lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

2,000 Sertai Terengganu Drawbrdge Half Marathon
2,000 Sertai Terengganu Drawbrdge Half Marathon
Seramai 2,000 peserta menyertai Terengganu Drawbridge Half Marathon yang julung-julung kali dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan mendapat sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
16 Nov 23
188
Khidmat Malaysia Siap Siaga Hadapi Banjir
Khidmat Malaysia Siap Siaga Hadapi Banjir
KUALA TERENGGANU, 16 November - Badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Terengganu mengarahkan seluruh jentera dan agensi bersiap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 11 November lepas dan dijangka berakhir pada Mac tahun hadapan. Pengerusi Khidmat Malaysia negeri, Hanafiah Mat berkata pihaknya sentiasa berwaspada dengan sebarang pemakluman yang dikeluarkan sebagai langkah persediaan termasuk menyantuni mangsa banjir dan menghulur bantuan, sama ada sumbangan barangan keperluan atau dalam kerja pembersihan. Beliau berkata, taburan hujan lebat luar biasa berlaku apabila Terengganu mula memasuki peralihan monsun timur laut (MTL) setiap tahun sehingga boleh menyebabkan kawasan rendah terutama yang berada di tepi sungai berisiko dilanda banjir. Katanya, Khidmat Malaysia Terengganu akan memantau dan berhubung bagi mengetahui keadaan serta keperluan semasa mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir. “Saya juga memberi komitmen yang kami di Terengganu akan membantu untuk proses pasca banjir termasuk membersihkan kediaman dan sebagainya. “Saya berharap pada tahun ini rakyat sudah bersedia kerana pelbagai ramalan terutamanya daripada Jabatan Meteorologi yang menjangkakan banjir  yang akan berlaku pada bulan November ini sehingga Mac 2024,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di sini semalam. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu turut menasihatkan agar anggota Khidmat Masyarakat sentiasa berhubung dengan Ketua Jawatankuasa Bencana Daerah sebelum memulakan operasi semasa banjir bagi menjaga keselamatan masing-masing. Dalam masa sama, pihaknya bersama agensi kerajaan yang lain bersedia untuk memberikan bantuan kepada seluruh rakyat dalam menghadapi risiko banjir ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman nanti. MetMalaysia dalam satu kenyataan pada 6 November lepas menjangkakan MTL atau musim tengkujuh di Malaysia bermula pada Sabtu (11 Nov) lepas dan berterusan hingga Mac depan, dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.  
16 Nov 23
211
Hidrogen Hijau Sumber Baharu Terengganu?
Hidrogen Hijau Sumber Baharu Terengganu?
Industri hidrogen hijau dijangka akan dibangunkan menjadi pendapatan baharu Terengganu sekali gus mengurangkan kebergantungan negeri Pantai Timur itu terhadap petroleum.
15 Nov 23
83
Tiga Raja Muda Berkenan Hadir Makan Malam Sidang Komander
Tiga Raja Muda Berkenan Hadir Makan Malam Sidang Komander
KUALA TERENGGANU, 15 November - Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Sempena Sidang Komander Askar Wataniah siri 34/2023, di Taman Tamadun Islam, di sini, semalam. Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Amirul Karin Sallehuddin. Keberangkatan Baginda turut diiringi Tengku Seri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Timbalan Panglima Tentera Darat,  Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pegawai Kewangan negeri, Dato’ Nara Setia. Tengku Seri Temenggong Raja berkata, sidang tersebut merupakan forum yang bertanggungjawab sebagai penasihat kepada panglima tentera darat mengenai perihal pembangunan askar Wataniah.  “Saya berharap, agar sidang ke-34 yang diadakan di bumi Terengganu Darul Iman ini akan dapat mencapai objektif yang digariskan serta terus mendokong dasar pertananan negara yang telah menetapkan dua komponen di dalam Angkatan Tentera Malaysia merangkumi pasukan tetap dan pasukan simpanan bagi melengkapkan konsep angkatan menyeluruh ataupun ‘total force concept’,” ujarnya. Justeru itu, beliau berharap  penganjuran sidang itu akan memberi pendedahan kepada kesemua agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta rakyat negeri Terengganu yang juga perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi mengukuhkan pertahanan dan keselamatan negara seperti mana yang telah digariskan di dalam konsep pertahanan menyeluruh.  
