lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Sekolah K9 Kini Mula Beroperasi di Terengganu
Sekolah K9 Kini Mula Beroperasi di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Dua Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) mula  beroperasi di Terengganu pada sesi persekolahan tahun ini bagi menangani masalah keciciran pelajar Orang Asli di kawasan pedalaman. Pengarah Pendidikan negeri, Jelani Sulong berkata dua sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Berua di Hulu Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam di Kemaman. Katanya, menerusi model K9, murid Orang Asli perlu menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah sama bagi mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga "Maksudnya murid akan berada di sekolah rendah selama 6 tahun dan menengah rendah 3 tahun di sekolah yang sama. "Seramai 15 daripada 16 orang murid di SK Sungai Berua yang telah mendaftarkan diri ke Tingkatan Satu (Transisi) di sekolah K9 tersebut. "Bagi SK Sungai Pergam pula kita ada seramai lima pelajar daripada tujuh pelajar dimana dua daripadanya telah ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli di Rompin (PIPOA)," katanya kepada pemberita. Tambahnya, seramai empat guru telah ditempatkan di SK Sungai Berua iaitu empat bagi pengajaran  aliran menengah dan 11 guru lagi  bagi matapelajaran aliran  rendah . "Untuk SK Sungai Pergam pula terdapat seramai empat guru bagi pelajar peringkat menengah dan 12 untuk sekolah rendah," katanya. Beliau menjelaskan, disebabkan kemiskinan dan jarak yang jauh, ramai murid yang tidak menyambung pelajaran selepas tamat sekolah rendah. Justeru itu katanya, KPM mengambil langkah menyediakan sekolah rendah dan menengah rendah atau K9 di sekolah yang sama. Secara keseluruhan terdapat 28 buah sekolah K9 di seluruh negara dengan 10 buah daripadanya mula beroperasi pada Ahad lalu.
12 Mar 24
3100
Gearbox Rahsia Kelazatan Bubur Lambuk Mok Pah
Gearbox Rahsia Kelazatan Bubur Lambuk Mok Pah
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Setiap kali menjelang Ramadan, Bubur Lambuk Gearbox yang dihasilkan oleh Mok Pah atau nama sebenarnya Zabedah Samad, 63, sering kali menjadi rebutan para peminatnya.  Berkongsi rahsia menghasilkan bubur Lambuk istimewa itu Mok Pah berkata setiap tahun pada bulan Ramadan dia tidak akan menang tangan kerana menerima tempahan sama ada dari masjid-masjid sekitarnya serta daripada jabatan dan agensi-agensi.   "Alhamdulillah Mok Pah sentiasa menerima tempahan, apa yang menjadikan Bubur Lambuk ini istimewa adalah menggunakan herba dan ramuan asli, termasuk lada hitam asli  bukannya bahan-bahan moden yang diproses secara komersial seperti lada sulah. "Juga kita menggunakan dua jenis ikan yang segar iaitu Ikan Selayang dan juga Ikan Aya (Ikan Tongkol), dimana semua bahan-bahan yang dimasukkan itu tidak dicampak sebarangan sebaliknya menggunakan sukatan yang tepat bagi mengekalkan citarasa untuk dinikmati semua orang. "Mengenai tulang 'gearbox' yang digunakan ini ia menjadi resepi rahsia yang memberikan kekayaan dan tekstur kepada bubur ini,"katanya. Dia berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, di Masjid Abidin (Masjid Negeri), di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Mok Pah berkata dia memulakan perusahaan juadah itu sejak 15 tahun yang lalu. "Sejak itu saya sentiasa mendapat tempahan termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), dan  pernah memasak di Stadium dan banyak tempat lagi. "Kalau hendak dikirakan saya sudah berkecimpung sejak kecil lagi pada tahun 60-an kerana mengikuti arwah ayah yang juga mengambil tempahan membuat bubur,"ujarnya.   Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @Harun berkata , agihan Bubur Lambuk itu telah menjadi aktiviti tahunan dan telah memasuki tahun kelapan. "Sebagai usaha memeriahkan bulan yang penuh keberkatan itu dengan mengagihakan 1,000 bekas selama tiga hari pada permulaan Ramadan ini bermula pada 12, 13 dan 14 April 2024,"ujarnya.    
12 Mar 24
293
Perbanyakkan Amalan Sunat Dalam Ibadah Solat
Perbanyakkan Amalan Sunat Dalam Ibadah Solat
Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat yang dapat mempergandakan lagi pahala ketika menunaikan ibadah solat.
12 Mar 24
106
Madinah Ramadan Diberi Nafas Baharu, Kehebatan Diteruskan
Madinah Ramadan Diberi Nafas Baharu, Kehebatan Diteruskan
Program Madinah Ramadan pada tahun ini akan diberi nafas baharu dengan lebih hebat melalui kaedah pelaksanaan dan pendekatan yang berbeza berbanding sebelum ini.
