lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Wau Bulan Gergasi Zahir Semangat 'Teguh Pertahan'
Wau Bulan Gergasi Zahir Semangat 'Teguh Pertahan'
MARANG, 16 Julai - Pembinaan replika wau bulan gergasi yang berukuran 21 meter lebar dan 24 meter tinggi mengambarkan semangat rakyat khususnya golongan anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong untuk mempertahankan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata beliau sendiri secara peribadi tersentuh dengan kesungguhan masyarakat yang berusaha menyiapkan replika itu dalam masa dua minggu. "Sayu hati melihat kesungguhan kesemua mereka yang terlibat khususnya anak muda dengan duit dan tenaga mereka sendiri bersungguh-sungguh menyiapkan wau yang sangat besar mengambarkan mahu PAS terus memerintah Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui video ucapan pendek di facebook rasminya, di sini, kelmarin. Dalam pada itu beliau yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata, besar harapannya agar semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat serta anak muda berkenaan akan mengamit kepulangan anak-anak perantau untuk turut bersemangat menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). "Ambil semangat orang kampung untuk anak-anak muda dan pengundi di perantauan agar pulang menunaikan tanggungjawab, balik bertemu keluarga  juga bertemu dengan anak-anak muda yang ada di kampung untuk turut bersama membangkitkan semangat 'raya' yang hanya berlangsung lima tahun sekali," ujarnya. Katanya, dengan adanya replika wau gergasi berkenaan tempat tersebut akan menjadi tumpuan serta dikunjungi ramai untuk diabadikan kenangan dengan bergambar sepanjang PRN ini.    
16 Jul 23
342
PRN: Polis Kenal Pasti 59 Kawasan Panas Di Terengganu
PRN: Polis Kenal Pasti 59 Kawasan Panas Di Terengganu
Sebanyak 59 lokasi panas atau hotspot telah dikenal pasti polis kontinjen Negeri Terengganu sepanjang tempoh berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
16 Jul 23
246
STPM: Anak Peniaga Kuih Tradisional Hadiahkan Keputusan Cemerlang Untuk Ibu Ayah
STPM: Anak Peniaga Kuih Tradisional Hadiahkan Keputusan Cemerlang Untuk Ibu Ayah
KUALA TERENGGANU, 14 Julai- Anak pembuat kuih tradisional antara 112 pelajar cemerlang negeri ini yang memperoleh 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 yang diumumkan, semalam.  Bekas pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman Aqilah Talib, 20, berkata, melihat kegigihan ayahnya Talib Abdul Rahman, 70 yang telah dimamah usia tetapi masih berusaha membantu ibunya Mariam Chik, 60, berniaga kuih ropal dan roti keramat menjadi perangsang kepadanya untuk mengubah nasib keluarga. “Sudah menjadi rutin harian, saya akan bangun awal sekitar 4 pagi untuk belajar selama sejam kemudian pada pukul 5 pagi sambung pula bantu mak buat kuih untuk ayah hantar ke kedai. “Selepas itu, saya solat subuh dan bersiap ke sekolah. Walaupun agak penat, namun semua itu berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang hari ini dan ia adalah hadiah untuk ibu dan ayah saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan STPM Terengganu 2022 di SMK Sultan Sulaiman, semalam.  Anak bongsu daripada 10 beradik yang memasang impian untuk bergelar peguam itu berkata, dia mengikut nasihat kedua ibu bapanya untuk menyambung pelajaran dan memilih tingkatan enam walaupun memperolehi 4A, 1B dan 2C pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aqilah berkata, dia menolak tawaran menyambung pengajian di peringkat diploma dalam jurusan pelancongan di Universiti Teknolagi Mara (UiTM) Dungun kerana enggan menanggung hutang pinjaman dan mendorongnya memilih mengambil STPM. "Walaupun ramai yang memberitahu STPM susah termasuk kakak sendiri, namun saya tetap dengan keputusan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan Enam kerana tidak mahu menyusahkan kedua orang tua.  "Selepas ini, kalau ada rezeki saya mahu menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)," ujarnya.
13 Jul 23
793
STPM: Terengganu Catat PNGK 3.04 Atasi PNGK Nasional
STPM: Terengganu Catat PNGK 3.04 Atasi PNGK Nasional
KUALA TERENGGANU, 13 Julai- Terengganu mencatat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.04 mengatasi PNGK nasional iaitu 2.82 dengan perbezaan 0.22 dalam Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022. Timbalan Pengarah (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Kasman Embong berkata, 2,178 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2022 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2,142 calon. Menurutnya, pencapaian semua A (PNGK 4.00) dalam mata pelajaran yang diambil bagi 2022 ialah 112 calon berbanding 2021 iaitu 64 calon. Ia adalah peningkatan 2.18 peratus. Katanya, prestasi PNGK sekolah di Terengganu juga menunjukkan peningkatan yang mana pada 2021 ia mencatatkan 3.03, dan 3.04 bagi 2022. "Manakala bagi keputusan semua A bagi 2021, 64 calon memperoleh semua A dan pada 2022, ia meningkat kepada 112 calon.  "Sebanyak 29 daripada 46 buah sekolah mencapai PNGK 3.00 ke atas manakala pada tahun sebelumnya, 27 buah sekolah memperoleh keputusan yang sama," katanya ketika Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2022 Negeri Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini. Menurutnya, 38 daripada 46 sekolah di negeri ini mengatasi PNGK nasional (2.82) manakala 43 daripada 46 sekolah mendapat keputusan lulus penuh 100 peratus dalam peperiksaan STPM 2022. Katanya, bagi keputusan tahun ini, 1,203 iaitu 55.21 peratus calon memperoleh PNGK 3.00 ke atas berbanding 2021 iaitu 1,187 iaitu 56.60 peratus calon yang memperoleh keputusan sama. Tambah beliau, Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek, Setiu mencatat PNGK terbaik iaitu 3.43 dan 100 peratus terbaik pencapaian semua prinsipal (5P/4P).  
