Artikel "Semasa" Terkini
Keresahan 256 Nelayan Dapat Perhatian ADUN Bukit Tunggal
KUALA NERUS, 17 Januari – Seramai 256 orang nelayan terjejas mata pencarian rezeki akibat musim Monsoon Timur Laut di sekitar Bukit Tunggal tidak tercicir daripada perhatian kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, beliau amat memahami situasi getir seorang penggiat laut yang juga ketua keluarga apabila tibanya musim tengkujuh.Â
“Sebagai anak yang membesar dalam keluarga nelayan, saya dapat menjiwai perasaan mereka.
‘’Oleh itu, saya guna peruntukkan khas dari Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Tunggal bagi membantu meringankan sedikit beban mereka dengan bantuan kewangan sebanyak RM300 seorang.
“Kerja sebagai nelayan sepenuh waktu ini pendapatan tidak menentu dan jarang ada simpanan tetap, oleh itu kita mengambil usaha penyokong dalam ’’ katanya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Musim Tengkujuh Peringkat Dun Bukit Tunggal di Dewan Sivik Pulau Duyong, baru-baru ini.
Menemubual salah seorang penerima, Abdullah Abdul Rani, 64, dari Kampung Banggol Limau, beliau menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kecaknaan pihak MTD dalam menjaga kebajikan mereka.
“Masa air kucoh ni, dok berani nok kelaut, hanya duduk baiki bot sahaja,’’ ujarnya yang telah berkecimpung selama 18 tahun sebagai nelayan.
“Bantuan berupa wang tunai berjumlah RM300 ini cukup bermakna buat kami yang tidak dapat ke laut mencari rezeki beberapa bulan lepas,’’ katanya.
17 Jan 22
481
'Boleh Tampung Perbelanjaan Kami' - Penerima Pencen Rakyat
KUALA NERUS, 17 Januari – Rata-rata warga emas yang menerima bantuan kewangan pencen rakyat Terengganu melahirkan rasa syukur dan terharu atas usaha keprihatinan di bawah kepemimpinan kerajaan negeri.
Salah seorang penerima berasal dari Kampung Pulau Ketam, Mohammad Abdullah, 73, menyifatkan pemberian itu dapat menampung kos perbelanjaan bulanannya.
‘’Meskipun pada dahulunya kerja saya hanya memandu lori di sebuah syarikat swasta namun inisiatif ini sangat dihargai dan membantu golongan warga emas seperti saya,’’ katanya ketika ditemu bual selepas majlis penyerahan bantuan pencen rakyat Negeri Terengganu Peringkat DUN Bukit Tunggal, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata bantuan RM600 setahun ini adalah untuk warga emas yang tidak menerima sebarang bantuan dari pihak kerajaan.
‘’Mewakili Kerajaan Terengganu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu ayah-ayah yang terpilih menerima sedikit sumbangan sebagai tanda penghargaan dari pihak kerajaan ini.
‘’Sumbangan ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan sumbangan warga emas yang telah lama bekerja sebelum ini dalam apa jua lapangan sama ada buruh, nelayan, petani dan sebagainya bagi memajukan sektor ekonomi negeri," jelasnya.
Jelas beliau, bantuan itu juga termasuk kejayaan 18 daripada 20 manifesto dari 2018 sehingga 2021 tempoh pentadbiran kerajaan negeri dalam melaksanakan janji sebagaimana yang termaktub dalam manifesto Pilihanraya Umum lepas.
“Jika ada rakyat dalam Dun ini yang layak tetapi terlepas pandang atau tercicir nama mereka, sila hubungi wakil kampung setempat untuk tindakan selanjutnya,’’ tambahnya.
17 Jan 22
651
719 Warga Emas Kijal Terima Pencen Rakyat
KEMAMAN, 17 Januari - Seramai 719 warga Kijal yang berusia 60 tahun ke atas menerima bantuan Pencen Rakyat oleh kerajaan negeri.
