lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

RMK-13 Dibentang PM Mengecewakan
RMK-13 Dibentang PM Mengecewakan
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa keutamaan pembangunan di Pantai Timur yang tidak diberi perhatian sewajarnya ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), baru-baru ini.
10 Aug 25
33
Persidangan Saintifik Biodiversiti Himpun 350 Penyelidik Dan Pendidik
Persidangan Saintifik Biodiversiti Himpun 350 Penyelidik Dan Pendidik
Seramai 350 penyelidik dan pendidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta individu berkumpul di Terengganu bagi menyertai Persidangan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Tahun 2025.
10 Aug 25
19
Malaysia Mesti Pertahan Prinsip Sokong Perjuangan Palestin
Malaysia Mesti Pertahan Prinsip Sokong Perjuangan Palestin
Malaysia perlu terus mempertahankan prinsip asas dalam dasar luar negaranya iaitu menyokong mana-mana pihak yang berjuang menentang penjajahan, termasuk kumpulan Hamas yang kini berada di barisan hadapan mempertahankan tanah air Palestin daripada penjajah Zionis.
10 Aug 25
18
Budaya Songsang Ancam Masyarakat
Budaya Songsang Ancam Masyarakat
Budaya hidup bebas yang menyimpang daripada nilai agama dan adat ketimuran kini semakin menular dalam masyarakat, sekali gus menjadi ancaman serius terhadap jati diri rakyat dan masa depan generasi akan datang.
10 Aug 25
18
518 Penduduk Tak Sangka Terima Tanah daripada MB
518 Penduduk Tak Sangka Terima Tanah daripada MB
MARANG, 10 Ogos – Seramai 518 penduduk Rhu Rendang hari ini pulang dengan senyuman apabila menerima dokumen tanah yang dinantikan sejak sekian lama. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata agihan itu meliputi 425 surat hak milik dan 93 notis Borang 5A.  “Alhamdulillah, sejak 2018 kerajaan negeri telah meluluskan 3,784 lot tapak rumah dan pertanian di Marang, dan khusus di DUN Rhu Rendang sahaja 1,830 lot tanah telah berjaya diselesaikan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis agihan dokumen Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) membabitkan kawasan Sungai Kerak 4 Fasa 3, Bukit Mawi, Bukit Gasing, Bukit Batu Putih dan Bukit Mak Abu di Dewan Majlis Daerah Marang hari ini.  Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang mengucapkan tahniah kepada semua penerima, sambil mendoakan tanah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan keluarga dan generasi akan datang.  
10 Aug 25
159
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
MARANG, 10 Ogos – Projek pembangunan tenaga solar membabitkan Kerajaan Terengganu, PETRONAS dan sebuah syarikat dari Arab Saudi, ACWA Power kini berada pada peringkat perbincangan terakhir sebelum dimuktamadkan. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek mega itu adalah salah satu daripada inisiatif yang dibangunkan di Tasik Kenyir yang dilancarkan baru-baru ini. “Sebenarnya ada dua projek berkaitan pembangunan tenaga solar di Tasik Kenyir. Projek ini juga berskala besar dan telah melalui perbincangan antara kerajaan negeri melalui anak syarikatnya bersama PETRONAS serta syarikat ACWA Power dari Arab Saudi. “Projek ini sedang berjalan dan kini berada di fasa akhir bagi penentuan perincian teknikal,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik dan Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) DUN Rhu Rendang, di sini, semalam. Mengulas lanjut mengenai satu lagi projek yang dirasmikan Perdana Menteri sebelum ini, Ahmad Samsuri berkata kajian rintis telah pun dijalankan. “‘Pilot study’ telah dibuat. Kalau pergi ke Tasik Kenyir, kita sudah dapat lihat panel solar berkapasiti kilowatt yang dipasang,” ujarnya.
10 Aug 25
303
Terengganu Tuan Rumah Persidangan Biodiversiti Hutan Pertama di Malaysia
Terengganu Tuan Rumah Persidangan Biodiversiti Hutan Pertama di Malaysia
Negeri Terengganu telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran ekspedisi saintifik biodiversiti hutan sejak tahun 1999.
10 Aug 25
20
Terengganu Pacu Bukit Bubus ke Pentas Antarabangsa
Terengganu Pacu Bukit Bubus ke Pentas Antarabangsa
BESUT, 9 Ogos – Kerajaan Terengganu memperkukuh agenda pelancongan sukan udara dengan memacu Bukit Bubus di Tembila sebagai hab bertaraf antarabangsa menerusi penganjuran Terengganu International Air Festival (TIAF), yang disasar mencapai kemuncak pada Tahun Melawat Terengganu 2027. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, penganjuran tahun ini merekodkan penyertaan sembilan negara melibatkan 66 peserta, sekali gus melonjakkan status TIAF daripada acara nasional kepada antarabangsa. "Bila sudah melebihi lima negara, kita boleh angkat program ini sebagai antarabangsa. "Tahun hadapan Bukit Bubus akan jadi tuan rumah kepada Liga Negara-Negara Asia dan World Cup Paragliding," katanya pada sidang media selepas merasmikan TIAF 2025 di Besut Paragliding Park, Bukit Bubus, di sini semalam. Turut bersama, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin. Menurutnya, sokongan terhadap TIAF selari dengan komitmen negeri memposisikan Terengganu sebagai destinasi sukan ekstrem dan berprestij di rantau ini. "Ini melambangkan negeri Terengganu menyokong sukan-sukan yang ekstrem dan juga berprestij. "Sukan ini juga adalah 'signature event' negeri Terengganu di bawah Jabatan Pelancongan Negeri," jelasnya. Bagi memperkukuh daya saing penganjuran, kerajaan negeri memperuntukkan RM20,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahan kawasan Bukit Bubus, selain berusaha mendapatkan tambahan RM50,000 bagi menaik taraf infrastruktur termasuk cadangan memperkenalkan aktiviti rock climbing pada Air Festival 2026. "Kita mahu adakan sukan rock climbing untuk menambahkan lagi acara pada Air Festival 2026. "Kita akan mengangkat lagi supaya menjadi lebih besar menjelang 2027," tambah beliau. Razali turut menggesa Majlis Daerah Besut memastikan fasiliti dan imej kawasan sentiasa berada pada tahap terbaik. "Saya minta YDP Besut menceriakan lagi tempat ini, beberapa gerai usang itu perlu dibaik pulih. "Kebersihan juga adalah satu produk pelancongan negeri Terengganu," tegasnya. Beliau optimis penganjuran berskala antarabangsa itu akan memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat, terutama peniaga kecil dan pengusaha tempatan. "Dengan program seperti ini, ia akan memberi manfaat kepada sosioekonomi setempat. "Bila festival ini diangkat ke peringkat antarabangsa, makin ramai lagi yang akan dapat manfaat," katanya.
