lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Jangan Cuba Jadikan Pulau di Terengganu Sarang Persundalan
Jangan Cuba Jadikan Pulau di Terengganu Sarang Persundalan
KUALA TERENGGANU, 18 Januari - Kerajaan memandang serius dan tidak akan membiarkan sebarang aktiviti tidak bermoral dilakukan sindiket persundalan di pulau peranginan di negeri ini sebagaimana didedahkan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, Kerajaan Negeri sangat menghargai kejayaan pasukan polis Terengganu mengesan dan mencegah aktiviti maksiat itu yang disyaki baru mula bertapak. Ujarnya, operasi dilakukan sindiket berkenaan dikesan berjalan secara atas talian menggunakan beberapa hotel bajet. "Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan panggil semua pengusaha hotel untuk berbincang dan memberikan amaran bagi memastikan segala perkhidmatan yang disediakan hanyalah yang halal di sisi agama sekali gus mematahkan sebarang cubaan untuk membuka pintu ke aktiviti haram. "Saya menyeru kepada mana-mana pemegang taruh (pelancongan) sama ada hotel ataupun 'travel agency' untuk merancakkan kempen melancong ke negeri Terengganu dengan kita menyasarkan kehadiran 4.5 juta pelancong sama ada domestik ataupun asing. "Justeru jangan cuba hendak mengambil kesempatan dengan kehadiran ramai (dalam) kerancakan ekonomi pelancongan negeri Terengganu ada pihak cuba membawa perkara maksiat ke negeri ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas  melakukan sesi kunjungan hormat Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, hari ini. Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M.Rozi Bidin, Pengarah UPDI, Mohd Harun Esa dan Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pengurusan, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Mohd Fadhli Jusoh. Mengenai lawatan diadakan itu, Razali berkata pihaknya telah mendapat penjelasan terperinci daripada PDRM dan JHEAT. Katanya, Kerajaan Negeri akan memperhebatkan lagi operasi pencegahan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral itu tidak bertapak di negeri ini. Sementara itu, Rozi berkata, JHEAT akan menggunakan bidang kuasa yang ada untuk memastikan Terengganu bebas daripada apa-apa kesalahan jenayah syariah yang bercanggah dengan moral dan tatasusila. "Perancangan kita untuk diadakan hebahan kepada semua bagi memastikan mereka patuh kepada garis panduan dan juga apa-apa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang telah dikuatkuasakan agar negeri ini bebas daripada maksiat dan perkara yang tidak bermoral," tegasnya. Dalam pada itu, Mazli berkata PDRM akan terus melakukan operasi berterusan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman negeri supaya mendatangkan kebaikan kepada Kerajaan Negeri sekali gus untuk negara. Untuk rekod, sebelum ini pihak polis telah menumpaskan sindiket persundalan dengan menahan tujuh wanita warga asing terdiri daripada empat warganegara Thailand, Indonesia (2) dan Laos (1). Kesemua mereka ditahan dalam operasi dijalankan di beberapa hotel bajet di sekitar daerah ini pada 28 Disember tahun lalu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan khidmat seks.      
18 Jan 24
2155
Tujuh Keluarga Terima Rumah daripada Kerajaan Terengganu
Tujuh Keluarga Terima Rumah daripada Kerajaan Terengganu
Tahun baharu pastinya memberi kenangan yang cukup manis buat tujuh keluarga di Dewan Undangan Negeri Ajil apabila menerima kunci rumah kediaman daripada kerajaan negeri.
18 Jan 24
110
TDM Berhad Bayar RM2.9 Juta Perkongsian Keuntungan Kepada LTAWNT
TDM Berhad Bayar RM2.9 Juta Perkongsian Keuntungan Kepada LTAWNT
TDM Berhad membayar RM2,939,941 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian keuntungan usaha sama syarikat.
18 Jan 24
127
100 Asnaf Wakaf Mempelam Terima Sumbangan Zakat TM
100 Asnaf Wakaf Mempelam Terima Sumbangan Zakat TM
KUALA TERENGGANU, 18 Januari- Seramai 100 asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di sini menerima sumbangan zakat daripada Telekom Malaysia (TM) Berhad Cawangan Terengganu berjumlah RM15,000. Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah bersama Pengurus Besar TM Berhad Cawangan Terengganu, Maliki Harun di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, hari ini. Wan Sukari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, setiap penerima mendapat sumbangan wang tunai berserta barangan keperluan bernilai RM 150. “Terima kasih kepada pihak TM kerana memilih DUN Wakaf Mempelam sebagai sebagai salah satu DUN untuk menerima sumbangan zakat daripada pihak syarikat. “Kita harapkan dengan penyampaian agihan ini akan memberi sedikit kelegaan dan kegembiraan kepada golongan kurang berkemampuan khususnya penerima zakat yang merupakan asnaf dalam DUN ini,” ujarnya selepas menyempurnakan majlis agihan tersebut. Sementara itu, Maliki berkata, pihaknya akan mengadakan program agihan zakat dari semasa ke semasa berdasarkan pendapatan diperoleh syarikat. “Ini adalah sebahagian zakat yang kita sumbangankan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan sebahagiannya kita dapat balik untuk buat program agihan sebegini. “Pada hari ini kita bekerjasama dengan DUN Wakaf Mempelam, dan kalau ada rezeki lebih kita akan perluaskan lagi ke kawasan lain,” ujarnya.
