lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Ahli Majlis Bantu Laksana Agenda Kerajaan
Ahli Majlis Bantu Laksana Agenda Kerajaan
Oleh Suhaimi Taib KUALA TERENGGANU,  20 Jun - Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berperanan membantu menjayakan agenda kerajaan  sehingga segala rancangan dilaksanakan dengan jayanya.  Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah berkata, ahli majlis juga perlu memahami tugas masing-masing supaya objektif yang mahu dicapai MBKT berjaya dilaksanakan.   "Selaku pentadbir tanah saya boleh memberi pandangan mengenai isu berkait undang-undang tanah supaya ia dapat dipatuhi dalam pelaksanaan agenda kerajaan berkait dengan tanah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah dan Penerimaan Watikah Perlantikan Ahli Majlis MBKT di Menara Permint di sini hari ini.  Seramai 23 ahli majlis mengangkat sumpah di hadapan Datuk Bandar Rosli Latif di majlis tersebut.  Sementara itu Che Sulaiman Ismail berkata,  beliau sebagai Ketua Whip berperanan sebagai perantara  ahli majlis dengan pegawai dan kakitangan kerajaan serta jabatan berkenaan bagi menyelesaikan perkara berkaitan kerajaan dan orang awam.  "Kita (ahli majlis)  akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar bagi memahami visi, misi dan objektif MBKT supaya kita dapat memainkan peranan sebagai ahli majlis sebaik mungkin.  "Kita juga akan mengadakan perjumpaan dengan Exco Kesihatan,  Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak untuk mengetahui dasar kerajaan tempatan tidak lama lagi, " ujarnya. 
20 Jun 22
415
2,000 Usahawan Dapat Manfaat Pendigitalan Perniagaan
2,000 Usahawan Dapat Manfaat Pendigitalan Perniagaan
KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Program pendigitalan perniagaan hasil kerjasama kerajaan negeri dengan syarikat telekomunikasi Maxis bakal memanfaatkan 2,000 usahawan di Terengganu pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata kerjasama itu akan memacu pembangunan ekonomi yang lebih rancak di Terengganu kerana usahawan akan didedahkan dengan kemahiran pemasaran digital, fotografi serta pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial. Katanya, untuk permulaan seramai 120 usahawan dipilih untuk mengikuti kelas e-usahawan bersama Maxis yang merangkumi beberapa segmen termasuk webinar dan bengkel pemasaran digital. "Sebagai rakan strategik digital, Maxis akan menawarkan produk dan perkhidmatannya termasuk penyelesaian perniagaan yang komprehensif untuk usahawan e-dagang dan syarikat berkaitan industri 4.0 yang beroperasi di Terengganu. "Kerajaan negeri melalui TD1303 pula akan membimbing usahawan yang berminat dengan program pendigitalan untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan Maxis termasuk memohon geran perniagaan digital dengan pelbagai pakej yang menarik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran kerjasama Maxis dan TD1303 di sini hari ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut. Tambah Ariffin, maxis juga memberi tawaran pelbagai pakej perniagaan yang sesuai untuk usahawan dengan kadar harga lebih murah.  
20 Jun 22
440
YPU Sasar Tiga Siri Progam Usahawan Belia Tahun Ini
YPU Sasar Tiga Siri Progam Usahawan Belia Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 21 Jun- Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan tiga siri program Usahawan Belia Sejahtera (UBES) sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, berbeza sebelumnya, hanya satu siri dijalankan pada setiap tahun. "Untuk tahun ini, kita mensasarkan tiga siri UBES dijalankan. Siri pertama untuk 2022 telah selesai diadakan. "Kita rancang akan ada dua siri lagi sepanjang tahun 2022 bagi memberi peluang kepada usahawan-usahawan belia di Terengganu ini," katanya. Beliau ditemui dalam Majlis Perasmian Penutup UBES 3.0 yang berlangsung di Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Mohd Rashdan Muda. UBES 3.0 yang berlangsung selama lima hari tersebut menghimpunkan 