lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tali Air Ditemui Mati Lemas
Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tali Air Ditemui Mati Lemas
KUALA TERENGGANU, 13 Disember – Penantian Nurul Ain Bakri, 33, ibu kepada Muhammad Sufi Eijas Sobre, 3, yang terjatuh di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, berakhir apabila ditemukan lemas pada pukul 11.34 pagi tadi. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam keadaan terapung di permukaan air kira-kira 500 meter dari tempat kejadian. "Mayat kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk bedah siasat. “Ketika ditemui oleh pasukan menyelamat, mayat Muhammad Sufi Eijas dalam keadaan terapung dan sempurna sebelum dibawa naik serta diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini. Menurutnya, seramai 68 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung menyertai operasi carilamat sejak petang semalam. “Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini,” katanya, Dalam kejadian jam 4 petang, semalam, Muhammad Sufi Eijas dipercayai terjatuh ke dalam tali air sedalam enam meter ketika bersiar-siar melihat air banjir bersama bapa, Mohd Sobre Ramli, 33 bersama dua lagi adik beradiknya.
13 Dec 22
932
'Jangan Batal Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring'
'Jangan Batal Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring'
 Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring fasa dua perlu diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan projek yang sudah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan anggaran kos lebih RM350 juta.
12 Dec 22
421
Tanah Runtuh Di Penempatan Tiong Hua Diberi Perhatian
Tanah Runtuh Di Penempatan Tiong Hua Diberi Perhatian
KUALA NERUS, 12 Disember - Kejadian tanah runtuh di Kampung Pulai Baharu yang menjadi penempatan kaum Tiong Hua membabitkan 65 keluarga diberi perhatian oleh ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim. Menurutnya, kejadian itu merupakan kali ketiga dan pada kali ini runtuhannya agak ketara hingga memerlukan tindakan segera. "Kita akan buat secara 'internal' sahaja bagi membantu tuan rumah, Mr Yeo Teo Folek yang sedikit terjejas, buat masa ini dengan cuaca yang tidak menentu kita tangguhkan dahulu. "Apabila cuaca baik kita akan memulakan proses pembersihan tanah-tanah yang runtuh. "Insya-Allah kita jangkakan dalam tempoh beberapa hari ia akan dapat diselesaikan,"ujarnya ketika ditemui pihak media ketika meninjau kawasan yang terjadi runtuhan tanah itu, di kediaman Mr Yeo Teo Folek, di sini semalam. Sehubungan itu Hishamuddin memohon kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran supaya mengambil langkah sentiasa berwaspada serta berhati-hati. "Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini akibat runtuhan yang berlaku maklumkan seberapa segera kepada pemimpin komuniti atau setempat kerana ia melibat nyawa. "Kedua perlu dipastikan semua harta benda yang boleh dibawa dan dokumen-dokumen penting diselamatkan," katanya. Menceritakan kejadian berkenaan, Hishamuddin berkata, peristiwa itu berlaku pada Jumaat kira-kira 6.00 pagi disebabkan hujan lebat bermula Khamis. "Kita dapat lihat hujan yang turun agak lebat dan itu menjadi indikator menyebabkan tanah jadi lembut dan seterusnya runtuh. "Sebelum ini runtuh sikit-sikit sahaja, selain rumah ini di atas sana masih banyak lagi kediaman, jadi saya minta semua penduduk berhati-hati,"ujarnya lagi.  
