Artikel "Semasa" Terkini
Subsidiari Golden Pharos Berhad Tunai Zakat Perniagaan RM200,000
Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (KPKKT), subsidiari kepada Golden Pharos Berhad (GPB), mengambil langkah tuntutan hukum syarak menerusi pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM200 ribu.
03 Jan 22
120
Banjir Di Terengganu Pulih Sepenuhnya
KUALA TERENGGANU, 3 Disember- Banjir gelombang ketiga di negeri ini pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dungun ditutup secara rasmi pada jam 12 tengahari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, semua 137 mangsa banjir daripada 42 keluarga yang sebelum ini menghuni di dua PPS terakhir sudah pulang ke rumah masing-masing sejak pagi.
“Dua PPS di daerah Dungun iaitu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor telah ditutup.
“Walau bagaimanapun, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah masih dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir akibat Monsun Timur Laut 2021/2022.
“Keadaan cuaca sekarang adalah mendung dan berangin bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka tamat pada 4 Januari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak Khamis menyaksikan dua daerah, iaitu Kemaman dan Dungun, kembali terjejas.
03 Jan 22
505
Remaja Bawah Umur Dicekup Berdua-duaan
Dua remaja bawah umur ditahan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam operasi pencegahan jenayah syariah, awal pagi ini.
03 Jan 22
185
Umbro Taja Jersi TFC RM2 Juta
Terengganu Football Club (TFC) mengorak langkah menggunakan jersi berjenama antarabangsa, Umbro bagi musim 2021-2022.
03 Jan 22
366
Semoga Ada Sinar Baru Buat Mangsa Banjir
Kerajaan Terengganu berharap Operasi Bantuan Banjir Ke Pahang yang bermula 28 Disember dan berakhir baru-baru ini mampu memberikan sinar baru buat mangsa banjir di negeri terbabit.
03 Jan 22
462
Bilangan Mangsa Banjir Terengganu Kekal 137 Orang
KUALA TERENGGANU, 3 Januari- Bilangan mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu dilaporkan masih kekal seramai 137 orang setakat jam 10 pagi ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Dungun bagi menempatkan 42 keluarga yang terjejas banjir.
“Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor pula mempunyai 20 keluarga melibatkan 68 mangsa.
“Keadaan cuaca sekarang adalah mendung, berangin dan hujan renyai di satu atau dua tempat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada, buruk serta bahaya hampir di seluruh negeri pagi ini.
03 Jan 22
281
Terengganu Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion
Terengganu merekodkan jumlah pelaburan kira-kira RM8.5 bilion sepanjang tahun 2021 walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.
03 Jan 22
313
Sebak Lihat Keajaiban Al-Quran
Sukarelawan banjir daripada Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu tidak dapat menahan sebak melihat keajaiban kitab suci al-Quran yang ditemui tidak basah dan rosak semasa menjalankan Operasi Bantuan di Pahang.
03 Jan 22
150
Tiga Bot Pukat Tunda Pahang Ditahan
Jabatan Perikanan Malaysia (Terengganu) berjaya menahan tiga buah bot tempatan yang berdaftar di Pahang bersama 15 kru dengan nilai sitaan keseluruhan hampir RM3 juta di perairan berdekatan Pulau Nyirih, Dungun.
03 Jan 22
216
Amaran Cuaca Buruk Hampir Di Seluruh Negeri
KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada, buruk serta bahaya hampir di seluruh negeri pagi ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, status amaran cuaca bahaya di keluarkan di kebanyakan kawasan di negeri Terengganu, Johor dan Pahang.
“ Sementara itu, amaran cuaca buruk pula dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
“Manakala amaran peringkat waspada melibatkan kawasan di Perak dan Kedah,”katanya.
Dalam pada itu, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan di Sabah melibatkan Kudat dan Sandakan manakala di Sarawak membabitkan Kapit, Sibu, Sarikei dan persisiran Mukah.
Bagaimanapun, menjelang petang nanti, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir berpotensi untuk berlaku di seluruh Semenanjung kecuali Perlis.
Katanya, ketika ini rantau negara masih menerima luruan angin Timur Laut dengan kelajuan yang agak kencang melebihi 60 km (kilometer) sejam dan ketinggian ombak boleh mencapai 4.5 meter.
Oleh itu, MetMalaysia juga mengekalkan amaran peringkat bahaya bagi keadaan laut bergeloran dan angin kencang di kawasan Condore, Reef North dan Palawan.
“Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca,” ujarnya.
03 Jan 22
1273