mereka yang terkesan akibat banjir. Katanya, PTPTN komited memastikan urusan terbabit dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan peminjam. "Pelbagai usaha dilaksanakan PTPTN bagi membantu dan meringankan beban peminjam ketika berdepan bencana ini. "Permohonan secara dalam talian bagi penangguhan bayaran balik pinjaman ini ialah antara keprihatinan PTPTN untuk memudahkan urusan peminjam. "Permohonan dapat dibuat hanya di hujung jari dengan lebih mudah, cepat dan selamat di mana saja mereka berada. "Selain itu, peminjam juga diberi pilihan jika ingin membuat permohonan melalui mana-mana kaunter Pejabat PTPTN yang berhampiran, mengikut keselesaan mereka," katanya. Menurut kenyataan itu, usaha kerajaan memelihara kebajikan rakyat amnya dan peminjam PTPTN khususnya, jelas membuktikan keprihatinan kepada golongan terjejas bagi memastikan kelangsungan hidup mereka. Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my di ruangan Soalan Lazim. Selain itu, boleh menghubungi PTPTN melalui Careline PTPTN di 03-2193 3000 (beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang); Live Chat di www.ptptn.gov.my; e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/; Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn; dan media sosial rasmi PTPTN.- BERITA HARIAN
27 Dec 21
232
International Golden Monsoon Ride Janji Cabaran Menarik Tahun Depan
International Golden Monsoon Ride Janji Cabaran Menarik Tahun Depan
KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Menutup tirai 2021, Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) menjanjikan pengalaman aktiviti berbasikal 'off-road' lebih baik dengan penganjuran International Golden Monsoon Ride, tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, berikutan kejayaan penganjuran Golden Monsoon Ride 2021 baru-baru ini, pihaknya berhasrat mengangkat kejohanan berkenaan ke peringkat antarabangsa pada tahun 2022. "Saya rasa berjaya dan kita dapat lihat penyertaan yang banyak daripada pelbagai pihak dalam dan luar terengganu. Terdapat sekitar 800 peserta daripada anak-anak syarikat, individu persendirian dan kelab-kelab berbasikal di Terengganu serta luar. "Kita nampak sebenarnya kategori cabaran MTB (Mountain Bike) ini kita boleh bawa ke peringkat antarabangsa, sebab saya diberitahu Terengganu Cycling Team (TSG) sendiri trek itu amat menarik dan mencabar, sesuai untuk kita tingkatkan ataupun ketengahkan di peringkat antarabangsa. "Jadi kita akan tengok bagaimana. Untuk akan datang, kita akan namakan International Golden Monsoon Ride dengan hadiah yang amat menarik dan kita akan tingkatkkan lagi lebih banyak kategori pada tahun-tahun akan datang," katanya pada kejohanan yang berlangsung di Setiu, baru-baru ini. Terdahulu, Golden Monsoon Ride 2021 mengangkat kategori off-road sejauh 25 kilometer sebagai perlumbaan utama dengan cabaran pendakian lima bukit dalam cuaca hujan bertempat di Akademi TDM Sungai Tong. Kejohanan tersebut menawarkan hadiah berupa tunai RM1,500 bagi pemenang yang dimenangi oleh pelumba TSS, Shahrul Mat Amin. Selain itu, Golden Monsoon Ride turut menawarkan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal Honda ADV 150 berharga lebih RM10,000.  
27 Dec 21
606
Kehilangan Besar Sukan Rugbi Terengganu - Exco Sukan
Kehilangan Besar Sukan Rugbi Terengganu - Exco Sukan
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Kerajaan negeri menyifatkan pemergian ketua jurulatih skuad ragbi Terengganu, Izaimi Zainuddin sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja buat sukan ragbi Terengganu tetapi juga buat negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Allahyarham adalah antara individu yang begitu komited dalam pembangunan sukan, bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di peringkat kebangsaan. "Sudah tentu pemergian Allahyarham satu kehilangan besar khususnya di Terengganu terutama dalam pembangunan sukan ragbi pada peringkat akar umbi. "Kami begitu terasa kehilangannya kerana sukan ragbi antara yang kita sasarkan untuk mendapat pingat dalam Sukan Malaysia (Sukma), lagipun sekarang sukan itu berada pada landasan terbaik untuk mengutip pingat. "Jika diimbas kembali baru-baru ini kita sudah selesai pertandingan ragbi yang diadakan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Gong Badak, jadi ketika kita mengilap bakat-bakat yang ada ini, tiba-tiba berlaku kematian, jadi sudah tentulah warga ragbi agak terasa kehilangannya. "Bagaimanapun kita yakin dengan asas yang dibina oleh Allahyarham, kita akan meneruskan kesinambungan bagi memastikan sukan itu terus bertapak kukuh di Terengganu lebih-lebih lagi stadium baharu dinaik taraf baru-baru ini," katanya selepas merasmikan Marang Monsoon Challenge di Marang hari ini. Terdahulu, Izaimi, 48 menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman susulan pembedahan kerongkong di hospital berkenaan pada Khamis. Allahyarham yang juga guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Terengganu adalah ketua jurulatih skuad Piala Agong dan Sukma Terengganu bermula 2017 hingga kini. Allahyarham juga pernah membimbing skuad negara Bawah-15 (B-15), B-17, B-19 dan B-20. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.