Hazri Jusoh (sedang berucap) bersama Wan Zakaria.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata bantuan tersebut adalah dikhususkan kepada mereka yang sudah bersara dan tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi negeri ataupun Persekutuan.
"Terima kasih kepada kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kerana melunaskan janji manifesto tempoh hari.
"Bantuan ini juga bertujuan bagi meraikan orang-orang lama yang turut berjasa dalam membangunkan dan memajukan bumi Terengganu," ujarnya.
Sebahagian penerima insentif menunggu giliran.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pengagihan Insentif Pencen Rakyat Peringkat DUN Kijal di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal baru-baru ini.
Hazri turut mengingatkan kepada orang ramai agar mengikuti langkah yang telah digariskan oleh kerajaan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.
Salah seorang penerima Insentif Pencen Rakyat Terengganu.
Turut hadir, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kawasan Kemaman, Wan Zakaria Wan Mamat.
17 Jan 22
478
Anyaman Tikar Pandan Laut Unik Dan Mampu Bertahan Lama
SETIU, 16 Januari - Daun pandan laut yang dianyam kemas menjadi tikar, mampu menyumbang pendapatan lumayan kerana keunikannya menjanjikan pasaran yang luas.
Kini semakin sukar ditemui kerana bilangan individu yang meneruskan aktiviti menganyam kini terdiri daripada mereka yang sudah bergelar warga emas di kawasan luar bandar.
Namun Wan Fatimah Wan Abdul Rahman, 62, dari Kampung Gong Batu membuktikan bidang anyaman berasaskan daun pandan laut masih mempunyai tempat termasuk sebagai hiasan bagi mereka yang cintakan seni kraf tradisional.
Jelasnya, kraftangan tersebut boleh dijadikan industri yang berkembang maju kerana permintaan terhadap produk-produk tersebut masih tinggi.
"Tikar pandan laut ini sungguh cantik, seni anyamannya begitu halus, dan mampu bertahan sehingga 40 tahun.
"Terdapat pelbagai corak seperti tapak berbam, bunga bakul, bunga mata bilis, bakul besar serta bunga mata biawak mendapat permintaan tinggi.Â
"Malah saya turut mendapat tempahan dari negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur termasuk negara luar iaitu Pattani," ujar ibu kepada lapan orang anak itu.
Katanya, terdapat tiga jenis anyaman yang dihasilkan iaitu anyaman kasar yang dijual pada harga RM8, anyaman halus (RM20) dan anyaman paling halus (RM30) bagi setiap 0.3 meter tikar yang dihasilkan.
Menceritakan bagaimana minatnya terhadap seni anyaman ini timbul, Wan Fatimah berkata segalanya secara spontan ketika dia berusia 15 tahun.
"Sebab tak ada kerja nak buat pada masa itu, saya daftarkan diri bersama kawan-kawan ke kursus seni anyaman tikar anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Akhirnya dari 25 peserta tinggal dua orang termasuk saya yang bertahan sehingga sekarang," katanya yang kini pendapatan bulanannya mencecah RM600 hingga RM1,000.
Wan Fatimah berkata, untuk membuat tikar pandan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuang duri dan bahagian tengah daun pandan laut tersebut.
"Daun pandan laut banyak duri sehingga luka jari-jemari dan tangan ketika memprosesnya adalah perkara biasa sehinggakan nak makan nasi pun susah.
"Saya bersama suami mencari daun pandan laut di sepanjang tanah bencah .Ada juga ketika saya dapatkan daripada pokok yang ditanam di sekitar rumah saya ini,"katanya lagi.
Setelah itu, proses diteruskan dengan membelah daun tersebut menggunakan jangak yang dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut saiz belahăn daun tikar yang diperlukan.
"Kemudian, daun yang telah dibelah diikat, dipukul, tumbuk dan direbus dalam api dan dijemur sehingga kering," ujarnya.
