lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu Peruntuk RM100 Juta Bina SM Imtiaz Marang
Terengganu Peruntuk RM100 Juta Bina SM Imtiaz Marang
Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Marang.
20 Jul 23
313
Kenapa Perlu Tangkap Sanusi Pukul 3 Pagi?
Kenapa Perlu Tangkap Sanusi Pukul 3 Pagi?
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoalkan kewajaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap pada jam 3 pagi.
20 Jul 23
224
Banyak Lagi Projek 'Sakit' Zaman UMNO Akan Dibaik Pulih
Banyak Lagi Projek 'Sakit' Zaman UMNO Akan Dibaik Pulih
Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa lagi projek terbengkalai di zaman UMNO untuk dibaik pulih.
20 Jul 23
211
Bakal Cetus Fenomena, Ribuan Rakyat Berhimpun
Bakal Cetus Fenomena, Ribuan Rakyat Berhimpun
KUALA TERENGGANU, 18 Julai - Ribuan rakyat bakal berhimpun di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak Khamis ini bagi memeriahkan program Malam Terengganu Cinta Rasul yang akan mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, program itu bersempena dengan Sambutan Semarak Dakwah di Awal Muharram. "Ini merupakan satu program kerajaan negeri yang dianjurkan melalui Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dengan kerjasama institusi pondok, maahad tahfiz dan juga sekolah-sekolah agama. "Semua rakyat dijemput untuk hadir ke program ini untuk bersama-sama mengalunkan selawat juga bagi membangitkan perasaan rindu serta menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW di mana inilah menjadi rahsia kehebatan orang yang ada di zaman dahulu. "Juga melahirkan semangat bagi menjadi mata rantai bagi meneruskan perjuangan Rasul di malam cinta rasul itu nanti," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini. Program berkenaan akan turut disusuli munajat bagi memohon keberkatan dari Allah SWT agar terus memberkati negeri ini dan rakyatnya. Pelbagai aktiviti menarik diadakan khusus sepanjang program tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam yang dimulakan dengan Bacaan Surah Yasin Perdana yang akan dipimpin oleh Qari negeri Terengganu, Abdul Hadi Che Abd Halim. Kemudian akan disusuli dengan seminar penghayatan Hijrah oleh Pendakwah Selebriti, Ustazah Asmak Hussin, Ustazah Muzayyamah Abdulllah dan Motivator Terkenal, Bro Shah Kirit. Pada sebelah petang pula pengunjung berpeluang untuk bersama-sama menadah kitab denan Pengerusi Persatuan Guru-Guru Pondok Terengganu, Tuan Guru Ustaz Raqim Annuria dan slot Daurah Kitab Bersama Daie. Sebelah malanya seusai Program maal Hijrah Bersama Daie bersama Ustaz Haji Mat Esa Deraman 'Tokku Pasir Gudang', dan Solat Hajat Perdana majlis tersebut pada cara kemuncak akan berlangsung majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Kemuncak acara Malam Terengganu Cinta Rasul akan menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai pentausiah bersama Habib Naerl Thohir, Tuan Guru Habib Syed Suhaimi, Tuan Guru Suplar, Tuan Guru Ustaz Raqim Annuria dan Pencetus Ummah (PU) Syed. Manakala alunan selawat dan nasyid akan menampilkan kumpulan InTeam, Ustaz Ahmad Muzani (UAM) dan Qasidah Shoutul Muhibbin. Orang ramai yang akan hadir diminta mengenakan tema pakaian pada malam tersbeut iaitu berjubah putih atau mengenakan pakaian yang bersesuain bagi memeriahkan malam berkenaan.