11 Dec 22
318
Tak Sangka Terpaksa Berpantang di PPS
Tak Sangka Terpaksa Berpantang di PPS
KUALA NERUS, 11 Disember - Niat seorang suami, Aswari Sabri, 36, mahu membawa isterinya, Nurul Nadiah Abu Fatah, 28, berpantang di kampung (Kg) halaman, Kg Padang Hangus tidak kesampaian apabila terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir. Aswari yang merupakan antara 82 mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (Sk) Bukit Nanas berkata, dia sama sekali tidak menyangka kepulangannya dari Negeri Sembilan tidak 'langkah kanan'. "Pada awalnya saya telah dimaklumkan oleh adik-beradik, air sungai berhampiran rumah sudah mula naik, tetapi tetap hendak balik kerana tidak menyangka air akan naik terlalu cepat. "Pada subuh Jumaat dalam masa hanya setengah jam sahaja rumah telah dinaiki air, dengan menggunakan perahu segera dibawa isteri dan anak kecil ini ke PPS. "Bagi isteri dan saya sendiri ini merupakan pengalaman pertama yang kami tidak pernah jangka, jadi terpaksalah meneruskan tempoh berpantang di sini dahulu sementara banjir surut, tidak dinafikan pergerakan sangat terbatas, namun sangat bersyukur kerana disediakan segala kelengkapan seperti susu, 'pampers' semua ada, malah disediakan makanan khusus untuk isteri yang sedang berpantang,"ujarnya. Dia yang merupakan anak jati DUN Tepoh yang bekerja di Negeri Sembilan itu berkata demikian ketika ditemui pihak media, di PPS Sk Bukit Nanas, semalam. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim turut menyantuni pasangan berkenaan. Sementara itu, Nurul Nadiah beranggapan bahawa peristiwa itu merupakan pengalaman yang sangat bermakna bagi dirinya kerana selama ini belum pernah mengalaminya. Hasratnya cuma mahu berpantang bersama kakak iparnya, Sharina Sabri, 39, yang turut melahirkan anak ketiga dan masih baharu sahaja selesai menjalani tempoh berpantang. Bagi Sharina pula,  sebelum ini ketika awal mengandung cahaya matanya itu telah pun berada di PPS tersebut pada awal tahun kerana kejadian yang sama. "Akhir tahun setelah Nuh Nabhan Mohd Hishamuddin berusia 48 hari, dibawa pula ke sini sekali lagi kerana berhadapan musibah yang sama, kalau ikutkan untuk melakukan segala pergerakan dan menjaga si kecil ini di sini tidak susah sangat, macam biasa sahajalah," ujarnya lagi.
11 Dec 22
253
Aspire Pro Care Campaign Agih Kit Bantuan Banjir
Aspire Pro Care Campaign Agih Kit Bantuan Banjir
HULU TERENGGANU, 11 Disember – Dalam situasi banjir yang melanda Terengganu, satu badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Aura Kasih melalui  "Aspire Pro Care Campaign"    terpanggil untuk mengambil bahagian membantu masyarakat yang terjejas dengan menggerakkan kempen bantuan kit banjir. Ketua Pegawai Eksekutif Aspire Prominent Sdn Bhd, Norain Nazmi berkata, inisiatif yang kini telah memasuki tahun ketiga, adalah hasil kutipan dari sahabat-sahabat dan sumbangan Aspire Prominent sendiri. Katanya, pada kali  ini,  Aspire Pro Care membuat sedikit kelainan melalui agihan bantuan yang merupakan beg keperluan kecemasan yang mengandungi beg kalis air 20L, beg air mudah alih 10L, beg tidur kecemasan, selimut haba, kit pertolongan cemas dan makanan  dengan nilaian RM110 setiap satu. “Kami berasa adalah perlu untuk membantu mereka terutamanya yang tinggal di luar banjir untuk menyediakan kit banjir jika berlaku sebarang bencana banjir di tempat mereka.  “Objektif kami adalah membantu masyarakat terutamanya yang tinggal di luar bandar yang selalunya lambat menerima  bantuan, atau kadangkala dipinggirkan terus kerana lokasi mereka yang agak terpencil,”katanya kepada Urus setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Kampung Nibong. Hasil sumbangan kempen ini, Noren berkata pihaknya menyasarkan untuk membantu seramai 50 keluarga sebagai sasaran awal.  Menurutnya lagi, sepanjang perjalanan beliau, terdapat beberapa mangsa yang telah mengadu kehilangan dokumen-dokumen penting seperti geran tanah pada tahun sebelum ini. “ Oleh itu, kami menasihatkan mereka untuk memanfaatkan Dry Bag atau beg kalis air yang disediakan untuk menyimpan segala dokumen-dokumen dan barang-barang keperluan yang penting bagi memastikan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,”tambahnya.  
11 Dec 22
247
'Jangan Batal Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring'
'Jangan Batal Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring'
KUALA NERUS, 11 Disember - Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring fasa dua perlu diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan projek yang sudah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan anggaran kos lebih RM350 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, projek tersebut akan memberi manfaat serta impak yang besar buat rakyat di Kuala Nerus kerana akan meminimakan beban yang dialami penduduk. Ujarnya, jika tiada sebarang masalah dan kerajaan Persekutuan bersetuju bagi meneruskannya, ia akan dimulakan pada tahun hadapan. "Setakat ini kita tidak tahu masih berada dalam senarai projek yang akan diteruskan ataupun tidak, namun mengikut apa yang diamklumkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memang telah berada dalam senarai RMK12," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Sekolah Kebangsaan (SK) di sini hari ini. Dalam pada itu menurut Hishamuddin, projek Tebatan Banjir Tok Jiring fasa satu sebelum ini yang dibiayai oleh kerajaan negeri telah siap sepenuhnya dan kerajaan akan menerima penyerahan projek berkenaan pada bila-bila masa. "Kesan daripada tebatan banjir fasa satu sebelum ini ia menutup laluan air di sebelah barat dan memberi kesan sebelah Padang Kemunting, Padang Hangus serta Tepoh. "Susupan itu JPS sudah meneliti semua perkara ini dan memang perlu untuk diteruskan fasa dua bagi mengatasi masalah banjir yang dialami oleh penduduk. "Jadi sudah tentu sekali kita mengharapkan agar diteruskan dan jangan batal," katanya.  
