Artikel "Semasa" Terkini
Tiada Lagi Kelibat Syahida di SUKMA
KUALA TERENGGANU, 20 Oktober - Atlet kanu berbakat besar Terengganu, Shahida Asyiqin Rusli, 18, membuat keputusan untuk meninggalkan Sukan Malaysia (SUKMA) meskipun menerima pujukan ramai pihak supaya kekal dalam karier terbabit.
Katanya, dia nekad berbuat demikian bagi memberi tumpuan dalam dunia pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi.
"SUKMA ke-20 baru-baru ini adalah yang terakhir dan memberikan kenangan manis kepada saya setelah berjaya memecah tiga rekod kebangsaan.
"Saya tidak menyangka akan mencapai kemenangan itu kerana saya tidak meletakkan harapan yang tinggi walaupun dimaklumkan dengan kejayaan ini saya boleh pergi ke peringkat yang lebih tinggi di sukan SEA.
"Namun, keputusan berhenti ini adalah muktamad, datang daripada diri sendiri, sebelum SUKMA lagi saya simpan nekad dan menyatakan ini merupakan penyertaan terakhir," ujarnya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menerima insentif kemenangan di Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu, SUKMA XX, MSN 2022, di Dewan Konvesyen Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Untuk rekod, Syahida merupakan penerima insentif terbanyak dengan jumlah keseluruhan diberikan oleh kerajaan negeri RM33,500.00 atas kejayaan memenangi empat pingat emas, tiga perak dan enam gangsa.
Selain itu, dia turut menerima seutas jam tangan sukan berjemana Garmin, bernilai RM1,500.
Sementara itu, mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri yang ingin menempatkannya di IPT Terengganu, Shahida Asyikin berkata dia sedang menunggu keputusan itu.
"Kalau masih tidak dapat akhir tahun ini, harapnya akan dapat menyambung pelajaran awal tahun hadapan, pertemuan dan perjumpaan sudah diadakan, tiada kata putus lagi.
"Saya memang berhasrat berlajar di IPT Terengganu sahaja,"katanya.
Untuk rekod, sukan kanu merupakan penyumbang pingat terbanyak dengan memperolehi lima emas, lapan perak dan 17 gangsa yang menerima insentif tertinggi keseluruhan dengan jumlah RM286,000.00 .
Terdahulu, Menteri Besar Terengganu mengumumkan insentif sebanyak RM1,504,500 atas pencapaian terbaik dan dinobatkan sebagai Naib Juara dengan membawa pulang pingat sebanyak 64 emas, 49 perak dan 55 gangsa.
Walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan, namun Terengganu telah merekodkan kejayaan manis apabila mencatat rekod baru kutipan pingat serta menjadi juara keseluruhan bagi 10 acara sukan yang dipertandingkan selain berjaya memperolehi ibu segala pingat iaitu bola sepak.
20 Oct 22
3600
JPKK Lapor Polis Ahli Politik Fitnah Isu Tanah
MARANG, 19 Oktober - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Tanjung membuat laporan polis terhadap pemilik facebook bernama MohdFairuz Mohamadharun yang juga ahli sebuah parti kerana membuat satu hantaran fitnah berkait isu pemberian tanah.
Pengerusinya, Ismail Sepia berkata, laporan dibuat di Balai Polis Bukit Payong selepas individu berkenaan menuduh JPKK melakukan penyelewengan dalam pembahagian 10 lot tanah di Kampung Padang Tanjung.
Katanya, dakwaan tidak berasas itu telah menimbulkan suasana tegang serta memecah belahkan keharmonian penduduk kampung sejak ia mula ditularkan di media sosial bermula semalam.
"Laporan polis yang saya buat hari ini adalah menafikan isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Payong, ia ternyata tidak berasas dan berniat jahat dengan sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni.
"Laporan yang dilakukan ini juga berhasrat untuk menghentikan ketegangan yang telah berlaku membabitkan penduduk akibat termakan hasutan dan ia juga menjatuhkan kredibiliti JPKK yang selama ini sentiasa berusaha keras menyelesaikan masalah dihadapi masyarakat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis berkait isu fitnah yang yang dicetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO di Balai Polis Bukit Payong, di sini, semalam.
Tegas Ismail, pihak terbabit perlu segera menghentikan perbuatan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka agar hubungan masyarakat di kampung berkenaan kembali pulih dan dapat dijernihkan.
"Saya berharap agar pihak polis akan dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang bersesuaian di atas hasutan yang dilakukan tersebut," ujarnya.
Terdahulu, pemilik facebook bernama MohdFairuz Mohamadharun itu mengatakan JPKK Padang Tanjung mengagihkan tanah secara tidak adil.
Dakwanya, dia mendapat maklumat itu setelah mendengar cakap-cakap daripada orang.
19 Oct 22
1768
PETRONAS Serah Bantuan Persediaan Banjir
KUALA TERENGGANU, 17 Oktober -Sebanyak 7,000 baju hujan, 1,000 khemah boleh lipat, 700 jaket keselamatan, dan empat bot bersama enjin disumbangkan pihak PETRONAS kepada agensi penyelamat Terengganu sebagai persediaan menghadapi banjir.
Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada 36 buah bot, 8,800 buah khemah, 5,500 unit jaket keselamatan dan 55,000 helai baju hujan yang disumbangkan ke 14 negeri seluruh negara oleh PETRONAS.
“PETRONAS berterimakasih di atas komitmen yang telah diberikan oleh pihak berkuasa di dalam usaha menyelamat mangsa banjir selama ini.
“Kami berharap agar sumbangan yang disampaikan dapat membantu agensi terbabit membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.
Sumbangan berbentuk peralatan menyelamat dan perlindungan kepada mangsa banjir itu disampaikan oleh kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja di dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman di sini.
Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Lt Kol Mohd Rosman Abdullah dan Timbalan Pengarah Bomba, Muhammad Basri Kamarazaman.
Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan itu adalah sebahagian daripada sumbangan bantuan banjir PETRONAS berjumlah RM25 juta yang diumumkan pada Disember 2021.
17 Oct 22
307
Litar Pintas Dipercayai Punca Kebakaran Premis Kedai
SETIU, 17 Oktober - Siasatan kebakaran melibatkan 22 premis di Kampung Cina, Kuala Terengganu pada September lepas dipercayai akibat litar pintas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, siasatan pihaknya mendapati masalah pendawaian elektrik yang lama dan usang telah menyebabkan litar pintas seterusnya mengakibatkan kebakaran yang menyebabkan kerugian hampir RM2 juta.
“Kerugian akibat kebakaran di Kampung Cina baru-baru ini dianggarkan kira-kira RM2 juta manakala harta benda yang berjaya kita selamatkan lebih kurang RM1.2 juta.
“Ia melibatkan premis yang disewa dan ada juga milik sendiri,” katanya.
Beliau berkata ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini, semalam.
Pada majlis itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada enam pemenang dalam pelbagai kategori dan turut berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang diiringi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Katanya, pihak JBPM tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pemeriksaan berkaitan isu pendawaian di premis persendirian.
“Bagi bangunan persendirian, kita tidak ada hak cuma boleh syorkan supaya dibuat pendawaian semula.
“Cuma bangunan yang perlu kepada sijil perakuan bomba atau Fire Certificate (FC) atau sijil layak menduduki bangunan (CF), penguatkuasa kita boleh masuk dan periksa," jelas beliau.
Justeru katanya, JBPM Terengganu merancang untuk mengadakan taklimat menerusi townhall kepada penduduk Kuala Terengganu dalam masa terdekat bagi menerangkan kepentingan pendawaian baharu terutama di kawasan padat bagi mengelak tragedi tidak diingini daripada berlaku.
17 Oct 22
349
Sukan Permotoran Dihentikan Sementara - Wan Sukairi
SETIU, 17 Oktober- Kerajaan negeri mengarahkan penganjuran semua acara melibatkan aktiviti sukan permotoran dan kereta di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak dihentikan buat sementara waktu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata arahan yang berkuatkuasa dua hari lalu dilaksanakan susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang pelumba kereta drag Muhamad Hafez Jamal Jamaluddin ketika menyertai perlumbaan Battle Of The Kings (BOTK) 2022 kelmarin.
Katanya, semua aktiviti di litar terbabit diarahkan dihentikan serta-merta kelmarin dan akan dibuka semula selepas semua hasil laporan dan aspek keselamatan di litar ditambah baik.
“Mewakili kerajaan negeri, saya merakamkan salam takziah kepada keluarga arwah dan kita sangat kesal dengan apa yang berlaku dan ini merupakan insiden pertama kali libatkan kematian di litar ini.
“Kita jangka akan terima laporan berkaitan insiden terbabit daripada penganjur hari ini (semalam).
“Sebaik terima laporan, kita akan kaji dan lihat aspek keselamatan yang perlu diperbaiki serta ditambah baik dari segi kemudahan dan penganjur sendiri,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini, semalam.
Pada majlis itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada enam pemenang dalam pelbagai kategori dan turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang diiringi oleh Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Wan Sukairi berkata, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak penganjur untuk mendengar sendiri tentang apa yang berlaku.
Katanya, dari segi permit kebenaran dan sebagainya tidak ada masalah kerana penganjur telah mendapat kebenaran daripada pesuruhjaya sukan negeri.
Dalam kejadian kelmarin, pelumba drag dikenali Apeh Jamal, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.
17 Oct 22
796
PN Muktamad Pembahagian Kerusi Dalam Masa Terdekat
Perikatan Nasional (PN) bakal memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti gabungannya dalam masa terdekat bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
16 Oct 22
267
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
16 Oct 22
178
LUHAM Bantu Suburkan Proses Demokrasi
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Pertubuhan Kebajikan Lepasan Pelajar Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM Care)Terengganu akan membantu menyuburkan proses demokrasi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.
Setiausahanya, Dato' Fariz Dato' Mustafa berkata pendedahan kepada orang ramai mengenai Undang-Undang Pilihan Raya dan pemakaian undang-undang terkini adalah penting.untuk sistem pentadbiran negara.