15 Nov 23
369
Terengganu Inc Sumbang RM210,000 Bantu Pelaksanaan STEM
Terengganu Inc Sumbang RM210,000 Bantu Pelaksanaan STEM
KUALA TERENGGANU, 15 November – Anak syarikat negeri (GLC), Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) dan Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn Bhd menyumbang sebanyak RM210,000 bagi merintis program pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan lnsan negeri, Ahmad Shah Mohamed berkata STEM adalah landasan kepada kejayaan dan inovasi cendiakawan muda masa hadapan. “STEM membawa kita kepada era revolusi industri 4.0, yang terus menuntut pembaharuan, inovasi, dan pemerkasaan masyarakat melalui pengetahuan dan kemahiran.  “Di Terengganu, kita telah meletakkan dasar-dasar bagi mengukuhkan pendidikan dan pembangunan dalam bidang ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Modul Kembara STEM bertempat di Duyong Marina di sini hari ini. Tambah Ahmad Shah, pendidikan STEM perlu diperkukuhkan lagi memandangkan peranannya amat besar dalam melahirkan modal insan yang kompeten. Ujar beliau, ia bagi memecahkan cabaran kompleks seterusnya membantu mencipta masa depan masyarakat yang lebih baik. “Keberhasilan Modul Kembara STEM ini diyakini mampu berperanan sebagai satu rujukan dan panduan kepada pelajar-pelajar Terengganu untuk mengeksplorasi dunia STEM dengan lebih mendalam.  “Proses ini tentunya memerlukan bimbingan fasilitator dan mentor yang terlatih bagi tujuan membina asas pengetahuan yang kukuh demi masa depan yang lebih terjamin.  “Saya difahamkan modul ini telah pun berjaya diimplementasikan melalui dua program utama.  “Pertama, program Terengganu Peers STEM Coaching (TPSC) pada tahun 2022 yang melibatkan 25 buah sekolah elit dengan penyertaan 625 murid dan 125 sekolah harian biasa dengan penyertaan 3125 murid,” katanya. Manakala jelas beliau, program kedua adalah STEM Educators Bootcamp 2023 melibatkan para guru sahaja seramai 233 orang dari 124 buah sekolah sekitar Terengganu. "Saya menggesa semua pihak terlibat, terutamanya guru-guru, ibu bapa, dan pelajar-pelajar, untuk bersama-sama memanfaatkan Modul Kembara STEM ini. "Ini sebagai satu peluang keemasan untuk memperkukuhkan pendidikan STEM di Terengganu," jelasnya.  
15 Nov 23
285
Giliran Rakyat Telemong Terima Hak Milik Tanah
Giliran Rakyat Telemong Terima Hak Milik Tanah
Seramai 96 warga Telemong menerima hak milik tanah manakala 70 lagi menerima borang 5A bagi melayakkan mereka mendapat tanah kerajaan secara kekal.