13 Jul 23
729
Keputusan STPM Dikeluarkan Khamis Ini
Keputusan STPM Dikeluarkan Khamis Ini
KUALA TERENGGANU, 11 Julai - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi kenyataan memaklumkan, semakan boleh dibuat menerusi tiga kaedah iaitu di sekolah masing-masing, pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888. "Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada sehingga jam 12 tengah hari Ahad," kata kenyataan itu pada Selasa. Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2022 di 659 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan 5,668 petugas peperiksaan dilantik.  
11 Jul 23
251
Terengganu Milik Semua Rakyat
Terengganu Milik Semua Rakyat
BANGI, 11 Julai - Setiap rakyat Terengganu memainkan peranan penting dalam memastikan negeri ini terus membangun dan maju dengan menyumbangkan kepakaran dalam bentuk idea, cadangan dan teguran kerana ia merupakan hak semua bukannya milik pihak-pihak tertentu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, adalah diharapkan setiap rakyat berganding bahu memajukan negeri ini dari segi pembangunan, ekonomi untuk terus memacu kesejahteraan hidup rakyat. Ujarnya, menjadi harapan besar juga agar golongan terpelajar daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi melontarkan pandangan untuk diambil perhatian dalam memastikan Terengganu terus memacu kejayaan serta mengekalkan kecemerlangan. "Terengganu ini bukan hak saya, bukan hak mana-mana ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKN). dan bukan juga hak pegawai kerajaan tetapi milik kita semua sebagai rakyat Terengganu. "Kerana itu setiap orang perlu memainkan peranan walaupun sekecil mana pun, semuanya itu menyumbang kepada (kejayaan) negeri Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika program Town Hall Mahasiswa Perantau 2023 "MB Nok Juppe" di bangi Convention Centre, kelmarin. Mengulas lanjut katanya, pertemuan berkenaan sangat bermakna untuk mendegar segala pandangan serta idea-idea baru yang dilontarkan sepanjang sesi dialog itu diadakan. "Segala cadangan, buah fikiran yang disebur oleh saudara saudari (mahasiswa dan mahasiswi) sebentar tadi, semuanya masuk dalam kepada kami untuk dibuat pertimbangan dalam (membantu) mengurus tadbir negara dan negeri kita ini, insya-Allah,"ujarnya.    
11 Jul 23
165
PRN, Pengamal Media Digalakkan Daftar Undi Pos
PRN, Pengamal Media Digalakkan Daftar Undi Pos
KUALA TERENGGANU, 10 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggalakkan pengamal media berdaftar sebagai pengundi pos bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15). Ketua Komunikasi Korporat SPR, Mohd Azlan Charles Abdullah berkata pendaftaran bagi petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, polis, tentera termasuk media akan berakhir pada 26 Julai ini. “Kita memahami tugas pengamal media ketika hari penamaan calon dan sepanjang tempoh berkempen, jadi kita galakan supaya mendaftar sebagai pengundi pos. “Hanya perlu mengisi borang 1A secara manual yang dimuat turun dari web SPR serta memberitahu pengawai pengurus pilihan raya bagi memaklumkan dan memudahkan proses pengundian nanti,” katanya. Beliau berkata demikian pada program taklimat kepada petugas media sempena PRN15 di Dewan Utama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu di sini, hari ini. Sehubungan itu, SPR menggalakkan mereka untuk membuat pendaftaran akaun MySPR di pautan https://myspr.spr.gov.my lebih awal bagi membolehkan permohonan segera dapat dilakukan apabila tempoh permohonan undi pos dibuka kelak selain mengelakkan sebarang masalah sekiranya pendaftaran akaun MySPR pada saat akhir, Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dibuka mulai 15 Jun baru-baru ini. Sementara itu, lebih 60 pengamal media daripada pelbagai agensi di negeri ini menyertai taklimat pilihan raya  Taklimat selama hampir empat jam anjuran SPR itu disampaikan Ketua Program (Pengurusan Strategik), Akademi Pilihan Raya, YM Raja Saera Dato' Raja Musa  Taklimat itu diadakan bagi memberi pendedahan mengenai tugas media sepanjang proses PRN yang bakal berlangsung.
10 Jul 23
1562
Jangan Kaitkan Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Dengan Pembalakan - MB
Jangan Kaitkan Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Dengan Pembalakan - MB
Jangan kaitkan pekerjaan ketua isi rumah (KIR) mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman dengan aktiviti pembalakan haram di sekitar kawasan tersebut.
10 Jul 23
230
MB Lancar Kad Laporan Prestasi, Buku Kejayaan Terengganu
MB Lancar Kad Laporan Prestasi, Buku Kejayaan Terengganu
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melancarkan Kad Laporan Prestasi dan Buku Kejayaan Kerajaan Negeri Terengganu 2018-2023.
10 Jul 23
212
Kerajaan Negeri Tubuh 'Pusat Cari Kerja' Bantu Rakyat Terengganu
Kerajaan Negeri Tubuh 'Pusat Cari Kerja' Bantu Rakyat Terengganu
Kerajaan Negeri mengorak satu langkah ke hadapan dalam menambah baik perkhidmatan kepada rakyat dengan menubuhkan Pusat Cari Kerja Terengganu.
10 Jul 23
90