"Natijahnya program ini memberi pencerahan kepada mereka tentang tugas selaku peguam dan juga pengamal undang-undang dalam mengendalikan urusan berkait pilihanraya sama ada sebelum, semasa atau selepas tempoh PRU.
"Amalan dan pemakaian undang-undang ini melibatkan Akta Pilihan Raya 1958 membabitkan perjalanan PRU, kaedah mengundi POS, pengundian awal serta akan mengendalikan masalah-masalah yang timbul atau diteruskan melalui petisyen pilihanraya.
"Isu ini dilihat dalam konteks terkini bukan sahaja dari sudut politik tetapi digarap dari sudut undang-undang yang mementingkan keadilaan dan kesaksamaan kepada mana-mana pihak tenpa melihat parti politik mana bertanding, dan ini sangat penting dalam mengelakkan pencalonan ataupun penaamaan calon dibatalkan juga kriteria calon juga diperhalusi,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Seminar Undang Undang Pilihan Raya : Amalan dan Pemakian Terkini dan Undang-Undang Pilihan Raya dan Politk Semasa : Apa peranan Peguam dan Pengamal Undang-Undang, di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu, di sini baru-baru ini.
Majlis berkenaan dirasmikan bekas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan acara penutupnya telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Antara panel yang ditampilkan ialah Pengerusi NGO LUHAM, Nik Bahrum Nik Abdullah, Penasihat LUHAM Care Terengganu, Mohd Zabidi Yusof serta Pengerusi LUHAM Care Terengganu, Tuan Kamaruzaman Abdul Wahab.
Mengulas lebih lanjut, Fariz berkata pendedahan itu juga akan membantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis dan pihak yang terlibat untuk melancarkan proses menasihati pihak berkenaan menuruti kehendak undang-undang dan perlembangaan setelah melalui proses reformasi undang-undang PRU yang membenarkan undi 18 yang melalui proses pendaftaran secara automatik.
"Saya yakin dan percaya program ini mampu melahirkan peguam yang berkebolehan dan berkemahiran dalam menasihati parti politik yang terlibat supaya amalan dan pemakaian undang-undang menurut lunas undang-undang yang telah ditetapkan tidak disalahtafsirkan.
"Supaya mencapai matlamat dan hasrat reformasi sistem pilihanraya untuk memberi keadilan kepada rakyat dalam memilih calon dan parti yang merkea sukai dan kehendaki, oleh kerana kerana itu kami melihat program ini sangat penting, insya-Allah akan diteruskan dalam konteks yang lain mungkin lebih besar yang akan melibatkan penyertaan orang awam, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam sistem pilihanraya kita ini," ujarnya.
15 Oct 22
428
Lebih 11,000 Petugas KKM Siap Sedia Hadapi Banjir
KUALA TERENGGANU, 13 Oktober - Lebih 11,000 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia ditugaskan sepanjang musim banjir termasuk bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka ditugaskan untuk memastikan kebersihan di PPS terjaga dan juga melakukan saringan bagi mengelak risiko jangkitan penyakit berbahaya.
"Perancangan dan persediaan telah dijalankan di setiap negeri dimana kita telah kenal pasti tempat berisiko, juga pusat pemindahan dan kita akan memberikan perkhidmatan di pusat-pusat pemindahan tersebut," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini.
Katanya, ketika banjir banyak jangkitan penyakit berjangkit dan sebagainya dan yang membimbangkan kes-kes berisiko seperti buah pinggang yang memerlukan hemodialisis.
"Jadi kita sudah kenal pasti mereka dan akan bawa mereka ke tempat-tempat yang boleh jalankan hemodialisis supaya rawatan yang mereka diterima tidak putus," katanya.
Katanya, kes-kes yang berisiko tinggi seperti pesakit buah pinggang dikenal pasti lebih awal supaya rawatan mereka tidak terganggu ketika banjir.
13 Oct 22
204
Keputusan Terengganu Bubar DUN Atau Tidak Diketahui Esok
KUALA TERENGGANU, 12 Oktober- Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan atau tidak akan diketahui esok (Khamis) selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penuh PAS Pusat.
Begitu juga dengan dua lagi negeri di bawah pentadbiran kerajaan PAS iaitu Kedah dan Kelantan.
Naib Presiden PAS , Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas pada pagi semalam (Selasa) memutuskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk membuat kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
“Saya difahamkan perkara yang dibincangkan semalam akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penuh PAS Pusat pada pagi esok di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.
“Jadi akan ada pengesahan esok kerana tidak ada lagi perbincangan mengenai pembubaran DUN selepas ini, apa-apa keputusan kita akan tengok esok ,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pegawai Tadbir negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.
Dalam pada itu beliau mengesahkan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin namun tidak mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
“Majlis menghadap hari ini hanyalah pertemuan rutin membincangkan hal berkaitan pentadbiran negeri sebelum mesyuarat mingguan exco negeri sepertimana sebelum-sebelum ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu berkata, Terengganu memutuskan untuk tidak membubarkan DUN jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.
Tegas beliau, DUN Terengganu tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 walaupun berlaku pembubaran di peringkat parlimen.
12 Oct 22
645