40 usahawan belia Terengganu dari pelbagai sektor untuk didedahkan dengan pelbagai ilmu-ilmu keusahawanan. Salah seorang peserta, Nurul Fatin Aqilah Rahim, 25, yang menjalankan perniagaan telur itik berkata, melalui UBES 3.0 beliau memperoleh pelbagai input yang sangat berguna untuk perniagaannya. "Melalui kursus ini, saya dapat strategikan balik perniagaan yang akan saya jalankan dengan skala dan bentuk baru. "Saya juga berharap agar program UBES ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu belia Negeri Terengganu untuk meningkatkan perniagaan mereka," katanya. Bagi Safwan Sahrin, 25, yang menjalankan perniagaan dalam fisioterapi berkata pelbagai ilmu yang dapat beliau pelajari. "Jika sebelum ini saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang mencukupi contohnya macam margin dalam perniagaan sedangkan banyak yang perlu dipelajari. "Jadi melalui kursus ini banyak yang pelajari dari segi perancangan syarikat saya dalam masa panjang serta cara-cara untuk menguruskan kewangan syarikat," katanya. Sementara itu, tenaga pengajar sepanjang program UBES 3.0 berlangsung, Haslinda Hashim berkata UBES anjuran YPU berbeza jika dibandingkan dengan kursus keusahawanan lain. "Peserta terpilih ini adalah melalui urusetia yang turun sendiri ke lapangan bagi mengenal pasti usahawan-usahawan tersebut. Ianya sangat bagus kerana kita dapat tahu latar belakang perniagaan dan peserta ini sendiri sebelum diserapkan dalam program UBES. "Modul yang dibuat pula adalah khas dirangkakan mengikut keperluan semasa peserta bukan modul lama. Walaupun ianya padat dan intensif namun dengan pemilihan yang tepat, peserta-peserta ini mampu menghabiskan modul tersebut," katanya.  
20 Jun 22
815
Tahniah Terengganu, 321 Calon SPM Dapat Semua A!
Tahniah Terengganu, 321 Calon SPM Dapat Semua A!
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .
20 Jun 22
109
'Larangan Jual Telur Penyu Tepat Pada Masa'
'Larangan Jual Telur Penyu Tepat Pada Masa'
Langkah kerajaan negeri mengharamkan penjualan telur penyu di Terengganu dianggap tepat pada masanya kerana reptilia itu semakin diancam kepupusan.
20 Jun 22
278
'Bantuan Ini Saya Gunakan Untuk Mencari Rezeki'
'Bantuan Ini Saya Gunakan Untuk Mencari Rezeki'
Bantuan berupa peralatan keperluan berniaga bernilai RM5,000 yang diberikan oleh kerajaan akan dimanfaatkan untuk mencari rezeki buat keluarga, ujar penerima insentif berkenaan, Khairul Yusmadi Mustaffar, 48 tahun.
19 Jun 22
61
Belia Seimbang, Berdaya Saing Perkasa Hasrat Kerajaan Negeri
Belia Seimbang, Berdaya Saing Perkasa Hasrat Kerajaan Negeri
KUALA TERENGGANU, 19 Jun – Belia Terengganu menjadi salah satu segmen penting bagi kerajaan dalam pengukuhan pembangunan insan yang lebih holistik dan berdaya saing selaras Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS2030). Dai Nusantara Musim Ke-5, Ilhami Nadhrah Hamzah menyokong usaha kerajaan negeri menitikberatkan pembangunan belia negeri dengan pelancaran modul Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM). “Jika diperhatikan anak muda kini kurang berminat dengan program-program yang baik, jadi pelaksanaan KIAM diharap membawa belia dekat dengan majlis ilmu. “Mudah-mudahan kita kita sebagai belia menjadi contoh yang baik kepada keluarga serta kawan-kawan sekeliling kita. “Suri teladan dengan beramal dengan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar,” katanya kepada pemberita selepas dinobatkan sebagai Ikon KIAM dalam Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Al-Fateh dan KIAM. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di Taman Tamadun Islam, di sini baru-baru ini. Beliau yang berasal dari Marang berharap agar pelantikannya sebagai Ikon KIAM bakal menjadi motivasi buatnya dalam menyebarkan dakwah. Terdahulu, kerajaan negeri melancarkan modul KIAM bagi belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 25 tahun dalam usaha menerapkan keseimbangan dan kematangan anak muda seiring pelaksanaan Undi 18.  