09 Aug 25
951
Spesies Baru Belalang Pygmy Ditemui di Hutan Terengganu
Spesies Baru Belalang Pygmy Ditemui di Hutan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Terengganu mencuri tumpuan dunia pemuliharaan dan pemeliharaan apabila satu spesies baharu belalang 'pygmy' (kerdil atau kecil) yang dinamakan Belalang Sekayu atau Eufalconius sekayu telah ditemui di kawasan Hutan Simpan Sekayu, Kuala Berang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, mengumumkan mengenai penemuan spesies baharu itu kelmarin. Menurut beliau, penemuan ini bukan sahaja membanggakan dari sudut saintifik, tetapi juga membuktikan bahawa kawasan hutan di Terengganu masih kaya dengan biodiversiti dan berada dalam keadaan yang terjaga. Datuk Razali Idris "Antara penemuan saintifik yang direkodkan adalah spesies belalang baru, iaitu Eufalconius belalang sekayu yang diberi kepada saya tadi gambar itu daripada genus Eufalconius. "Belalang ini sebenarnya hanya ada di Malaysia dan spesies ini dijumpai oleh Dr. Nurul Ashikin Abdullah dari Universiti Melaya (UM) semasa ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi hutan di Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambahan pada 9 Oktober 2024. "Alhamdulillah, apa yang saya dapat lihat dengan adanya (penemuan) belalang sekayu bermakna negeri Terengganu masih menjaga kelestarian hutan. "Pembalakan pun dijaga dengan sempurna maka habitat kepada spesies-spesies yang dah nak pupus masih berada di negeri Terengganu," katanya. Razali berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan 2025 di Raia Hotel Kuala Terengganu. Mengulas lebih lanjut, beliau menyarankan supaya pencarian dan penjagaan yang lebih terperinci dijalankan oleh pihak berkenaan bagi mengenalpasti populasi belalang kerdil tersebut yang menurutnya, mempunyai nilai sebagai produk pelancongan negeri. "Tetapi dia baru dijumpai dan kita akan minta supaya Jabatan Perhutanan melihat sama ada ianya spesies terancam ataupun memang tahap (bilangan) itu saja yang dia ada. "Kita amat memerlukan spesies-spesies seperti ini seperti belalang sekayu tadi, itu satu produk baru untuk negeri Terengganu yang baru saja dijumpai dan belalang itu tak banyak bilangannya, silap-silap terhilang (pupus) jadi kita kena jaga habitatnya," jelasnya. Perkara itu turut disokong oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPMS), Dato' Zahari Ibrahim dimana beliau menekankan bahawa penjagaan habitat memainkan peranan yang besar untuk meneruskan kelestarian alam. Zahari Ibrahim "Fungsi Jabatan Perhutanan sendiri untuk mengawal, mengurus dan merancang serta menguatkuasakan habitat biodiversiti ini. "Ada masyarakat yang lihat hanya penting jaga harimau, jaga tapir, jaga raflesia tapi yang penting habitat atau rumah dia itu. Dan habitat ini juga sering diberi ancaman yang besar apabila kita membuatkan pembangunan dan juga pengeluaran ekonomi kepada negeri-negeri masing-masing. "Jadi, apa yang saya ingin tegaskan, sehingga sekarang kawasan habitat kita masih mengekalkan keluasan dia daripada tahun 1984 sehinggalah ke tahun sekarang ini walaupun dalam keadaan ekonomi dan juga pembangunan pesat," katanya. Dalam pada itu, Zahari mengucapkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kesudian untuk menjadi tuan rumah bagi Persidangan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Tahun 2025. "Maklumat (persidangan) ini penting supaya kita dapat mengutamakan apakah biodiversiti yang patut kita jaga, kita urus dan kita kawal dia daripada ancaman-ancaman yang lain. "Jadi, saya berterima kasih kepada Kerajaan negeri, yang menjadi tuan rumah kita pada hari ini dan ini menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan negeri dalam memelihara dan mengurus serta menjaga khazanah hutan negara," ujarnya.
07 Aug 25
2543
Sasar 500 Individu Bujang Daftar Portal Jodoh
Sasar 500 Individu Bujang Daftar Portal Jodoh
Kerajaan Negeri Terengganu menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 500 individu bujang untuk mendaftar dalam Portal Jodoh Darul Iman menjelang akhir tahun ini selepas ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
07 Aug 25
5