11 Dec 22
1035
Kemaman Daerah Terbaru Dilanda Banjir
Kemaman Daerah Terbaru Dilanda Banjir
KEMAMAN, 11 Disember – Tiga pusat penempatan sementara (PPS), di sini, kini diaktifkan  bagi menempatkan 284 mangsa banjir membabitkan 68 keluarga, pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pembukaan PPS berkenaan menjadikan Kemaman daerah terbaru dilanda banjir selepas Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Menurutnya, mangsa paling ramai ialah di Dewan Abd Rahman Limbong, Kemaman iaitu 235 mangsa daripada 51 keluarga diikuti SK Tok Jembal (133 mangsa, 33 keluarga). “Di Kuala Terengganu, dua PPS yang dibuka ialah SK Atas Tol, (44 mangsa, 14 keluarga) dan SK Chendering (16 mangsa, 6 keluarga). “Di Setiu pula, terdapat tiga PPS iaitu SK Kampung Seri Kasar (25 mangsa dari tujuh keluarga), Surau Mak Bakas (lapan mangsa, tiga keluarga) dan Balai Raya Kampung Bukit Nenas (13 orang dari empat keluarga),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, katanya, PPS yang diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir di Besut sudah ditutup berikutan keadaan banjir di daerah terbabit semakin pulih. Susulan pembukaan PPS berkenaan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 599 orang membabitkan 154 keluarga sehingga jam 8 pagi tadi.  
11 Dec 22
1451
Banjir, Dua PPS Dibuka Di Terengganu
Banjir, Dua PPS Dibuka Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kuala Terengganu susulan banjir di beberapa tempat di daerah ini akibat hujan lebat  dan  air pasang besar sejak semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu berkata  dua PPS tersebut menempatkan 50 mangsa daripada 13 keluarga. PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cendering yang mula dibuka jam 7.15 pagi di sini menempatkan seramai 17 mangsa banjir daripada empat buah keluarga. Manakala, seramai 33 mangsa daripada sembilan keluarga dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi jumaat mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan bermula 9 hingga 10 Disember. Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan paras air di tiga sungai kini melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu, Sungai Chalok di Jambatan Chalok dan  Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu.  
09 Dec 22
658
Jangan Risikokan Nyawa, Pindah Sebelum Malam
Jangan Risikokan Nyawa, Pindah Sebelum Malam
HULU TERENGGANU, 9 Disember - Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan untuk segera berpindah sekiranya trend paras air terus meningkat hari ini. Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata berdasarkan cuaca semasa juga masyarakat terutamanya di kawasan rendah perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. "Pindah jangan tunggu saat akhir atau waktu gelap kerana akan menyukarkan operasi menyelamat dilakukan. "Lebih baik pindah awal, jangan tunggu arahan pihak berkuasa baru kita nak bertindak. Fikirkan keselamatan ahli keluarga terutama musim cuti sekolah sudah bermula,” katanya. Tambah beliau, pihaknya sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan jika keadaan semakin buruk dengan kekuatan anggota seramai 42 orang. Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan  beberapa kampung mula dinaiki air dan ada jalan terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.    
09 Dec 22
508
Banjir, Penduduk Bersedia Berpindah Jika Air Makin Naik
Banjir, Penduduk Bersedia Berpindah Jika Air Makin Naik
HULU TERENGGANU, 9 Disember- Gelombang pertama banjir mula melanda daerah ini susulan hujan lebat sejak semalam. Salah seorang penduduk Kampung Kepah, Che Wan Kelesom Che Wan Ahmad, 58, yang ditemui berkata, air mula naik sejak semalam menyebabkan rumahnya ditenggelami air kira-kira 0.5 meter. "Saban tahun rumah mak cik akan dinaiki air sekiranya hujan lebat dan air sungai Kepah melimpah...pernah air naik sehingga 1.5 meter. "Setakat tengahari ini, mak cik belum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi akan segera keluar jika air makin tinggi," ujarnya yang tinggal bersama anak saudaranya. Sementara itu, hasil tinjauan mendapati lebih 10 kampung di  Hulu Terengganu mula dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam namun belum ada PPS yang dibuka.    
09 Dec 22
403