lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Pengarah Penjara Terengganu Dahului 149 Penerima Pingat Kebesaran Negeri
Pengarah Penjara Terengganu Dahului 149 Penerima Pingat Kebesaran Negeri
Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Hamid Taha dan Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, Mohd Mufsi Lat mengetuai senarai 149 individu penerima Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Sempena Hari Keputeraan ke-62 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
06 May 24
522
Hampir 3,000 Rakyat Marang Meriahkan Jamuan Teh Sultan Mizan
Hampir 3,000 Rakyat Marang Meriahkan Jamuan Teh Sultan Mizan
MARANG, 2 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan baginda, di Perkarangan Pasar Binjai Rendah di sini, hari ini. Sultan Mizan yang diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, tiba tepat jam 3 petang. Turut berangkat mengiringi baginda berdua, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu; Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja.  Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Ahli Dewan Pangkuan Diraja Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dan isteri Toh Puan Azizah Aziz. Keberangkatan baginda disambut dengan suasana meriah selain diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan. Sementara itu, Norzila Ismail, 45, dari Kampung Binjai Rendah yang pertama kali hadir ke majlis berkenaan, berasa teruja melihat sambutan rakyat terhadap baginda.  Dia yang turut ditemani suami, Mohd Azmi Mat Hassan, 54, turun seawal jam 1 tengah hari menyifatkan hari tersebut akan menjadi kenangan terindah buat mereka dan rakyat Marang. "Menjunjung kasih Tuanku Sultan Mizan kerana menjemput kami, rakyat ke majlis ini.  "Sesunguhnya patik amat bertuah kerana dapat melihat Tuanku secara dekat sebab selama ini hanya menyaksikan Tuanku dan Sultanah di televisyen dan media cetak. "Sesungguhnya baginda  adalah seorang Sultan yang amat dekat di hati rakyat dan semoga Tuanku Sultan dipanjangkan umur serta sentiasa dikurniakan kesihatan baik," katanya.
02 May 24
2689
JKNT Rekod Lima Kes Strok Haba dan Kelesuan Haba
JKNT Rekod Lima Kes Strok Haba dan Kelesuan Haba
KUALA TERENGGANU, 2 Mei -Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan lima kes berkaitan cuaca panas sehingga April tahun ini. Pengarahnya, Dato Dr Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes membabitkan strok haba dan dua kes kelesuan haba telah dilaporkan di Terengganu. " Ia melibatkan dua  orang anggota beruniform, seorang pekerja ECRL, seorang kanak-kanak sekolah, dan seorang warga emas. "Sebanyak tiga kes telah sembuh dan dua kes lagi masih dirawat di hospital. Tiada kematian dicatatkan setakat ini,"ujarnya kepada pemberita ketika ditemui.   Beliau berkata, golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. "Selain itu, segera dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas. "Hadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas," ujarnya lagi. Dalam pada itu beliau turut menasihati orang ramai supaya menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung, dan lain-lain aktiviti ketika gelombang haba sehinggalah keadaan kembali reda. Katanya, orang awam juga boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang METMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM. Berdasarkan laporan cuaca panas daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa daerah di negeri Terengganu pernah berada di Tahap 1 iaitu tahap berjaga-jaga dengan suhu harian tertinggi antara 35-37°C iaitu Besut, Setiu, Dungun, dan Kemaman.  Manakala daerah lain adalah dalam suhu biasa iaitu kurang 35°C dengan suhu harian tertinggi antara 32-34°C.
02 May 24
1768
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk memalukan pesalah sebaliknya ia merupakan usaha memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah Islam.
02 May 24
508
Lima Individu Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Kuih Ketayap
Lima Individu Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Kuih Ketayap
KUALA TERENGGANU, 2 Mei- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terenganu memaklumkan terdapat lima individu daripada tiga keluarga dimasukkan ke hospital kerana mengalami gejala keracunan makanan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Kasemani Embong berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang telah menerima notifikasi awal kes itu pada 28 April lalu di mana pesakit dikatakan mempunyai sejarah memakan kuih ketayap yang dibeli di Pasar Bukit Payong, Marang pada hari yang sama. Katanya, sehingga jam 5 petang Isnin lalu, hanya tujuh individu sahaja tampil memaklumkan membeli kuih ketayap dari kedai yang sama.  “Daripada jumlah tersebut, lima orang mempunyai gejala cirit-birit dan muntah, dengan empat orang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang pesakit telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Bukit Payong.  "Kesemua pesakit kanak-kanak dan dewasa yang dirawat di hospital berada di dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif. "Tiga kes telah dibenarkan keluar wad pada Isnin dan seorang lagi dijangka akan discaj pada hari ini sementara pesakit yang dirawat sebagai pesakit luar juga telah pulih sepenuhnya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Katanya,  pihak jabatan masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian wabak keracunan makanan ini dan pesakit-pesakit lain yang mungkin terdedah. "Kita juga telah ambil beberapa sampel sama ada makanan, daripada pengendali dan bahan-bahan yang digunakan di premis terbabit," ujarnya. Menurut beliau, tatacara keselamatan makanan terutamanya tahap kebersihan yang tinggi perlu dititik beratkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam.  “Orang ramai juga disarankan agar sentiasa peka tentang keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep ‘lihat, hidu, dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi serta membudayakan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan sebagai langkah kawalan kendiri untuk mengurangkan risiko,” katanya.