27 Dec 21
473
Ternakan Secara Hobi Mewah Tidak Layak Mohon Ganti Rugi
Ternakan Secara Hobi Mewah Tidak Layak Mohon Ganti Rugi
KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Mana-mana individu yang mengusahakan ternakan secara hobi mewah tidak layak untuk memohon bantuan Tabung Bencana Pertanian Terengganu sekiranya binatang tersebut mati kerana bencana. Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, kebiasaan mereka yang memeliharanya disifatkan berkemampuan dari segi kewangan. Menurutnya, haiwan yang dibela sebagai hobi mewah ini tidak dikategorikan sebagai penerima bantuan Tabung Bencana Pertanian kerana bukan dalam industri ternakan yang menjana sumber bekalan makanan negeri yang menjadi hala tuju pertanian negeri. “Ambil maklum aktiviti pemeliharaan haiwan seperti arnab import berharga lebih RM3,000 seekor di samping ayam serama atau ikan hiasan yang bernilai ribuan ringgit seekor tidak dikategorikan dalam senarai penerima bantuan Tabung Bencana Pertanian.   “Saya mencadangkan haiwan mahal seumpama itu perlu dilindungi oleh insuran kerana kerajaan negeri tidak menyediakan peruntukan untuk bayaran ganti rugi misalnya kematian 20 ekor arnab yang nilainya melebihi RM60,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.  Menurut Azman, Tabung Bencana Pertanian Terengganu memperuntukkan RM1 juta setahun untuk tiga sektor utama pertanian, penternakan dan perikanan bagi seluruh negeri sekiranya mereka ditimpa bencana. “Sebanyak RM588,000 disalurkan kepada 679 petani, penternak dan nelayan di negeri ini yang terkesan akibat banjir dan ribut dalam tempoh dua tahun sejak 2020. “Penerima paling banyak melibatkan pemain dalam sektor pertanian iaitu 496 orang dengan sumbangan berjumlah RM301,000 diikuti penternakan RM153,000 (89 penerima) dan perikanan sebanyak RM134,000 (83 orang),”ujar beliau.  
27 Dec 21
1155
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
800 Pengayuh Meriahkan Cabaran Berbasikal Monsun Marang
MARANG, 26 Disember - Seramai 800 peserta dari dalam dan luar negeri memeriahkan acara berbasikal Cabaran Monsun Marang (MMC) 2021 di sekitar daerah ini pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program anjuran Persatuan Lumba Basikal Terengganu dengan kerjasama Majlis Daerah Marang itu menerima sambutan menakjubkan meskipun diadakan pada musim tengkujuh. “Acara ini mempertandingkan empat kategori iaitu ‘Road Race’ (78 KM), ‘Mountain Bike Race’ (25 KM), ‘Women Open (25 KM) dan kayuhan santai (25 KM) yang bermula di Dataran Bandar Marang. “Di samping kewujudan laluan berbasikal baharu di daerah ini, anjuran sebegini boleh diadakan setiap kali hari cuti dan pelepasan sama ada di peringkat komuniti setempat, daerah dan negeri. Wajah ceria mewarnai Fun Ride MMC 2021 “Sambutan peserta daripada negeri-negeri seperti Johor, Selangor, Perak dan lain-lain lagi menunjukkan sukan ini bukan sahaja terkenal dengan atlet malah rakyat biasa juga, insya-Allah, penganjuran ini dapat diteruskan dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengayuh luar,” katanya. Beliau berkata demikian selepas acara flag-off MMC 21, di Dataran Bandar Marang, pagi tadi. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YM Tengku Bijaya Raja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pegawai Daerah Marang, Lizan Che Mat serta Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya. Tambah Wan Sukairi, kejayaan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu dalam kejohanan Terbuka Negeri Sembilan meningkatkan lagi momentum dalam sukan tersebut. “Mungkin disebabkan perhatian tinggi dan fokus diberikan panel jurulatih dan para atlet meskipun mengharungi fasa pandemik COVID-19, namun kita terus mengambil ruang dan peluang melalui latihan atas talian dan penyertaan dalam kelonggaran diberikan,” katanya lagi.  