18 Jan 24
265
Johan Tilawah Al-Quran Marang Tidak Lupa Jasa Nenek
Johan Tilawah Al-Quran Marang Tidak Lupa Jasa Nenek
Oleh : Abay Cik / Mohd Fauzi Mat Adam MARANG, 18 Januari - Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Marang, Wan Amirul Shamnie Wan Rosli tidak lupa jasa nenek dan ibu bapa yang gigih membimbingnya mendalami al-Quran sejak kecil sehingga timbul minat yang mendalam bagi menguasai bacaan kitab suci itu. Amirul yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Agama di Masjid Khalifah Kuala Terengganu berkata, usaha gigih sejak kecil itu telah membuahkan hasil apabila muncul johan Majlis Tilawah al-Quran peringkat daerah sekali gus melayakkan diri ke peringkat negeri. "Alhamudlillah, kemenangan ini amat bermakna dan ini adalah usaha gigih sejak kecil lagi apabila didedahkan oleh nenak serta kedua-dua orang tua saya sehingga timbul minat yang begitu mendalam. "Di peringkat seterusnya nanti, saya ingin melakukan yang terbaik untuk terus mengharumkan nama Daerah Marang," ujarnya ketika ditemui pemberita, selepas dinobatkan sebagai juara dalam majlis tilawah al-Quran tersebut, di Masjid Kampung Sentul Patah, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong. Dengan kemenangan itu, Amirul telah berjaya membawa pulang piala pusingan beserta piala iringan, serta wang tunai RM2,000 bersama sijil penyertaan. Sementara itu bagi kategori Qariah pula, Nur Afifah Zaki dari Kampung Rawai telah menewaskan peserta-peserta lain. Beliau yang merupakan guru Sekolah Rendah di Lembah Klang juga bertekad mahu melakukan kejutan di peringkat negeri pada tahun ini dan tidak mahu hanya sekadar menjadi johan daerah. Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata sudah menjadi tradisi setiap tahun bagi kerajaan negeri memilih Qari dan Qariah terbaik. "Bukan sahaja yang menang tetapi boleh menguasai al-Quran secara keseluruhannya selain itu program ini juga bertujuan untuk menanam kecintaan kepada masyarakat dengan al-Quran daripada kalangan anak kecil sehingga ke peringkat yang tua demi melahirkan masyarakat yang terbaik," ujarnya,  
18 Jan 24
509
Insiden Gaduh : KESA FC Digugurkan daripada Terengganu Football League
Insiden Gaduh : KESA FC Digugurkan daripada Terengganu Football League
Pasukan KESA FC yang terlibat dalam insiden pergaduhan pada perlawanan menentang NAG FC minggu lalu, digugurkan daripada Liga Terengganu Football League (TFL) 2023.
17 Jan 24
124
Sewakan Motosikal 'Biak' Penunggang Warga Asing Tanpa Lesen
Sewakan Motosikal 'Biak' Penunggang Warga Asing Tanpa Lesen
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan yang memberikan sewaan kenderaan kepada warga asing menyebabkan mereka berani menunggang motosikal dan memandu kereta secara berleluasa tanpa memiliki lesen memandu yang sah.