02 May 24
210
Sultan Terengganu Berkenan ke Jamuan Negeri
Sultan Terengganu Berkenan ke Jamuan Negeri
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Jamuan negeri yang diadakan di Dewan besar, Wisma Darul Iman bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Baginda.
02 May 24
952
3,000 Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Bakal Gegarkan Terengganu
3,000 Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Bakal Gegarkan Terengganu
Terengganu Bike Week (TBW) yang diadakan bermula 28 hingga 30 Jun di Dataran Shahbandar bakal menghimpunkan 3,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara.
02 May 24
240
Terengganu Pasang 'Tracker' Kesan Pergerakan Penyu
Terengganu Pasang 'Tracker' Kesan Pergerakan Penyu
KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menggunakan sejenis alatan canggih yang dinamakan Platform Terminal Transmitter (PTT) bagi mengesan pergerakan penyu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, alat ‘tracker’ yang dipasang pada penyu itu berfungsi memancarkan isyarat terus kepada satelit dalam kajian mengesan pergerakan penyu ke seluruh dunia. “Setakat ini didapati, penyu yang pernah mendarat di Terengganu kemudian dipasang PTT, dalam tempoh lebih kurang setahun direkodkan pergerakannya berada di Jepun, Filipina serta Vietnam. Sebab itulah penyu digelar perenang yang sangat handal, bukan sebab merajuk. Nanti penyu akan balik semula ke tempat ia menetas,” tulis beliau dalam satu hantaran di laman facebooknya, hari ini. Beliau turut memaklumkan, pendaratan penyu di Terengganu meningkat.  “Saya ambil contoh spesis Penyu Agar sahaja, bagi 2021 sebanyak 7,301 pendaratan yang menghasilkan biji 429,371 telur.  “Tahun 2022 sebanyak 9,618 dengan 586,430 biji telur. Bagi tahun 2023 meningkat kepada 10,120 pendaratan dengan jumlah telur 750,527 biji telur,” ujarnya.      
02 May 24
364
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk memalukan pesalah sebaliknya ia merupakan usaha memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah Islam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerksaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dakwaan segellintir pihak yang merasakan hukuman itu tidak wajar adalah kurang tepat. Katanya, isu itu perlu melihat kepada falsafah hukuman tersebut secara menyeluruh yang secara tuntasnya bertujuan untuk mendidik dan mempunyai perkaitan dunia dan akhirat. "Dalam konteks ini kita mahu menyedarkan masyarakat supaya kesalahan-kesalahan maksiat dan kemungkaran ini tidak menjadi satu perkara normal dalam masyarakat "Jadi bila kita sebut nak laksanakan di khalayak ramai bukan bermaksud ia dibuat sewenang-wenangnya di khalayak ramai tanpa mengambil kira pelaksanaan dalam penjara dan aspek-aspek yang lain ini adalah salah satu daripada hukuman yang boleh dipertimbangkan oleh hakim. "Jika sekiranya ia sesuai dengan 'maslahah umum' untuk menyedarkan pesalah sebagai contoh mereka yang telah melakukan kesalahan kerap kali, jadi sekiranya lebih daripada tiga kali elok diadakan di khalayak untuk menyedarkannya supaya tidak lagi mengulanginya pada masa akan datang," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka PAS DUN Bandar di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya, segelintir pihak yang mendakwa ia tidak wajar dilakukan di khalayak juga perlu sedar dan melihat bahawa ia bukan hukuman mendatangkan kecederaan kepada pesalah. "Ia bukan (semata-mata) untuk menghukum pesalah tetapi dalam masa yang sama kita mahu memberi satu pendidikan kepada masyarakat bahawa hukuman ini tidak sama dengan hukuman (dijalankan) mahkmah sivil yang lebih menghukum dan menyakiti pesalah. "Undang-undang dalam jenayah syariah tidak mencederakan, jadi mereka yang dihukum di sisi Islam di atas dunia kemudian dia bertaubat maka dia tidak lagi dihukum oleh Allah di akhirat kelak," ujarnya. Dalam pada itu katanya, hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. "Merupakan salah satu daripada hukuman yang diberikan keizinan atas tiket budi bicara Hakim Mahkamah Syariah untuk dilaksanakan sekiranya pesalah tersebut pada pandangan hakim adalah bagi mengajar dan memberikan pengajaran kepada masyarakat. "Maka hendaklah dilaksanakan di khalayak," katanya.   
02 May 24
184
Terengganu Peruntuk RM100,000 Bantuan Pendahuluan Nafkah
Terengganu Peruntuk RM100,000 Bantuan Pendahuluan Nafkah
Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 tahun ini bagi membiayai bantuan pendahuluan nafkah kepada isteri dan anak-anak yang terlibat dengan kes tuntutan di Mahkamah Syariah.
30 Apr 24
682