lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Penternak Akuakultur Terengganu Paling Untung
Penternak Akuakultur Terengganu Paling Untung
Penternak akuakultur di Terengganu boleh dikatakan paling beruntung berbanding penternak akuakultur negeri lain kerana menerima pelbagai bantuan ketika ditimpa musibah banjir awal tahun lalu.
01 Dec 22
141
Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
Pelajar yang keciciran dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian dan dibantu dengan bersungguh-sungguh.
01 Dec 22
100
Pelajar Cemerlang 'Bertuah' Di Terengganu
Pelajar Cemerlang 'Bertuah' Di Terengganu
Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sangat bertuah tinggal di Terengganu kerana pelbagai keistimewaan diberikan dan ditawarkan kepada mereka.
01 Dec 22
102
Lebih 20,000 Tawaran Pekerjaan Di Terengganu
Lebih 20,000 Tawaran Pekerjaan Di Terengganu
Lebih 20,000 pekerjaan ditawarkan di negeri Terengganu dalam pelbagai bidang.
01 Dec 22
152
Kaji Semula Bantuan 'One-Off' Sempena Perayaan
Kaji Semula Bantuan 'One-Off' Sempena Perayaan
Kerajaan negeri dipohon mengkaji kembali perkara 78 (halaman 26) tentang pemberian tunai ‘one-off’ bernilai RM300 untuk isi rumah miskin sempena menyambut hari perayaan. 
01 Dec 22
152
Cadang Perkenalkan Pakej Perintis, Tarik Pelabur
Cadang Perkenalkan Pakej Perintis, Tarik Pelabur
Kerajaan negeri disaran agar memperkenalkan pakej perintis kepada pelabur-pelabur bagi memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan di Terengganu.
01 Dec 22
102
Beri Peluang Yang Adil Kepada Kaum Hawa
Beri Peluang Yang Adil Kepada Kaum Hawa
ADUN Wanita Terengganu menggesa kepada pihak berkenaan agar memberi peluang kepada kaum wanita kerana mereka berhak mendapat peluang yang adil dari segi perjawatan dan kemudahan dalam pekerjaan di negeri ini.  
01 Dec 22
147
Salur Maklumat Kesalahan Maksiat Kepada Pihak Berkuasa
Salur Maklumat Kesalahan Maksiat Kepada Pihak Berkuasa
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Orang ramai digesa menyalurkan maklumat kesalahan jenayah syariah kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, langkah itu sangat digalakkan dan merupakan jalan terbaik untuk membendung kemungkaran. "Mencegah kemungkaran merupakan suatu yang sukar oleh kerana itu menjadi kewajipan semua pihak untuk saling peka dan menyampaikan maklumat kepada penguatkuasa syariah yang telah dilantik. "Di peringkat kampung, imam boleh mainkan peranan untuk melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan syariah supaya boleh menjaga kampung masing-masing semua kena mainkan peranan untuk saling tegur menegur. "Jangan hanya ambil gambar kemudian menularkan di media tanpa sebarang maklumat lanjut, ini boleh menimbulkan suasana tidak harmoni," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sesi pengulunggan, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas (BAJET), di Wisma Darul Iman, semalam. Tambah Satiful, pihak kerajaan negeri bercadang untuk meluaskan Kempen Pembudayaan Syariah yang telah dimulakan di Seberang Takir ke setiap daerah. "Bagi memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa pelaksanaan sayariah ini merupakan satu ibadah dan bukan sebagai hukuman ataupun denda semata-mata agar menjamin kesejahteraan hidup setiap muslim di Terengganu ini," katanya.
01 Dec 22
287
Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
KUALA TERENGGANU, 30 November - Pelajar yang keciciran dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian dan dibantu dengan bersungguh-sungguh. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor, berdasarkan dapatan data dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, faktor utama berlakunya keciciran ini adalah disebabkan isu kemiskinan keluarga. "Pelajar mencari pekerjaan untuk menyara diri sendiri dan keluarga, selain murid hilang minat untuk belajar. "Ada juga dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin serta ketidakhadiran ke sekolah dalam tempoh yang panjang. "Secara peribadi, sejak  kebelakangan ini saya juga kerap menerima aduan tentang anak-anak pelajar kita yang tercicir dalam pelajaran dan membuat keputusan untuk berhenti sekolah di usia yang sangat muda,"  katanya. Zuraida mengulas perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. semalam. Beliau berharap agar pelajar yang tercicir ini dibantu sehingga dapat menyambung kembali pelajarannya yang tergendala, bukan sekadar selesai hanya dengan membuat laporan semata-mata. Antara lainnya, pemantauan yang berterusan perlu dilakukan kepada para pelajar tersebut. "Sentiasa bertanya khabar dan mengetahui keadaan semasanya, kita tidak mahu segala usaha ini berakhir dengan sia-sia. "Permasalahan ini tidak seharusnya dibebankan kepada guru dan pihak sekolah semata-mata. "Saya cukup yakin, dengan kerjasama yang erat antara pihak JPKK, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), NGO-NGO Kebajikan dan masyarakat setempat insyaAllah mampu menyelesaikan isu ini dengan baik," akhirinya.  
30 Nov 22
278
'Terima Kasih Kerajaan Negeri Kerana Cakna Wanita'
'Terima Kasih Kerajaan Negeri Kerana Cakna Wanita'
KUALA TERENGGANU, 30 November - Wakil wanita Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah menunjukkan kecaknaan terhadap wanita Terengganu melalui Belanjawan Terengganu 2023. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor mewakili seluruh wanita Terengganu menyatakan kesyukuran dan penghargaan atas pelbagai isentif dan peruntukkan khusus buat kaum wanita. "Pihak kerajaan negeri menunjukkan kecaknaan terhadap kesihatan wanita dengan pemberian baucer pakej berpantang dengan nilaian RM200 kepada 5,000 orang wanita yang layak. "Selain menyediakan peruntukan RM300 ribu bagi menjayakan program pemeriksaan mammogram dan pap smear kepada wanita Terengganu yang berumur 35 tahun ke atas," ujarnya Beliau turut menyentuh mengenai kegagalan pesakit wanita membuat rawatan awal sehingga akhirnya penyakit tersebut berada di tahap serius. Zuraida berpendapat bahawa antara faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut adalah, wanita tidak berani untuk mendapatkan rawatan awal di hospital sebaliknya lebih memilih rawatan alternatif seperti bomoh, dukun dan sebagainya. "Hal ini menyukarkan proses rawatan dan tidak kurang juga akhirnya menelan belanja rawatan yang lebih besar. Paling tragis, ianya berakhir dengan kematian. "Suka untuk saya tegaskan bahawa wanita perlu bersuara dan mengambil peluang melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar risiko masalah kesihatan dapat dikurangkan, " ulasnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan Belanjawan Terengganu 2023 di U2, Dewan Undangan Negeri Terengganu, semalam. Zuraida berharap agar para suami, wali, ahli keluarga, pihak majikan dan komuniti mengambil tanggungjawab untuk memenuhi dan menyokong keperluan serta penjagaan kesihatan wanita sepanjang hayat.
30 Nov 22
235