17 Jan 24
73
TDM Berhad Bayar RM2.9 Juta Perkongsian Keuntungan Kepada LTAWNT
TDM Berhad Bayar RM2.9 Juta Perkongsian Keuntungan Kepada LTAWNT
KUALA TERENGGANU, 17 Januari- TDM Berhad membayar RM2,939,941 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian keuntungan usaha sama syarikat. Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, TDM Berhad sekali lagi berpeluang menjana keuntungan usaha sama yang lebih besar buat LTAWNT. “Keuntungan ini bukti komitmen syarikat dalam memberikan pulangan yang mampan bagi setiap pelaburan yang diamanahkan.  “Pencapaian ini turut disumbangkan oleh pelaksanaan pelan perniagaan strategik syarikat yang dijalankan secara berdisiplin dan sokongan berterusan tidak berbelah bahagi daripada kakitangan syarikat yang berdedikasi,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Bayaran Perkongsian Keuntungan Kepada LTAWNT di Wisma Darul Iman, hari ini. Pada majlis tersebut, Najman yang mewakili TDM Berhad menyerahkan cek bayaran perkongsian keuntungan kepada Setiausaha LTAWNT, Nor Azam A Rahman @Yusof yang mewakili syarikatnya sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja. Mengulas lanjut, Najman berkata, menerusi usaha sama yang dimeterai oleh syarikat pada tahun 1996, ladang kelapa sawit tersebut diuruskan oleh bahagian perladangan TDM iaitu TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP). “LTAWNT memiliki 1,336 hektar ladang kelapa sawit yang terletak di Ladang Air Putih, Kemaman milik TDMP,” ujarnya. Katanya, TDM Berhad juga secara strategik akan terus memberi tumpuan dalam meningkatkan jualan Minyak Sawit Mampan Diperakui (CSPO) dan Isirung Sawit Mampan Diperakui (CSPK) bagi memanfaatkan premium CSPO dan CSPK yang lebih tinggi. "TDM akan terus mengekalkan momentum dengan memberi tumpuan penuh dalam meningkatkan kelestarian dan jangka hayat Bahagian Perladangan.  “Kami yakin perkara ini dapat dicapai dengan menggunakan teknik inovatif bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan keperluan tenaga buruh, sekaligus mencapai hasil jangka panjang yang maksimum,” ujarnya.
17 Jan 24
387
80 JPKK Daerah Setiu Terima Watikah Pelantikan
80 JPKK Daerah Setiu Terima Watikah Pelantikan
SETIU, 17 Januari - Sebanyak 80 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Setiu menerima watikah perlantikan bagi sesi 2023/2024, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pelantikan itu turut dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu melibatkan 1,050 JPKK.  "Hari ini, kita menjadi sebahagian daripada itu dalam memikul amanah dan tanggungjawab kepimpinan di peringkat komuniti. "Setiap masalah yang timbul mesti ada puncanya dan bagi menyelesaikan masalah tersebut, duduklah berbincang untuk sama-sama mencari puncanya. "Amalkan setiap apa yang nak dibuat adakan mesyuarat dan daripada itu kita akan dapat bekerja dengan sebaiknya,"jelasnya ketika ucapan perasmian di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom semalam. Turut hadir, Pegawai Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri dan Langkap, Yusop Majid dan Azmi Maarof. Terdahulu, taklimat berkenaan Pengkalan Data Utama (PADU) disampaikan oleh wakil Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu, wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Tabung Haji (TH).  
17 Jan 24
276
Program Ladang Sejahtera Kurangkan Tekanan Golongan Susah
Program Ladang Sejahtera Kurangkan Tekanan Golongan Susah
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Program Ladang Sejahtera #KakDaCakne menerima respon positif selepas berjaya membantu mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi masyarakat kurang bernasib baik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata, Kerajaan Negeri akan terus membantu melalui pelbagai insentif bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat. Zuraida ketika menyampaikan ucapan perasmian. Katanya, program itu merupakan salah satu cara beliau membantu rakyat dengan mengagihkan pek keperluan makanan seperti beras, tepung dan gula yang secara keseluruhannya bernilai lebih RM10,000. "Selain daripada memberikan bantuan secara 'one-off' (sekali beri), kita juga menggalakkan rakyat untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dengan memberi suntikan insentif  daripada agensi kerajaan negeri. "Agensi kerajaan negeri adalah seperti Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ladang Sejahtera #KakDaCakne di Dewan Serbaguna Bukit Kecil, kelmarin. Suasana ketika agihan berlangsung. Ujar Zuraida, program tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Ladang, melibatkan 105 orang penduduk DUN Ladang yang terpilih. "Dalam program itu, kita juga bawakan Penghulu Kanan Mukim Bukit Besar untuk memberi taklimat mengenai proses permohonan eKasih dan subsidi air Syarikat Air Terengganu (SATU). "Di samping turut diberikan taklimat oleh Pegawai Cawangan TNB Terengganu mengenai rebat bulanan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB). "Turut kita selitkan taklimat mengenai kepentingan mengisi Profail Rakyat Terengganu (PRT20) oleh wakil dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Ladang," tambahnya lagi. Zuraida turut menyeru agar semua pihak berganding bahu dalam usaha memberi kebajikan kepada rakyat.  Zuraida menyantuni peserta Ladang Sejahtera.  
16 Jan 24
195