26 Dec 21
814
200 Petugas Khidmat Malaysia Kemaman Ke Pahang
200 Petugas Khidmat Malaysia Kemaman Ke Pahang
KEMAMAN, 27 Disember - Seramai 200 orang petugas sukarelawan Khidmat Malaysia (KM) Parlimen Kemaman digerakkan ke Kuantan bagi memberi bantuan kepada masyarakat yang terlibat dengan banjir besar baru-baru ini.  Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Kemaman di laman media sosialnya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan. "Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Khidmat Malaysia Kemaman yang telah menyertai misi kemanusiaan ini terutama Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Jabatan Amal, Ameerah, Briged Muslimat, PAKAT 4×4, Radio Amatur Kemaman (RAK) dan seluruh petugas dari DUN Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih. "Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran atas penat lelah kalian yang turun membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh mangsa banjir sama ada dalam 'Ops Bersih' maupun agihan makananan dan semua penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan kepada mangsa banjir  secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi bantuan banjir kali ini," katanya. Pasukan KM Kemaman ditempatkan untuk bertugas di Taman Sri Inderapura, Taman Sungai Isap Damai dan Pekan Sungai Lembing dan sebanyak 2000 bungkus nasi 'Dapur Rakyat' telah diagihkan dikawasan tersebut.
26 Dec 21
420
Penduduk Kg Pasir Raja Perlu Siap Siaga Hadapi Banjir Gelombang Ketiga
Penduduk Kg Pasir Raja Perlu Siap Siaga Hadapi Banjir Gelombang Ketiga
KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Penduduk di Kampung Pasir Raja, Dungun harus bersedia menghadapi kemungkinan gelombang ketiga banjir yang dijangka berlaku pada 30 dan 31 Disember ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, mereka dinasihatkan peka dengan perkembangan cuaca di kawasan masing-masing dan jika arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta pejabat daerah mereka perlu segera berpindah. Katanya, semua pihak yang terlibat perlu sentiasa waspada dengan situasi semasa dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya dikehendaki berpindah ke PPS terutama penduduk di kawasan berisiko tinggi. "Langkah-langkah awal perlu diambil termasuk menyimpan barangan ke tempat selamat selain segera berpindah ke PPS jika kawasan mereka mula dinaiki air. “Semua agensi kerajaan bersedia untuk mengawal selia jika berlaku keadaan luar biasa di Sungai Dungun yang dijangka melepasi paras bahaya pada tarikh berkenaan,"ujarnya ketika dihubungi. JPS dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kemungkinan itu dikeluarkan susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Disember hingga akhir tahun ini. Pada tempoh sama, ramalan risiko berkenaan turut membabitkan daerah Dungun dan kawasan sekitarnya di Terengganu ekoran aras air di Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja juga dijangka naik melepasi aras bahaya.  
26 Dec 21
748
Terengganu Diramal Banjir Khamis Ini
Terengganu Diramal Banjir Khamis Ini
KUALA TERENGGANU, 26 Disember – Banjir dijangka akan melanda beberapa kawasan di Terengganu bermula 30 hingga 31 Disember ini. Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) semalam, jangkaam itu dikeluarkan susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Disember hingga akhir tahun ini. “Aras air Sg. Dungun di Kampung Pasir Raja dijangka akan melepasi aras BAHAYA tarikh tersebut. Oleh itu, kawasan rendah di daerah Dungun serta kawasan sekitarnya berisiko mengalami bencana banjir. “Justeru, JPS mengingatkan orang awam agar bersiap sedia dan sentiasa waspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya. Terdahulu, TRDI melaporkan semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya pada 21 Disember susulan penurunan banjir gelombang kedua.
26 Dec 21
5829