19 Jun 22
635
Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini
Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini
KUALA NERUS, 19 Jun - Projek Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Kuala Nerus kini dalam proses akhir pembinaan dan ia dijangka siap pada penghujung tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata melalui perbincangan dan kerja yang telah dilaksanakan, projek ini telah siap 99.6 peratus. Katanya, ada sedikit sahaja lagi kerja teknikal berkait dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). “Dengan siapnya projek ini insya-Allah akan menyelamatkan kita daripada banjir yang berlaku di sekitar Kuala Nerus terutamanya sekitar Bandar Baru Kuala Nerus,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman semasa mengadakan Lawatan Kerja Projek Rancangan Tebatan Banjir Tok Jiring, Kuala Nerus di sini hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim. Tambah Dr Mamad lagi, terdapat satu lagi projek iaitu Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 2 di bawah kerajaan persekutuan dengan anggaran kos lebih  RM350 Juta. “Sekiranya projek tebatan banjir fasa 1 dan 2 ini siap secara keseluruhannya, kita mengharapkan agar masalah banjir di Kuala Nerus dapat diselesaikan kerana penduduk di sini agak ramai termasuk kawasan pembangunan yang banyak. “Kita juga telah memohon beberapa tebatan banjir seperti di Kemasik, Kemaman, projek Tok Jiring fasa 2, Air Lilih dan Puteri di Besut, dan semua projek ini insya-Allah akan dilaksanakan dalam masa terdekat” katanya.  
19 Jun 22
953
PEKB Bimbing 7,000 Peserta B40
PEKB Bimbing 7,000 Peserta B40
  KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Kira-Kira 7,000 peserta daripada golongan B40 berjaya dibimbing melalui program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak ia diperkenal pada 2013. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, program itu yang menyasarkan 14 kursus bimbingan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar, menunjukkan impak positif apabila ramai peserta berjaya meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka. "Kita wujudkan skim latihan di PEKB khusus untuk B40 di kawasan bandar supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan dan lebih banyak peluang mengembangkan perniagaan diberikan kepada mereka. "Sebab itu, kita bukan sekadar sediakan kursus malah kita juga beri barangan dan peralatan sama ada untuk memulakan perniagaan ataupun meningkatkan lagi penghasilan produk mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup PEKB di sini pada Sabtu. Beliau berkata, pihaknya menyarankan agar badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh kementerian melakukan pemantauan secara berterusan terhadap peserta bagi memastikan program PEKB yang dilaksana benar-benar memberi impak positif dalam kehidupan mereka. Ismail berkata, setakat ini NGO yang dilantik hanya melaksanakan pemantauan dan penilaian terhadap peserta selama enam bulan selepas mereka mengikuti kursus kemahiran PEKB. "Kita mahu NGO bertanggungjawab memantau usahawan di bawah mereka. NGO perlu tahu siapa usahawan yang mereka selia, di mana mereka dan apa yang mereka telah capai supaya kita dapat pastikan peruntukan yang disalurkan kerajaan ini digunakan sebaiknya serta melahirkan lebih banyak usahawan yang berjaya dalam kalangan B40,” katanya. Ismail sebelum itu menyampaikan sijil penyertaan kepada 130 peserta PEKB dari Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan yang merupakan usahawan B40 di bawah seliaan Persatuan Nurani Rakyat Malaysia. Kursus lapan hari itu meliputi bimbingan dan latihan dalam bidang pemasaran, sejuk beku, dandanan serta perniagaan dalam talian. - Bernama  
19 Jun 22
351
Gol Tunggal Luqman Bawa Tok Saboh FC Bergelar Juara
Gol Tunggal Luqman Bawa Tok Saboh FC Bergelar Juara
BESUT, 19 Jun- Pasukan Bola Sepak Tok Saboh FC muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 2022 selepas menewaskan Sri Nail FC di Padang Bola Sepak Astaka Kampung Pachakan, Kuala Besut, di sini semalam. Mohd Luqman Abdullah mencetak nama sebagai penjaring tunggal sekaligus membawa pasukannya bergelar sebagai juara dengan keputusan 1-0. Gol yang dijaringkan Mohd Luqman pada babak separuh masa kedua perlawanan menjadikannya dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan edisi ini. Kemenangan itu membolehkan Tok Saboh FC membawa pulang wang tunai sejumlah RM1,500, piala dan pingat manakala Sri Nail FC selaku naib juara turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000 berserta pingat. Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh turut hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaikan hadiah kepada para pemenang. Beliau berkata kejohanan sukan seperti itu sangat bagus bagi menarik minat golongan anak muda menerapkan semangat kesukanan yang tinggi. “Kejohanan seumpama ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim di antara anak muda serta masyarakat setempat. “Saya bagi pihak kerajaan negeri akan sentiasa menyokong aktiviti sebegini bagi mengelakkan anak muda daripada terjerumus dalam aktiviti yang tidak berfaedah,” ujarnya dalam majlis penutup. Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang bermula pada 17 Jun dan berakhir pada 18 Jun.
19 Jun 22
434