12 Mar 24
103
Ramadan Medan Insafi Diri, Imarahkan Masjid - Sultan Mizan
Ramadan Medan Insafi Diri, Imarahkan Masjid - Sultan Mizan
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negeri ini. Bersempena ketibaan Ramadan, Sultan Mizan menyeru umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keinsafan dan menghidupkan suasana masjid dengan solat fardu serta sunat tarawih pada setiap malam. Baginda turut menyeru umat Islam di Malaysia mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan. "Beta mahu rakyat negeri ini mengambil kesempatan dengan kedatangan Ramadan untuk mengimarahkan masjid dengan solat fardu dan tarawih setiap malam. Perbanyakkan takbir dan tahmid serta amal ibadat lain. "Program tadarus yang dijalankan di masjid-masjid juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa kerana program tersebut adalah satu nilai tambah untuk umat Islam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT," titah baginda dalam Titah Perutusan Sempena Kedatangan Bulan Ramadan. Baginda juga mengingatkan umat Islam supaya menunjukkan teladan yang baik dalam memelihara keharmonian dan perpaduan selain menasihatkan umat Islam untuk menjadi insan berjiwa waja dalam mempertahankan kesucian agama yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. "Hari ini umat Islam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran.Oleh itu, beta menyeru agar kita semua dapat mempertahankan kesucian Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah," titah baginda. Di samping itu, Sultan Mizan menyeru supaya rakyat Terengganu mendoakan umat Islam di luar sana yang sedang diuji dengan peperangan agar tabah dalam menempuh dugaan. "Marilah kita saling bermuhasabah dan mendoakan agar saudara kita yang diuji dengan peperangan diberi kekuatan serta kesabaran dalam menempuh ujian," titah baginda. Melalui perutusan itu juga baginda menyeru supaya umat Islam memperbanyakkan amalan sedekah dan membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
11 Mar 24
161
Bekalan Air di Terengganu Cukup Hadapi Kemarau
Bekalan Air di Terengganu Cukup Hadapi Kemarau
KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Kerajaan Terengganu memberi jaminan bekalan air di negeri ini mencukupi bagi menghadapi musim kemarau tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana paras air di empangan dan sungai ketika ini masih terkawal untuk kegunaan rakyat di negeri ini. “Kita masih boleh uruskan masalah bekalan air, cuma jika berlaku kemarau berpanjangkan kita kena ada intervensi terutama apabila masuk bulan Ramadan dan nak masuk seminggu sebelum raya tentulah  penggunaan air akan bertambah. “Jadi dalam keadaan kemarau dan penggunaaan air yang bertambah tentulah ianya akan menjejaskan tetapi sebagai Pengerusi Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), SATU sedang mengambil langkah-langkah bagaimana untuk melakukan intervensi temasuklah meminta supaya semua pihak berjimat dan sebagainya,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan 30 Tahun Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), baru-baru ini.  
11 Mar 24
238
Perbanyakkan Amalan Sunat Dalam Ibadah Solat
Perbanyakkan Amalan Sunat Dalam Ibadah Solat
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat yang dapat mempergandakan lagi pahala ketika menunaikan ibadah solat. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, banyak amalan sunat yang diajarkan Nabi Muhammad kepada masyarakat Islam. “Penganjuran program bulan penghayatan ibadah solat bertujuan untuk mendidik masyarakat di negeri ini, dimana bila sebut tentang ibadah solat, biarlah solat kita itu mendapat pahala yang lebih di sisi Allah. “Dalam ibadah solat banyak amalan-amalan sunat yang diajar kepada kita oleh Rasulullah tetapi ada masyarakat kita memandang ringan bila sebut amalan sunat sedangkan itulah menambah pahala bila kita tunaikan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Ibadah Solat (Peringkat Hospital) di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini. Malah katanya, program tersebut juga mempunyai objektif yang lebih luas dari sudut dakwah, kesedaran, ilmu dan lain-lain. “Bagi kerajaan negeri kita mengambil bulan Rejab sebagai bulan untuk kita mengadakan  program penghayatan ibadah solat. “Bertujuan untuk menjadikannya sebagai satu dakwah kepada masyarakat Islam di luar sana supaya mereka lebih menghayati dan medalami ibadah solat ini,” ujarnya.  
10 Mar 24
168
Terengganu Rekod Peningkatan Tahap Produktiviti Pekerja - KSN
Terengganu Rekod Peningkatan Tahap Produktiviti Pekerja - KSN
KUALA NERUS, 10 Mac - Terengganu merekodkan peningkatan prestasi produktiviti pekerja yang memberangsangkan sebanyak 3.4 peratus dengan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM77,695 berbanding pengembangan 2.8 peratus (RM75,167) pada 2021. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata oleh itu semua pihak mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan ekonomi Negeri Terengganu terus kekal pada pertumbuhan positif.  “Pada tahun ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu berkembang 6.9 peratus.  “Pertumbuhan dijangka akan disumbangkan oleh peningkatan produktiviti antara 4 peratus hingga  5 peratus,” ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Raia di sini hari ini. Sementara itu, Mohd Zuki berkata kerajaan juga sedang melaksanakan inisiatif mempercepatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar. Justeru itu katanya, pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Kementerian Ekonomi memastikan tidak berlaku ketirisan dan bantuan serta subsidi sampai kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan. “Di Terengganu, terdapat 8,057 keluarga miskin tegar dan lebih 30 ribu keluarga miskin jadi saya berharap inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan akan menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu menjelang akhir tahun ini,”jelas beliau.
10 Mar 24
198
Tunggakan Royalti, Tunggu Jawapan MOF
Tunggakan Royalti, Tunggu Jawapan MOF
Kerajaan negeri ketika ini masih menunggu jawapan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) berhubung tunggakan pembayaran royalti minyak atau Wang Ehsan oleh kerajaan Persekutuan kepada Negeri Terengganu untuk tahun lalu. 
10 Mar 24
116
Terengganu Inc Taja TSG RM2 Juta
Terengganu Inc Taja TSG RM2 Juta
Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Inc menaja pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) sebanyak RM2 juta untuk meningkatkan lagi momentum bagi menghadapi saingan musim 2024.
10 Mar 24
101