19 Jul 23
887
Ustaz Wan Junaidi Diumum Tokoh Dakwah Negeri
Ustaz Wan Junaidi Diumum Tokoh Dakwah Negeri
KUALA TERENGGANU,19 Julai- Tenaga pengajar kitab Turath bertauliah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ustaz Wan Junaidi Wan Jaafar diumumkan sebagai Tokoh Dakwah Peringkat Negeri Terengganu tahun ini. Pengumuman itu dibuat pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1445H/2023M di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Kriteria tokoh yang dipilih adalah berdasarkan kepada sumbangan besar dalam pembangunan dakwah dan perkembangan syiar Islam selain memiliki pengetahuan, pengalaman luas serta mempunyai sifat dan keperibadian unggul. Wan Junaidi, 54, dari Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu mengabdikan diri selama 12 tahun bagi mengikuti pengajian pondok bermula dari usia 14 tahun. Antaranya, Pondok Tok Guru Haji Abas, Tok Jiring; Pondok  Pasir Tumbuh, Kelantan; Pondok Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang, Thailand serta Pondok Al- Falahiyyah, Pondok Paku, Kerandang, Besut (Pondok Tuan Guru Baba Najmuddin, Kerandang). Wan Junaidi berkata, penganugerahan tersebut memberi semangat kepada diri beliau untuk terus meningkatkan usaha dalam memperjuangkan agama Islam. "Alhamdulillah atas anugerah ini, ianya merupakan suatu pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama terhadap usaha saya untuk mengembangkan pengajian Kitab Turath yang banyak diguna pakai di institusi pondok dengan memberi penekanan terhadap ilmu fardu ain, tauhid, fekah dan tasawwuf. "Mudah-mudahan dengan anugerah ini akan membuka lagi minat umat Islam di negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya dalam mendalami Kitab Turath. "Saya juga berharap dengan anugerah ini akan meningkatkan semangat saya untuk menyampaikan ilmu agama kepada umat Islam di Negeri Terengganu khasnya dan dapat mengajak asatizah-asatizah yang lain bersama-sama menabur bakti untuk mengembangkan dan memperluaskan ilmu agama Islam, " ujarnya. Bapa kepada sembilan cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri kerana memilih beliau sebagai Tokoh Dakwah tahun ini. Kini, beliau aktif mengajar kitab-kitab Turath di masjid-masjid sekitar Kuala Terengganu termasuk Masjid Negeri (Masjid Abidin) "Saya lebih kepada memberi penekanan terhadap ilmu berkaitan fardu ain, tauhid, feqah dan juga tasawwuf . "Setiap tiga kali dalam seminggu, saya akan bersiaran di Radio Terengganu FM dan bagi memberi kemudahan kepada penuntut-penuntut ilmu, mereka juga boleh mengikuti kuliah Fardhu Ain secara live menerusi FB Live: Ustaz Wan Junaidi- Original, " ujarnya.
18 Jul 23
2191
Terengganu Peruntuk RM100 Juta Bina SM Imtiaz Marang
Terengganu Peruntuk RM100 Juta Bina SM Imtiaz Marang
MARANG, 18 Julai – Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Marang di sini. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembinaan tersebut akan dibina di atas tanah berkeluasan 40 hektar di Kampung Tok Muchong, Marang . Katanya, projek tersebut dijangka bakal siap sepenuhnya pada tahun 2027. "Kompleks yang menggabungkan konsep reka bentuk moden dan kontemporari itu mampu menempatkan seramai lebih 550 pelajar. “Setiap tahun Yayasan Terengganu menerima hampir 5,000 permohonan untuk memasuki Imtiaz namun hanya 10 peratus permohonan yang boleh diambil daripada jumlah itu," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bertempat di Tapak SMIYT Marang, Kampung Tok Muchong, Marang di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah Negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah. Tambah Ahmad Samsuri, SM Imtiaz yang mula beroperasi pada 2017 kini sudah dikenali di merata tempat sebagai satu jenama dalam mencetak kecemerlangan pelajar. “Kini nama Imtiaz telah dikenali di serata dunia dan telah berkembang ke setiap daerah di Terengganu. “Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap prestasi pelajar dan infrastruktur pendidikan Imtiaz menerusi Yayasan Terengganu," katanya. Sehubungan itu, pembinaan Kompleks Imtiaz Marang ini akan mengukuhkan lagi jenama Imtiaz Yayasan Terengganu sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terbaik di Malaysia. “Sekali gus menyokong antara agenda utama Kerajaan Negeri Terengganu ke arah pembentukan modal insan yang kompeten dan minda kelas pertama. “Pembangunan pendidikan dan pembangunan modal insan menjadi fokus utama kerajaan negeri agar bergerak seiring dengan pembangun an fizikal di negeri Terengganu,” ujarnya.        
18 Jul 23
1093
Kenapa Perlu Tangkap Sanusi Pukul 3 Pagi?
Kenapa Perlu Tangkap Sanusi Pukul 3 Pagi?