Selepas itu, barulah proses mewarna dilakukan dan jemur dalam keadaan cuaca yang berangin dan tidak panas.
"Sebelum proses menganyam, daun tersebut dilurut terlebih dahulu supaya lembut untuk dianyam," jelasnya.
Tambahnya lagi, sebidang tikar pandan laut anyaman tangan hari ini dijual sekitar harga RM90 semeter namun hasil kreativiti seni anyaman yang unik dan menarik membolehkan tikar bersaiz lebih 10 meter tersebut mencecah harga RM1,000 ke atas.
Â
Â
Â
Â
16 Jan 22
1944
KPDNHEP Siasat Penyelewengan Bekalan Minyak Masak
HULU TERENGGANU, 15 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)sedang menyiasat kegiatan sesetengah pihak yang mencampur minyak masak subsidi dengan minyak masak terpakai bagi mengaut keuntungan.
Timbalan Menterinya, Dato Rosol Wahid berkata, kegiatan tersebut menjadi salah satu punca berlakunya kekurangan minyak masak paket di pasaran.
"Saya difahamkan harga sekilogram minyak masak terpakai untuk pasaran biodiesel ialah kira-kira RM4.50 manakala minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram pula hanya RM2.50.
"Mereka mengaut keuntungan yang banyak dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini.
"Pegawai dan anggota penguat kuasa sudah diarah melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas sindiket berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di PJKM di perkarangan tempat letak kereta di Pusat Dagangan Ajil, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah KPDNHEP negeri, Shaharudin Mohd Kia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.
Bagaimanapun, katanya, kekurangan minyak paket hanya berlaku di beberapa negeri seperti di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Tambah Rosol, sekiranyaÂ
jika terdapat pembekal minyak masak yang melakukan kegiatan itu, lesen mereka akan digantung buat sementara
"KPDNHEP juga bersedia menambah kuota pengeluaran kepada syarikat pengeluar lain bagi memastikan bekalan minyak masak tidak terjejas,"ujarnya.
Menurut beliau lagi, sebanyak 15 syarikat pemborong dan pembungkus semula minyak masak bersubsidi telah digantung lesennya manakala lesen lima lagi syarikat ditarik balik kerana pelbagai kesalahan yang dilakukan pada tahun 2020.
Â
Â
15 Jan 22
1091
Program Jualan Keluarga Malaysia Catat Jualan RM7.8 Juta
HULU TERENGGANU, 15 Januari - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) berjaya merekodkan RM7.8 juta hasil jualan sejak dilancarkan bermula 2 Disember 2021 sehingga 9 Januari 2022.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Rosol Wahid berkata, program berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran 426,305 orang pengguna di 274 lokasi di seluruh negara.
Katanya, program tersebut sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dari kalangan berpendapatan rendah.
"Kita ambil contoh harga ayam dijual RM7.80, dan ini membuktikan janji kerajaan untuk menurunkan harga ayam di bawah RM8 berjaya kita laksanakan.
 "Sementara itu, kita lihat orang ramai menyambut baik PJKM ini, kerana dapat meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan banjir yang melanda negara baru-baru ini,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di PJKM di perkarangan tempat letak kereta di Pusat Dagangan Ajil, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah KPDNHEP negeri, Shaharudin Mohd Kia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.
Tambah beliau, harga jualan di PJKM lebih murah kerana diambil terus pada harga pemborong.
Dalam pada itu, Rosol juga berkata untuk memperluaskan PJKM di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri, perkara tersebut perlu diperhalusi dengan mengambil kira pelbagai faktor.
"Oleh itu, kita minta Ahli Parlimen berbincang dengan ADUN di kawasan masing-masing untuk memilih lokasi sesuai untuk menganjurkan PJKM selaras hasrat kerajaan membantu golongan sasar," katanya.