15 Nov 23
67
JPV Rampas 9,120 Kilogram Karkas Babi
JPV Rampas 9,120 Kilogram Karkas Babi
KUALA TERENGGANU, 14 November- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas sebanyak 9,120 kilogram karkas babi dengan membabitkan nilai keseluruhan RM396,240. Pengarah Veterinar negeri, Dr. Anun Man berkata, karkas babi tersebut berjaya dijumpai hasil serbuan dibuat sepasukan anggota penguatkuasa Veterinar sekitar pukul 3.30 pagi di tepi jalan di Kampung Pak Kancil, Permaisuri, Setiu Khamis lalu. Menurut beliau, sebanyak 9,120 kilogram (kg) karkas babi bernilai RM246,240 dirampas di bawah peruntukan Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009. “Selain 29 kotak mengandungi organ dan 228 keratan babi serta dua dokumen berupa invois dengan jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dan kontena berjumlah RM396,240,” ujarnya dalam sidang media, hari ini. Anun berkata, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an iaitu pemandu dan kelindan lori turut ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut. “Hasil soal siasat terhadap dua lelaki itu menunjukkan mereka dalam perjalanan ke Kuantan dan kami tidak menolak kemungkinan babi ini dibawa masuk dari Thailand,” ujarnya. Beliau berkata, penguatkuasa JPV Terengganu telah membuat risikan dan membuat pemeriksaan susulan kes rampasan yang sama berlaku di Lembah Klang. Katanya, kes disiasat dibawah kaedah 5 (3) dimana tiada seorang pun boleh menjual, mempamerkan untuk dijual atau memiliki apa-apa karkas apa-apa binatang yang tidak disembelih di rumah sembelih diluluskan atau dilesenkan. “Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000,” ujarnya. Menurut beliau, JPV Terengganu memandang serius kes sebegini bagi mengekang penyakit Demam Babi Afrika menular di negeri Ini. “Jabatan veterinar berharap sebarang pemindahan karkas ternakan perlu mematuhi kaedah-kaedah atau prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan dimana ianya perlu disahkan atau disembelih di rumah sembelih veterinar,” ujarnya.
15 Nov 23
482
Air Mata Gugur Saat Terima Hak Milik Tanah
Air Mata Gugur Saat Terima Hak Milik Tanah
Linangan air mata membasahi pipi penerima dokumen hak milik tanah, Rohaya Mat Salleh, 41, selepas cita-citanya untuk memiliki tanah tercapai.
13 Nov 23
89
34 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Ayam
34 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Ayam
 Sebanyak 34 notis dikeluarkan kepada peniaga yang menjual ayam pada harga terlalu tinggi sejak penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuatkuasa 1 November lalu. 
13 Nov 23
81
TTI Sasar Satu Juta Pengunjung Tahun 2024
TTI Sasar Satu Juta Pengunjung Tahun 2024
KUALA TERENGGANU, 13 November - Taman Tamadun Islam (TTI) menyasarkan kehadiran 1 juta pengunjung pada tahun hadapan. Pengurus besar TTI, Mohd Fadhil Wahab berkata, pihaknya meletakkan sasaran itu melihat kepada jumlah pengunjung yang dicapai pada tahun ini dari Januari hingga November adalah lebih 600,000. "Kita hendak memastikan TTI ini bukan hanya akan menguntungkan kerajaan Terengganu tetapi turut memberikan limpahan ekonomi kepada rakyat terutama masyarakat setempat. "Saya melihat ini satu cabaran bagi memastikan TTI ini muncul sebagai hab pelancongan negeri Terengganu yang terkemuka dan menjadi pilihan ramai. "Maknanya bila orang datang Terengganu dia akan terus memilih untuk datang ke sini, saya yakin dan percaya TTI masih dikenali ramai dan untuk memperkasakannya kita akan melakukan sesuatu dan akan memikirkan program yang 'wow', bagi meningkatkan jumlah pengunjung," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semasa hadir pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah sempena Watersport Festival, di sini, semalam. Dalam pada itu, Fadhil berkata adalah menjadi tanggungjawabnya setelah dilantik menjadi pengurus besar baru untuk menaikkan kembali TTI. "Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang telah memberi peluang dan melantik saya sebagai Pengurus Besar dan sudah pastinya banyak cabaran yang perlu saya buat kerana TTI ini namanya cukup besar. "Sudah pasti memerlukan kepada satu perancangan ataupun satu kerja yang perlu difikirkan bersama untuk memastikan ia mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri," ujarnya lagi.
13 Nov 23
259