MARANG, 18 Julai – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoalkan kewajaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap pada jam 3 pagi. Ahmad Samsuri berkata, sedangkan Menteri Besar Kedah tersebut telah ditetapkan hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi. Menurutnya, tindakan sedemikian tidak perlu dilakukan kerana beliau bukan pelarian yang mahu lari ke mana-mana. “Kami para pimpinan tidak akan lari, jadi kenapa perlu ditahan dan dibawa pada jam 3 pagi,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bertempat di Tapak SMIYT Marang, Kampung Tok Muchong di sini hari ini. Mengulas mengenai sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) susulan isu itu, Ahmad Samsuri berkata tindakan tersebut tidak akan menjejaskan sokongan rakyat. Apabila ditanya mengenai pelbagai halangan dan sekatan yang dikenakan terhadap PN terutama dari sudut media sosial. Beliau menjawab itu tekanan dan aturan biasa yang dilakukan oleh mereka. "Insya-Allah, kita masih boleh mengatasinya dan akan bangkit sepenuhnya," ujarnya.    
18 Jul 23
932
Hospital KMI Keenam Dibina di Kemaman
Hospital KMI Keenam Dibina di Kemaman
KEMAMAN, 17 Julai - Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare atau KMI) bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) akan membina hospital keenam milik syarikat itu di daerah ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata penambahan sebuah lagi hospital swasta bakal menggalakkan lebih banyak perkembangan positif serta meningkatkan kepelbagaian pilihan perkhidmatan kesihatan. Katanya, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan mencukupi di negeri ini. "KMI Healthcare dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) sebelum ini telah menandatangani Perjanjian Jual Beli serentak dengan acara itu untuk tanah seluas 5.4 ekar. "Tanah tersebut terletak di Kampung Jaya, Mukim Chukai, dengan kos RM14.1 juta bagi pembangunan hospital pakar itu. “Hospital KMI bukan sahaja mampu memenuhi permintaan dan meningkatkan pilihan perkhidmatan perubatan, malah mampu menjadikan Terengganu sebagai hab perubatan di rantau ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah KMI Chukai Medical Centre bertempat di Tapak KMI Chukai Medical Centre di sini semalam. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi TDM, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar. Tengku Seri Bijaya Raja berkata, KMI Healthcare telah meletakkan dirinya sebagai penyedia penjagaan kesihatan pilihan yang dipercayai terutamanya di jajaran pantai timur. "Fasa pertama apabila hospital ini dibuka dijangka membuka lebih 150 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada mereka yang berkelayakan. "Keunikan yang terdapat di keenam KMI ini adalah setiap pesakit mempunyai satu bilik dengan fasiliti yang lengkap. “Inisiatif ini bagi memberikan keselesaan dan privasi yang lebih kepada pesakit serta memudahkan pesakit melakukan ibadah dengan lebih tenang dan selesa,” ujarnya. Di samping ujar beliau, pegawai agama juga tersedia di setiap KMI bagi membantu pesakit dari sudut kerohanian, pertanyaan persoalan agama dan sebagainya.    
17 Jul 23
2061
Wisma Darul Iman Diiktiraf di Peringkat Nasional
Wisma Darul Iman Diiktiraf di Peringkat Nasional
KUALA TERENGGANU, 17 Julai – Wisma Darul Iman diiktiraf di peringkat nasional apabila menerima anugerah 'Special Mention Award' bagi kategori ’10 Years & Above' (Specialised Category) baru-baru ini. Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kepada kerajaan Terengganu. Katanya, anugerah itu diberikan dalam majlis ‘The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards 2023 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 4 Julai lepas. "Sebanyak 39 projek hartanah seluruh negara telah disenarai pendek di peringkat awal dan hanya 30 projek yang diberikan pengiktirafan dalam majlis anugerah ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Cemerlang (APC) Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) 2023 bertempat di Dewan Besar WDI di sini hari ini. Tambah Tengku Seri Bijaya Raja mengenai program itu, sebanyak 19 orang penerima APC WDI yang terdiri daripada pelbagai jabatan, bahagian, unit dalam Wisma Darul Iman. “Penerima-penerima ini akan menerima insentif kecemerlangan sebanyak RM500 berserta sijil penghargaan. “Sumbangan dan komitmen ke arah kecemerlangan ini serta usaha keras di dalam tugas yang tuan puan laksananakan telah diterjemahkan dalam APC bulanan bagi warga kerja WDI. “Penganugerahan pekerja cemerlang ini sebagai penyuntik semangat dan pencetus azam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. “Khususnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” ujarnya.  
17 Jul 23
563
Terengganu Rancakkan Aktiviti Pelancongan Berasaskan Penyu
Terengganu Rancakkan Aktiviti Pelancongan Berasaskan Penyu
Kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman komited merancakkan aktiviti sektor pelancongan berasaskan penyu di daerah ini.
16 Jul 23
46