Terdahulu, PJKM dilaksanakan dengan usaha pelbagai agensi kerajaan seperti KPDNHEP negeri, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Turut serta ialah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan pemain industri peruncitan.
15 Jan 22
432
133 Undian Lot RTB Pondok Pasir Dan Payoh Di Kijal
KEMAMAN, 13 Januari - Seramai 133 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Pondok Pasir dan Kampung Payoh di Kijal membuat undian lot bagi menentukan tapak kediaman masing-masing.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, RTB Pondok Pasir merupakan RTB yang dialih lokasinya setelah kawasan asalnya di Tasik Bukus telah diwartakan sebagai kawasan perlombongan oleh kerajaan negeri.
Manakala RTB Payoh katanya adalah penempatan baharu bagi generasi muda.
"Alhamdulillah, akhirnya proses undian RTB ini diselesaikan setelah melalui beberapa proses yang agak rumit dayri sudut teknikal dan perundangan.
"Berkat kesabaran dan kerjasama, kita berjaya menunaikan hasrat rakyat untuk memiliki tapak kediaman bagi mereka meneruskan kehidupan berkeluarga dengan lebih sempurna.
Peserta undian lot bergambar bersama daif sebagai kenangan.
"Tahniah dan terima kasih kepada pihak Pejabat Tanah Kemaman, pegawai serta kakitangannya yang bekerja keras untuk melunaskan salah satu janji kerajaan kepada rakyat setelah diberi mandat untuk memerintah Terengganu pada pilihanraya umum lalu," ujarnya ketika berucap di majlis undian lot di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini.
Hazri Jusoh (kanan) meraikan peserta.
Sementara itu, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Saifullizam Wan Jusoh yang turut berucap di majlis tersebut menerangkan proses selanjutnya selepas undian lot kepada peserta.
"Kepada peserta yang bermasalah dari segi kewangan untuk membuat pembayaran premium tanah ini didalam tempoh ditetapkan, bolehlah merujuk kepada pihak kami untuk dipermudahkan.
"Tempoh tiga bulan pertama yang berikan kepada peserta boleh lagi dilanjutkan ke tiga bulan seterusnya dengan memaklumkan kepada kami sebelum tamat tarikh tersebut.
"Tetapi sebaik-baiknya carilah daripada mana-mana sumber kewangan untuk menjelaskan bayaran 10 peratus ini di dalam tempoh yang diberikan bagi memudahkan pihak kami untuk ke proses selanjutnya iaitu geran," ujarnya lagi.
Peserta meninjau lokasi tanah yang bakal dimiliki.
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbir Tanah, Mohamad Hafiz Che Awang beserta kakitangan, Ketua Biro Tanah Kijal, Zabidin Awang dan kakitangan Imits Kijal.
13 Jan 22
1066
Lebih 150 Pengusaha Nanas Terima Bantuan RM1.89 Juta
Sehingga kini, kerajaan menerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menyalurkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebanyak RM1.89 juta kepada lebih 150 petani nanas di Terengganu.
13 Jan 22
152
"Fokus Beri Pancing Dan Umpan, Bukan Ikan"
Kerajaan negeri memfokuskan strategi menyediakan ‘pancing dan umpan’ (input dan peralatan pertanian) buat warga tani berbanding memberi ‘ikan’ sebagai salah satu cara mengeluarkan rakyat Terengganu daripada kadar kemiskinan.
13 Jan 22
145
Wan Rukman Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu Baharu
KUALA TERENGGANU, 12 Januari -Â Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Wan Rukman Wan Hassan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu berkuatkuasa Rabu.
Wan Rukman mengambil alih tugas itu daripada SAC Norhalid Kimi yang bersara wajib bermula hari ini.
Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu itu diadakan di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini, dengan disaksikan disaksikan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa.
Beliau yang  berasal dari Jertih, Besut memulakan kerjaya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pelatih pada April 1994 sebelum ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang setahun kemudian.
Â
12 Jan 22
1374